Isnin, 29 Ogos 2011

KADANG2 CAKAP BERBELIT2...SYOK JUGA...SYOK BAGI PEMBANGKANG...MUDAH PEMBANGKANG KENAKAN BALIK..RAKYAT PUN MENYAMPAH ORANG CAKAP BERBELIT2 NI...

PAS cadang referendum bagi tentukan kilang Lynas
Ogos 29, 11 11:52am
PAS hari ini mencadangkan satu pungutan suara atau referendum awam diadakan bagi kerajaan menentukan sama ada projek kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas, milik syarikat Australia di Gebeng, Kuantan yang menjadi kontroversi negara perlu diteruskan atau dibatalkan.

NONEIni kerana menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, apa jua keputusan yang dilakukan berhubung projek bernilai RM700 juta itu mempunyai kesan langsung kepada penduduk dan syarikat berkenaan.

“Andainya Lynas dan kerajaan mengambil sikap memekakkan telinga dengan bantahan rakyat, kita yakin bantahan in akan berterusan dan tidak mustahil golongan yang membantah akan membuat injuksi mahkamah.

“Melalui referendum awam, ia boleh dijadikan landasan utama kepada kerajaan bagi meneruskan atau membatalkan projek ini. Ditambah pula, dengan cara ini, apa-apa keputusan yang diambil boleh kelihatan lebih adil kepada semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadapi masalah

Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhajaya PAS Pahang, jika referendum awam menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan projek berkenaan, maka syarikat Lynas dan kerajaan tidak akan menghadapi masalah lagi.

NONEKatanya, referendum awam adalah salah satu mekanisma yang ada dalam rangka sistem demokrasi bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan terhadap sesuatu yang besar kesannya kepada kehidupan mereka.

“Tanpanya, pihak kerajaan juga tentu akan berhadapan dengan tekanan berterusan seandainya sesuatu yang buruk terjadi bilamana sesuatu projek diluluskan.

“Semoga penyelesaian in akan mengundang keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak dan haruslah diingatkan rakyat mempunya hak terbesar bagi menjamin suara mereka didengar oleh pemerintah,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata kekangan media perdana untuk memberikan liputan yang adil menyebabkan masyarakat masih tidak dapat informasi secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.

NONEIni, katanya diburukkan lagi dengan sikap media berbahasa Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka hingga menyebabkan sensitiviti orang Melayu sebegitu rendah dalam isu sebegini dan kerana itu, menerima projek ini sebagai selamat.

“Lebih parah lagi, di kalangan penduduk kini terbahagi kepada dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang.

Kekuatan media

“Kumpulan yang menyokong telah menggunakan kekuatan media perdana, dialog terus dengan penduduk dan NGO serta pelbagai promosi bagi meyakinkan penduduk ia adalah projek yang selamat dan tidak perlu dibimbangi,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, isu Lynas, yang menjadi kontroversi kini bertambah hangat apabila ahli parlimen Hulu Langat PAS, Dr Che Rosli Che Mat, yang merupakan pakar nuklear mengeluarkan kenyataan bahawa kilang Lynas adalah sebuah kilang yang selamat untuk beroperasi di negara ini.

NONEKatanya, rakyat, khususnya penduduk di sekitar Kuantan, tidak perlu bimbang dengan kewujudkan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Selain Che Rosli, golongan yang menyokong projek Lynas ini terdiri daripada beberapa pakar tempatan dan luar negara termasuk pemantau antarabangsa dan juga kerajaan negeri.

Justeru, kata Tuan Ibrahim, jalan penyelesaian paling baik adalah dengan mengadakan referendum awam.

King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
HANYA KERANAG KANTONG umDOG BAKAL MASUK 2 BILION..

umDOG UPAH ORG BODOH PERGI KAT KILANG SEDANG DIBINA TU DAN TUNJUKKAN BAHAWA KAT MANA DIA BAHAYA LYNAS?

umDOG UPAH KARAM SINGH WALIAH! PERGHH..BATAK RABIT YG SLALU PERJUANGKAN ALAM SEKITAR TIBA TIBA BERUBAH WAJAH MENJAJA BAHAWA KILANG LYNAS YG SEDANG DI BINA DAN BELUM BEROPERASI NIH ADALAH SELAMAT!
...Lihat seterusnya..
Zaki Yamani · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
Para penyokong projek ini seharusnya menawarkan untuk membeli tanah dan rumah mereka yang tidak menyokong pada harga pasaran. Che Rosli boleh la pindah duduk sana dengan Karam...
Zaki kata tidak pernah bicara kes Umno
Ogos 29, 11 10:56am

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang bakal bersara pada usia 66 tahun pada 12 September ini berkata beliau tidak akan mendengar sebarang kes mahkamah yang membabitkan Umno sepanjang beliau memegang jawatan itu selama hampir tiga tahun.

NONE"Saya tidak bicara satu pun kes mahkamah yang membabitkan Umno atau kes-kes yang berbaur politik," kata Zaki dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Istana Kehakiman.

Malah, katanya, beliau tidak peduli pihak mana yang menang atau kalah dalam kes-kes itu.

Pelantikan Zaki memegang jawatan Ketua Hakim Negara ke-12 pada 2008 mengundang kontroversi kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Umno.

Zaki menjelaskan bahawa beliau juga tidak mengambil tahu siapa hakim yang akan ditugaskan untuk mendengar kes-kes sedemikian.

Beliau juga menafikan tuduhan terdapatnya manipulasi dalam memutuskan kes-kes membabitkan kerajaan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dikatakan akan mengenepikan keputusan mahkamah bawahan yang tidak berpihak dengan kerajaan.

NONE"Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala. Itu lebih penting, kalau saya buat keputusan yang tidak mengikut undang-undang dan tidak adil dan saya tahu benda itu tidak adil, maka saya bertanggungjawab pada Allah. Bagi saya itu yang lebih penting. Tidak ternilai dengan wang atau apa-apa pun," katanya.

Malah, Zaki turut menjelaskan bahawa semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara dan juga sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, beliau tidak menubuhkan panel hakim untuk mendengar kes-kes membabitkan Umno sebaliknya meminta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ketika itu (kini sudah bersara) untuk berbuat demikian (menubuhkan panel hakim).

Mengenai soal hakim mahkamah yang membuat keputusan berpihak kepada kerajaan, Zaki menjawab: "Itu adalah di luar kawalan saya.

NONE"Tuduhan bahawa mahkamah masih bersebelahan (memihak) dengan satu pihak dan bukan satu pihak lagi, kalau saya nak mempengaruhi orang, yang senang sekali nak saya kawal ialah hakim yang muda atau Pesuruhjaya Kehakiman kerana mereka mahu kenaikan pangkat. Saya tak sentuh mereka.

"Dia (Pesuruhjaya Kehakiman) buat keputusan tidak berpihak kepada kerajaan, tapi bila didengar di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan terbalikkan keputusan itu, tetapi di Mahkamah Rayuan, terdapat tiga hakim yang bersidang untuk mendengar kes dan mereka lebih berpengalaman berbanding hakim muda tadi.

"Mana keputusan yang patut kita terima...yang hakim muda itu atau keputusan yang dibuat oleh panel tiga hakim yang lebih berpengalaman...tetapi tuduhannya bila sampai ke Mahkamah Rayuan, terdapat manipulasi," katanya.

NONEZaki juga berkata beliau tidak ambil tahu langsung mengenai kes mahkamah berhubung kes krisis politik di Perak di mana Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari tahun lalu sudah mengisytiharkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah sah.

Menurutnya, beliau hanya baca di suratkhabar mengenai kes itu selepas kes itu selesai.

Malah, katanya, beliau pernah memberi keputusan dalam satu kes lain berpihak kepada peneroka dengan memerintahkan Felda membayar RM11 juta ganti rugi kepada mereka. Bernama

  • King Jason · Pengulas Tertinggi · Programmer/Analyst di Apple Inc.
    KORANG INGAT TAK KES LIWAT PERTAMA ZAMAN MADEY KUTTY DULU? KETUA HAKIMNYA TAK MAHU BERSEKONKOL NGAN MADEY KUTTY!

    MADEY PECAT DIA!

    BERAPA RAMAI KETUA HAKIM "DI ARAH BERSARA AWAL"?

    KISAH KISAH INI DI LUPAKAN BEGITU SAHAJA..MENARIKNYA..TERANG LAGI BERSULUH, HAKIM NEGARA KITA UPAMA KERBAU umDOG LAYAKNYA!

    KASARKAN BAHASA GUA? SAKIT ATI DENGAR? MANA LEBIH SAKIT, KAMU TAK MENCURI..TAPI HAKIM DIARAH PUTUSKAN HUKUMAN KERANA MENCURI?

    KES DSAI MACAM NI LAH..HANYA KERANA POLITIK umDOG NI SANGGUP BUAT APA SAHAJA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARI TERLIBAT DENGAN KONSPIRASI!

    SUDAHNYA, BEKAS2 KETUA HAKIM YG DI ARAHKAN BERSARA.LETAK JWATAN TU DI BAYAR PAMPASAN BERJUTA RINGGIT..DUIT RAKYAT LAGI KENA CURIK HANYA SEBAB NAK TUTUP MULUT...

    P/S : LAIN KALI GUNA DUIT SENDIRI BOLEH TAK? DUIT JUTA2 TUH..SINPAN UNTUK BUAT HOSPITAL KAT MANA2 NEGERI YG PERLUKAN HOSPITALL TAHU KER IDAK NI umDOG?
  • Ashiya Mizuki · Pengulas Tertinggi
    aduhaiiii...sape die nak mengaku klu terkentut dalam lif...thihihi~.
  • Cikgu Din Sas · Pengulas Tertinggi · Friends with Ummu Aiman
    Betulkah Ketua Hakim Tun Zaki mengingati Allah s.w.t sewaktu mengadili. Betulkah dia tahu dosa -pahala? Betulkah dia kini bukan Ahli UMNO?
    • Mohd Firdaus
      Mahathir perosak sistem kehakiman negara..Mahathir yang buatkan orang melayu lupa pada Allah.. semua Mahathir yang ajar
  • Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka Malaysia
    Aku tidak percaya zaki, kau cakap tidak serupa bikin. Kamu naik kerana umno sebab kamu ni berdarah umno kekal. Kecuali kamu degil barulah pihak seperti Bersih 2.0 akan bersihkan kamu...untuk jadi seorg yg sedikit bersih kalu pun tdk bersih sepenuhnya. selamat bersara kepada zaki, klu betul bukan ahli umno kami cabar kamu tinggalkan umno dgn serta-merta!
  • Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Senior Lecturer di Universiti Terbuka Malaysia
    Kerajaan Perak pimpinan zambri dalam keadaan integriti yg dipertikaikan walau pun mahkamah kanggaroo mengesahkan kerajaan ini tdk haram tetapi takyat pemilih di pilihan raya negeri perak akan menumbangkan kerajaan yg merompak kerajaan yg sah ini dlm pru13 dan zambry akan merasa betapa tersungkurnya umno perak selepas ini, tanpa ampun dan maaf
  • Yus Deen · UKM
    Hanya Allah yang tahu apa yang kamu lakukan....bercakap di dunia x kena bayar satu sen pun...cakaplah apa saja yg termampu.
    • Love Harith · Top Commenter
      Mana boleh ketua tak amik tahu pasal apa yg org bawahannya lakukan.ini juga satu pembohongan terus menerus.Ketua yang akan tahu dulu klu hakim bawahannye akan buat keputusan.Lagi pula pasal mahkamah rayuan dan kes seperti melibatkan Perlembagaan atau Undang2 tubuh Negeri.Jgn berbohong untuk tutup pembohongan wahai TZA
  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    So? Nak tunjuk bagus ke?
  • Mohd Saki Noor · Sekolah Bercucuk Tanam
    "Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala. Itu lebih penting, kalau saya buat keputusan yang tidak mengikut undang-undang dan tidak adil dan saya tahu benda itu tidak adil, maka saya bertanggungjawab pada Allah. Bagi saya itu yang lebih penting. Tidak ternilai dengan wang atau apa-apa pun," katanya.
    ....wah2....jujurnya kata2 tuan akim.....@manis kata dibibir saja....
  • Yazrin Yasin · Top Commenter · Senior Lecturer at Universiti Terbuka Malaysia
    hakim yg berpihak kepada kerajaan umno walau pun tahu keputusan itu salah adalah hakim kanggaroo atauakim pengampu untuk naik pangkat sahaja dan melacurkan keputusaan kehakiman mereka untuk tujuan menjurus korupsi
    • Yazrin Yasin · Top Commenter · Senior Lecturer at Universiti Terbuka Malaysia
      manakala hakim baru yg lebih terbuka perlu tegakkan undang-undang dgn membuat keputusan yg betul kepetulan memihak kepada pihak yg menentang kerajaan umno, tetapi hakim ini ada seorang dua shj dan mereka akan diugut tidak naik pangkat, ditukarkan dsbg.
  • Khairuddin Jaafar · Top Commenter · Works at Mengutip Barangan Lusuh kategori Kitar Semula
    Kalau sedar bagus lah!... tapi jgn cakap x serupa bikin
  • PolitikKini Msia · Sek pondok
    Aku tak tuduh Zaki tapi ini hadis “Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.” (Riwayat Abu Dawud, At Thawawi), tapi kes paling aku terkilang dalam sejarah kehakimam ialah isu Mb perak.
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    boleh caye ke orang tua ni... cakap macam bagus je.. tapi rekod? hancus
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    macam mana nak bicara kes yang melibatkan umno, sebelum nak di bawa ke makamah, kes2 yang melibatkan umno akan di semak olih ghani 4 tail(peguam negara)kalau umno ianya di tolak, kalau pakatan cepat2 bawa ke makamah, inilah sparepart umno yang origanal.
  • Abd Manaff Mat Yusoff · Top Commenter · Works at OYL R&D CENTRE
    sebenarnya kau tak layak jadi KHN, sebabnya kau pernah jadi penasihat umno dan juga kau terus lompat katak pangkat terus jadi KHN...
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    ini lah bila mengamalkan undang2 sarang labah2, yang kecil sangkut yang besar dan yang ada kuasa terlepas.yang lebih bahaya lagi apabila hakim bolih di beli.
  • Ikhwan Muslimun · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
    hehe macam lawok pulok ayat demo sedar ke dop masa borok2 ni

Tiada ulasan: