Rabu, 17 Ogos 2011

TAK SYOKLAH KITA BUAT..... KITA PUJI SENDIRI...MACAM SYOK SENDIRI...SELAMA NI ADA YANG TAK TELUS BAGAIMANA...BIAR RAKYAT MENILAI SENDIRI...APA KITA MENANAM KEBENCIAN KEPADA ORANG LAIN DIBENARKAN...ADAKAH ITU MERUPAKAN SURUHAN AGAMA...INGKAR PADA SULTAN SATU HAL...BAGAIMANA YANG INGKAR PADA ALLAH SWT...INI LAGI TERUK...JANGAN BERPILIH2 BUAT KENYATAAN...KITA BUKAN TONGKAT LANGIT....

Bukti sikap telus

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen adalah tepat, malah menjadi bukti jelas kesungguhan kerajaan, namun tidak bermakna sistem yang sudah diguna pakai selama ini tidak baik, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, keputusan pembentukan jawatankuasa itu juga selari dengan pendapat banyak pihak mengenai keperluan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih, malah menunjukkan sikap telus kerajaan.

“Jadi, bukan satu tuntutan pihak pembangkang saja. Kalau kita mahu pilihan raya itu berjalan dengan bersih, dengan cara adil dan kita mahu dipilih sebagai kerajaan atas dasar yang dikatakan saksama, dengan keputusan itu bermakna kita mengamalkan sikap telus.
“Pastinya Ahli Parlimen terpilih daripada kerajaan dan pembangkang akan bersidang dalam tempoh terdekat, mereka akan melihat aspek tertentu dari segi apa yang ada dalam sistem sekarang, apa cara ia nak diperkemas dan diperbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011, di Hotel Shangri-La, di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa berkenaan yang bakal dianggotai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jawatankuasa yang akan dibentuk dalam waktu terdekat itu adalah tindak balas proaktif kerajaan BN bagi menangani pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini, sehingga mencetuskan pelbagai pendapat serta polemik.

Muhyiddin berkata, langkah itu juga akan membabitkan rundingan beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dengan muafakat daripada semua pihak sistem pilihan raya dapat diperkukuh lagi.
“Itu juga diakui SPR, kerana mereka perlu memperkemas senarai daftar pemilih, memperkukuh cara undian dan undi pos yang di jalankan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kementerian Pelajaran tidak boleh membuat keputusan terburu-buru, malah masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah.

Najib akui kepincangan sistem p'raya
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 17 Ogos: Hakikat kepincangan yang berlaku dalam proses perjalanan pilihan raya di Malaysia dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini diakui sendiri kepimpinan Najib, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, ianya dapat dilihat apabila perdana menteri sendiri mengumumkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji reformasi pilihan raya.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri mendakwa apa yang berlaku dalam pengurusan SPR kini, umumnya dalam proses pilihan raya di Malaysisa terlalu banyak yang perlu diperbetulkan.

“Reaksi itu, bagi saya, adalah satu pengakuan daripada Najib sendiri bahawa memang di dalam SPR atau pun umumnya prosres pilihan raya di Malaysia terlalu banyak ‘benda-benda’ yang perlu diperbetulkan,” katanya.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama di ibu negara semalam.

Najib pada majlis itu semalam mendakwa bahawa kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang.

“Itu reaksi perdana menteri terhadap desakan banyak pihak untuk pembersihan proses pilihan raya," katanya sambil mendakwa tuntutan yang dibuat Bersih sebelum ini sangat wajar dan bertepatan.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Khatam 30 Juzuk Al-Quran di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi.

Majlis khatam 30 juzuk al-Quran itu turut dihadiri mantan Mufti Perlis Dr Mohd Azri Zainul Abidin.

Takiyuddin mendakwa ‘pengakuan’ Najib itu adalah kerana ‘dia’ sudah tidak boleh lagi menutup kelemahan sistem pilahan raya yang kini satu persatu didedahkan Pakatan Rakyat.

“Secara tidak langsung, itu merupakan satu pengakuan Perdana Menteri sebagai Presiden kepada parti yang memerintah sekarang ini di peringkat pusat iaitu Barisan Nasional dan Umno bahawa memang ada kepincangan-kepincangan serius di dalam sistem pilihan raya di Malaysia,” kata Takiyuddin.

Ingkar Sultan

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami kesal dengan pemimpin Pas yang beria-ia mahu mengadakan perjumpaan dengan pihak gereja,” kata Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar), semalam.
Beliau ditanya berhubung tindakan pemimpin Pas yang mahu mengadakan pertemuan dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dijadualkan semalam berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu sebelum ia ditangguhkan ke tarikh lain.

Sohaimi pada masa sama menempelak pemimpin Pas itu yang mengeluarkan kenyataan bercanggah sesama mereka, sekali gus menunjukkan berlaku masalah dalam kepimpinan parti berkenaan.
“Hari ini terbukti Pas cakap tak serupa bikin. Tindakannya lambat dan tidak tegas.

“Pendapat pemimpin mereka juga berbeza. Ini menunjukkan mereka bercakaran,” katanya.

Beliau turut memberi contoh beberapa isu yang berlaku sebelum ini serta pendirian pemimpin Pas gagal meyakinkan semua pihak khususnya orang Melayu.

Pas sebelum ini memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan DUMC dan Jais bagi mendapat maklumat terperinci berhubung tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap gereja berkenaan.

Bagaimanapun, mereka menangguhkan pertemuan itu selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan tiada pertemuan dibuat bagi memastikan maklumat siasatan tidak bocor.
Sohaimi pada masa sama kesal dengan tindakan itu yang mengingkari titah Sultan.

“Ini menunjukkan mereka ingkar perintah Sultan yang juga ketua agama Islam.

“Dia masih ada keinginan untuk mengadakan pertemuan, sekali gus menunjukkan mereka melebihkan kaum lain berbanding Melayu,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta pemimpin Pas supaya lebih rasional, malah dari awal mereka sepatutnya mengambil tindakan drastik berhubung isu itu.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus, berkata Pas cuba mempolitikkan isu itu dan jelas tujuan mereka beria-ia mahu mengadakan pertemuan bagi meraih sokongan politik daripada pihak gereja.

“Mereka buat ini bagi menjaga parti mereka daripada kehilangan sokongan.

“Ini perangai buruk parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Mereka hanya fikir untuk tambah kuasa dan takut hilang kuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang.


Pertemuan PAS-JAIS batal atas nasihat Sultan
Abdul Rahim Sabri
Ogos 15, 11
1:29pm
Pembatalan hasrat PAS bertemu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - yang dijadualkan hari ini - berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya dibuat atas nasihat Sultan Selangor.

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, baginda "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.

"Memang kita minta hari ini (berjumpa), tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan.

"Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk JAIS tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.

"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.

azlan"(Sebab) itu kita nak jumpa, JAIS kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau difahamkan laporan siasatan lengkap berhubung insiden tersebut akan selesai selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya anggap tempoh masa yang begitu lama, akan timbul bagai-bagai kontroversi yang tidak baik kepada berbagai-bagai pihak.

"Harap JAIS cepat siapkan siasatan. Kami terus berharap selesai (siasatan) itu, JAIS akan bertemu dengan PAS selepas lengkap siasatan," katanya.

Tegasnya, siasatan perlu diselesaikan segera bagi meredakan isu tersebut dari timbulnya pelbagai spekulasi yang tidak sihat khususnya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Pertemuan PAS-gereja petang ini ditangguhkan
Abdul Rahim Sabri
Ogos 16, 11
11:26am
Kongsi
Pertemuan antara PAS dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dijadualkan hari ini berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, ditangguhkan ke tarikh lain.

pas pc 021009 mustafa aliKetika dihubungi Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan bahawa pertemuan petang ini telah ditangguhkan.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan itu bukan dibatalkan, tetapi hanya ditangguhkan ke tarikh lain.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabat agung PAS di ibunegara tengahari ini, Mustafa berkata penangguhan itu dibuat atas permintaan pihak gereja berkenaan.
Katanya, permintaan itu terkandung dalam surat yang dihantar oleh DUMC kepada PAS semalam.

Mustafa berkata, sebelum itu, dalam surat pertamanya, DUMC meminta supaya jangan ada liputan media berhubung pertemuan berkenaan.
Berikutan itu, katanya, PAS mencadangkan supaya dicari tempat lain daripada yang dicadangkan sebelumnya.
"Mungkin (timbul) komen-komen yang banyak, kita tangguhkan dulu... akan tentukan tarikh baru," katanya.
jais jabatan agama islam selangor 271106“Dia (pihak gereja akan memaklumkan kepada PAS, bila tarikh baru (untuk pertemuan) yang akan diadakan... Jadi tidak ada pertemuan hari ini," katanya.

Semalam, pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor.

Bagaimanapun PAS masih berharap untuk berjumpa dengan jabatan itu bagi mendapat penjelasan dan gambaran sebenar berhubung kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: