Jumaat, 19 Ogos 2011

BUKAN 3 TAPI 4 GULUNGAN MANUSIA DALAM DUNIA INI....GULUNGAN2 TERSEBUT IALAH...

1.ISLAM DISISI MASYARAKAT DAN ISLAM DISISI ALLAH.

2.ISLAM DISISI MASYARAKAT DAN KAFIR DISISI ALLAH.

3.KAFIR DISISI MASYARAKAT DAN KAFIR DISISI ALLAH.

4.KAFIR DISISI MASYARAKAT DAN ISLAM DISISI ALLAH.والله اعلم

Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas
S Pathmawathy
Ogos 19, 11
5:05pm

Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 - dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk "keutamaan negara yang lebih mendesak".

NONESehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.Tidak sihat

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

NONE“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di Kuala Lumpur hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat,” katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.


Pemuda PAS syak 'tangan ghaib' di sebalik serbuan
Salhan K Ahmad
Ogos 19, 11
12:57pm

Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menyiasat dakwaan "tangan ghaib Umno" dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.

NONEKetua pergerakan itu, Hasbullah Mohd Ridzwan (berbaju biru) berkata gesaan itu dibuat susulan kenyataan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali sebelum ini yang mendakwa PAS mempunyai bukti berhubung peranan Umno dalam tindakan berkenaan.

Tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama itu pada 3 Ogos lalu menimbulkan kontroversi apabila banyak pihak membantah kaedah dan tujuan operasi itu dijalankan.

Laporan terperinci daripada JAIS, yang ditunggu ramai pihak, kemudiannya dikatakan muncul di laman blog pro Umno sejak beberapa hari lalu selepas rakaman video berhubung serbuan itu juga tersebar di laman sama.

Perkembangan itu menguatkan lagi syak daripada PAS berhubung dakwaan elemen campurtangan Umno dalam operasi berkenaan.

NONE"Jadi kita minta kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya atas dakwaan ini," kata Hasbullah selepas menyerahkan memorandum berkenaan di Bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Dalam memorandum tersebut, Hasbullah juga berkata "amat malang sekali sekiranya operasi tersebut didalang dan dipengaruhi oleh Umno seperti yang didakwa oleh Datuk Mustafa Ali."

Memorandum berkenaan juga menyebut, Pemuda PAS Selangor bersetuju sekiranya JAIS membuat pendakwaan di mahkamah "sekiranya benar terdapat bukti bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam."

Hasbullah dan timbalannya, Mohd Sany Hamzan turut mengadakan pertemuan selama kira-kira setengah jam bersama exco hal ehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Terdahulu, memorandum berkenaan turut diserahkan kepada menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui setiausaha sulitnya, Mustapha Mohd Talib.


  • Halim Salleh
    walau ada tangan ghaib sekalipun, kita kena selamatkan org2 yg nak dimurtadkan..walau saya seorg penyokong kuat PAS, kita perlu lupakan ideologi politik. Tak kisahlah jika UMNO berbuat demikian utk kepentingan politik mereka tetapi 12 org in malah ramai lagi yg perlu diselamatkan. Kena yakin bahawa Allah berkuasa walaupun tindakan PAS boleh mengurangkan sokongan bukan Islam jika bersama2 menangani dan menghalang murtad ini.
    • Abu Hanipah Yusoh
      Semangat org2 Islam ketika membela Natrah dulu2 dah tak ada.....dah luntur.....dah ibarat biarkan siluncai terjun dengan labu2nya...... jangankan nak menyelamatkan orang2 lain...diri sendiri pun...nak terjun pun, nak terbenam ke...tak sedar2.....
    • Sham Asri · Pengulas Tertinggi · PUO Ipoh
      btul tu bro, umno pun salah pas pun ada buat tk btul yg untung bangsa ln menonton sikap perpecahan org melayu, jgn menunding jari yg penting slamatkan org melayu org islam
    • Mohd Faride
      Agreed with u haji. Benda nie kita tak boleh politik kan...tolonglah mangsa2 nie
  • Mardhiah Mahiddin
    Bukan Pemuda PAS nak biarkan murtad, masalahnya sekarang ni.. kenapa video tu boleh dipapar di internet dalam masa Sultan Selangor bertitah tak benarkan JAIS bocor maklumat hatta PAS nak jumpa pun tak bagi... Tiba-tiba maklumat siasatan yang sepatutnya hanya JAIS berkuasa memaparkan, disiarkan org lain. Apa maksud keluarkan video di internet? Untuk timbulkan ketegangan agama di Malaysia? Setelah gagal menimbulkan ketegangan kaum?Kalau betul nak cegah murtad, kenapa tak guna kuasa untuk gubal akta cegah murtad seperti yang diusul oleh ahli parlimen PAS berkali-kali sebelum ini?
  • Jonok Joni · Sekolah agama men hisamuddin sg bertih
    Terasa lucu bila isu ni dah dicampur adukkan dgn politik...walhal JAIS berjuang nak menyelamatkan akidah ummat tp ada umat Islam sendiri yg mempertikaikan JAIS...yg tak sudah2 tuduh menuduh ini kerja umno...ini kerja pas...masing2 nak menang walhal ada saudara kita dah tergadai akidahnya...fikirlah...hentikanlah rumus2 yg tak betul tu...kami tau apa yg JAIS buat mlm tu adalah betul...
    • Sabariah Jontera
      Betul tu Ust... x habis-habis sesama Islam bertelingkah.. sepatutnya kita bersatu..
    • Muhammad Imran Ibrahim · Friends with مسافر اسلام
      "wahai orang-orang yang berima, jauhilah kebanyakkan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa..." al Hujuraat ayat 12
    • Munif Hussain El-Ejramey
      Sedih...Islam digadai dek kerana fahaman politik...Teruskan usaha gigih dan murni mu wahai semua pegawai JAIS, tahniah utk anda.....Maka semua Majlis Agama Negeri lain perlu amik contoh apa yang JAIS lakukan...
  • Johari Ishak · Pengulas Tertinggi
    tu la aku dah kata dah PAS nie mmg berkepentingan politik semata-mata parti islam le konon...blah lah...kalu dia betol parti islam dan mempertahankan islam ayat2 sperti diatas takkan keluar drp PAS, sudahlah PAS dah pecah dah tembelang kamu....langsung tak mempertahankan Islam sebaliknya mempersalahkan UMNO pulak...tak guna btol...
  • Azhar Bin Bakhori · Universiti Teknologi Malaysia
    kenapa kerajaan umno sekarang tidak mengubal undang2 murtad? dah nampak beria2 sangat nak membanteras murtad. piiii rah
    • Azlan Sidek · UTM Skudai
      Pemenang anugerah pelakon terbaik
    • Ahmad Syauqi Salleh · UTM Johor Bahru
      belakon je lebih...
    • Jamal Ahmad · Pengulas Tertinggi · SM Teriang Hilir , Jelebu,N.Sembilan
      AZhar , selama ini aku dengar Pas saja yang pejuangkan Islam kononnya Umno tak tapi sekarang aku tengok dah terbalik pulak , ini semua sebab nak menawan Putrajaya , yg sebenarnya orang Pas dan PR juga nak jadi menteri nak jadi kaya dan blah....blah....blah....blah......2x5 lah juga kalau tak takkan lah bersekongkol dgn Kapal pusing yang dulu gelarkan Nuar sebagai Aljuburi ,tapi Putrajaya punya pasal dah jadi peguam nuar pulak adoi ai.

Umno S'gor cabar Mustafa Ali kemuka bukti
Salhan K Ahmad
Ogos 19, 11
3:43pm

Umno Selangor mencabar setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa Umno terlibat dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.

"Kita suruh dia buktikan. Buat apa cakap macam tong kosong saja," kata ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berkenaan.

Ketika ditanya, Abdul Shukor berkata beliau "tidak hairan" dengan dakwaan PAS itu yang disifatkannya sebagai parti "hipokrit."

"Saya tidak hairan langsung kerana setiap kata-kata daripada PAS dan kuncu mereka ini, apa juga perkara yang boleh selamatkan mereka, mereka akan tujukan kepada Umno dan BN," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Shukor yang juga ADUN Kuang turut mendakwa, PAS tidak mempunyai nawaitu untuk memperjuangkan Islam, tetapi hanya ingin "beraya dengan kuasa yang dia ada."

"Mereka begitu seronok dan begitu gembira hingga lupa dengan perjuangan asal. Bila berlaku kes (serbuan JAIS) seperti ini, ternyata mereka langsung tidak peka.

"Boleh pula mereka bersama-sama menentang JAIS, minta JAIS buat laporan dan sebagainya.

"Inilah rupa bentuk sebenar orang PAS, rajin berkhutbah tapi tidak peka dengan (dakwaan) orang Islam nak dimurtadkan," katanya lagi, merujuk kepada kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu lagi.

Tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu menimbulkan kontroversi apabila banyak pihak membantah kaedah dan tujuan operasi itu dijalankan.

Laporan terperinci daripada JAIS, yang ditunggu ramai pihak, kemudiannya dilaporkan muncul di laman blog pro Umno sejak beberapa hari lalu selepas rakaman video berhubung serbuan itu juga tersebar di laman sama.

Perkembangan berkenaan, antara lainnya, menguatkan syak daripada PAS berhubung dakwaan elemen campurtangan Umno dalam operasi berkenaan.

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    tk payah mintak Mustafa ali... 1 malaysia dah tahu! Semua bukti Dokumen JAIS..Video JAIS keluar dalam Blog UMNO! kalau JAIS bukan barua UMNO..macam mana Bukti ini boleh Bocor? Kata titah Sulten Selangor Penyiasatan Rahsia.. ke dgn Penasihat2 Sulten ni Kawtim sekali ngan UMNO.. itupun tak Boleh nampak..gua hari pertama dah nampak kerja UMNO! kah kah kah.
    • Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi
      DALAM APA HAL PUN KEMUNKARAN YG BERLAKU DI PERINGKAT NEGERI ATAU NASIONAL IA MESTI..SAYA ULANGI MESTI ADA KAITAN DGN UMNO/N...SBB SEMUA TAHU DULU DIA PERINTAH SKRG JADI PEMBANGKANG..MANA ADA PENGALAM SEBAGAI PEMBANGKANG...APA SAJA TINDAKAN YG DI BUAT SAPERTI TIKUS BAIKKI LABU...ADUN SENDIRI YG TERENCAT AKAL..BUDAK TADIKA PUN LEBIH PANDAI DAN BOLEH MEMBEZAKAN YGB BAIK DGN YG JAHAT...BANYAK CONTOH YG BOLEH KITA RUJUK MELIBATKAN UMNO KHUSUS DI SELANGOR...INGAT ISU ZOOK..ATAU MUFTI SELANGOR..TAK BERDOSA KALAU KITA KAITKAN UMNO..MEMANG JAHAT PUN...HIDUP MELAYU!HIDUP MELAYU!HIDUP MELAYU!....INI LLAH SLOGAN YG DI LAUNGKAN MEMBERI GAMBARAN KONON NYA DIA PENYELAMAT BANGSA..YG KITA NAMPAK BUKAN PENYELAMAT TAPI PENGKIANAT BANGSA ...KITA BUKA MATA HATI..LIHAT PERSEKITARAN MASALAH YANG MELANDA MASYARAKAT ,MELAYU..DAN PERHATIKAN KEHIDUPAN PEMIMPIN UMNO/BN.. PENUH DGN KEMEWAHAN DAN PEMBAZIRAN..SOMBONG DGN KEKAYAAN ...ITULAH REALITI NYA.....
  • Hashim Hassan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Engineering, Consulting Firm
    Ramai orang islam murtad tu zaman sapa...brp lama dah UMNO/BN perintah Malaysia....jgn buat tak sedar diri plak. nak perjuangkan islam konon, tp bila MCA bising psl kerajaan kelatan tak bagi judi - mana suara pendekar2 UMNO ni? mana? mana?
  • Manlabu Bin Haji Labi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Meniaga emas
    sejak bila AMENO peduli pasal Islam?
    • Tajudin Mohamad · Pengulas Tertinggi
      ehh...mane de, mmg diorg x pduli pon...wayang je suma tu..
    • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
      hari2 terakhir buat Adun Kuang ni mengomel.Cuba kita renong balik sejarah menganggu gugat pentadbiran kjaan PR selangor sejak mula mentadbir slepas PRU 12....banyak kes2 ganguan ini melibatkan puak2 UMNO....lempar batu sembunyi tangan....satu2,satu kes yg dibuat mereka ta berhasil,niat ta baik,fitnah sntiasa dilempar!
  • Mohdjamil Jamil · Pengulas Tertinggi · San Francisco State University
    Adbul shukor nak jadi pendakwah laaa tu.hehehe.sudah-sudahlah umno selangor hampa tak akan dapat balik perintah selangor kekal jadi pembangkang je.sebab toyol la hampa jadi mcm tu.kesian jangan bela toyol lagi tau.kepada PR jom tangkap puntianak pulak lepas ni ok.
  • Tokbathin Bathin · Pengulas Tertinggi · Sek men vokasional nibong tebal
    Abdul Shukor"hang kena la analisa "root cause" kenapa isu ni terjadi dalam negara yg agama ISLAM sebagai RASMI & UMNOBN sebagai PEMERINTAH"hampa dh brkuasa sejak merdeka sampai sekarang, kerja hampa hari2 lawan HUKUM ISLAM".
PM: Tuduhan Umno dalangi serbuan JAIS tak masuk akal
Ogos 19, 11 8:06pm

Tuduhan yang dibuat pihak tertentu bahawa serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) didalangi Umno adalah tidak masuk akal dan melulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata isu itu adalah melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang juga berhak mengarahkan JAIS melakukan sebarang serbuan dan bukannya Umno.

"Itu semua tuduhan, macam mana kita (Umno) nak arahkan orang yang bukan di bawah Umno. Jais di bawah siapa? Bukan di bawah Umno, yang melakukan perkara ini siapa, bukan orang Umno.

"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno melakukan serbuan, ini tak masuk akal, kalau buat tuduhan tak masuk akal ini susahlah, ia adalah tuduhan melulu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Najib berkata Umno tetap berpegang kepada prinsip Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian di dalam negara.

"Dari segi pendirian Umno, ia berdasarkan Perlembagaan, maknanya agama Islam agama Persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh menodai kesucian agama Islam termasuk untuk memaksa ataupun untuk cuba mengajak melakukan conversion (penukaran agama) kepada mana-mana rakyat Malaysia beragama Islam.

"Dalam pada itu agama lain, bebas diamalkan di mana-mana kawasan di dalam negara," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS melakukan pemeriksaan terhadap DUMC selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

- Bernama
Pemuda PAS dedah 5 'nama jarang didengar'
Ogos 19, 11 12:52pm

Pemuda PAS hari ini mendedahkan lima lagi nama dalam senarai pemilih - yang menurutnya nama yang jarang didengar - dan meminta mereka tampil dan disemak untuk disahkan kesahihan mereka.

NONE"Oleh itu saya mohon kepada pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakan terhadap data tersebut," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan telah mengesan enam pengundi yang didakwa oleh Pemuda PAS sebagai pengundi klon.

Lima nama yang dikemukakan oleh Suhaizan hari ini - yang menurutnya jarang didengar - untuk disemak ialah:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

NONE"Berdasarkan kepada lima data di atas maka adalah mirip kepada manipulasi kerana hampir mustahil ramai individu memiliki nombor kad pengenalan yang 83% sama bagi satu nama individu yang unik.

"Mungkin terdapat sebahagiannya kebetulan tetapi tidak mungkin semuanya kebetulan," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR.

"Enam data yang saya keluarkan hanyalah enam daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS.

"Kajian tahap satu telah pemuda PAS laksanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Maka langkah seterusnya adalah Pemuda PAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," tambahnya.

Mengulas laporan akhbar Sinar Harian itu, Suhaizan berkata, ia telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara ini.

"Keperihatinan rakyat ini sangat penting bagi membina suatu proses semak dan imbang dalam proses demokrasi di negara kita," katanya.



Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong
Ogos 19, 11 9:55am

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

"Pengesahan mereka ini merupakan suatu usaha yang murni bagi mempastikan bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan raya benar-benar bersih. Keenam-enam individu ini seharusnya berbangga kerana mereka terpilih dalam proses semak dan imbang terhadap daftar pemilih sah SPR," katanya.

Oleh itu, tegas beliau, tidak timbul isu Pemuda PAS menuduh mereka mengundi dua kali kerana pihaknya sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah dilaporkan disebut oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 24 Julai lalu," katanya.

Suhubungan, kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin tegaskan bahawa jika benar sesuatu kad pengenalan itu terdapat pengklonan maka lebih mudah berlakunya pengundian sebanyak dua kali.

"Semua ini mirip kepada manipulasi pilihanraya," tambahnya.

  • Offar Musa · Pengulas Tertinggi · Business Development Manager di AirAsia
    Apabila kerajaan dan polis tidak lagi berfungsi, tentera adalah harapan terakhir rakyat. Macam yang berlaku di Thailand dan Mesir. Tapi kalau tentera pun dah terjebak dengan politik maka Tuhan sahaja lah yang boleh menyelamatkan negara ini daripada kehancuran.
  • Razman Abd Razak · Pengulas Tertinggi · Jitra
    Patutlah aku rasa macam sengal sangat je bila baca kenyataan panglima tu semalam. Aku rasa kat dalam dunia ni, tentera yang setia pada kerajaan tu kebanyakkan dari keberhasilan utama sistem kuku besi. Tentera milik rakyat oi....jangan la dok bagi maluuuu....panglima, bukan penghulu.
  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi
    Tender ATM la yg paling GILA untuk di MENANGI. Apa tak nya, banyak IKAN2 JERUNG yg perlu disuap. Dan ikan2 jerung nie semuanya KAKI UGUT. Dah mcm gangster pulak kadang2 DB rasa. Itu pun belum TENTU lagi BOLEH DAPAT TENDER tersebut!

    Contoh boleh tengok kenyataan JENERAL nie. Bukan main YAKIN + RIAK + MEGAH bila beri kenyataan. Padahal RAMAI kot askar yg tahu HAL pasal UNDI POS nie.

    YERLA! ATM kan kena bersumpah SIMPAN RAHSIA. Tp kalau dah kena SIMPAN RAHSIA KEMUNGKARAN.. LU PIKIRLAH SENDIRI!
    ...Lihat seterusnya..
    • Zexx Zainol · Pengulas Tertinggi · Implementation Manager di Ericsson AB
      Diplomatik Bebas,,,,BODEK JER DIA NIE,,NAKKAN GAJI LEBE LERRR TUUU,,,,INI KAAA PANGLIMA TENTERA M'SIA ??
    • Noor Jan · Pengulas Tertinggi · Seri Garing Rawang
      DB. Kalo ko perhati apasal sojar dulu banyak pakai VESPA. Ha..haa. Lepastu kalo moto dan kreta mesti kilat gila punya.Muka Garang bgai nk gila, bila BINI report cairrrr...Jangan marah abg Sojar wa tabik lu.Kesian jugak kt hangpa ni bila pencen, sy ramai kawan. SEPATUTNYA pandang KEBAJIKAN perajurit kita wahai PANGLIMA. Ramai yg menyewa, bawak teksi dll. Tak mcm Polis lebih terbela dr Perajurit. Jasamu dikenang.
    • Corleone Don · UTM Skudai
      4 anggota yang buiat pendedahan.Senang2 je dia ckap anggota tu digunakan pembangkang.dia sendiri pkir yg ATM kne setia pada kerajaan yg memerintah jd tak feran kalau dia ni bg arahan yg undi semua kpd BN??
  • Thierry Amri · Pengulas Tertinggi
    Undang2 patut tuka kpd taat pd yg Maha Esa...
  • Muhamad Haslam · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pedagang Masa
    Makin jelas pada hari ini kefahaman yang sepatutnya kita semua tahu...ATM berfungsi sebagai badan pertahanan negara, tunduk dan patuh kepada YDP AGONG, kepada KERAJAAN MALAYSIA bukan kepada BN.

    Kakitangan awam juga berkhidmat kepada KERAJAAN MALAYSIA dan bukan kepada BN.

    KERAJAAN dan PARTI adalah dua entiti yang berbeza.
    • Muhamad Haslam · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pedagang Masa
      Jalanraya,bekalan air bersih,elektrik dan bantuan semasa banjir adalah diuruskan dan menggunakan DANA KERAJAAN MALAYSIA bukan dana BN.....sebahagian orang kampung saya masa PRU12 telah sesat pemahaman dalam hal ini, orang muda pulak tu...hu hu hu
    • Yunus Intra
      btul tu..
    • Zexx Zainol · Pengulas Tertinggi · Implementation Manager di Ericsson AB
      BETUL Muhamad Haslam,,,BANGSA RUMPUN MELAYU TERUTAMANYA,,,ASAL BANTUAN 'KERAJAAN MALAYSIA' DIA ORANG INGAT umno YG KASI,,,DANA KERAJAAN HAK RAKYAT MSIA HASIL DARI CUKAI2 YG DIKUTIP OLEH SIAPA JUGA KERAJAAN DI MSIA NIE,,,,HASIL BUMI,,,MINYAK,,EMAS, TIMAH,,,GETAH,,KELAPA SAWIT etc...YG ANAK2 MUDA DOK INGAT DUIT umno NI KENA DIWAJIBKAN MASUK TADIKA BALIK LAHHH...Sorry TAPI BENAR !!

Dr M bimbang umat Islam di M'sia berpecah tiga
Ogos 19, 11 11:58am

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.

NONE"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union,” katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat Jerlun malam semalam.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ahli Parlimen Jerlun.

Dr Mahathir berkata, banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.

"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.

Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.

"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita,” katanya.

- Bernama

  • Seligi Alpha · Pengulas Tertinggi · Friends with Ezzy Freeman
    nak bersatu atas dasar apa TUN? dulu boleh la...umno pun ok tak la seteruk la ni,, makan kedaqah harta rakyat. bab menipu ni jangan cerita la..sama panjang tali perut..nak bersatu bubar umno, mai masuk pas boleh? tapi bahaya gak takut bawa aids nanti lingkup dgn pas, pas sekali...biarlah pecah 73 pun janji nak bersatu biar jelas atas dasar apa? jangan pasaiumno dah nak mampuih baru cerita bab nak bersatu,,, dulu bukan main lagi tu yang terbawa bawa sampai la..ni...sombong , menipu....sapa nak berkawan macam tu.....dah lama dah......
  • Beginda Minda · Pengulas Tertinggi · Smk kapit
    MAHATHIR, DENGAR sini baik2 awak jangan pandai2 hendak salahkan org lain , semoa ini belaku kerana awak MAHATHIR selepas DATO SERI ANWAR AWAK PECAT MALAYU BEPECAH , ORG 2 IBAN DI SARAWAK SEMAKIN MISKIN 22 TAHUN AWAK JADI PM JALAN RAYA PUN TAKADA KAYU BALAK HABIS TANAH TENGELAM , SEKARANG BERAPA RAMAI DAH MATI KENA PENYAKIT DI BAKUN , INI SEMOA AWAK DAN TAIB PUNYA KERJA , FAHAM...KALAU TAK FAHAM MEMANG KEJAM LAH AWAK.
    • DrJimbun Osik · Bekerja di Director at Business
      1. BN 2. PKR .3 Masuk Kristian Satu Malaysia
    • Marcus Lasat · Pengulas Tertinggi
      saya sokong kamu beginda minda lawan tetap lawan.
    • Andrew Paul
      Kalau macam ni, Sarawak belum merdeka lagi dan masih dijajah oleh Malaya. Habis harta Sarawak dicuri melalui manupulasi. Tak apa, depa menang di dunia akan kalah di akhirat nanti. Wang dan harta benda boleh dicari.
  • Mad Suhod · Meneger di Sendirian berhad
    org2 islam taK bepecah ... bangsa melayu yg bepecah sebenarnya
  • Raji Silver · Pengulas Tertinggi · Bekerja di I have my own bussiness
    NAK PECAH APA LAGI MAMAK KUTTY?MEMANG DIMALAYSDIA NI ADA TIGA GOLONGAN MELAYU ISLAM .TIGA GOLONGAN NI WUJUD MASA KOU JADI PEMERINTAH!:

    (1)MELAYU TULIN/BUMI PUTRA TULIN MELAYU KONSERVERTIF YANG PEGANG PADA AJARAN ISLAM YANG BETUL(RATA RATA MAJORITI ORANG PAS).INI MELAYU BETUL ANAK MELAYU MALAYA!

    (2)MELAYU MAMAK PENDATANG YANG ASALNYA DATANG JUAL ROTI CANAI DAN NASIKANDAR DIMALAYSIA, SELEPAS KUMPUL DUIT BALIK KE INDIA, LEPAS HABISKAN DUIT YANG DI KUMPUL DIMALAYASIA , DATANG BALIK KEMALAYSIA UNTUK JUAL ROTI CANAI DAN NASIKANDAR DAN BALIK KESETIAAAN PADA RAJA MALAYSIA DAN NGARA BOLIH DI PERSOALAKAN KERANA MILIKI DUA KEWARGANEGARAAN.
    ...Lihat seterusnya..
  • Skyline Gtr
    mamak ckp pasal org melayu??don't be crazy la tun m
    • Andrew Paul
      Tun tengah syok berkempen untuk anaknya supaya boleh jadi PM juga. Vision 2020.

Tiada ulasan: