Selasa, 23 Ogos 2011

BIMBANG MELAYU...BAGAIMANA KEADAAN MELAYU YANG TAK PENDULI DOSA PAHALA..SOLAT...AQIDAH DLL...MELAYU TAK MENGHAYATI ISLAM SELURUHNYA...TAK BIMBANGKAH..

NC UUM: Perpecahan Melayu dilihat semakin parah
Ogos 22, 11 3:13pm

Pemimpin Melayu perlu bersatu dan jangan terlalu mementingkan agenda politik jika mahu melihat kemerdekaan mereka berkekalan kerana perpecahan boleh menyebabkan mereka hilang kemerdekaan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

"Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

"Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat...agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sintok hari ini.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

"Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang.

"Jadi saya harap supaya golongan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama.

"Jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis...itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur," kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

"Sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan ulama upahan, ulama pengampu...Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa," katanya.

Beliau berkata sempena sambutan kemerdekaan negara tahun ini, masyarakat perlu mengingat kembali kejayaan mengalahkan British dan Malayan Union disebabkan keutuhan perpaduan kerana pada waktu itu orang Melayu mengetepikan perbezaan, semangat kenegerian, keghairahan dan kelompok demi untuk menentang penjajah.

"Kita nak lihat sempena merdeka ini parti-parti di negara ini boleh bersama-sama mengetepikan perbezaan dan menunjukkan mereka patriotik dan bersatu hati untuk membangunkan agenda agama, bangsa dan negara," katanya.

- Bernama

  • Ahmad Tajdid · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA
    kemerdekaan negara bukan ditentukan umno atau perikatan, tetapi oleh british. sudah menjadi dasar british untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya selepas tamat perang dunia kedua. british tak ambil peduli tentang para penentang malayan union. yang dipedulikan adalah ancaman komunis. british berhadapan dengan komunis dengan mengisytiharkan darurat (1948-1960). yang dijadikan benteng menentang komunis ialah anak-anak melayu yang diambil bekerja oleh british dalam perkhidmatan polis dan tentera. orang british hanya jadi pegawai dan merancang strategi di bilik-bilik kebal. yang terpaksa berhadapan dengan komunis di medan tempur ialah orang-orang melayu dalam polis dan tentera (sila baca novel TULANG-TULANG BERSERAKAN karya SN Uthman Awang). strategi yang sama dilakukan amerika di bumi iraq dan afghanistan dengan mengambil pengajaran daripada apa yang british lakukan di malaya. umno/perikatan sebenarnya diberi laluan mudah oleh british untuk menang dalam pilihan raya umum 1955 setelah partii melayu berpengaruh, PKMM dan parti-parti sekutunya diharamkan british. british sebenarnya meyakini umno/perikatan boleh menjamin kepentingannya di tanah melayu. SEJARAH PERLU DITULIS SEMULA!
  • Azrul Azamho · Pengulas Tertinggi
    habis takkan nak bersatu menyamun harta negara, bersatu buat CD porno, bersatu merosakkan institusi kehakiman dok gitu? tak mungkin kalau sokong UMnO tu baru dikira bersatu? F!
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      tiap kali bulan kemerdekaan je ..tv,utusan,rtm,Berita Harian akn siar hanya org2 umno je yg berjuang,hanya org2 umno je yg memerdeka kan negara ini,hanya bapak hisamudin,bapak altantunya je yg memerdekakan negara ini..tp..

      pahlawan2 yg bermati-matian menetang penjajah spt pak sako,ibrhim yaakob, burhanuddin al helmy,samsiah fakeh, abdullah cd,tolk janggut,Ahmad Boestamam,tok kenali,dan ramai lg di sorok-sorokkan,disembunyikan,disimpan dlm peti..

      ciss!! memang SIAL lah UMNO ni..
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      NC UUM NI MACAM NORDIN KARDI , SEPATUTNYA ORANG MELAYU TELAH MENGUASAI SEMUA BIDANG. ANGKARA UMNO LAH MELAYU KETINGALAN SEMUA SEGI. INI KERJA UMNO. .NC UUM NI MIMANG BAHLOL. .SEBAB NAK MENGAMPU MACAM NORDIN KARDI. .HANCUR HANCUR HANCUR UMNO
  • Adam Neuser · Pengulas Tertinggi · Sukabumi
    Ajak intelektual dan politikus berkerja bersama-sama konon.. Awak tu ada ke bagi kerjasama kat kerajaan PAS Kedah?
  • Midnite Hunter · Pengulas Tertinggi
    Kenapa harus ada perbezaan bangsa....tak boleh ka kita hidup dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa.....semua ni berlaku kerana ahli politik memecah belah kan kita....mari pikir cara waras dan rasional....apa yang nak di takut kan.....tentang bangsa....jgn lupa peratus org melayu lebih tinggi dari bangsa lain di malaysia....so kenapa harus ada rasa ketakutan....ini semua angkara ahli politik yaqng memecah bekah kan kita untuk kepentingan sendiri.....saya paliong hormat zaman P Ramlee....hidup sebagai adik beradik bersama lain2 bangsa....tak boleh ka kita anggap diri sebagai bangsa malaysia....saling hormat menghormati satu sama lain.....Allah pun memberi peluang kepada hambanya....tak boleh ka kita sebagai manusia memberi peluang kepada PR selama 5 thn....nak jugak tengok apa perbezaan dari segi pentadbiran....jagan lupa kuasa pada RAKYAT bukan pada ahli politik bail BN mahu pun PR....
  • Murad Jaafar · SM Jitra
    sokong kita ajak semua orang umno sokong PAS
    • Azhar Ahmad · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      sokong..
    • Tiara Slam · Pengulas Tertinggi · High school
      melayu sekular saja berpecah melayu islam tetap bersatu.
    • Abg Brutal · Pengulas Tertinggi
      melayu tidak berpecah ... tak de pun kita dengar setiap hari dmelayu bunuh melayu sekian ribu mati ... cuma tak sokong AMNO N BINATANG NASIONAL tu je dah cakap melayu berpecah ... mangkok betul lah mamat pencacai tu
  • Nordin Ismail · Top Commenter · University of Malaya
    Kalau Prof ini tidak berani menegur kepimpinan negara kerana krosakan yang dimaksudkan lebih baiklah dia jadi bisu dari menjadi perkakas dan pencacai orang politik.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    INILAH SALAH SEORANG YANG DISEBUT SEBAGAI PROFESOR KANGKUNG, PROFESOR PENGAMPU YANG MENJADIKAN SANDARAN POLITIK MENGAMPU DEMI SESUAP NASI

    MARI KITA TANYAKAN PROFESOR KANGKUNG INI.. APA HUJAHNYA YANG MENGATAKAN PEPRECAHAN MELAYU SEMAKIN PARAH... DALAM KEADAAN BAGAIMANA DAN BILA ORANG2 MELAYU TIDAK BOLEH DUDUK BERSAMA DIKEDAI KOPI, TIDAK BOLEH SEMBAHYANG BERJEMAAH DI SURAU @ MASJID.. TIDAK BEKERJA DI PEJABAT YANG SAMA ..TIDAK MENGHADIRI KENDURI KAHWIN.. TIDAK MENZIARAHI SESAMA MELAYU YANG SAKIT ATAU MENINGGAL DUNIA.. TIDAK MEMBENARKAN ANAK2 MEREKA MENDAPAT PENDIDIKAN DI SEKOLAH @ UNIVERISIIT YANG SAMA..BILA MASA SESAMA MELAYU BERGADUH, TIDAK BERTEGUR SAMA, BERTENGKAR @ SALING MENCEDERAKAN SESAMA MELAYU?

    MELAYU SEBENARNYA TIDAK BERPECAH.. MALAH MELAYU DAPAT HIDUP BERSATU PADU DALAM KELOMPOK MASYARAKATNYA.. MALAH BOLEH BERSAMA2 HIDUP DALAM KEADAAN HARMONI DENGAN MASYARAKAT BERBANGSA LAIN.. PROFESOR KANGKUNG INI SECARA TIDAK LANGUSNG MENAFIKAN SEMANGAT 1MALAYSIA YANG DICANANGKAN OLEH PERDANA MENTER YANG DIA SENDIRI MENGAMPU SELAMA INI..

    APA YANG TERJADI DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA BUKAN PERPECAHAN.. CUMA PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK.. PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN PERPECAHAN KERANA PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK DIBENARKAN DALAM SISTEM DAN AMALAN DEMOKRASI
  • Mohd Muzlimi Junoh · Top Commenter
    Ini lah pandangan dari seorang Profesor Kanngkong Negara...Mahu beersatu hanya dalam UMNO...kalau masuk atau sokong parti lain itu bukan bersatu namanya..BONGOk BIN BAHLOL..
  • Rezx Kdh · Top Commenter · Works at Di rumah aja
    Kenapa tidak ada yg memperjuangkan dengan tajuk... "ISLAM semakin parah..."???
  • Ustaz Ahli Dap · Top Commenter · Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan
    Prof. Mohamed elok masuk gelanggang politik supaya tidak terus jahil dalam politik.

    1. Prof. jahil politik bila menganggap orang Melayu bersatu hanya bila berada dalam satu parti sahaja (lebih tepat UMNO sahaja). Kalau orang Melayu dan rakyat Malaysia berpecah, masakan Stadium Bukit Jalil penuh dengan lebih 90 ribu penonton menyokong Malaysia lawan Singapura ketika perlawanan bola kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Rakyat Malaysia dari pelbagai parti bersatu menyokong Malaysia.

    2. Kalau Prof nak tengok semua parti mengenepi perbezaan sempena Merdeka, Kerajaan Malaysia hendaklah menjemput semua parti politik mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan nanti. Apakah LKerajaan UMNO akan jemput?

    3. Selamat berbuka puasa Prof.
  • Muhammad Aliff Khafifi Alifkhaf · Works at Suke Hati Akulah Nk Tulis Status Apa,yang Kau Sibuk Knp?
    bersatulah kite melayu ngan umno jual cd porno, sapu harta rakyat, tolak hukum islam, dan lain2 ngan harapan melayu dulu, kini dan selamanya akan menjadi satu bukan dua, tiga, blablablabala.........@#$$%^%$$#.
  • Kamal Anwar AlJuburi · Top Commenter · Sekolah pondok
    punca dan penyebab org melayu berpecah adalah kerana anwar ibrahim aljuburi yg gila kuasa.
  • Mat Keluat · Top Commenter · MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK
    Masa menyambut merdeka ajak orang bersatu tapi pergi kekampung bagi subsidi kepada rakyat hanya segolongan saja yg. dapat golongan yg. tak sehaluan dnafikan sebagai rakyat negara ini. Inilah yg. berlaku para intelektual /ahli bijak pandai kurang arif hal2 ini.
  • Mohd Azrieyl · Top Commenter · SMGC
    prof ni statmen cri makan.....ko gn kerajaan Kedah x mampu bkrjasama, apa kes???usah bicara tntang perpaduan klu dri sdri x mmpu brpadu...
  • Jari Kelingking · BIG RIVERr SMK
    Acuan telah lame dibuat, kueh pn dah siap.Ornag Melayu yg gileeeeeeeeee sesangat kuase snggup buat ape sajeee.Sanggup gadai maruah, gadai agama islam, gadai bangsa dan gadai negara.Tu lah Melayu Gila Kuasa.Yg jadi mangsanyaanak2, cucu2, cicit2 dan keturunan Melayu akan datang.Brfikirlahhhhhh.Insaflahhhh.Kembali bersatunya Agama Islam dan Orang2 Melayuuuu.Kuatkan Saf2 Islam dibumi Malaysia.
  • Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
    Islam bukan ajaran perkauman tapi untuk semua manusia, biar berpecah kerana takut kpd Allah dari bersatu utk menentang Allah & mengkhianati rakyat.
  • محمد شاكر راني · São Paulo, Brazil
    Politik akan berakhir biler kiamat bermula? benar atau pun tidak?
  • Sobry Hj Ismail · Sekolah pondok
    bukan kangkong tapi kongkang......
  • Alfakir Ibnullah · Universiti Malaya
    ramai profesor kangkong yg analisis politik , ekonomi dan hal2 negara tahap pemikiran gaban ...spt keling sekoq tuuu
  • Vijayan KrsnaZing · Top Commenter · Associate at Yogeshwara Krishna
    kerana kepentingan diri sendiri dan ketamakan duniawi, manusia sanggup memusnahkan sesiapa pun.....

    pupuk nilai murni dan manusia sejagat akan sejahtera....
  • Chang Tze Kamitake
    Kangkong punyer Prof......Pemikiran Tahap Ketua Cawangan UMNO......mengampu dan harap kontrak jer
  • Pemerhati Senyap · Top Commenter · Kota Bharu
    Kalau nak diikutkan Melayu perpecah dah lama dah..dizaman kesultanan Melaka lagi, melayu xpernah bersatu, waktu umno lemah aruah Tun Abdul Razak jemput Pas sertai Barisan Nasional setelah umno kembali kuat Pas jadi bola ditendang terjang, Mantan PM Tun Mahathir perang politik dengan Ku Li, lahir parti Semangat 46, DSAI dibuang dari umno masuk penjara.
  • Mat Cikaro · Top Commenter · Pemimpin diri sendiri at Usaha sendiri
    melayu berpecah kerana adanya orangx macam hang.... kal bercakap atau memberi komen semuanya berpihak.... nak kat ikut agama... jauh sekali... yoep.... harta melayu dah abis dikikis oleh pemerintah... cam no tu...
  • Pemerhati Senyap · Top Commenter · Kota Bharu
    Kebanyakan melayu sekarang bersikap kau..kau..aku..aku..
  • Muboth Bani Othman · None
    Pd pandangan saya biarlah bangsa itu berpecah kerna mereka ini diberikan akal olih ALLAH utk pertimbangkan....Tetapi kalau anutan agama islam itu berpecah siapa pula nak menjawab. pelbagai contoh tlh ada skrg sbb tiada panduan agama lagi...... ini amat penting tanpa pegangan agama manusia kan menjadi seperti haiwan. apa ada pd bangsa kalau tiada pegangan agama..... semua agama memberikan ilmu kebaikan dan keadilan pd manusia tapi BANGSA tiada. Kerna bangsalah menunjukan kebodohan bangsa itu sdiri selama 50thn ini. Kalau bangsa itu fikir utk bangsa sdiri Msia tidak menjadi seperti ini. Rakyat diseksa dgn saikologi sengsara tetap bangsa pendtg diberikan keistimewaan. Usahlah bercakap seumpama hidup itu atas bangsa....tetapi agama diketepikan.... Rasullah yg dicintai pun x pernah pun memperjuangkan bangsa sebaliknya Agma yg syumul dari ALLAH itu yg diutamakan. Slama ini bangsa melayu pun tlh diperbodohkan olihbangsa sdiri. TIDAK PERCAYA..... Fikir2kan wahai rakyat Msia mana yg perlu diberikan keutamaan Agama atau Bangsa.
  • Pak Abu · Top Commenter · Owner at Riverside Art Studio
    Perpecahan memang berlaku tetapi kita kena lihat di mana berlaku dan siapa yang bertanggungjawab atas perpecahan ini. Asal Melayu berpecah dalam dua kelompok sahaja iaitu penyokong PAS dan penyokong UMNO. Pas nampak konsisten dengan sokongan Meayu dan Melayu di dalamnya tidak pernah berpecah. Perpecahan Melayu sebenarnya parah berlaku dalam UMNO. Bermula dengan Team A dan Team B ia diikuti dengan Krisis Perlembagaan (imuniti raja-raja). Ia menjadi lebih parah apabila berlaku krisis DSAI. Kesimpulannya UMNOlah punca perpecahan.
  • Mohdzaki Halim
    Nak bersatu kena berpegang dengan Quran dan Hadislah, bukan saja sesama Melayu akan bersatu malah dgn bangsa lain pun akan bersatu walaupun berbeza adat budaya dan anutan agama. Masyarakat Madinah zaman Rasulullah yg lebih kompleks drp sekarang pun boleh bersatu. Ramai orang telah melupai sejarah kegemilangan Islam.
  • Saif Islam · Top Commenter
    Kau DIAM! mamak pembodek, naik pangkat Naib Canselor pun sebab kuat mengipas UMNO/BN bukan atas sebab kecerdikan. Prof Kangkong No 1 Malaysia.
  • Jamaludin Hasran · Top Commenter · Upm serdang selangor
    Melayu nak bersatu, kena amal ajaran Islam. Selagi nama je melayu, nak bersatu mcm mana. UMNGOK juga punya pasal melayu berpecah, tak faham Islam, kan ke BN yg perintah selama ni. Apa diaorg buat? Prof tolong le kaji
  • Perak Utara · Top Commenter · College of the Holy Cross
    Melayu tak berpecah hanya salah faham je...tapi bila Melayu sudah terdesak mereka akan bersatu, namun pada ketika itu, tiada apa lagi yang ada pada orang Melayu selain Parang panjang je...itu pun jika kilang Cina buat parang panjang masih dibuka...
  • Roy Neo · Top Commenter · Works at Kementerian buruh paksa
    Biasalah bila umno nak kalah kata Melayu berpecah. Suruh ja orang Melayu sokong PR!
  • Tong Xin
    makna melayu pecah ialah sokong pembangkang tak sokong barisan, ,,, heh, heh ,,, heh
  • Isa Mat · Top Commenter · Kangar
    cu uum hanya melihat perpecahan orang melayu umno....bukan melihbat betapa padunya perpADUAN DI KALANGAN MELAYYU AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS...TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA INI HANYA UMNO YANG AKAN HILANG MACAM TU LA CU UUM ....PAS TETAP AKAN MEMBELA ISLAM DAN SESIAPA SAHAJA YANG BERAGAMA ISLAM....
  • Mohammad Ilham Bin Abdullah · Top Commenter
    dia bepecah kerana politik yang memecahbelahkan dia
  • Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji Alam
    Mana-mana yang jadi NC UUM mesti dan wajib "beriman" kpd UMNO.

    Hey NC UUM! elok hang atasi masalah air di UUM daripada membebel tidak tentu pasal. Air amat penting di UUM untuk kesenangan Professor KANGKUNG-KANGKUNG UUM hidup mengampu UMNO.
  • Zexx Zainol · Top Commenter · Implementation Manager at Ericsson AB
    Nakkan Melayu bersatu,,, HAPUSKAN PARTI umno,,, SEMUANYA SELAMAT,,,
  • Amil Lai · Top Commenter
    antara yang menyebabkan pepecahan org melayu adalah Ibrahim al kataki lah.
  • Keadilan Seremban · Top Commenter · 13 years old
    he.he.he.... UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN, MEREKA SEKEDARKAN PERUNDING KEMERDEKAAN, TIDAK LEBIH DARI ITU.

    Tahukah anda siapa pejuang kemerdekaan di mana-mana bumi terjajah, itulah mereka yg meringkuk dlm penjara, bahkan yg dibunuhpun ada.

    SOALAN SAYA ; ADAKAH PERUNDING KEMERDEKAAN UMNO MASUK PENJARA BRITISH ?, tak ada bro.,
    ...See More
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada keja ada gaji
    klu nak bicara soal perpecahan orang melayu krn politik..kita kena lihat dari pelbagai sudut..bukan hujah hanya krn melayu kini banyak pilihan dlm memilih parti politk!!..
  • Siber Putra · Top Commenter · Smart school
    Apa diperjuangkan hari ini akan nampak hasilnya selepas 20 tahun .... begitulah apa yang terjadi hari ini kerana perjuangan 20 tahun yang lampau. Jadi buat U turn dan belajar dari sejarah.Sesungguhnya telah banyak kaum terdahulu di hapuskan dan diganti dengan kaum baru...rujuk Quran.Tak guna menyalahkan sesiapa kerana Eropah telah merancang lebih dahulu dan hasilnya ternyata berjaya menghancurkan bukan bangsa mereka....


Tiada ulasan: