Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad mengemukakan satu akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan percanggahan dalam laporan bedah siasat ke atas jenazah tersebut.
Akuan bersumpah itu dikemukakan semalam untuk dimasukkan bersama dengan dengan notis usul yang difailkan sebelum ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.
Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat balu allahyarham, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad (foto kiri) disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.
Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya."
Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.
Laporan 'bercanggah'
Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.
Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.
Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza, 25.
"Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik.
Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kiri atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.
Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.
Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.
"Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu) 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.
Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.
"Namun (keadaan itu) berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama.
Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang.
Bedah siasat ke atas dijalankan kira-kira lima jam kemudian oleh dua orang ahli patologi di hospital sama.
- Halik Zaman · Top Commenter · Friends with Maba BuduKalau peristiwa kematian Baharudin itu ada sesiapa yang turut bersubahat berbohong :- Ya Allah Ya Rabbi engkau turunkan lah BALA dan MALAPETAKA keatas mereka, keluarga mereka atau kepada sesiapa sahaja yang bersekutu dengan pembohongan itu.
Ya Allah Ya Rabbi, engkau tunjukkan lah BALA MU Ya Allah Ya Rabbi, semasa mereka masih hidup dalam masa yang paling terdekat ini. AMIN YA RABULALAMIN.- 'Aiman Wahid' · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
- Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
- Joe Jinggo · Top Commenter · Cleaner at Trump Casinosharap2 penipu2 ni mendapat balasan yg setimpal..
- Baju Kuning Bersih · Top Commenter · Universiti satu malaysia
- Razali Abdul · Top Commenter
- Raja Rimba · Top Commenter · UC BerkeleySAKSIKAN PENIPUAN SEJARAH OLEH DAJJAL. KITA SEJAK KECIL DISEKOLAH DIAJAR SUPAYA MENGHAFAL SEJARAH YANG SALAH. SILA SHARE VIDEO INI DIBUTANG SHARE DIBAWAH VIDEO. TERIMA KASIH http://bit.ly/p10Y9C
- Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchesterKalau nak LAGI BEST kan (mcm slogan Myvi baru tu)...Lagi best...ooo...nak lagi cerita best? Panggil Dr Porntip....dia akan libatkan Rosmah sbg pembunuh Baharudin. Try la..call Dr Porntip at 1-800-66-BANGANG.
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
- Simon Templer · Top Commenter
- Amz Shafa · Top Commenter · Jitraapakah laporan bedah siasat itu dikendalikan oleh orang Islam, jika ya, orang berkenaan perlulah merasakan bahawa Islam, Iman dan Ihsan itu berada disekelilingnya. Jika benar ... tidak mengapa .. jika dusta .. percayalah azam Allah amat pedih.
- Mat Rahim Ibrahim · Top Commenter
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
- Simon Templer · Top Commenter
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
Kali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.
Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.
Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.
Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.
“Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?
“Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?” soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.
Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.
Tidak sah
Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.
Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.
“Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?
“Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini,” katanya.
Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.
Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.
Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.
Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.
Terlalu singkat
Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.
“Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.
“Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan,” katanya.
Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.
“Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.
“Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.
“Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR,” katanya lagi.
- Ishak Ahmad · Top Commenter · IlpWan Ahmad : Saya ikut perlembagaan -tak boleh ubah suka suka.
YB Pdg Rengas : Saya kena tanya PM, sebab PM yang boleh timbang.
PM : Saya akan arah Peguam Negara kaji perkara ini.
Rakyat Malaysia : Kita tukar KERAJAAN !- Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
- Masnita Hashim · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
- Mardhiah MahiddinYa Allah.... Peliharalah negaraku Malaysia daripada Pemimpin yang menzalimi rakyatnya... Selamatkan negaraku Tanahairku tercinta Malaysia daripada pemimpin yang akan merosakkannya negaranya......
- Jamaluddin Jumri · Top Commenter · Manager at Own bisnes an engineering
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
- Suhaizan Kayat · Top Commenter · Friends with Mohd SapineKita tak mahu buat report mcm Nazri Tan Sri Aziz cadangkan. Sbb Wan Ahmad kata ini soalan kerani dia aja. Saya mahu aju soalan semasa debat Ambiga dan Wan Ahmad di karangkaraf pun mereka tak dibenarkan. Pada saya bincang dgn SPR buang masa aja. Yg lebih penting adalah kesedaran rakyat.
- Rahadhatul Aisyah · Top Commenter · Maintenance at Project Oil
- Robinhood Malaya · Top Commenter · University of Nottingham
- Rakyat Skodeng · Top Commenter · Anadolu Universityini tidak menghairankan langsung..ini tidak pelik..ini memang kerja spr.
ini tugas spr untuk mengumpul undi untuk gerombolan..satu dunia tahu hal ini seluruh rakyat negara ini tahu spr menipu..- RLie SyaZza · Top Commenter · Howard CC
- Rahadhatul Aisyah · Top Commenter · Maintenance at Project Oil
- Jamaluddin Jumri · Top Commenter · Manager at Own bisnes an engineering
- ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at AfghanistanDah tak tahu apa nama nak letak dalam boran MyKad kerana TERLALU RAMAI orang yg memohon! hihihi... :)
- ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at AfghanistanHamid Omar waduhh bapak....sabarrrr! engga usah ribut2 dong! hahaha
- Rahadhatul Aisyah · Top Commenter · Maintenance at Project Oil
Ketua Biro Aduan Awamnya, Theng Book (kiri) berkata sebagai wakil yang dipilih, ahli exco berkenaan sepatutnya bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi mereka.
Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran.
"Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.
"Penduduk Petaling Jaya sedikit kecewa (dengan sikap mendiamkan diri mereka). Mereka mesti keluar dan nyatakan pendirian mereka kepada PAS dalam hal ini,” katanya.
Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
- Jashamsulnizam Jani · Top Commenter · Friends with Mohd SapineMCA jgn cuba nk bermain api, campurtangan pemimpin2 parti politik sememangnya 'diharamkn' dlm isu ini...
- Nusantara Panglima · Works at Kerja sendirian berhad
- Aleeya Azizie · Top Commenter · KlangNusantara Panglima siapakah kerajaan? Ia timbul dari jubur saiful ke? Tanah felda tanah mak bapak pemimpin Umno ke? Kau tahu tak berapa banyak hutang peneroka felda kepada felda? Hutang yg tak sepatutnya terjadi. Felda ditubuhkan untuk membantu peneroka bukan jadikan peneroka hamba abdi kepada Felda.
- Labu Labi · Top Commenter · 6 tingkatmohd karim dgn nusantara panglima ni bodoh bebal tahap jahil. Ko ingat istilah kenang budi n kenang jasa tu adalah satu perkara wajid kepada setiap kakitangan kerajaan ke?????
woi mangkuk dua ekor, hak berpolitik adalah hak individu. Ini termaktub dalam negara demokrasi.
Lebih elok kalau ko tunjukkan lagi kebodohan ko tu dengan berkata "penyokong Pembankang tidak mengenang budi kerana menggunakan jalan raya yg disediakan kerajaan tapi tetap menggunakan jalan raya". Barulah terserlah kebodohan keturunan ko wahai MOHD KARIM & NUSANTARA PANGLIMA
- Syed Zul · Top Commenter · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAHRiuh rendah dan heboh satu malaya pasal isu gereja ni hingga isu BERSIH, Pengundi Hantu, SPR, Rakyat 'Misma'h dan kebobrokan Umporno/BeENd di lupakan...;).
- Syed Zul · Top Commenter · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAH
- Muhammad Firdaus Alhadi · Top Commenter · Friends with Pria Malaya
- Iffliea Abdullah · Top CommenterPemimpin yang baik akan cuba menjaga keharmonian rakyat samada secara tindakan, percakapan atau hanya diam. Jika keharminian tergugat, bukan hanya Melayu/Cina, Islam/Kriatian yang susah tetapi seluruh rakyat termasuk tukanga batu api pun akan susah.
- Arjunan Aman Arjunan · Top Commenter
- Ng Hong Yap · UTMnasib baik di tempat PR~kalau di area B-end, rasa rasa dah pelbagai api dia org main dan merumitkan lagi keadaan ~bab ini memang cara B-end.....main isu "agama+bangsa' supaya boleh jadi heroes dengan seluar dalam atas kepala............bengong.
......org pakai baju kuning ditangkap.......tapi ada org pakai seluar dalam atas kepala xhal~hahahahaha. - Hanapiah Hanapi · Top Commenter · Kebansaan manirmca x payah nak bising la..dap nk letak jwtan buat apa? kamu igt krjaan slngor tu duduk dlm negara afica ke? krjaan slgor adalah dlm mlysia dan yg patut selesai kes ini ialah krjaan pusat, isu ini yg sgja d mainkan untuk menutup kes warga asing dpt kerayatan, nati lah pas jupa gereja dan jais dulu mca kalau tak tahu nk selesai dok diam2..tgok cmna pas selesai nanti.
Persatuan Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Hussain mendakwa, soalan itu antaranya bertanyakan tentang malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, maksud Islam, Muslim dan Quran, lapor Berita Harian.
Dr Dzulkhaini mendakwa, apabila JAIS dan polis masuk membuat pemeriksaan selepas menunggu 20 minit, pihak gereja didakwa mengoyak dan membuang kertas itu dalam tong sampah.
"Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah," beliau dipetik sebagai berkata.
Dr Dzulkhaini dilaporkan bercakap bagi pihak 45 NGO Islam Selangor.
Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan pelbagai usaha "NGO" dan "NGO Kristian" untuk memurtadkan umat Islam melalui bantuan wang ringgit.
Antara laporan itu, Ketua Penerangan PERKASA Ruslam Kasim dengan memetik satu sumber berkata, terdapat lebih 100 ibu tunggal dikesan menjadi pengunjung tetap DUMC.
"Kesemua mereka dikatakan terpijak bantuan diberikan pihak gereja, perkara ini tidak boleh dipandang ringan...," beliau dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, menurut seorang ibu tunggal yang ditahan dalam pemeriksaan semasa serbuan itu mendakwa sebuah NGO mensasarkan golongan itu yang kurang berkemampuan sebagai penyebar agama itu.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin mendakwa, beliau sendiri ditawarkan jawatan tinggi dalam agama terbabit, lapor harian itu.
- Mohamad Shukri · Top CommenterYang bersalah UMNO kerana gagal menggubal undang2 Murtad....Ramai Melayu tapi tak ramai yang Islam rasanya....
- Asmael Ramli · Top Commenter · Friends with Thi HzRain
- Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im ProudIsu ni harus ditutup dengan segera. Wartakan perlembagaan baru untuk mengekang kejadian seumpama ini berulang lagi.Amat setuju dgn Laila Latiff.. well sekadar nak mengalih perhatian..sobab NAJIB jubur Saful akan disoal siasat minggu depan...rakyatku nak gaduh lantaklah..BN kalah pun lantaklah..yang penting aku dan Cayangku Rosamah akan lari ke Planet Pluto..hahaha bye UMPorno ku sayang..bye BN..Lantaklah PR yg akan mewarisi kerajaan yg hancur..
- Mohd Iznan Shamsuddin · Kuala Lumpur, Malaysiakebenaran mula terserlah..antimamak terus senyap..khalid samad dah ketag kepala lutut.
- Mohd Khairi · Top Commenter · UKM
- Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im ProudMohd Iznan Shamsuddin: kebenaran makin terserlah? terkentut hang dongak kenyataan mu..Kebenaran hotak hang semua yang percaya.. Leftenan Nan,, ya betuuuii..sapa suru..korang pandai cakap saja tapi cakap tak serupa bikin..cakap agama suci tapi suka kutuk2 orang..adui..ponong kepalo.."lepas ni adalah orang nak kutuk aku ni.. sebab mereka mengaku merekalah orangnya yg tak dapat menerima hakikat" silakan..
- Hazry Hidzir · MMUkalau sokong pembangkang pon xperlu la rasenye sampai bende libatkan agama pon sanggup tutup mata.
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglimakalau 99.9 peratus serupa kenapa tak minta tolong pakar asing sah kan SEPERTI FBI ATAU SCOATLAND YARD KA????mereka ada kepakaran dan pengalaman luas dan dah tentu mereka ada profil anuar...kenapa minta tolong pensyarah yang tak dikenali???????dato johari pun dah tunjuk bukti,dan sah dia bukan anuar...mana ada rambut seseorang boleh lebat dalam masa satu malam broo???
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
- Abu Mirza · Top Commenter · Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, KelantanBangkai mula membusuk walau cuba d tutup dengan lembaran pitih.
- Abd Malik Abu Bakar · Bebas at Pendakwah IslamPemimpin Yahudi & Nasrani memang agenda tersendiri utk memesongkan aqidah orang beragama Islam.Satu dunia tahu. Apa yg nak dihairankan kalau kes MURTAD berleluasa di Malaysia, kerna pemimpin tertinggi mahupun Tok2 Guru serta Ustaz2 baik dari UMNO mahupun PAS berpeluk tubuh.Kalau cakap pun, tak serupa bikin.Hangat2 tahi ayam je.
- Antanom Ontoros · Top Commenter · Universiti Malaysia Sabah
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, SarawakTempoh hari pak menteri cakap negara luar seperti amerika hendak belajar menangani keharmonian kaum dan agama dgn mlysia. kononya mlysia berbilang kaum berbilang agama hidup dgn amai damai. tapi sebaliknya apa sudah terjadi???. cakap tak serupa bikin. ada udang di sebalik ketam..
- Mohd Hassany Hashim · Universiti Kebangsaan MalaysiaKenapa MB S'gor salahkan JAIS dalam hal ini? Sedangkan soalan yg dikemukakan betul-betul bertujuan JAHAT.
- Ismadi Ismail · Top Commenter · SM Ibrahim Fikri, SM Seri Dungun, SM Sultan Omar
- Mira Hj Abu · Sekolah Menengah Kebangsaan Syed AlwiYagami Raito...Salah awak nie kalau nak letak kesalahan pada paderi semata2...Kebanyakan orang islam yang murtad adalah kerana pegangan agama dia yang lemah..Islam mengajar kita untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain...walaupun orang KAFIR sekali pun..Islam itu indah sebenarnya...Yang jadi kacau bilau tentang agama skrg nie berpunca dari pemerintah...Kalau pemerintah jujur dengan agamaNYA tak akan timbul isu2 nie...Ingat lagi tak ada pemimpin UMNO mengatakan "Melacur pun boleh kalau dah darurat" Islam tak mengajar kita begitu...Kalau dah tahu orang Islam banyak yang susah..Kenapa kerajaan melalui Baitulmal/Jabatan Agama atau pusat zakat tidak membantu...Mana boleh duit zakat dibuat perniagaan..melabur sana..melabur sini..Gunakan lah duit itu utk membantu sesama Islam..Malah duit zakat pun boleh dan diharuskan kita membantu selain dari Islam...Permudahkan pada orang2 yang betul2 memerlukan..Jangan terlalu banyak BIROKRASI.///
- Azfar Mar · Director at World Car Rentalhahahaha....cik mira sy ad seorg kawan serani kristian..beliau tidak terkejut dgn tindak tanduk pihak gereja yg seperti anda maklum..mmg ade usaha untuk mengkristian kan umat islam didunia..dimn2 pn berlaku so tidak mustahil di negara kita terdapat usaha2 ini..kenapa hendak dipersalahkan pemerintah..sedangkan pegangan agama dan ilmu pengetahuan tentang islam perlu dibina atau bermula dr bwh sekali..termasuk ibu bapa,sahabat dan lain..sy hndak brtanya kpd anda,adakah anda masih berpegang pd iajaran islam..dan sy menganggap anda akn menjawab- sy seorg yg masih berpegang kpd islam..ibu bapa sy mendidik sy dgn nilai2 islam seperti kebanyakkan org lain..so jika anda menyalahkan pemerintah bagaimana anda blh menjawab anda masih berpegang kpd islam? so kesimpulan nye adalah tggjawab kita semua untuk melindungi kesucian islam...
Ketua Penerangannya Datuk Yap Pian Hon mendakwa kerajaan negeri mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membuat bayaran RM1,000 menerusi skim itu, sedangkan mereka perlu menjelaskan bayaran premium tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah.
"Mengikut siasatan kami, penduduk di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, yang menetap di tanah seluas 4,239 kaki persegi (393.8 meter persegi) dikenakan bayaran RM1,000 untuk memiliki 'land title' sahaja dan mereka langsung tidak diberitahu mengenai bayaran premium tanah RM30,978 untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.
"Ini sangat keterlaluan sebab kalau ikut pentadbiran BN terdahulu, penduduk hanya dikenakan 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi tanah seluas lebih 4,000 kaki persegi (371.6 meter persegi), dan ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 sahaja untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.
"Kadar pengiraan formula ini pula dibatalkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang dikeluarkan mengenai garis panduan skim baru ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Yap berkata rakyat Selangor terpaksa menjelaskan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa melalui skim itu jika hartanah mereka dipindah milik atau dijual.
Katanya ini tentu membebankan golongan miskin terutamanya di kawasan Kampung Baru kerana mereka akan berhadapan masalah melunaskan bayaran premium tinggi disebabkan nilai hartanah yang sentiasa meningkat.
Yap turut melahirkan rasa kesalnya dengan pekeliling itu berhubung garis panduan skim pemilikan kediaman persendirian yang dikatakan tidak mempertimbangkan rayuan penduduk untuk mengurangkan bayaran premium bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah.
Pekeliling itu antara lain memberi kuasa kepada pentadbir tanah daerah untuk membuat penolakan awal sebarang permohonan rayuan pengurangan premium yang diterima, tanpa perlu mengemukakan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri.
"Ini jelas menunjukkan kerajaan PKR Selangor menidakkan hak asasi rakyat untuk merayu," kata Yap.
Yap, yang juga Ketua Penerangan BN Selangor, turut kesal dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan negeri baru-baru ini berhubung proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri.
Beliau berkata antara syarat ditetapkan adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak boleh bertanding bagi jawatan itu yang sekaligus menidakkan sumbangan warga emas yang memajukan penempatan Kampung Baru Cina di Selangor.
- Bernama
- Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Bankingdulu tak de cerita pun masa BN berkuasa...Gitu lakalu dah takde kuasa.
- Ashyrul Harith Saifudin · Top Commenter · Friends with Len Ramlee
- Pemuda BTPUmpan Politik pun ok ma...dapat rumah, kalau Umno BN, dapat kain batik cap 3 ayam jer....Pengundi dah bijok la boh! dulu bole la...TV Hitam Putih.
- Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid KayuMari kita tanya ketua penerangan mca ini... adakah yang ditabur kepada rakyat sepanjang siri pilihanraya kecil bukan merupakan umpan politikkah? apa yang ditabur oleh najib sepanjang lawatannya ke seluruh negeri bukan merupakan umpan politikkah
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKDah bagus tu dapat tanah untuk rumah kediaman bayar RM 1,000 hari ini dalam sejarah BN pun tak boleh buat macam tu syabas PR.
- Faisal Ahmad · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
- Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!faisal ahmad kalau x salah aku tang 30k tu bila nak lanjutkan pajakan.. tgok la kalau pajakan 60 tahun or 99tahun lepas habis tmpoh kene la bayar premium.. yg mana masa tu kita hidup atau mati x tau la lagi... kira krajaan selangor bagi hnya RM1000 blh dpt tanah pajak utk rumah kira bagus sangat dh tu.. buat apa nak fikir primium blum tentu kita hidup smpai 80tahun
- Syed Salim · Victoria Institutionagaknya Yap cuba nak kelirukan rakyat. Premium RM 1K adalah bayaran memiliki tanah. Premium penuh hanya perlu dibayar bila nalk pindah milik atau membaharui tempoh pajakan SETELAH TAMAT TEMPOH 6O TAHUN.
Itu pun kalau mereka tak dapat kumpulkankan duit dalam tempoh tersebut saya pasti kalau Pakatan masih memerentah boleh dilanjutkan tanpa bayaran. FAHAM?
Alhamdulillah ...Tun Siti Hasmah dah Bertudung...
Saya tidak mahu komenlah fasal kemanjaan Che Det dan isterinya. Cuma harapan saya semoga Tun Siti Hasmah kekal bertudung hingga akhir usia, bukan hanya untuk majlis tertentu. - Tayadih Malaysia
Kredit: Minaq Jinggo |
Murtad: Jangan Beli Barang Tak Laku
Dalam kehidupan manusia, perkara yang paling pokok dan paling utama ialah aqidah. Aqidah sebagai penentu kepada persoalan atau aspek yang lain. Andainya aqidah tidak betul atau rosak atau menyeleweng maka seluruh persoalan atau aspek lain tidak ada nilai. Nilai perbuatan manusia adalah ditentukan oleh Allah SWT. Maka segala amalan manusia hendaklah dituju kepada Allah SWT. Sekiranya aqidah sudah cacat, rosak dan menyeleweng maka semua amalan akan tertolak.
Islam telah meletakkan Rukun Iman yang enam perkara itu sebagai akar tunjang atau 'piling' kepada keseluruhan pegangan hidup. Pegangan kepada pokok aqidah ini sama sekali tidak boleh cacat walau sedikit pun. Cacat yang sedikit sudah dikira sebagai kerosakan secara keseluruhan.
Mempelajari, memahami dan menghayati pegangan aqidah yang pokok ini mesti menepati sebagaimana yang sebenarnya. Umpamanya mengenali Allah SWT itu mesti menepati sebagaimana sifat-sifat Allah SWT yang sebenarnya dan tidak boleh dalam keadaan agak-agak, andaian, syak atau zan dan sangka-sangkaan semata-mata. Demikianlah juga kedudukan rukun iman yang lain-lain itu.
Amalan-amalan lain pula mestilah menepati sebagaimana yang telah disyariatkan dan telah ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ. Setelah diamalkan menurut panduan syariat, andainya kedapatan cacat cela (umpamanya solat tidak khusyuk) tidaklah sampai menjejaskan perkara lain di sisi Allah SWT. Sebab itu dalam mencari dan memilih kebenaran untuk pegangan hidup, telitilah terlebih dahulu aqidahnya.
Andainya difikirkan secara mendalam tidak boleh diterima akal adanya di kalangan remaja Islam yang telah menukar agama atau murtad. Rasanya tidak mungkin remaja Islam sanggup berbuat demikian. Malah hampir mustahil ada dalam benak para remaja itu lintasan untuk menukar agama.
Namun realitinya telah, sedang dan terus berlaku. Apa yang berlaku ini satu fenomena yang merupakan malapetaka kepada umat Islam. Sensitiviti umat Islam nampaknya dalam keadaan pasang surut. Ketika sedang bergelora dengan isu Nur Aisyah Bokhari atau Lina Joy, ramai yang menampilkan diri sebagai wira jurubicara pembela umat. Selepas berlalu untuk suatu tempoh, kelantangan itu merosot dan sunyi sepi. Sedangkan jerat tidak pernah melupai pelanduk. Tidak hairan agenda pemurtadan itu terus berlaku.
Kepada semua pihak, khususnya remaja yang terlintas ada keinginan untuk menukar agama khususnya Kristian, ada baiknya ditangguhkan dahulu dan marilah berfikir secara rasional. Apakah benar pertukaran agama itu kerana mencari kebenaran? Apa alasan atau bukti atau hujah bahawa agama yang bakal dianuti itu adalah benar?
Ingatlah bahawa kebenaran (haq) paling pokok yang mesti dilihat ialah mengenai keTuhanan. Kalau persoalan keTuhanan itu bercelaru, samar dan tidak dapat dihurai secara jelas dan tidak menepati Tuhan yang sebenar, biar berbakul hujah mengenai perkara kehidupan, maka wajarlah ditolak.
Ingatlah perkara yang bersangkutan dengan agama ini tempat tujuannya ialah keTuhanan. Apabila soal keTuhanan itu jelas maka di situlah adanya kebenaran. Mengiringi soal keTuhanan itu ialah Al Kitab. Kitab yang benar-benar tulen dan tidak berubah, lengkap dan sempurna ialah Al Quran.
Bible bukan kitab Injil yang asli. Malah Al Quran ada menerangkan bahawa kandungan Bible itu sudah terlibat dalam berbagai pindaan oleh tangan manusia. Kepercayaan bahawa Jesus itu anak Tuhan bukan sahaja bercanggah dan disanggah oleh Al Quran malah bercanggah dengan Kitab Injil yang asal.
Suatu yang tidak kurang pentingnya untuk difikirkan ialah mengenai nasib agama Kristian itu sendiri di Barat. Andainya para remaja memiliki duit banyak pergilah melihat sendiri bagaimana nasib Kristian di tempat asalnya. Jangan hanya mendapat gambaran dari 'lecture' dan 'torture'. Kerana dalam keadaan demikian semuanya digambarkan indah belaka. Ringkasnya bahawa mereka di Barat sudah menolak Kristian. Tiada erti agama bagi masyarakat Barat. Bermula dari konsep trinity yang bercelaru hinggalah kepada kebangkrapan ajaran agama itu sendiri.
Kalau di Barat sendiri sudah tidak laku untuk apa mereka 'menjajanya' di negara kita. Dan kalau di Barat sendiri sudah tidak laku apa pula alasannya kita di sini "membelinya". Di sinilah terasa anehnya! Dan mungkin juga mentaliti kita terlalu rendah sehingga tidak mampu berfikir terhadap perkara yang sangat 'simple'. Kalau mereka ada tenaga, ada duit, ada masa dan mereka yakin, mengapa tidak digunakan tenaga, masa duit dan keyakinan itu untuk 'menjaja' di Barat serta hidupkan kembali gereja yang sudah usang, sepi, tersisih dan tidak berfungsi?
Selain mentaliti yang rendah sehingga tidak dapat menyanggah persoalan sekecil itu ada faktor lain yang berselindung di sebalik kononnya mencari kebenaran. Di antaranya:
a. Lemahnya didikan dan asuhan aqidah. Yang berlaku selama ini bukan penghayatan aqidah. Apa yang berlaku hanyalah kebiasaan dan penghafalan yang hanya melekat di dalam ingatan. Sedangkan penghayatan ialah melekat kuat, tertancap kukuh di dalam hati.
b.Apabila lemah penghayatan aqidah tidak usahlah disandarkan seseorang itu pernah bersekolah agama, tahu membaca Al Quran dan hafal Surah Yasin. Kerana ramai professor di Barat yang hafal seluruh Al Quran, mampu mentafsir dan menjadi pensyarah kepada pelajar Islam. Namun dirinya tidak Islam kerana apa yang dimiliki itu hanyalah ilmu yang dipelajarinya, bukan penghayatan.
Lemah penghayatan aqidah, rendah pula kemampuan berfikir, maka mudah saja termakan hujah orang lain. Adakalanya digula-gula terlebih dahulu dengan asyik makhsyuk alam percintaan nafsu. Atau dipujuk dengan sedikit bantuan material, seperti melunaskan hutang atau dijanjikan kesenangan hidup.
c. Perangkap dan jerat mereka sangat licik. Permainan dan putar belit terancang mereka itu menjalar secara halus. Setelah terperangkap diiringi pula dengan imbuhan dan habuan yang datang mencurah-curah.
Sebagai kesimpulannya semua pihak perlu bukan sekadar menyalur dan menyampaikan ajaran Islam tetapi mestilah beserta dengan roh Islam. Mesti ditanamkan juga dijiwa remaja Islam dengan roh jihad. Bukan sekadar belajar ilmu dan memburu kelulusan markah tinggi dalam peperiksaan.
Kalaulah roh Islam dan roh jihad itu memang ada dalam diri, dadah sifar tidak perlu menunggu tahun 2015. Kalau benar didikan Islam itu berkesan tentulah yang berlaku sebaliknya, iaitu gelora kegembiraan sering berlaku kerana berbondong-bondong remaja lain menyertai agama yang hak ini yang datangnya dari Allah SWT.
Cukuplah ekonomi kita tidak menentu kerana 'rompakan' halus dari dalam negara dan dari Barat. Janganlah pula aqidah dan maruah diri turut kena rompak. Jangan ditukar aqidah dan maruah diri dengan bayaran sekeping cinta palsu yang tidak boleh dibawa mati, atau harta sementara yang akan habis bila-bila masa.
محمد فضلي بن يوسف
08 Ramadhan 1432H
08 Ogos 2011
(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150337162701719)
Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan