Selasa, 23 Ogos 2011

MASING2 NAK...JATUH MENJATUH..MASING2 AKAN MATI....DISITU ALLAH TENTUKAN NASIBNYA...MENGIKUT AMALAN2 MASING2...DIMANA TIADA SAPE MAMPU MEMBELA...

PAS gesa Najib, Nazri henti menghina Parlimen
Hazlan Zakaria
Ogos 22, 11
12:52pm
PAS hari ini mendakwa pemimpin BN menghina Parlimen dengan sikap berdolak-dalih mereka berhubung penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan-cadangan mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini. NONE"Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah menghina Dewan yang mulia ini," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, kenyataan Najib dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang. "Jika mereka membentuk suatu jawatankuasa, yang menjadi sebahagian daripada Parlimen, mereka harus menyelesaikannya mengikut proses Parlimen. Atau tidak, mengapa perlu mesia-siakan usaha itu,” kata Mahfuz pada sidang akhbar di ibu PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Malah, bagi beliau kenyataan Najib itu hanyalah semata-mata untuk menurunkan suhu politik dan tekanan terhadap pentadbiran BN. "Bila kata kerajaan tidak terikat maknanya beliau (Najib) tubuhkan PSC (jawatankuasa khas parlimen) hanya untuk turunkan suhu politik akibat tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Bagi saya ia penghinaan kepada parlimen," kata Mahfuz.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan dolak dalih Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu merupakan respon beliau terhadap masalah dalaman parti berkenaan. "Saya tidak tahu adakah kenyataan Najib itu dibuat selepas mesyuarat MT Umno kerana tekanan dari musuh beliau dalam Umno... sehingga beliau terpaksa buat tindakan.... Apakah ini maksudnya pilihan raya boleh dilakukan bila-bila masa," kata Mahfuz.

azlanNaib presiden PAS itu juga membidas tindakan Nazri yang 'mendahului' parlimen dalam satu sidang media kelmarin apabila menetapkan kuota, kriteria pengerusi dan perkara lain berkenaan jawatankuasa khas itu tanpa langsung dibincangkan atau dirujuk di Parlimen terlebih dahulu. "Dia tak boleh mendahului parlimen. Bagaimana ini berlaku, hanya Parlimen sahaja boleh tentukan perkara itu. Menteri hina parlimen dan tak tunggu keputusan parlimen," katanya. Menurutnya, ketika mengumumkan komposisi jawatankuasa berkenaan dan menuntut supaya seorang menteri mengetuainya, Nazri secara terangan telah mengabaikan hak dan keistimewaan parlimen untuk menentukan skop dan bentuk jawatankuasa yang bakal dipilih itu. "Hanya parlimen boleh dan patut membuat keputusan mengenai perkara ini...

"Kalau tubuhkan jawatankuasa khas kita seharusnya menghormati dan menunggu keputusan dan cadangan mereka. Kerana mereka di bawah kuasa parlimen. Kenapa nak tubuh lepas itu bubar sedangkan ia ditubuh untuk selesaikan masalah besar negara," katanya.

Bagi Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.

Beliau berkata, berbanding jawatankuasa Khas yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini, Suruhanjaya Diraja boleh disertai oleh banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

"Kalau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, ia boleh membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya ahli Parlimen sahaja.

"Jawatankuasa Khas terhad kepada ahli parlimen sahaja, NGO seperti Bersih tak boleh sertai, tak boleh bawa pakar-pakar perlembagaan," katanya.

  • Hantu Makcik Karipap
    apa kelas tipu parlimen puak2 ni? tipu tuhan lagi dia buat inikan pula tipu parlimen? xde apa apa kesan pada raja raja setan ni sume....
    • Asmael Ramli · Pengulas Tertinggi · Friends with Canoy De Purplepooh
      Kalau pembangkang hina perlimen mesti mereka akan cari akta untuk menangkap dan memasukkan kedalam ISA. dan war-warkan dalam BERITA TV 3 suku, maka percayalah orang di bandar dan kampung yang bongok. bila pilihanraya undi lagi BN. Bila menang mereka hambat orang bongok tadi 5 tahun dengan macam-macam kesusahan. Maka mereka berkata politik seluruh dunia macam tu di etopia lagi teruk. (menyedapkan hati,penawar hati)
  • Ali Buja · Pengulas Tertinggi · Cape Town, Western Cape
    mereka bos boleh buat apa jak.parlimen di bawah kuasa dia, ini menteri bongkak dan sombong.
  • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
    Firman Allah SWT,
    Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-Saff : 2-3)

    Ramai orang yang mampu untuk berkata, nasihat dan menyuruh orang melakukan sesuatu perkara. Namun dalam ramai-ramai itu tidak semua yang mampu untuk menzahirkan apa yang telah disuruh, dinasihat dan dikatakan melalui perbuatan. Adakah pendapat saya ini tepat atau pun tidak??? Jawapannya ada dalam diri anda. Lidah yang sememangnya tidak bertulang membuatkan orang mudah untuk berkata-kata. Tangan, kaki dan badan yang bertulang ini dijadikan alasan kenapa kita tidak melaksanakan apa yang kita katakan, kerana ia memerlukan tenaga untuk menggerakkannya. Itu hanyalah alasan yang direka dek kerana diri yang malas untuk melakukannya. Bak kata pepatah melayu "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Harus kita ingat bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya seperti yang telah diungkap dalam ayat di atas. Bila Allah membenci kita maka kita akan dijauhkan dari rahmatNya. Seperti yang kita tahu kita akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah. Tapi kalau kita jauh dari rahmat Allah agak-agak ada harapan tak nak masuk syurga???
    • Wak Senggol · Pengulas Tertinggi · Uitm
      itu termasuk ciri org munafik, wa nauzbilah hi minzalik
  • Roslan Md Noor · PEGAWAI KHAS YB.DNA di Kota Darul Naim
    Tunggulah...Parlimen Allah Taala kat padang Mashyar nanti..depo xleh pertikai dah...
  • Mohammad Rizal Hamzah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rezaki yang halal
    Ciri-ciri Orang Munafik
    Hadith :
    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
    “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
    Riwayat Ahmad Huraian
    ...Lihat seterusnya..
  • Ampun Tuan · Top Commenter
    biarkan mereka menipu dan suatu hari nanti Alllah Taala akan membalasnya..tungguler!
  • Jeesmi Mohamed · Top Commenter · German - Malaysian Institute
    mungkin dia pun tak tahu apa yang dia tengah buat tu, orang dah tertekan tu, banyak sangat masalah dia tu, BN oh BN.
  • At Nok · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    mereka sombong dengan kuasa yg allah pinjamkan utk sementara waktu...tunggu la kuasa allah kelak yang tiada siapapun dapat melawan..
  • Parti Umno · Top Commenter · Friends with Mykini Gateway
    kehkehkeh.....setiap kali mapus bean bercakap mesti ramai yg pakat gelak2...unta di padang pasir pon tersenyum.....
  • Key Riskey · Top Commenter · TERENGGANU at Bisness
    HARAM
    MARAH
    RAMAH
  • Radin Bin Adil Adil
    Pandai le ko Mahfoz - kena batang hidung sendiri sebok le cakap x hormat perlimen yg mulialah. Tak leh buat pilihanraya lah dan macam2 lagi. Kenapa kes anwar berlanjutan sampai nak dekat 4 tahun tak kata tak hormat institusi kehakiman- pnanguhan demi penanguhan - sbb ada kepentingan politik pembangkang kan? Jawablah....
  • Muhammad Aliff Khafifi Alifkhaf · Works at Suke Hati Akulah Nk Tulis Status Apa,yang Kau Sibuk Knp?
    apela mahfuz cian aku tengok ko sound raje2 setan xde efek pon dah latu lebih baek ko gerak je bersih 3.0...
  • Mohd Kamal · Top Commenter · Ikbn
    kat dunia boleh la konar2, kat dlm kubur sempit wei.................
  • Jari Kelingking · BIG RIVERr SMK
    Orang dah gelabah, camtulah.Cakap xbrfikir ikut sedap mulut je.
  • Rizal Man · Top Commenter · Sekolah menengah tengku menteri
    bak kata pepatah... di telan mati mak..tiluah mati bapak... x buat salah..nk buat serba salah... jadilah kerajaan yg serba salah...last2 pakat2 main tarik papan tolak papan.. akhirnya rakyat yang tanggung beban
Pelajar IPTA cedera rakan kelar leher
Ogos 22, 11 5:39pm

Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat Sungai Petani cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan. "Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Sungai Petani hari ini. Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa. "Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa," katanya. Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan. "Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya. Sementara itu bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian. "Ketika saya tiba di hospital lebih kurang pukul 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim. Katanya anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius. Zulkifli berkata beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas. "Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin," katanya. - Bernama


Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh
Hafiz Yatim
Ogos 22, 11
10:13am

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa. Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Anwar mula membela diri dengan menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menghadapi perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya. Katanya, beliau enggan mematuhi arahan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletak jawatan. Anwar kemudiannya bercakap tentang konspirasi baru, yang menurutnya, dengan plot yang sama, kali ini melibatkan Saiful. Beliau menafikan tuduhan terhadapnya dan menafikan beliau terbabit dalam sebarang perhubungan seks dengan Saiful, sambil menegaskan bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Anwar mendakwa wujudkan pelanggaran undang-undang oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, dalam perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya. Beliau mendakwa, personaliti yang sama ini juga di sebalik konspirasi (baru) terhadapnya, dan memaksanya untuk memutuskan untuk membela diri dari kandang tertuduh. Anwar memetik Hamlet dalam Shakespeare dan berkata beliau telah dinafikan padang permainan yang sama rata. Beliau juga mendakwa terdapat tangan ghaib yang terbabit. Beliau juga menyentuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA. Anwar kemudiannya beralih kepada kenyataan Saiful di TV3 minggu lepas dan mendakwa ia satu lagi percubaan secara terang-terangan untuk menyerang karakternya. Menurutnya, karakter Saiful yang sepatutnya dipersoalkan. Saiful, katanya, mempunyai skandal dengan seorang anggota pasukan DPP dan dengan seorang lelaki lain." Anwar juga menyentuh tentang intimidasi terhadap saksi-saksi dalam perbicaraan tersebut.

JAIS siasat kes orang Islam 'disyaki masuk Kristian'
Salhan K Ahmad
Ogos 22, 11
2:57pm

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disahkan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian dalam serbuan jabatan itu ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.

Sumber kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa perkara itu terkandung dalam laporan awal siasatan berkenaan yang disediakan oleh JAIS berhubung serbuan jabatan itu ke atas Damansara Utama Methodist Church.

Kandungan laporan itu juga sama dengan sebahagian daripada kandungan yang dibocorkan ke blog pro-BN sebelum ini, menurut sumber berkenaan.

"Program Thanksgiving Dinner ini disyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai majlis berbuka puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri," laporan itu dipetik.

Pemeriksaan ke atas kira-kira 100 orang hadirin di majlis berkenaan turut mendapati bahawa seramai 12 orang daripadanya merupakan penganut Islam. Laporan berkenaan menyenaraikan sepenuhnya nama serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.

"Salah seorang yang mendakwa dirinya penganjur utama telah ditanya secara lisan oleh penguatkuasa JAIS kepadanya sama ada dia beragama Islam.

"...Dia menjawab 'I Believe in God' dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam."

Laporan itu turut menyatakan bahawa seorang individu berbangsa Melayu diperhatikan sedang memberikan ucapan "tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam" dalam majlis berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, tiga orang peserta Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang secara senyap.

Selain itu, beberapa orang anggota penganjur juga dikesan memakai baju kebaya dan baju kurung manakana dua buah lagu bertajuk "Alhamdulillah" dan "Allahuakbar" turut dinyanyikan dalam program berkenaan.



  • At Nok · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    apa kata UMNO yang mengaku ISLAM..didalam Parlimen nanti...minta kerajaan pimpinan UMNO pinda perlembagaan persekutuan berkaitan org islam yang murtad,,, minta UMNO laksanakan Hukum Islam dan buang undang2 ciptaan manusia..kalau betul2 UMNO ni memperjuangkan Islam..jangan hanya berpura-pura sahaja wahai UMNO.
  • Chien Wolfrine · Pengulas Tertinggi · Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
    jika ternyata ada kebenarannya... jgn berkompromi... its about our aqidah..
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      JANGAN TERPERANGKAP, SEBENARNYA MENTERI YANG JAGA UGAMA ISLAM YANG DI LANTIK OLEH PUAK UMNO ADALAH MENTERI BAHLOL TAK TAHU BUAT KERJA SEHINGGA BANYAK YANG TELAH MURTAD. . TAMBAH PULAH MASA PM MAHDIR , LAGI LAH TERUK BAHLOLNYA
    • Meor Zahidi Tahir · Pengulas Tertinggi · USM Penang
      MULUT KL DI BULAN PENUH BAROQAH NI.........
    • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Org Islam sendiri gagal menyebarkan fahaman Islam kepada org Islam dan bukan Islam. Sebaliknya org bukan Islam begitu intensif menyebarkan ajaran agama mrk kepada org Islam. Contoh terbaik media elekronik sendiri byk menyebarkan fahaman agama lain spt tidak menutup aurat, tidak bertudung dan memakai pakaian seksi serta suka mengadu-domba atau fitnah. Semua ini bukan ajaran agama Islam tetapi telah disebarkan setiap saat, minit, jam dan setiap hari di media. Apakah ini salah org bukan Islam?..Lu fikirlah sendiri.
  • Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntai
    apa da tiada paksaan dlm agama...ada ke mereka paksa?...kita sebenarnya lagi ramai dah berjaya murtadkan dari agama asal diaorang ke agama kita...100 banding satu sejak merdeka...jaga yg ada jgn kasi kembali tu lebih bagus...
  • Aubrey Sherrod
    semua agama ajar perkara yang bagus2
  • Hady Abi · PT di SM Teknik Matang
    apa yg menghairankan nape agama lain ne cbok je nak anjurkan majlis berbuka puasa. nak tunjuk perpaduan lah tu.... tp org yg pegi tu pun mmg tahap bangang yang tinggi. tak tahu ke, kalau ada yg buat baik tu ada udang sebalik batu. kpd agama2 lain. tak yah le cbuk nak buat program utk org muslim. kami masih mampu nak buat program kami sendiri, tak yah nak cbok2. satu lagi aku nak ingatkan kat org muslim " musuh2 allah tu tak kan duduk senang kalau tak hancurkan agama allah." tu korang semua kena ingat.
  • Saaid Ramdzan · Top Commenter · Royal Military College, Sg Besi
    apa kata JAIS ni kita siasat..samaada dia buat kerja atas arahan atau atas kefahaman..dulu Dr Asri pun dia tangkap macam penjenayah..belori bawak polis..hanya pasal tak ada tauliah..bekas mufti tak ada tauliah? kerana hebatnya pengarah JAIS yg pada ketika itu buat onar, naik pangkat la pulak jadi SS..la ni pengarah buat kerja ni nak jadi apa pulak?
  • Hamidi Mohd · Top Commenter
    mana boleh halang orang murtad...ni soal hati...mana leh serbu gereja teka fatwa sapa ni?
  • Janil Magansal · Top Commenter
    MOHON MAAF TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA YANG DAH JADI MURTAD ITU KEMAHUAN MEREKA TENTANG AGAMA ALLAH SEMUA AGAMA MEMUJA ALLAH PENCIPTA ALAM DAN PENCIPTA MANUSIA
  • Alfakir Ibnullah · Universiti Malaya
    jangan hangat2 taiiik ayam....kalau ikhlas serbu lagi tempat hiburan melampau ..pertandingan cantik dan luaskan skop kpd AURATTTT artis ..isteri pembesar ...aku loya dgn KLLLLL
  • Kulop Meli · Top Commenter
    kecik dulu slalu dengar lebai pas cakap pasal murtad...
  • Muhammad Aliff Khafifi Alifkhaf · Works at Suke Hati Akulah Nk Tulis Status Apa,yang Kau Sibuk Knp?
    nampaknye umno yg bahlul telah menjalankan tugas yg termaktub dalam al-quran iaitu tiade paksaan dlm beragama dn umno yg bahlul juga menjalankan undang2 kebebasan beragama syabas semoga umno terus melakukan kerja bahlulnye dulu, kini dan selamenye..........
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Mrk yg masuk kristian ni asalnya beragama kristian..Mungkin kerana berkahwin dgn org Islam maka mrk seolah2 terpaksa memeluk Islam.Apabila bercerai atau disisihkan oleh org Islam sendiri, maka mrk kembali ke agama asal mrk(murtad). Malah org Islam sendiri gagal menyebarkan fahaman Islam kepada Islam dan bukan Islam. Sebaliknya org bukan Islam begitu intensif menyebarkan ajaran agama mrk kepada org Islam. Contoh terbaik media elekronik sendiri byk menyebarkan fahaman agama lain spt tidak menutup aurat, tidak bertudung dan memakai pakaian seksi serta suka mengadu-domba atau fitnah. Semua ini bukan ajaran agama Islam tetapi telah disebarkan setiap saat, minit, jam dan setiap hari di media. Apakah ini salah org bukan Islam?..Lu fikirlah sendiri.
  • Miswan Giman · Top Commenter · Works at JKR Selangor
    Pihak yang menganjurkan majlis ini dah kantoi, nak kata tidak tak berani, nak kata ya pun tak berani, isu2 dah jadi semakin sensitif... Kita renung2kanlah, memang ada udang disebalik mee...
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada keja ada gaji
    pinda la perlembangaan khas untk org islam!!...MEDIA ARUS PERDANA SEDAP CANANG KONON PEMIMPIN PR ISLAM SOKONG GEREJA DARI JAIS..ISUNYA APA??..KITA BALIK KPD PERKARA POKOK YAITU HUKUM ISLAM HUKUM YANG ADIL BAIK UTK UMAT ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM..RUMUSANNYA..TEGAKKAN ISLAM ITU DAHULU SEBELUM TUDING JARI KPD PEMIMPIN PAS, PKR...siapa yang punyai kuasa pinda perlembangaan??..WTF
  • Syazwan Shah · Top Commenter · 38 years old
    kes mcm nie elok tnya PERKASA yg kte sgt memperjuangan melayu dan islam nper buat pekak telinga..pgi lh buat demo dpn gereja 2..kan nk buat demo kt pjabat menteri besar plak.??pak katak nper diam je dok bwah tempurung ke...pm xpnggil lg ke nk berkokok...

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina
Ogos 22, 11 12:06pm
Prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan liwat, akan menyaksikan pihak pembelaan mensepina tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

azlanSebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri. Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat. Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

NONESepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'. Menurut peguam Karpal Singh (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah. Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka. "Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya. Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketepikan permohonan tersebut.

Pada perbiacaraan membela dirinya yang bermula hari ini, Anwar membacakan kenyataan Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat dan menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

Beliau memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan pilihannya itu, pihak pendakwaan tidak dibenarkan menyoal-balas beliau.

azlanPada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.


Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful
Ogos 22, 11 4:34pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. "Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar. NONEAnwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam. Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian. "Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar. Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela. Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya. Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera. NONEMohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal. Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa. - Bernama


Tiada ulasan: