Jumaat, 26 Ogos 2011

JOM PAKAT DOA RAMAI2...KATA TOK GURU AKU...HARUS BERDOA 'MOHON BALAS SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN'..HARAM BERDOA TENTUKAN SESUATU...TAKUT TAK SETIMPAL...ALLAH MAHA MENGETAHUI SUKATAN KEJAHATAN YANG TELAH DIBUAT...SERAH PADA ALLAH...TAK KAN CURI KASUT DOA DIA MATI...TAK PATUT...TENTU HARAM...

SPR mungkin tidak terima semua cadangan JK khas
Ogos 24, 11 3:14pm
Meskipun kerajaan sedang mengkaji penubuhan jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya, namun Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) berkata tidak semua cadangan jawatankuasa itu akan diterima dan dilaksanakan.

NONEMenurut timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, buat permulaan suruhanjaya itu akan mengkaji dahulu praktikaliti dan kemungkinan cadangan jawatankuasa berkenaan.

Dalam wawancaranya di akhbar harian Cina, Sin Chew Daily, beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan dan tidak tertakluk dengan kuasa atau arahan jabatan lain.

Wan Ahmad berkata sebagai badan tunggal di negara ini yang menjalankan pilihan raya dan mengkhusus dalam hal ehwal pilihan raya, hanya SPR sahaja yang mengetahui langkah-langkah yang boleh dilaksanakan.

Katanya lagi, walaupun jawatankuasa itu boleh membuat syor, tetapi cadangan mereka tertakluk kepada SPR yang akan perlu mengkaji perkara itu dari aspek-aspek praktikal, prosedur dan undang-undang.

"Apabila kita meneliti syor-syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu, kami akan menerangkan kepada mereka mengapa cadangan tertentu tidak boleh dilaksanakan, jadi mereka akan memahami masalah dan realitinya."


Pemuda Umno: JK khas bukan untuk tuntutan BERSIH
Ogos 24, 11 8:33pm

Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam jawatankuasa khas itu adalah daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa NGO yang berdaftar.

"Pemuda Umno setuju dengan penubuhan jawatankuasa khas itu untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada BERSIH 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jom Ihya Ramadan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut di Kepala Batas hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada BERSIH 2.0.

Katanya Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Terdahulu Khairy dalam ucapannya berkata menerusia Program Jom Ramadan 1Malaysia pihaknya memperuntukkan RM130,000 bagi membaik pulih 13 buah masjid dan surau di seluruh negara.

Program ini berlangsung dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang serta memberi lebih tumpuan kepada penglibatan golongan muda, katanya.

- Bernama

Pakar asing: Sampel DNA tercemar tak boleh diterima
Ogos 25, 11 9:16am

Selepas pakar patologi forensik Australia Dr David Wells memberi keterangan semalam, seorang lagi pakar asing - pakar DNA Dr Brian McDonald, pula dipanggil memberi keterangan hari ini dalam perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, juga dari Australia, akan disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

LAPORAN LANGSUNG


anti-anwar ibrahim demonstration outside KL High Court sodomy II trial8.35 pagi: Sekumpulan anti-Anwar yang memakai baju-T kuning
berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, tempat perbicaraan kes liwat terhadap ketua pembangkang itu berjalan.

Mereka berulangkali melaungkan 'reformasi', serta membawa kain rentang bertulis 'Selamat Hari Raya Peliwat 2.0' dan 'Justice for Saiful'.

8:48 pagi: Pasukan pendakwa berada di mahkamah, begitu juga peguambela Ram Karpal dan Marissa Regina dan Christopher Fernando.

Marissa adalah anak perempuan mendiang Christopher Fernando, peguam yang bersama pasukan peguambela Anwar ketika perbicaraan kes liwat pertamanya.

8:55 pagi: Turut berada di mahkamah peguam ialah peguam Saiful - Zamri Idrus. Beliau tidak hadir semalam.

9:04 pagi: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution.

Masih ada tempat duduk kosong di dalam dewan mahkamah yang boleh menampung Kira-kira 70 orang.

9:13 pagi: Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tiba dan dilihat bercakap dengan Anwar, yang berdiri dalam kandang tertuduh.

9:15 pagi:
Prosiding mahkamah bermula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

9:16 pagi: Saksi pembela keempat, Dr Brian McDonald mula memberi keterangan dan disoal oleh peguambela Ram Karpal.

9:40 pagi: Ahli kimia Dr Seah Lay Hong Kimia, yang memberi keterangan sebelum ini, membantu pihak pendakwa sebagai konsultan. Beliau duduk di antara Yusof dan DPP Noorin Badaruddin.

9:46 pagi: McDonald berkata dia menyediakan satu laporan berasingan selepas mendapat data dari kedua-dua ahli kimia Malaysia.

Dokumen itu bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI'. Beliau menyediakan laporan itu pada tahun 2009.

9:47 pagi: Beliau menjelaskan mengenai ujian forensik DNA.

9:53 pagi: Beliau menjelaskan mengenai 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

10:01 pagi: McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

McDonald menjelaskan bahawa DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

10:24 pagi: McDonald menjelaskan terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa. [Baca laporan langsung]

Sementara itu, Bernama melaporkan, seorang pakar DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa tarikh pada dua bekas sampel sepatutnya disahkan dan dibetulkan sebelum analisis dibuat pada sampel yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Brian McDonald, dari Australia, saksi keempat pihak pembelaan, berkata ahli kimia Dr Seah Lay Hong atau Nor Aidora Saedon sepatutnya membetulkan tarikh 26 Jun 2008 yang tertera pada dua bekas sampel itu, sedangkan sebenarnya sampel itu diambil pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Ini merupakan amalan asas mana-mana makmal apabila mereka mendapati sebarang kesilapan, mereka perlu segera mengesahkannya, betulkannya dan dokumentasikan perubahan yang dibuat," katanya.

Kepada soalan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh sama ada beliau dapati, berdasarkan keterangan kedua-dua ahli kimia, terdapat cubaan untuk membetulkan tarikh itu, Dr McDonald berkata tidak.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan peguambela itu bahawa ahli kimia berkenaan sepatutnya menolak sampel itu dan berusaha mengesahkan kesilapan itu dengan pegawai penyiasat Supt Judy Blacious Pereira.

Dalam keterangannya sebelum ini, Dr Seah memberitahu hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bahawa beliau telah mengguna pakai semua cadangan Persatuan Aantarabangsa Genetik Forensik dalam menjalankan analisisnya, khususnya sampel yang diambil daripada kawasan dubur Mohd Saiful yang kemudiannya beliau mengesahkan adalah milik tiga individu.

Katanya beliau menerima sebanyak 10 bekas sampel daripada Pereira pada 30 Jun 2008 - lapan daripadanya bertarikh 28 Jun dan dua lagi bertarikh 26 Jun.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya mengenai pendapatnya mengenai ketiadaan ujian air mani, Dr McDonald berkata prosedur itu amat penting dalam kes serangan seksual.

"Adalah penting untuk mengesahkan kehadiran sperma pada sampel yang diambil, dan mentafsirkannya dengan keputusan analisis makmal kemudiannya," katanya.

Prosiding hari ini juga menyaksikan pertikaman lidah antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila peguam itu membangkitkan isu akreditasi makmal-makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Mohamed Yusof membantah apabila Ram Karpal cuba menunjukkan kepada Dr McDonald salinan surat bertarikh 5 April tahun ini dialamatkan kepada pengarah bahagian forensik jabatan itu Lim Kong Boon, daripada American Society of Crime Laboratory Directors (ASCLD), kerana beliau (McDonald) bukan penerima surat itu.

Surat itu menyatakan bahawa lembaga pengarah ASCLD masih menimbangkan permohonan jabatan itu bagi lanjutan enam bulan lagi bagi mendapatkan akreditasi ASCLD, dari 18 April 2011 hingga 18 Oktober 2011.

Hakim Mohamad Zabidin menasihatkan peguambela itu menghubungi Lim bagi pengesahan surat itu.

Ram Karpal memberitahu pemberita kemudiannya bahawa sapina telah dikeluarkan ke atas Lim.

Perbicaraan bersambung esok.
MOHON ALLAH BALAS SETIMPAL KEJAHATANNYA...JIKA IA TAK JAHAT LEPASLAH...
Umno: Jangan beri k'jaan PAS Kedah peluang kedua
Ogos 25, 11 1:53pm

Umno menggesa rakyat Kedah supaya tidak memberi peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS sekarang kerana mendakwa ia dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik.

Ketika membuat gesaan itu, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa sejak tiga tahun lalu, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha kerajaan negeri, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat yang diharapkan.

Sebaliknya, kata beliau, program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil dayausaha kerajaan pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di Pokok Sena semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda dapat mambangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah melawat tiga veteran Umno yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita Umno Pokok Sena.

- Bernama



Garuda nafi periksa payu dara calon pramugari
Ogos 25, 11 3:28pm

Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea.

Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya.

Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi.

Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari.

"Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya.

--Bernama

Tiada ulasan: