Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.
Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .
Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul dan mendapat majoriti mudah adalah memadai.
Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 28 ADUN BN dan empat ADUN Bebas yang berpaling tadah.
Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.
Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.
Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.
Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.
Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.
Rakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.
Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Article III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.
ADUN kawasan Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.
"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.Terpaksa melacur
"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.
Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terlibat datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian dan kos.
Hamisa yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan berkata masalah itu mungkin akan menambah rantaian gejala sosial lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.
"Dalam keadaan ini, semua pihak perlu berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru membuat penafian bagi menjaga imej dan kedudukan masing-masing kerana kita tahu bahawa cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar IPT hari ini cukup hebat.
"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil Internet," katanya.
Sehubungan itu, Hamisa berharap para pelajar IPT dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
“Adalah merugikan rakyat Selangor dan negara khasnya jika arahan itu dibuat tanpa siasatan lanjut tetapi hanya untuk menjaga kepentingan politik dan memenuhi agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu.
“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor yang mahu menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor serta dari negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Pelaburan RM2 billion terjejas
Menuru Faekah, implikasi penutupan kilang itu tanpa usul periksa akan menyebabkan pelabur membatalkan rancangan melabur di Kuala Selangor, termasuklah pelaburan usaha sama syarikat Jepun dan Guthrie melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.
“Adalah amat tidak wajar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk T Murugiah mengarahkan Hartalega menghentikan operasi hanya kerana aduan beberapa orang penduduk berhampiran kilang yang mendakwa kesihatan terganggu kerana pencemaran oleh kilang berkenaan,” katanya.
Hartalega telah beroperasi sejak 1996 dan sehingga hari ini, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan operasi kilang itu menyebabkan penduduk mengalami masalah pencemaran.
Pertengahan tahun ini, penduduk Taman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor mendakwa terdedah dengan pencemaran bahan kimia hasil bahan buangan.
Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang untuk meninjau masalah rayat itu.
Abdul Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang dan amalan-amalan mengikut kawalan alam sekitar terutama melibatkan rawatan air tercemar dan pelepasan asap dan beliau berpuas hati kerana Hartalega mematuhi semua peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Katanya, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum dialirkan keluar manakala asap yang dilepaskan dari kilang itu tidak membahayakan kesihatan.
Pihak kilang juga memberitahu dakwaan adanya ammonia di ruang udara sekitar kawasan perumahan juga tidak benar kerana ujian yang dilakukan pihak Hartalega mendapati tidak wujud bahan kimia itu.
Malah, menurut Faekah, tinjauan kerajaan negeri juga mendapati tiada seorang pun pekerja kilang itu yang mengalami masalah kesihatan walaupun setiap hari terdedah dengan bahan kimia.
“T Murugiah sebenarnya tiada kuasa mengarahkan Hartalega ditutup kerana kilang berkenaan memenuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Hanya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mempunyai kuasa mengarahkan hilang itu ditutup.
“Hasil pemeriksaan berkala yang dilakukan terhadap Hartalega mendapati kilang itu tidak melanggar peraturan. Sehubungan itu, tiada alasan untuk MDKS menutup operasi kilang berkenaan,” katanya.
Faekah berkata Murugiah tersilap fakta dan mendapat maklumat yang silap kerana tidak merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat arahan itu.
MDKS, kata Faekah telah diarahkan supaya terus mengadakan perbincangan dengan penduduk untuk meningkatkan sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir manakala JAS pula akan meningkatkan pemeriksaan dan kawalan bagi memastikan Hartalega tidak mencemar alam sekitar.
Masalah itu timbul apabila, jarak antara kawasan industri dan kawasan perumahan yang sepatutnya adalah 500 meter tetapi dibina kurang 100 meter dari kilang.
Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .
Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.
Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.
Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Pada sidang akhbar petang ini, ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen bersidang hari ini tanpa agenda khusus.
Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO, bertarikh 19 Ogos dikemukakan.
"Tiba-tiba ahli parlimen Muar, MP Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.
"Turut hadir adalah ahli parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?” katanya.
Berikutan itu, Karpal berkata beliau dan Sivarasa meninggalkan mesyuarat berkenaan.
"Mesyuarat itu berlangsung tanpa kehadiran kami sebagai tanda protes,” katanya.
Menurut Karpal dan Sivarasa, mereka tidak tahu perkembangan mesyuarat berkenaan.
Sivarasa berkata mereka akan menunggu keputusan mesyuarat itu sebelum bertindak.
Tindakan melampau
Anwar yang turut hadir pada sidang akhbar ini berkata tindakan itu sesuatu yang melampau, memeranjatkan dan tidak seharusnya dibiarkan berterusan.
"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta,” katanya.
"Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidak-adilan dan satu titik hitam dalam sejarah parlimen kita dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen,” katanya.
Jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipertanggungjawa membincangkan isu 1Malaysia dan 1Israel itu merangkumi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee dan Karpal Singh.
Ahli lain adalah Sivarasa, Nancy Shukri, Fong dan Razali.
"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa APCO itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan.
“Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh.
Menghina parlimen
"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemulian parlimen," kata Anwar.
Sebelum ini desas-desus bertiup kencang bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendakwa tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis.
Pada ucapan di Dewan Rakyat, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.
Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.
Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan