Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM621.54 Bilion
Posted on Friday, September 06 @ 00:02:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KLIK
Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM621.54 Bilion... Kewangan Kerajaan Tenat???
Najib
yang paling hebat dalam semua Pentadbir yang sebelumnya...Buktinya di
sini..antara hutang kerajaan yang tertinggi dalam sejarah.
Untuk
pengetahuan rakyat Malaysia yang sayangkan negara kita yang tercinta ini
pinjaman kerajaan persekutuan telah ditetapkan had oleh undang-undang
negara di bawah Akta Pinjaman 1959 dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983,
Antara
peruntukan tersebut, adalah Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan
Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman
tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK).
Namum skrg hutang negara RM621.54 Bilion bersamaan 58.9
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bermakna sudah melebihi
tahap yg di benarkan..
Hakikatnya, status kewangan negara yang
sedang berdepan krisis ditambah dengan hutang kerajaan Malaysia terkini
terus melonjak tinggi. Kehidupan rakyat Malaysia yang diibaratkan
tinggal di “syurga” bernama Malaysia selama ini akhirnya ditarik
kenikmatan sedikit. Dan inilah realiti yang perlu rakyat Malaysia hadapi
sekarang.
Baru 2 hari lepas diumumkan kenaikan harga minyak RON
95 & minyak diesel sebanyak 20 sen, sudah ada perkhabaran kurang
baik yang sudah dijangkakan pun sebenarnya dimana tambang bas bakal
naik, tarif elektrik akan naik dan semestinya harga barang keperluan di
luar bakal naik.
Sejurus daripada pengumuman kenaikan harga
minyak RON 95 & diesel, kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia
inflasi negara akan terus melonjak...
Facebook Blackout 505
Catatan 012: Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong
Posted on Thursday, September 05 @ 23:27:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada
suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah
syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya
hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."
Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup
meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut
riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal
sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan
meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani
engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala
pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima
hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di
dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu
lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi
mukmin yang soleh dan mulia.
Sumber link
Berjimat Suruhan Islam, Bukan Kerana Defisit Tinggi
Posted on Thursday, September 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Saya
membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
di muka hadapan Sinar Harian hari ini yang menggesa kerajaan agar
berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja. Katanya, negara
kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain
untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat.
Barangkali Tun
Dr Mahathir baru sedar bahawa selama ini kerajaan Malaysia sudah banyak
membazir di dalam perbelanjaannya. Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20
sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih
daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara.
Suka
untuk saya menyebut bahawa berjimat cermat ini ialah perintah Islam. Ia
bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia
memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan
agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah. Inilah didikan Rasulullah
SAW kepada para sahabat. Bacalah teguran Rasulullah SAW kepada seorang
sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu ketika beliau sedang
berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad
Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada :
مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ
yang bermaksud:
Apakah pembaziran in? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun
ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di
dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
Jika
di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang
berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang
tidak mencukupi. Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar
yang terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat
yang merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke
atas bahu rakyat untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan
yang zalim dan tidak kena pada tempatnya.
Ketika saya mula-mula
mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990, dasar jimat cermat inilah
yang saya arah digunapakai dalam semua urusan kerajaan. Gaji bulanan
Menteri Besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong,
sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti. Saya mengarahkan
agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika
lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan. Tujuannya tidak lain
hanyalah untuk untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas
tujuan yang tidak perlu.
Saya menolak peruntukan untuk keraian
Hari Raya dan Juadah Berbuka Puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000
dan RM15,000 setiap tahun bermula tahun 1990. Saya tidak mendiami
kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan
mengurustadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan. Pada
masa itu, Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia yang seringkali
mempertikaikan apa jua langkah positif yang dibuat oleh kerajaan negeri
Kelantan.
Bahkan masih terngiang-ngiang di telinga saya tuduhan
yang menyatakan bahawa amalan memberikan cuti dua hari seminggu kepada
kakitangan kerajaan negeri hanya akan menyebabkan mereka menjadi malas.
Tanpa segan dan tanpa silu, itulah yang ditiru kemudiannya oleh kerajaan
di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Dari sudut penjimatan, tambahan cuti
sehari dalam seminggu ini menjimatkan banyak bekalan eletrik yang
digunakan di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya sokong saranan Tun Dr
Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat. Tetapi
lewat itu lebih baik dari langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir
berpegang kepada prinsip better late then never. Tahniahlah, namun
sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira
apa salahnya berikan kredit kepada Islam.
Ertinya, berjimat
cermat bukan hanya kerana defisit naik, bukan kerana perbelanjaan
meningkat tetapi berjimat cermat kerana itulah suruhan agama. Saya tidak
rasa lidah kita terlalu kekok sehingga menghalang untuk menyebut Islam.
Itulah
Islam, agama yang syumul dan menyeluruh. Islam bukan hanya agama kopiah
dan serban sahaja. Inilah yang wajib diketahui oleh pemimpin parti
politik sekular yang hari ini dilihat banyak memakai kopiah dan
menghiasi dada-dada akhbar dengan gambar berkopiah mereka.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 29 Syawwal 1434H bersamaan 5 September 2013M
Minyak Naik 20 sen + BR1M juga akan naik
Posted on Thursday, September 05 @ 23:31:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: TinBuruk"
Petang semalam nak isi minyak terserempak dengan Bidin. Kali terakhir
jumpa masa makan selepas terawih di kedai makan bersama Mazlan pengerusi
JKKK (link). Kami berborak sikit pasal politik semasa.
"Orang kuat UMNO kalau guna kad ahli boleh dapat harga RM1.90" kata
saya. Bangla Caltex tersengih... macam dia faham. Entah-entah dia
pernah pakai baju UMNO untuk berdemo. Kalau tak pun pernah mengundi. (Itu tekaan hati saya)
"Naik cuma 20 sen sahaja" Itu pun nak kecoh kata Bidin.
"Ya, kalau isi RM40 kita kena bayar RM40.20 sahaja pasal naik 20 sen sahaja kan?" kata saya perli Bidin.
Sekali lagi Bangla itu tersenyum. Saya pun naik hairan.
"Kerajaan tak naikkan minyak, tapi kerajaan kurangkan subsidi sahaja" Kata Bidin dan inilah yang selalu saya dengar daripada 'karat' biru berhujah.
Bidin juga menerangkan bahawa subsidi yang dikurangkan ini akan
digunakan untuk menambahkan BR1M yang sudah pasti akan menguntungkan
rakyat. Jumlah 20 sen yang dikurangkan atas bantuan subsidi dan kerajaan
masih lagi memberi subsidi lebih daripada 68 sen.
Jumlah 20 sen
itu telah menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM3.3 billion. Dan
daripada ini sudah diketahui bahawa RM3 billion telah digunakan untuk
memberikan kemudahan kepada rakyat dalam bentuk BR1M sebelum ini yang
berjumlah RM500 seorang.
Kata Bidin lagi, dengan penjimatan
RM3.3 billion kerajaan boleh menambah untuk Bajet 2014 BR1M daripada
RM500 kepada RM1000 seorang. Itu kan bagus.
Saya melihat kepada
Bangla tadi, kali ini dia tak semyum dia sudah menyimpan pam pada
tempatnya menandakan minyak telah selesai diisi. Dalam hati Bangla ini
jika ada IC sudah pasti senang-senang dapat RM1000 tahun hadapan.
Saya
hairan bagaimana kerajaan boleh beranggapan dengan pemberian BR1M
kepada rakyat telah menyelesaikan sebahagian daripada kesusahan rakyat
golongan rendah yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Siapa punya kajian
yang boleh membuatkan kerajaan terlalu yakin sehingga hendak menambah
BR1M??
Saya juga berkeyakinan rakyat lebih selesai jika duit BR1M
sebelum ini yang berjumlah RM3 billion itu diambil ditukarkan untuk
diberikan subsidi petrol supaya harga petrol kurang lagi 20 sen daripada
RM1.90 kepada RM1.70.
Dengan pengurangan harga petrol sudah
pasti harga pengangkutan, barangan dan sebagainya akan menurun dan ini
akan memberikan kemudahan kepada rakyat golongan miskin dan juga
golongan pertengahan. Ini adalah lebih bermanafaat daripada pencing undi
untuk BR1M sedangkan duit RM500 itu boleh habis dengan sekelip mata
sahaja.
Prihatin kerajaan diperlukan bukan sekadar lepas mulut menjawab
sebagaimana Bung Mukhtar yang mengatakan rakyat miskin tak guna kereta.
Saya
tak tahu kalau tak guna kereta sudah pasti guna motorsikal. Adakah
motosikal tak guna petrol? Nampak sangat wakil rakyat BN bercakap tak
gunakan akal.
"Kalau nak murah kerajaan boleh kaji Ron92 diguna semula" kata Bidin.
Ini
satu lagi, sebelum ini banyak pertingkaian terhadap Ron95 yang
dikatakan tidak bermutu malah ada yang mengatakan bahawa kebakaran
kereta dalam kes-kes kemalangan terakhir ini juga berpunca daripada
penggunaan Ron95. Kenapa perlu minyak yang kurang bermutu seperti Ron92?
Saya melihat kerajaan kalut dalam melaksanakan dasar kenaikan
harga petrol. Cuba lihat di papan notis subsidi tentang harga Ron95
sebelum subsidi ialah RM2.73 sedangkan harga Ron97 ialah RM2.70. Kenapa
Ron95 lebih mahal daripada Ron97 yang mengikut harga pasaran petro
dunia?
Bagaiman kerajaan menipu kononnya kerajaan membayar subsidi lebih?
Sekarang
untuk menutup malu dan penipuan ini kerajaan menaikan Ron97 kepada
RM2.85 sedangkan minyak dunia masih belum naik sepenuhnya. Mana
kenyataan sebelum ini mengikut harga minyak semasa?
"Siapa yang di perbodohkan?" tanya saya kepada Bidin
Bidin hanya terdiam.
Kerajaan juga tiada kajian secara menyeluruh dalam hal ini. Semalam TV
ada menyiarakan tentang Kementerian Pertanian menyatakan akan
menubuhkan jawatankuasa mengkaji kesan kepada nelayan atas kenaikan
petrol 20 sen.
Habis sebelum ini kerajaan buat keputusan berdasarkan maklumat di mana? Kenapa sekarang nak kaji kesan?
Saya
belum bercakap lagi tentang kesan kenaikan 20 sen dengan isu RM40
seminggu, berapa harus dibelanjakan setiap bulan dan jumlahnya untuk
setahun. Adakah memadai dengan BR1M RM500 itu??
Bidin mula
mengalah, saya tak tekan banyak perkara sebab ada orang lain nak isi
minyak akhirnya kami berpisah tanpa kata pemutusan atas perbincangan
ringkas tadi.
Artikel berkaitan:
PROF AGUS SEKOLAHKAN AHMAD MASLAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MERANGKAP KETUA PENERANGAN UMNO PASAL ALASAN MENGAPA NAJIB NAIKKAN RON95 DAN DIESEL 20 SEN SELITER!!!!!
Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."
Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.
Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?
Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.
Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.
Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.
Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.
Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."
Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?
Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.
Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!
RUPA-RUPA KETUA GANGSTER YANG MENJADI KETUA PARTI PERINGKAT BAHAGIAN ADALAH DARI MCA, RAKAN PALING KARIB UMNO !!!!.. JOM LIHAT WAJAH KETUA GANGSTER TERSEBUT!!!
Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.
Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.
Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.
Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.
Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.
Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.
Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.
"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.
Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.
Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.
Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.
Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.
Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.
Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.
Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.
Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.
Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.
Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.
Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.
Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.
Ke mana pergi subsidi kami?
Posted on Thursday, September 05 @ 21:28:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...
tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...
tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...
kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
12:24PM Jul 20 2010
malaysiakini.com
11 tahun negara dalam hutang
Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.
Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.
Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.
Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.
“Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan,” menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.
Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.
Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.
Graf defisit bajet kerajaan Malaysia di laman web Index Mundi, iaitu laman web yang mengumpul data ekonomi dan sosial daripada agensi bertanggungjawab di negara seluruh dunia, menunjukkan sejak 1988, bajet kerajaan mencatat purata defisit 2.89 peratus daripada KDNK dengan 2009 mencatatkan rekod terburuk, iaitu defisit 6.70 peratus daripada KDNK.
Berbeza dengan orang biasa yang akan dikejar bank atau ah long, jika hutang tidak dibayar dalam tempoh minimum yang diberikan, kerajaan sesebuah negara boleh beroperasi dengan defisit sederhana buat beberapa tahun kerana pemberi pinjaman tahu kemungkinan untuk sesebuah kerajaan tidak membayar hutang adalah rendah.
Tetapi, sama seperti perbelanjaan harian orang biasa yang berhutang kad kredit atau rumah, jika dibiarkan terlalu lama, hutang yang bertambah itu akan hanya menyumbang kepada lebih banyak defisit; bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar kadar faedah bagi hutang asal hingga menyebabkan kelembapan ekonomi.
Mengapa subsidi minyak perlu dikurangkan? Bandingkan dengan orang biasa yang perlu mengurangkan perbelanjaan harian dalam beberapa aspek hidup untuk mendapat lebih wang bagi membayar semula hutang.
Cuma bezanya, bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, kesannya dirasai oleh rakyat.
Gagal rancang kewangan punca berhutang
KUALA LUMPUR - Perancangan kewangan yang lemah dan tabiat berbelanja
yang tidak mengikut kemampuan diri merupakan faktor utama penyebab
masalah hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman, kata Ketua
Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Koid
Swee Lian.
Beliau berkata daripada 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau 23 peratus merupakan golongan yang memiliki perancangan kewangan lemah.
Katanya 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus); manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/satu peratus).
"Sepanjang tempoh yang sama iaitu dari 2007 hingga 31 Mei 2013, seramai 222,942 peminjam datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tapi daripada jumlah itu hanya 90,807 yang menyertai DMP kami," katanya kepada Bernama.
Swee Lian berkata sehingga 31 Mei lepas, 3,591 peminjam berjaya keluar daripada DMP dengan jumlah hutang diselesaikan RM130.05 juta.
Menurut Swee Lian, peminjam individu boleh mendapatkan bantuan AKPK untuk menstruktur pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia kewangan.
Bagaimanapun, untuk menyertai DMP yang disediakan AKPK, seseorang peminjam antara lain mestilah tidak berhutang melebihi RM2 juta; tidak diisytihar muflis; tidak mempunyai surat saman atau mahkamah dan memiliki pendapatan boleh guna mencukupi.
"Apapun AKPK tetap akan bantu tapi lebih kepada nasihat...misalnya jika peminjam ada lebih daripada sebuah kereta kita mungkin nasihatkan mereka supaya jual sebuah," katanya.
Katanya tujuan utama AKPK menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan kewangan yang direka khas ialah untuk membantu setiap individu belajar mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabit penggunaan kredit secara bijak.
"Melalui kesedaran dan pendidikan tentang cara menguruskan hutang secara berkesan, AKPK berharap ia dapat mengurangkan isu-isu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sektor isi rumah Malaysia," katanya.
Swee Lian berkata individu yang mempunyai masalah hutang atau kesukaran menyelesaikan pinjaman tidak seharusnya malu untuk datang ke AKPK kerana ia lebih baik daripada diistiharkan muflis atau harta benda dirampas.
Selain itu semua perkhidmatan yang ditawarkan AKPK adalah percuma. - Bernama
Beliau berkata daripada 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau 23 peratus merupakan golongan yang memiliki perancangan kewangan lemah.
Katanya 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus); manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/satu peratus).
"Sepanjang tempoh yang sama iaitu dari 2007 hingga 31 Mei 2013, seramai 222,942 peminjam datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tapi daripada jumlah itu hanya 90,807 yang menyertai DMP kami," katanya kepada Bernama.
Swee Lian berkata sehingga 31 Mei lepas, 3,591 peminjam berjaya keluar daripada DMP dengan jumlah hutang diselesaikan RM130.05 juta.
Menurut Swee Lian, peminjam individu boleh mendapatkan bantuan AKPK untuk menstruktur pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia kewangan.
Bagaimanapun, untuk menyertai DMP yang disediakan AKPK, seseorang peminjam antara lain mestilah tidak berhutang melebihi RM2 juta; tidak diisytihar muflis; tidak mempunyai surat saman atau mahkamah dan memiliki pendapatan boleh guna mencukupi.
"Apapun AKPK tetap akan bantu tapi lebih kepada nasihat...misalnya jika peminjam ada lebih daripada sebuah kereta kita mungkin nasihatkan mereka supaya jual sebuah," katanya.
Katanya tujuan utama AKPK menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan kewangan yang direka khas ialah untuk membantu setiap individu belajar mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabit penggunaan kredit secara bijak.
"Melalui kesedaran dan pendidikan tentang cara menguruskan hutang secara berkesan, AKPK berharap ia dapat mengurangkan isu-isu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sektor isi rumah Malaysia," katanya.
Swee Lian berkata individu yang mempunyai masalah hutang atau kesukaran menyelesaikan pinjaman tidak seharusnya malu untuk datang ke AKPK kerana ia lebih baik daripada diistiharkan muflis atau harta benda dirampas.
Selain itu semua perkhidmatan yang ditawarkan AKPK adalah percuma. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan