Sabtu, 20 Oktober 2012

JIKA INI TERJADI...INSYAALLAH...NI KESAN DARI KHIANAT KITA PADA RAKYAT...PADA SATU2 PUAK...PADA SATU2 KUMPULAN...PADA INDIVIDU2 DLL..TAPI BESARNYA PADA ISLAM DAN ALLAH SWT...MUHASABAH BERAPA BANYAK KITA BUT JAHAT@KHIANAT BUKAN MUSABAH KEBAIKAN KITA...INGAT APA YANG KITA BUAT ITU ADALAH SEBAGAI TANGGUNG JAWAB

[Panas] MT Umno terima laporan BN tumbang PRU13

http://greenboc.blogspot.com, 20 Okt 2012
Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Musuh 1Umno ialah ahli-ahlinya sendiri...

http://wrlr.blogspot.com, 20 Okt 2012
Jika ahli-ahli umno sendiri sudah semakin meluat dan bertindak mensabotaj parti yang mereka anggotai sendiri, apa lagi yang diharapkan oleh isteri Rosmah untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya.
Ahli-ahli umno telah melakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Meraka akan terus melakukannya kali ini, dan pasti akan bertambah daripada jumlah pada PRU-12 yang lalu.
Saudara Aspan Alias menulis mengenai pengumuman Najib mengenai penubuhan jawatankuasa khas elak sabotaj parti 2008 berulang.
Baca seterusnya dan pengumuman Najib mengenai JK Khas berkenaan, di sini:  Najib yakin ahli Umno akan sabotaj lagi..

Ahli-ahli Umno tidak mahu ditambat lagi

Aspan Alias, 20 Okt 2012
Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.
Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.

Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.

Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.

Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat dibawah dan itulah penyakit yang dihidapi oleh UMNO sekian lama.

Kalau UMNO sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli.  Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.

Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.

Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.

Ahli-ahli UMNO terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus di kepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka dikerbaukan oleh pemimpin mereka.

Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?

Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO di bawah payung dan wadah yang baru.

Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.

Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka.

Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi ditambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.

Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam ‘ambience’ yang baru.

Selamat berubah dan berhijrah.

Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok. Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga berjumpa, salam! - http://aspanaliasnet.blogspot.com

PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’

Aslani M, 20 Okt 2012
KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Najib telah tutup pintu untuknya

Mohd Sayuti Omar, 20 Okt 2012
Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.
Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu.


Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.


Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.


Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail.


Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning.


Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang.


'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.


Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.


Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima.


Dengan ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.


Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti. - http://msomelayu.blogspot.com/

Ini kalilah tukar, jom ubah selamatkan Sabah

Nazri Abdullah, 20 Okt 2012

KOTA KINABALU: Negeri Sabah memerlukan satu gagasan politik baru yang lebih bertanggungjawab demi merubah kehidupan rakyat di negeri ini, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Mohd Aminuddin Aling.

Menurutnya, walaupun sudah 49 tahun merdeka dan bersama dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963, namun sehingga kini Sabah masih terpinggir dari arus pembangunan.

Bercakap pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di sini hari ini, beliau berkata, sewajarnya perkara itu tidak berlaku memandangkan Sabah kaya dengan sumber hasil bumi terutama petroleum, balak dan tanah yang luas.

Faktor utama Sabah ketinggalan ujarnya disebabkan kegagalan pemerintah sedia ada mengurus hasil bumi dengan bertanggungjawab sehingga hasil negeri hanya berlegar di kelompok pemimpin atasan dan tidak sampai kepada rakyat.

"Sebab itu kita adakan konvensyen kali ini, sebagai persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawarkan kerajaan yang lebih baik dan bertanggungjawab seperti yang dikehendaki rakyat Sabah.

"Hari ini mari kita popularkan slogan 'Jom ubah, selamatkan Sabah, ini kalilah tukar', katanya.

Sementara itu, konvensyen yang diadakan di Star City Convention Centre hari ini antara lain bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap perubahan dan tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai persediaan PAS berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti.

Konvensyen ini diadakan dengan mengumpulkan semua tokoh-tokoh penting PAS bersama-sama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi membentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Sabah.

Ia juga diadakan ketika slogan 'Ini kalilah' sedang meniti dibibir rakyat Sabah untuk melihat kejatuhan kerajaan BN samada di negeri mahupun di peringkat pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan ucaptama petang ini.

Beberapa kertas kja turut dibentangkan termasuk oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee dan Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Turut hadir memberi pandangan perubahan politik Sabah pagi ini juga adalah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Bekas Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Wilfred Bumburing.

Adakah naik harga cara mendidik rakyat?

Halimah Ali,
Setiap kali subsidi dikurangkan ataupun tarif utiliti dinaikkan, kerajaan akan berkata ia dilakukan untuk kebaikan rakyat. Misalnya, apabila subsidi gula dikurangkan, ia didakwa dilakukan bagi mendidik rakyat supaya menjaga kesihatan dan mengurangkan pengambilan gula.

Apabila tarif air hendak dinaikkan pula, ia didakwa bagi mendidik rakyat supaya tidak membazir. Kini, kedengaran cakap-cakap bahawa tarif elektrik akan dinaikkan. Media pro-kerajaan sudah pun menyiarkan iklan tentang rakyat Malaysia yang didakwa suka membazir tenaga elektrik. Malah pihak berkenaan juga mengatakan bahawa tarif elektrik perlu dinaikkan bagi mendidik rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan menggunakan alat yang menjimatkan tenaga (energy saving appliances).

Apabila tarif elektrik meningkat, ia akan terus membebankan rakyat. Kini, rakyat sebenarnya sudah pun cukup terbeban apabila bil elektrik meningkat berkali ganda selepas TNB menukar meter elektrik. Setelah meter ditukar, ada pengguna yang bil elektriknya meningkat hampir 100% walaupun penggunaan tenaga tidak berubah. Ini tidak masuk akal. Adakah ini yang dimaksudkan dengan mendidik rakyat?

Walaupun TNB sudah mengumumkan bahawa buat sementara waktu, penukaran meter dihentikan, namun bagaimana dengan bil-bil terdahulu? Selain itu, tindakan TNB hendak mewujudkan SOP tentang cara meningkatkan keyakinan penggunan juga bukanlah tindakan yang dapat menyelesaikan masalah.

Hakikatnya adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak menggunakan air dan elektrik secara berlebihan. Hanya segelintir yang suka membazir.

Banyak persoalan isu wang RM40 juta dari Hong Kong

Harakahdaily, 19 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai ‘sumbangan kepada Umno Sabah’.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen pada hari Isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri.

Baginya, Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan bukan SPRM ICAC Hong Kong yang membersihkan nama Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:

“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”

Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:

  1. 1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

2. Pada masa yang sama kes tersebut telah turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut diatas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

3. Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland,  ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan diatas.

Daripada jawapan bertulis Nazri minggu lepas, kes tentang mata wang Singapura bernilai RM40 juta di dalam bagasi seorang ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang cuba diseludup keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 bolehlah disimpulkan seperti berikut:

1.    Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berdasarkan kertas siasatan yang diserahkan kepadanya membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dan bukannya ICAC Hong Kong.

2.    Walaupun ICAC turut melakukan siasatan-siasatan mereka sendiri, ia berdasarkan keputusan Peguam Negara dan siasatan SPRM yang menunjukkan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dengan itu ICAC tidak meneruskan sebarang tindakan lanjut. Itu sangat berbeza daripada apa yang Nazri katakan semalam bahawa ICAC yang membersihkan nama Musa daripada pertuduhan rasuah dan SPRM menurutinya!

3.    Berdasarkan keputusan Peguam Negara bahawa “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” maka ICAC menarik balik permintaannya kepada pihak berkuasa Switzerland memohon kerjasama dalam “urusan melibatkan jenayah” yang telah dilaporkan terhadap sebuah akaun bank Swiss.

Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai “sumbangan kepada UMNO Sabah”, yang sepatutnya Nazri jelaskan di Parlimen pada hari Isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri, termasuklah:

Pertama sekali, bilakah SPRM menghantar kertas siasatan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta itu kepada Peguam Negara? Bilakah Peguam Negara membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” lalu menutup fail? Adakah SPRM bersetuju sepenuhya dengan Peguam Negara bahawa  “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dalam kes itu, jika begitu, bilakah SPRM sendiri sampai kepada kesimpulan sedemikian?

Bagaimana dengan arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya pada bulan Mei untuk mengumpul bukti lanjut terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dibawa untuk pendakwaan yang kemudiannya Peguam Negara dapati “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa dalam kes wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong?

Arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap pertuduhan rasuah ke atas Musa Aman hanya didedahkan awal bulan ini oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Mohd Shukri Abdul seperti yang dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk “Anti-graft panel wants more evidence against Sabah CM”.

Bolehkah disimpulkan bahawa sehingga awal bulan ini, SPRM tidak sedar bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan yang “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa Aman?

Kedua, bilakah ICAC Hong Kong dimaklumkan mengenai keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” oleh Peguam Negara dalam kes wang “seludup” RM40 juta Michael Chia dan bilakah pula ICAC menarik balik permohonan kepada pihak berkuasa Switzerland meminta kerjasama bagi sebuah pertuduhan serius penggubahan wang haram terhadap UBS, bank terbesar Switzerland, berikutan laporan pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan Musa Aman dengan akaun rahsia bank UBS di Hong Kong dan Zurich?

Kisah dan gambar yang dipadam dari media perdana

http://omakkau.blogspot.com, 18 Okt 2012

KISAH DAN GAMBAR YANG DIHARAM DAN DIPADAMKAN DARI DISIARKAN DISEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO!!!!!!...

Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang dibawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng akan bina satu kompleks penjaja untuk 50 peniaga di Tapak Penjaja Jalan Utama, belakang Hospital Besar Pulau Pinang.
Projek ini akan menelan belanja sekitar RM600,000 dan dijangka siap dalam tempoh 8 bulan dari sekarang.

Projek ini demi memberi keselesaan kepada para penjaja yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Bumiputera yang telah terabai sekian lama semenjak pemerintahan GERAKAN/UMNO/BN.

Bila siap kelak maka bolehlah para penjaja Melayu/Bumiputera disana menarik nafas lega kerana nasib mereka telah mendapat pembelaan dari kerajaan yang difitnah dan ditohmah oleh UMNO sejak tahun 2008 sebagai Kerajaan Komunis yang Anti Melayu dan Islam.

Upacara pecah tanah telah pun selesai dilaksanakankan pagi ini.

SEKARANG KERAJAAN MANA YANG MEMBELA NASIB PENIAGA/PENJAJA MELAYU/BUMIPUTERA DI PULAU PINANG????????


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Peminat Ustaz Azhar Idrus pasti sakit hati dengar berita ni..

http://addin77.blogspot.com, 18 Okt 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus pada mulanya dijadual di masjid nurul hidayah @ madjod airport di batu berendam,melaka terpaksa di pindahkan saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. Itu yang dimaklumkan oleh pihak penganjur.


Namun ramai menjangkakan ada campurtangan golongan "syaitan yang dikenali" yang rasa terancam dengan pengaruh ustaz azhar idrus dalam menarik audien terutamanya golongan muda. Rakyat semakin celik agama sudah pasti sokongan terhadap parti pemerintah makin berkurangan.

Lokasi baru kuliah maghrib UAI yang dijadualkan di lokasi baru iaitu madrasah ar-rahmah, solok gaung,ayer molek, melaka.Mohon sebarkan kepada para sahabat lain. Jazakumullah kathiran...

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Pisah agama dari politik - pendirian Umno sama dengan pemerintah Singapura..!

http://www.pencacai-semalaysia.com, 17 Okt 2012
Pendirian UMNO selama ini yang melihat politik dan agama perlu dipisahkan adalah sama dengan pendirian pemerintah Singapura..
Pemerintah di Singapura bukanlah beragama Islam..
maka "selayak"nya lah mereka beranggapan sedemikian..

Tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam.. dan mereka sendiri yang mengaku kononnya negara ini adalah negara Islam..
maka pemisahan agama dari politik tidak boleh berlaku..

kerana sesungguhnya agama itu adalah kehidupan...
agamalah yang membentuk keperibadian seseorang,bagaimana pula ianya mahu dipisahkan dari urusan kerja sehari-hari..?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online..
mungkin Utusan berpendapat penyiaran berita seperti ini dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pendirian UMNO selama ini yang memisahkan agama dari politik sememangnya tepat, dengan memberikan contoh ianya turut diamalkan kerajaan Singapura...


Politik tidak kotor..

yang mengotorkan dunia politik adalah si pemain politik, iaitu manusia..
manusia jadi begitu kerana mereka tiada pegangan agama yang kuat ataupun mereka sendiri memisahkan agama dari politik..

Pendirian UMNO sama dengan negara sekular..
patutlah ulama' gelar negara ni negara sekular..

Rujuk SINI
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Dah terbukti Pakatan lebih bagus dari BN

http://tukanglawan.blogspot.com, 17 Okt 2012

Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya.
Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya" katanya.

Hah, mana mau lari lagi pencacai umno sekalian, mana laporan Audit negeri umno pulak, nak jugak tengok. kah..kah..kah

Sudah 3 tahun Audit menunjukkan bn tidak lebih baik dari Pakatan ni bukti jelas Pakatan mampu memerintah, bayangkanlah kalau pentadbiran pusat tak beri kerjasama penuh pun kita boleh buat camni, macam mana pulak kalau Pakatan yang memerintah pusat nanti?.

Senang je jawapannya, ekonomi makin bagus, harga barang boleh diturunkan, pendapat makin meningkat dan kita taraf hidup makin baik.

tapi kalau umno yang terus memerintah, sendiri rasa la, makan ikan "kembung" lagi la , itu pun kalau poket berisi sikit, kalau tgh bulan makan biskut kering je.

Kenapa?, cuba check hutang negara berapa dah, kalau bn jugak memerintah dan si najib tu perdana menteri lagi, bangkrap negara nei, belanjawan asyik defisit je, pastu tabur duit entah mana punca.. pinjam bank dunia kot, tak pun pinjam soros agaknya.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan

http://www.pencacai-semalaysia.com, 17 Okt 2012
Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah: Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.


Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.


Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.

2. Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.

3. Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta.


YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta. Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.

2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.

3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.


Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:

1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.

2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit

3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:

1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.

2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.

2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.

3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: