Bukan ulasan filem Tanda Putera
Posted on Thursday, September 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Izmil Amri
SAYA
tidak tonton Tanda Putera, ini harus jelas. Saya tidak tonton Tanda
Putera kerana beberapa faktor; termasuk faktor ekonomi dan kenaikan
harga minyak yang menyebabkan saya terpaksa berjimat dan tidak membazir.
Membelanjakan RM12 untuk sebuah filem yang dibiaya kerajaan adalah
termasuk dalam kategori kedua.
Jadi ini bukan reviu filem Tanda
Putera. Ini ulasan Tanda Putera berdasarkan ulasan orang lain yang sudah
menonton Tanda Putera. Ini cara yang adil untuk mengulas Tanda Putera;
sebuah filem yang dihasilkan melalui cara yang sama – tanpa mengambil
kira kisah sebenar dan membuat penceritaan tanpa mempedulikan perbezaan
fakta dan fitnah.
RM4.8 juta adalah jumlah yang agak besar untuk
dijadikan dana sebuah filem yang dibuat tanpa mempedulikan perbezaan
fakta dan fitnah. Di zaman ekonomi tidak stabil dan kerajaan sedang cuba
untuk ‘berjimat’ dengan antara lain menarik balik subsidi minyak, RM4.8
juta yang disedekahkan kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba dan
kawan-kawan untuk membikin sebuah filem propaganda yang tidak
menjanjikan pulangan wang pastinya suatu keputusan kewangan yang tidak
bijak.
RM4.8 juta itu sepatutnya boleh diguna bagi membina kantin
yang lebih besar untuk Sekolah Kebangsaan Sri Pristana. Tetapi kerajaan
lebih tahu, maka dibelanjakannya jumlah wang yang besar itu untuk bikin
filem propaganda.
Di zaman pemerintahan Hitler, filem propaganda
adalah satu daripada tiang seri pendidikan politik parti Nazi. Menteri
propaganda Hitler, Joseph Goebbels melantik dirinya sebagai penaung
perfileman Jerman dan menguasai Reichsministerium für Volksaufklärung
und Propaganda atau dalam bahasa yang kita faham ‘Kementerian Pencerahan
Awam dan Propaganda’.
Antara langkah awal yang diambil Goebbels
sebagai menteri propaganda termasuklah membakar buku-buku, pastinya
dengan harapan supaya maklumat yang dihadam rakyatnya adalah maklumat
yang ‘dipersetujui selamat’ demi kemandirian parti Nazi dan ideologinya.
Setelah buku-buku dibakar, propaganda pun disemai. Antara yang paling
popular Triumph des Willens yang dibikin Leni Riefenstahl sekitar 1935.
Shuhaimi
Baba mungkin bercita-cita untuk meletakkan namanya sebaris dengan Leni
Riefenstahl sebagai pembikin filem propaganda. Tanda Putera barangkali
akan wujud dalam nota kaki sejarah perfileman negara sebagai wayang
gambar yang mengundang begitu banyak kontroversi meski belum
ditayangkan, selain mencatat sejarah sebagai wayang gambar yang gagal
kerana tidak mengundang ramai penonton ke pawagam.
Ini satu lagi
sebab kenapa saya tidak tonton Tanda Putera, panggung wayang tak ramai
orang kecuali untuk beberapa pasangan yang duduk di kerusi
belakang-belakang untuk bikin wayang mereka sendiri.
Kegagalan
Tanda Putera di pawagam ini diakui Shuhaimi Baba sendiri yang malah
katanya sudah dijangka. Eh pelik sungguh sanggup bikin filem tapi sudah
boleh agak orang tak mahu datang tonton. Sudah tu kenapa bikin filem?
Dengan
reaksi Shuhaimi Baba itu maka fahamlah saya bahawa ini wayang bukan
diniatkan untuk tayangan pawagam. Makcik dan pakcik di tanah rancangan
Felda sana mana ada masa mahu turun ke pekan tengok wayang. Pengundi
luar bandar mana mahu buang duit keluar ke pekan untuk tonton cerita
‘sejarah’.
Tanda Putera dibikin guna dana kerajaan kerana ini
filem yang perlu dikasi bikin, supaya boleh ditayang ke televisyen
secara percuma. Anda yang sudah pergi menonton di pawagam dan bayar RM12
itu, ya anda; saya tumpang simpati.
Tanda
Putera akan jadi filem propaganda yang akan diulang siar berkali-kali
di kaca televisyen dengan harapan supaya rakyat akan percaya.
Sepertimana rakyat sudah percaya dengan filem Bukit Kepong yang sudah
tidak lagi disiarkan menjelang Hari Merdeka sejak kecoh hal Mat Indera
didedahkan sebagai pejuang bangsa dan menggempur rumah pasung mata-mata
British.
Ini asas mudah propaganda; penipuan yang diulang-ulang
akhirnya akan diterima sebagai kebenaran. Barangkali ini nawaitu pihak
di sebalik pembikinan Tanda Putera, saya tidak tahu.
Saya melihat
Tanda Putera sebagai lebih daripada sekadar filem. Tanda Putera adalah
sebuah operasi politik yang licik. Kita melihat betapa bersungguhnya
pemerintah dan jentera propagandanya menjalankan operasi besar ini sejak
setahun yang lalu. Dengan kempen di rangkaian sosial menyebarkan gambar
pra-produksi, kononnya Lim Kit Siang kencing di tiang bendera di rumah
Menteri Besar Selangor; serta operasi senyap menayangkan filem ini
kepada mahasiswa dan penyokong tegar pemerintah.
Ini semua
dijalankan di saat negara sedang mendidih menuju pilihan raya paling
sengit dalam sejarah; dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai
sasaran serangan utama. Atau jika mahu meminjam ayat jahat pemimpin
politik balik sana, sasarannya pastilah orang Cina; dalang di sebalik
rusuhan 13 Mei 1969 kononnya.
Saya secara peribadi merasakan
bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak ada kena mengena dengan
perjuangan menuntut kemerdekaan. Malaya merdeka 31 Ogos 1957. Sabah dan
Sarawak menyertai Malaya membentuk Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963. Singapura bercerai daripada Persekutuan tahun 1965.
Apa kaitannya 13 Mei dengan kemerdekaan? Jawapannya; tidak ada kena mengena.
13
Mei yang menjadi latar cerita Tanda Putera adalah kisah tergugatnya
kuasa parti dan pemimpin politik. Kisah krisis kuasa orang Melayu yang
pantang ketuanannya diganggu.
Tanda Putera barangkali berniat
menggunakan sentimen Melayu ini sebelum pilihan raya dulu. Dengan
harapan supaya Melayu bersatu. Entah bagaimana strategi ini tidak
digunakan. Filem ini tidak ditayangkan. Barangkali ada kepala yang masih
waras memberi nasihat supaya babak sejarah hitam negara ini tidak
diulang siar di saat-saat panas pilihan raya supaya mengelak sebarang
kemungkinan yang tidak diingini.
Lalu Tanda Putera ditayang dua
hari sebelum sambutan Merdeka ke-56. Lebih tiga bulan selepas PRU ke-13.
Berdasarkan ulasan yang ditulis orang; saya tambah tertanya-tanya apa
sebenarnya mesej yang mahu disampaikan filem ini selain untuk bercerita
tentang Tun Razak dan timbalannya.
Perkara pertama yang saya
perasan tentang pembikinan Tanda Putera ini ialah betapa sukanya
Shuhaimi Baba dengan Rusdi Ramli. Saya tidak tahu kalau memang Rusdi itu
punya kontrak sampai kiamat dengan Pesona Pictures, tapi Rusdi muncul
dalam hampir setiap satu filem Shuhaimi Baba dalam dekad yang lampau.
Hairan saya. Seolah-olah tidak ada pelakon lain yang cukup sesuai untuk
membawa watak Tun Razak.
Seandainya Tanda Putera bertujuan
mengangkat nama Tun Razak, saya kira ia gagal sama sekali. Anakandanya
sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri malah tidak sedikit pun
menjiwai sifat dan watak ayahandanya. Inikan pula sebuah filem yang
dibikin tanpa hala tuju jelas.
Saya hatta terpaksa melayari
Wikipedia untuk mengetahui bahawa Tun Razak adalah ahli Parti Buruh
British, yang merupakan sebuah parti berkedudukan tengah-kiri dalam
spektrum ideologi politik dan (percaya atau tidak) berfaham demokrasi
sosial, seperti juga DAP. Tun Razak juga melaksanakan perancangan
ekonomi serta perancangan polisi pembangunan yang kini kita kenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru yang dimuatkan dalam Buku Merahnya.
Bukan Mao Zedong sahaja yang ada Buku Merah rupanya.
Ini
barangkali tidak masuk dalam Tanda Putera, sepertimana banyak lagi
perkara yang tidak masuk dalam Tanda Putera, seperti peranan parti
Gerakan dalam rusuhan 13 Mei yang mungkin dirasakan penulis dan
pengarahnya sebagai perkara tidak penting. Ia tidak penting kerana
hakikatnya Tanda Putera bukanlah sebuah perkisahan sejarah yang ikhlas,
malah ditulis sendiri oleh Shuhaimi Baba sebagai sebuah cereka, dengan
kebebasan untuk menokok tambah atau membuang mana-mana naratif yang
dirasakan tidak perlu.
Kisah sejarah yang ditulis semula secara
fiksyen ada banyak. Inglorious Basterds bikinan Quentin Tarantino
misalnya adalah kisah fiksyen yang berlatarkan sejarah namun digoreng
hangit oleh Tarantino sehingga ada yang percaya bahawa itulah sebenarnya
sejarah. Mujur Tarantino tidak terlalu imaginatif dengan tulisannya
itu, ceritanya masih masuk akal.
Cuba kalau beliau bikin filem itu sepertimana dibuat kepada Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Jenuh.
Jadi
kalau ditanya adakah Tanda Putera sebuah filem fiksyen berlatarkan
sejarah? Jawapannya ya. Kalau disebut orang bahawa Tanda Putera itu
penceritaan tepat tentang sejarah; jawablah dengan lidah yang fasih
bahawa Tanda Putera bukanlah kisah sejarah yang tepat. Malah dalam still
photo pra-penerbitannya juga ada terlihat kereta Proton Iswara dan
kamera CCTV. Cincai dan serabut sekali.
Tanda Putera secara
hakikinya adalah filem mengipas kelas tinggi. Selain mengipas ego
pemimpin, ia juga mengipas sentimen perkauman yang sudah lama padam,
serta mengipas hangat hati pihak yang difitnah terang-terang dalam
operasi politik yang besar ini.
Saya tidak hairan kenapa Lim Kit
Siang dan pemimpin DAP begitu reaktif terhadap filem ini. Ya, ini filem
pro-establishment seperti yang ada diulas. Filem propaganda
pro-establishment pastilah akan menyerang musuh politik pihak
establishment. Takkanlah DAP akan duduk sahaja apabila pemimpinnya
difitnah di ruang awam melalui filem yang dibiayai dengan wang rakyat?
Hakikatnya
operasi politik Tanda Putera untuk mewarnakan Kit Siang sebagai seorang
Cina jahat yang kencing di tiang bendera dalam kawasan rumah Menteri
Besar Selangor adalah fitnah yang mesti dilawan. Gambaran bahawa
penyokong DAP bertindak liar sewaktu rusuhan juga adalah serangan
politik yang sangat jahat. Ini mesti dilawan.
‘Nasihat’ yang
dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya pawagam di negeri itu
tidak menayangkan filem terbabit adalah tindakan melawan serangan yang
diambil dengan berat hati pastinya. Namun menurut Lim Guan Eng, anakanda
Kit Siang yang pastinya akan mempertahankan kehormatan ayahnya; sejarah
akan menunjukkan bahawa beliau bertindak menunjukkan pendiriannya
menentang serangan jahat Tanda Putera, meski terpaksa mengimbangi antara
kebebasan bersuara.
Ini anak yang baik. Anak yang membela kehormatan ayahnya daripada difitnah orang.
Saya
ternanti-nanti bila masanya anak Tun Razak akan membela ayahnya yang
diperlihatkan sebagai pemimpin yang lemah dan begitu jenuh sekali
bergantung harap kepada timbalannya.
Memandangkan saya tidak
menonton Tanda Putera, dan sekadar menanti bila masanya ia akan ditayang
di kaca televisyen; saya tidak boleh bagi sebarang markah kepada filem
itu. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, saudara Tan Keng Liang melalui akaun
Twitternya memberi rating 8/10 untuk filem propaganda ini. Saya tidak
pasti asasnya apa.
Cuma saya mahu tanya (sebab saya ulang sebut
tajuk ‘Tanda Putera’ dalam tulisan ini sampai 31 kali dan jarang
merujuknya sebagai ‘filem itu’) apa sebenarnya maksud tajuk filem ini?
Ya. ‘Tanda Putera’ itu maksudnya apa? Apa yang tanda, apa yang putera? –Roketkini
Harga Minyak: Prof Agus Tempelak TM Kewangan
Posted on Thursday, September 05 @ 21:05:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Mulai
3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan
harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan
kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada
kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit
kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan
terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."
Saya tidak segera
mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara
hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak
tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan
menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia
selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria,
hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana
jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang
menafikan intelek rakyat.
Jika setakat tujuh negara di atas,
apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di
Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih
murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga
minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau
berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?
Bagi membuktikan
harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM
Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita.
Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan
RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).
Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata
sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga
minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya
yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah
yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk
mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.
Untuk
pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek
yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita
tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita
bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia?
Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat
teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri
dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta
Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.
Itu belum lagi
kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang
‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di
negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi
rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah
rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira
pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Kadar
hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah
hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun
2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012.
Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada
kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada
penganalisis kewangan di rantau ini.
Melihat kepada data hutang
isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah
rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga
kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah
begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang
diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan
termurah di dunia.
Saya juga tertarik dengan alasan yang
diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah
untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya:
"Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar
memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini
kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk
rakyat yang berpendapatan rendah."
Saya tidak faham kaitan antara
kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan
kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk
menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika
untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu
diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah
kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan
kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana
kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan
kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak
boleh difikirkan oleh kerajaan?
Oleh sebab itulah, saya menolak
kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah
yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak
naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan
ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan
hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi
mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat
kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada
proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.
Jikapun
hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah
analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan
keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita
memberikan data yang tepat. Begitulah!
Facebook Prof. Dr. Mohammad Agus
Pak Samad nafi sembunyi, dakwa polis reka cerita
Posted on Thursday, September 05 @ 20:56:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sasterawan
Negara, Datuk A. Samad Said (gambar) menafikan bersembunyi, mendakwa
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita,
kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk
menangkap beliau.
Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad
ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke
rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat
pagi.
"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.
"Saya
memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar
dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau
apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.
"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.
Semalam,
Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi
dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur
untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.
Namun,
orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan
pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang
telah berusia dengan menahannya lewat pagi.
Sasterawan Negara itu
disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis
mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan
ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.
Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.
Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Ikatan
Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah
Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan
tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka
Malaya. – 5 September, 2013.-TMI
isu Minyak Naik - Mahathir Kata Najib Banyak Hutang dan Boros
Posted on Thursday, September 05 @ 15:09:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Kerajaan
pinjam banyak duit dan hutang yang sangat tinggi menyebabkan kerajaan
terpaksa tarik bantuan kepada rakyat kata Tun Mahathir bila ditanya
pasal minyak naik 20 sen.
Negara sekarang berada ditangga yang sangat rendah berbanding negara-nagar membangun lain.
Khutbah: Golongan Kuffar Berusaha Halang Islam
Posted on Thursday, September 05 @ 17:47:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: ustaznik
"Sinopsis:
Semenjak adanya Nabi Adam, semenjak itu juga adanya Iblis. Pertembungan
antara haq dan batil , benar dan salah, Islam dan jahiliyyah sedari
awal lagi telah berlangsung.
Terakhir, isu politik di Asia Barat terutama di Mesir memperlihatkan betapa benarnya pertembungan itu berlaku.
DSTG Presiden PAS berkhutbah mengupas isu ini dalam khutbah berikut pada 23 Syawal 1434H (30 Ogos 2013) :
Golongan Kuffar Berusaha Halang Islam
"Kami Terus Bersama Kepimpinan DSTG Presiden PAS""
Zahrain Hashim dapat habuan besar dari Najib
Posted on Thursday, September 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: laniismaa
"Tak
sia-sia bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Hashim beriya-riya
menghentam PKR dan PR sebelum ini. Rupa-rupa ada perjanjian baik bersama
Najib.
The Malaysian Insider melaporkan pemberontak PKR Zahrain
bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru. Ia
merupakan habuan kepadanya kerana menghentam PR dan menyokong BN dalam
PRU lalu.
“Zahrain
dapat jawatan duta di Jakarta,” kata sumber kepada The Malaysian
Insider. Pengumuman tersebut juga akan dibuat tak lama lagi.
Zahrain
menjadi MP Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR
pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen PR mengkritiknya kerana
mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng - Kongsi Resipi
Baca juga - Sebab Ali Rustam gesa kasino Genting ditutup "
Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal
Posted on Thursday, September 05 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"Seorang
pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang saya kenal dahulu
memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah.
Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggera kereta
dia lepaskan kereta tersebut.
Kini dia hanya mampu guna motosikal
buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada
perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke
tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.
Ramai golongan
seperti kawan saya ini memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai
jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk
mencecah RM200 setahun.
RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah
sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang
asas untuk sebulan.
Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri
sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang
benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.
Oleh
itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk membantu golongan
seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah mengecualikan
cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah 120cc.
Itu
belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung yang menunggang
motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu
boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2
bulan.
Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc
tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke
atas."
Anwar ditawar jawatan TPM?
Posted on Thursday, September 05 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SEREMBAN
– Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus
berkata ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan
difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada
Anwar.
“Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan ‘direct’
diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu
dengan Anwar melalui orang ketiga,” kata beliau dalam satu kenyataan
khas kepada FMT.
Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan
Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet
kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.
“AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat,” tegasnya..
Walaubagaimanapun,
tambah beliau, AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat
persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan
secara terbuka.
“Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan
tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, isu hutang
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan
negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan, “katanya.
Beliau
berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah
bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan
sulit.
Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri
Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd
Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang
membelenggu rakyat.-FMT
Apabila Di Mata Nazri Semua Orang Bodoh Belaka
Posted on Thursday, September 05 @ 13:08:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Shahbudin Husin
Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan
media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian
kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli
dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya
mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.
Beliau menggelarkan Pengarah
Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai
"bodoh" apabila menyarankan menteri-menteri kabinet menggunakan duit
sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu
bersama-sama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping untuk
merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos
hidup.
Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang
sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan
isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda
politik pihak-pihak tertentu.
Jika anak-anak begitu dilarang
menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan
sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di
sekolah-sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai
pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.
Yang
dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang
"dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau
tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi
dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua
mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.
Kalau
itu diambil kira, rekod Nazri dalam mengungkapkan perkataan "bodoh"
mungkin lebih menjulang lagi. Mungkin mencapai taraf Asia, kalau pun
tidak di peringkat dunia.
Sebagai pemimpin, apatah lagi berbangsa
Melayu dan beragama Islam yang selalu dikenali dengan wajah sopan
santun dan berbudi bahasa, kelancangan Nazri mengeluarkan perkataan
"bodoh" dengan begitu kerap bukan saja mengejut dan menggelikan banyak
pihak, bahkan menggambarkan imejnya sebagai pemimpin UMNO yang angkuh,
sombong dan sedikit bongkak.
Dalam masa yang sama, keinginannya
untuk menghayati slogan "berubah" yang selalu dilaung-laungkan oleh
Perdana Menteri ternampak masih jauh panggang dari apinya.
Jika
pun tidak bersetuju dan ingin menyanggah hujah, bukankah lebih manis
jika menggunakan fakta dan bahasa-bahasa yang sopan serta indah. Ia
bukan saja lebih mudah diterima oleh orang yang mendengarnya, bahkan
menggambarkan kedudukan seseorang yang bergelar pemimpin itu memang
jelas berbeza dengan rakyat biasa.
Dengan mengungkapkan perkataan
"bodoh" sesuka hati dan mudah emosional, Nazri tidak meletakkan imej
dirinya, UMNO dan kerajaan yang dianggotainya lebih tinggi di mata
rakyat. Rakyat malah membenci dan mencebiknya, bahkan ada yang berkata,
jika BN menang lebih daripada 133 kerusi, kesombongan dan keangkuhannya
mungkin lebih melangit lagi.
Setelah beliau melabelkan Rafizi
sebagai "bodoh", Rafizi kelhatan tetap tenang dan ingin belajar
kepintaran Nazri dengan mengajaknya berdebat pula. Nazri sekali lagi
menunjukkan kesombongannya dengan berkata, beliau yang "somebody" tidak
akan membuang masa berdebat dengan Rafizi yang dianggapnya "nobody" itu.
Nazri
nyata berbeza dengan KJ yang turut diajak berdebat oleh Rafizi, tetapi
telah menjawab dengan sopan dan penuh kematangan. Tanpa mengeluarkan
perkataan "bodoh", "somebody" atau "nobody", Menteri Belia dan Sukan itu
mengatakan tiada keperluan lagi untuknya berdebat dengan Rafizi di
pentas terbuka kerana Rafizi kini sudah menjadi Ahli Parlimen dan
sebarang isu boleh dibangkit dan dihujahkan di Dewan Rakyat.
Dalam
hal ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim turut
menyindir Nazri di twitter dengan mengatakan Rafizi bukanlah "nobody"
tetapi seorang yang berani, malah mempertikaikan di kalangan 30 orang
menteri kabinet yang ada, tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran
debat itu.
Dalam apa juga keadaan, sama ada kerana dendam
kesumat atau ada batu besar terbuku di hati, tindakan Nazri sesuka hati
dan selancangnya mengeluarkan perkaraan "bodoh" tetap dianggap tidak
sopan dan kurang manis. Malangnya, Nazri bukanlah budak sekolah atau
anak kecil lagi yang boleh ditegur atau dinasihati.
Barangkali di mata Nazri, semua orang adalah "bodoh-bodoh" belaka.(SH 05/09/2013)
shahbudindotcom.blogspot.com
Najib tidak perlu perbodohkan rakyat - Tian Chua
Posted on Thursday, September 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KLIK
Kesan
daripada 'keprihatinan' serta 'kecekapan' pentadbiran Umno-BN, rakyat
semakin ditekan terutama selepas mengumuman kenaikan harga minyak petrol
RON95 dan diesel sebanyak RM0.20.
TVSelangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan