Minyak: Rakyat bersusah payah, kerajaan boros
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
“Ini bukan silap ibu mengandung, tapi silap memangkah undi,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mudah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata inflasi masih terkawal tetapi hakikatnya ringgit sedang jatuh merudum dan ditambah dengan konflik politik Timur Tengah yang tidak stabil.
“Apakah kerajaan BN, terutamanya Najib menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?” tanya beliau sebagai respons kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi
Katanya, selepas PRU13 hingga kini, keadaan ekonomi negara tidak banyak berubah dan langkah meningkat ringgit masih belum kelihatan.
Oleh itu, ujar beliau kenaikan harga minyak ini sememangnya tindakan memukul diri sendiri kerana ia bakal melonjakkan inflasi tatkala ringgit semakin mengecil.
Beliau berkata, Najib harus mengingati peristiwa kenaikan minyak ke RM2.70 di zaman Tun Abdullah Badawi yang menyebabkan kos barangan dan sara hidup melonjak secara mendadak, dan sehingga kini ia kekal di paras itu, walaupun harga minyak diturunkan ke paras RM1.90.
Menurutnya lagi, meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan penyelesaian kepada kenaikan harga barangan.
Katanya, jika BR1M diberi pada kadar maksimum RM1,200 untuk setahun, sebulan baru RM100.
“Rakyat tahu betapa kecilnya RM100 hari ini lebih-lebih lagi apabila segenap harga barangan dinaikkan dengan alasan nilai import meningkat kerana ringgit mengecil dan kenaikan harga minyak,” ujarnya.
Justeru, ujar beliau PAS menyeru kerajaan BN untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri petang semalam.
Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.
“Malangnya ini bukan kesnya,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Animasi perlu dijadikan medium dakwah - MB
Salmiyah Harun, | 03 Sep 2013 |
Katanya, animasi telahpun menjadi fenomena dalam negara, namun animasi Islamik perlu diperkasakan untuk mewarnai dunia hiburan kanak-kanak agar mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
"Bukan setakat kualiti maklumat yang disalurkan dalam animasi tersebut dipentingkan malah ia merupakan satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati golongan muda dan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Dakwah Negeri Kelantan pada tahun ini, yang julung-julung kalinya diadakan di Selangor.
Malah katanya, generasi muda yang telah terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara, yang mapan perlu bermula dengan pembangunan jiwa ummah yang mantap.
Secara tuntasnya kata beliau, itulah elemen yang mampu disuntik dalam kerangka pembangunan jiwa ummah bagi golongan teknodaei yang tercari cari peluang dan ruang yang mudah untuk mendekati.
Tambah beliau, berdakwah tidak hanya terhad dengan cara yang melibatkan pendengar atau penonton, tetapi kalangan pembaca juga perlu diambilkira.
"Karya mampu dijadikan alat dakwah dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya cenderung dan memahami Islam sebenar.
Namun, peranan yang dimainkan oleh penulis atau karyawan perlu dibuat penambaikan agar elemen Islam dalam karya penulisan dapat digarapkan seterusnya menambat hati pembaca," katanya.
Jelasnya, kerjasama antara pengkarya pengamal filem dan golongan agama perlu disinergikan agar filem atau novel yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi.
Bagi mencari kepelbagaian dalam penyampaian dakwah, katanya, novel-novel Islam diadaptasikan dalam bentuk filem sudah tentu ia merupakan satu bentuk usaha yang bermotifkan dakwah kerana teknologi yang ada sekarang tidak seharusnya membantutkan perkembangan syiar Islam.
Program Bulan Dakwah Negeri Kelantan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat Islam agar kembali menghayati tugas dan peranan mereka yang sebenar dengan harapan agar fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dapat dibendung dan masyarakat kita dapat diselamatkan dari kerosakan dan kebinasaan.
Pada tahun lepas, Program Bulan Dakwah diserikan dengan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2012 yang telah diadakan di Dewan Besar, Kompleks Islam
Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan dan pada tahun ini.
Kali ini ada kelainan apabila pelancaran diadakan di luar Negeri Kelantan, Negeri Selangor telah menjadi lokasi pilihan sebagai isyarat kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha dakwah memperagakanIslam secara bijaksana, berjemaah tanpa sempadan kenegerian sebagai tugas bersama.
Jenayah: Dakwa rejim Mesir di Mahkamah Antarabangsa
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir memutuskan untuk menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera Mesir dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Demikian antara deklarasi persidangan tersebut yang diadakan di Dewan Masjid Al-Falah USJ 9, baru-baru ini.
Deklarasi penuh sebagaimana di bawah.
Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Rampasan Kuasa di Mesir
Kami, Penganjur Utama iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan penganjur bersama Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Masjid Al-Falah USJ 9, Citizens International (CI), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH), Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysian Malabari (MM) dan Inspirasi Muhibbah India Muslim (IMIM) serta Peserta Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat di Mesir, yang terdiri dari 200 peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Perancis, Turki, Myanmar, Libya, Palestin, Mesir, pada hari ini 30hb Ogos 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.
1. Berazam untuk mengangkat matlamat keadilan dan keamanan untuk kepentingan semua bagi kemanusiaan seluruh dunia.
2. Dengan satu surau, kami menyatakan dengan tegas, mengutuk sekerasnya pembunuhan beramai-ramai, penahanan, penyiksaan orang awam oleh tentera Mesir. Walhal orang awam hanya menyatakan penolakan rampasan kuasa dengan aman dan mendesak pemulihan demokrasi awam untuk rakyat Mesir.
3. Kami menolak label teroris yang digelar oleh tentera kepada para demonstrator yang menentang rampasan kuasa dan mengutuk serangan ganas tentera terhadap mereka yang sedang solat serta yang cuba berlindung di Masjid Fatah, yang mengakibatkan orang awam terbunuh.
4. Kami menyatakan kemarahan dan kekesalan kami bersama jutaan rakyat Mesir terhadap keengganan US menerima tindakan tentera sebagai kudeta yang menggulingkan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat secara demokratik dan sah. Malah US tidak mahu menghentikan bantuan kepada tentera Mesir dan kerajaan yang tidak sah sedangkan undang-undang US tidak membenarkan bantuan kepada negara yang diperintah oleh tentera.
5. Kami percaya US mempunyai hubungan dengan tentera Mesir untuk memastikan tugas penting Mesir selepas Perjanjian Kem David 1978 ialah untuk menjamin sekuriti Israel.
6. Kami kesal media milik kerajaan Mesir yang menghasut rakyat untuk melakukan keganasan terhadap anggota Ikhwan Muslimin dan kumpulan penentang kudeta. Keganasan tentera tidak mungkin berlaku jika tidak dengar restu US.
7. Kami yakin demonstrasi 30 Jun 2013 yang melanjut kepada kudeta adalah counter revolution" yang didalangi oleh Old Guards rejim Mubarak untuk merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara demokratik selepas Revolusi 25hb Januari 2011.
8. Kami memperakui suara rakyat Mesir dan di seluruh dunia yang menentang kudeta Mesir 3 Julai 2013 dan kami mengkagumi keberanian menentang rejim diktator militari.
9. Kami memperakui status hak rakyat Mesir telah dapat diperkasakan, selepas revolusi 25 Januari 2011 tetapi telah dibajak oleh tentera Mesir yang didukung oleh US dan beberapa pemimpin negara Arab yang menggerakkan konspirasi bersama penyokong Hosni Mubarak untuk mengkhianati kehendak rakyat.
10. Kami kesal dan mengutuk dengan sekerasnya pembunuhan massa dan penindasan ke atas rakyat Mesir digalakkan apabila agensi seperti PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak berbuat apa-apa , yang mengakibatkan majoriti rakyat Mesir menjadi mangsa.
11. Kami kesal banyak negara Islam kecuali hanya beberapa negara seperti Turki membisu dan tidak mengecam kudeta dan keganasan tentera Mesir yang dilancarkan atas nama “interim government” memerangi " teroris ".
12. Kami kesal dan mengutuk hipokrasi US yang masih secara langsung menyokong regim tentera untuk menjaga kepentingannya terutama untuk menguasai sumber minyak di Timur Tengah dan menjaga kepentingan Israel
13. Kami yakin rampasan kuasa di Mesir adalah agenda besar kuasa Barat untuk menghalang dan membataskan keupayaan gerakan Islam dengan memecahbelahkan umat Islam. Kebangkitan Islam dianggap ancaman kepada kuasa Barat sekular.
14. Kami mengambil perhatian berat terhadap tindak rejim tentera Mesir telah menutup pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza melalui Mesir melalui darat. Kini Gaza terputus bekalan makanan, ubatan, minyak dan keperluan harian yang mendapat sebahgian besar bekalan dari Mesir. Tindakan tentera menutup pintu Rafah dan memusnahkan terowong adalah tindakan yang tidak berperikemanusian.
Kami bertekad dan beriltizam:
Untuk respon secara efektif kepada kezaliman tentera Mesir dan mengutuk tindakan Jeneral Abdul Fattah Al Sisi sebagai penjenayah yang mengakibatkan ribuan rakyat awam terbunuh, tercedera, ditahan dan diseksa,
Kami menegaskan komitmen:
15. Untuk memperjuangkan hak dan martabat rakyat Mesir mendapatkan kerajaan awam yang bebas dan adil seperti yang diungkap dalam Piagam PBB dan Deklarasi Hak Manusia PBB dan pelbagai pernyataan oleh agensi undang-undang hak manusia yang lain.
16. Untuk memperkasa pemerintahan awam, demokrasi dan aspirasi rakyat Mesir yang dijamin oleh prinsip Islam dan Piagam PBB.
17. Mengecam beberapa pemimpin Arab seperti Arab Saudi, Emirate Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait yang bersekongkol dengan Israel mengistiharkan menyokong kerajaan regim tentera. Mereka memperhambakan diri kepada kehendak US dan Kuasa Eropah. Malah mereka membiayai konspirasi rampasan kuasa serta menyalurkan berbilion dolar untuk menyokong regim tentera Mesir.
18. Berkomitmen untuk memberi fokus kepada kesatuan ummah untuk menghadapi cabaran kepimpinan negara-negara dan institusi yang menyokong regim diktator tentera. Kami sedar agenda memecahbelahkan umat Islam akan terus dilaksanakan sebagai suatu strategi untuk menguasai sumber bumi umat Islam dan menyekat kebangkitan Umat di negara-negara Islam.
Kami yakin:
19. Pilihanraya parlimen dan Presiden pada tahun 2012 yang dilakukan secara demokratik selepas revolusi 2011 adalah keputusan yang sah oleh majoriti rakyat.
20. Pembatalan kemenangan ahli parlimen oleh Hakim Mahkamah yang dipileh dalam piliihanraya yang sah pada Julai 2012 serta rampasan kuasa oleh tentera pada 3 hb Julai 2013 adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan prinsip demokrasi dan menafi hak rakyat Mesir.
Akibat penahanan Dr. Muhammad Morsi sebagai Presiden yang dipileh secara sah dan demokratik yang merupakan tuntutan rakyat dalam Revolusi 2011 untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, regim tentera telah mengkhianati semangat revolusi tersebut.
Kami berazam:
21. Melancarkan kempen antarabangsa untuk menuntut pemerintahan tentera Mesir mesti ditamatkan dan demokrasi perlu dipulih serta penindasan mensasarkan kelompok anti kudeta mesti dihentikan.
22. Menyatukan dan menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menentang regim tentera yang tiranikal.
Kami menetapkan:
23. Memastikan hak rakyat Mesir untuk menuntut agar Dr Mohammad Morsi diletakkan semula sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang betul,
24. Menyokong semua usaha untuk membantah dan menentang penindasan regim tentera Mesir yang mensasar Ikhwan Muslimin dan kelompok penentang kudeta.
Kami menyeru:
25. Pemulihan demokrasi yang mengabsahkan pemilihan secara demokratik yang memenangkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden mesti dipertahankan danihak yang menghasut dan memulakan keganasan hendaklah dibawa ke muka Keadialan dan yang didapti bersalah dihukum mengikut undang-undang negara Mesir.
26. Supaya semua intimidasi yang didalangi oleh tentera Mesir yang mengupah kelompok samseng dan mafia untuk mencetuskan huru hara dan dengan itu menuding kelompok anti kudeta melakukan keganasan adalah sangat terkutuk dan perlu dihentikan.
27. Supaya semua tahanan dan yang disiksa secara kejam dibebaskan dan semua mangsa tersebut perlu dibayar ganti rugi yang setimpal dan adil
28. Ketika President Morsi sudah diletakkan semula sebagai Presiden yang sah, proses rekonsiliasi perlu diusahakan.
Kami menuntut:
29. Usaha secara sepadu dari masyarakat sivil diseluruh dunia knususnya serantau untuk mengembleng rakyat membantah secara meluas dengan menganjurkan demonstrasi untuk menyatakan sikap menolak kudeta dan pembunuhan massa di Mesir.
30. Rakyat Mesir bangkit menentangkan kuasa tentera dan menjatuhkan regim diktator tentera dan menuntut pembunuhan massa oleh pihak keselamatan.
31. Kami menuntut Setiausaha Agong PBB untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan Perkara 7 dalam Piagam PBB supaya menghentikan serte merta pembunuhan orang ramai dan memulih demokrasi di Mesir. perkara 7 untuk memberi kuasa Majlis Keselamatan mengenakan sanksi ke atas tentera dan Mesir.
Kami mengesa OIC dan Liga Arab untuk mengutuk jenayah tentera Mesir dan menggantung keanggotaan Mesir seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.
32. Kami mengesa kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil sikap yang lebih jelas dan mengambil inisiatif untuk mengutuk dan mendesak PBB dan OIC menggunakan pengaruh mereka menghentikan pembunuhan oram awam dan memulih demokrasi di Mesir.
33. Kami menyeru semua NGO dan masyarakat sivil melncarkan demostrasi besar-besaran di kedutaan Mesir di seluruh dunia supaya jenayah tentera Mesir di bantah sekeras-kerasnya.
Mendesak semua ahli parlimen dan pertubuhan ahli parlimen di seluruh rantau dan dunia supa menekan Mesir menghentikan pembunuhan dan penindasan ke atas kelompok anti kudeta dan golongan Ikhwan Muslimin dan menuntut kerajaan sivil dikembalikan sebagaimana yang telah dipilih orang rakyat dalam pilihanraya yang sah.
Kami mendesak UN mengarahkan supaya pintu Rafah dibuka untuk rakyat Gaza mendapat semula bekalan keperluan dan pendudukannya boleh mempunyai akses kepada laluan ke Mesir dan dunia luar.
Kami memutuskan:
34. Menubuhkan sekretariat bersama antarabangsa untuk menangani isu kudeta Mesir dan melancarkan kempen antarabangsa secara terkoordinasi untuk membebas Mesir dari rejim diktator tentera.
35. Mengusahakan gesaan kepada kerajaan untuk menuntut Majlis Keselamatan PBB supaya mengenakan sanksi ke atas Mesir.
36. Melancarkan advokasi kepada kerajaan-kerajaan untuk menyemak semula perhubungan resmi dengan Mesir sehingga hak demokrasi dan kebebasan rakyat dipulihkan.
37. Menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk memfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Minyak: BN umpan 47% rakyat, 53% turut merana
Harakahdaily, | 03 Sep 2013 |
Malangnya, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.
Beliau menyatakan demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat pengumuman semalam harga petrol RON95 dan diesel naik RM0.20 mulai tengah malam tadi.
Ini, ujarnya bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini.
Katanya, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.
Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13 lalu.
“Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, jelasnya Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
“Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.
“Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya,” katanya.
Golongan ini, tambahnya telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13.
Mereka, ujar beliau diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.
“Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13,” ujarnya sinis.
Jelasnya, harga petrol RON95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM2.00.
Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, kata beliau pembelian 50 liter petrol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM10.
Sebagai contoh, katanya sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON95 ialah RM95.
Beliau menambah, setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.
Pada masa ini, ujarnya kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 bilion setahun.
“Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata.
“Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 bilion setiap tahun,” katanya lagi.
Ini, kata Sivakumar adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta merta.
“Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi.
Tambahnya, kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah yang akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahan api terutamanya petrol dan diesel.
Justeru, katanya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah.
“Apabila harga barang-barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertambah juga.
“Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima,” kata Sivakumar lagi.
Kenapa naik sampai 20 sen, rintih rakyat
Muhammad Faizal, | 03 Sep 2013 |
KLANG: Rakyat mengeluh dengan keputusan kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi yang dilihat terlalu tinggi.
Tinjauan Harakahdaily di stesen minyak mendapati mereka bukan sahaja perlu menanggung kos tambahan setiap bulan bahkan ada juga yang mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja.
Anuar Ismail, 33, (gambar) dari Meru merasakan kenaikkan tersebut terlalu besar untuk beliau yang sentiasa berulang dari rumah ke tempat kerjanya di Shah Alam.
"Memang berat untuk saya tanggung kos kenaikkan tersebut setiap bulan, 20 sen bukan satu kos yang rendah dan setiap bulan saya anggarkan kos tambahan untuk minyak sebanyak RM150 hingga RM200.
"Saya pasti kenaikkan ini juga akan menyebabkan barang-barang keperluan lain turut meningkat, rakyat akan terus terbeban," jelasnya.
Beliau juga terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal ke tempat kerjanya walaupun mengetahui risiko kemalangan amat tinggi bagi pengguna motosikal.
Kamarulzaman Adnan, 30, (kanan) tidak menolak rakyat bukan sahaja perlu berhadapan dengan kenaikan harga minyak tetapi juga perlu bersedia dengan kenaikan barangan keperluan nanti.
Beliau berkata, kenaikan tersebut juga dilihat tidak seimbang dengan pendapatan rakyat di negara ini yang sentiasa tertekan dengan keadaan ekonomi.
"Amat terasa apabila kerajaan umum kenaikan minyak sebanyak 20 sen, perlu diingat kita bukan hanya menghadapi kenaikan 20 sen tetapi kita perlu bersedia dengan peningkatan kos barang keperluan.
"20 sen adalah satu jumlah yang besar, jika sebelum ini saya berbelanja sekitar RM500 sebulan untuk mengisi minyak, tetapi dengan harga baru ia akan meningkat RM650 sebulan," jelasnya.
Kamarulzaman turut mempersoalkan kenapa kerajaan perlu menaikkan sehingga 20 sen sedangkan kenaikan sebelum ini pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 5 sen sahaja.
"Kenapa kerajaan tidak dapat mengawal harga sekarang, kita tahu alasan kenaikan disebabkan oleh harga minyak dunia.
"Tetapi jika harga minyak kembali turun adakah kerajaan dapat menurunkan harga tersebut, dengarlah rintih rakyat yang hidup mereka semakin tertekan," kata beliau yang selalu berulang alik dari Shah Alam ke Bukit Kemuning.
Dalam pada itu Tommy, 17, (kiri) merupakan seorang pelajar turut mengeluh apabila mengetahui keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.
Beliau berpendapat jika sebelum kenaikan harga rakyat sudah menanggung beban sara hidup yang amat teruk, apatah lagi dengan harga yang telah diumumkan.
"Memang menyusahkan rakyat terpaksa menanggung beban sara hidup, kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi dan kesukaran mendapat pekerjaan bagaimana mereka hendak tanggung kenaikkan kos tersebut.
"Kalau kerajaan itu perihatin mereka akan mendengar keluhan rakyat, sampai bila nak dibebankan hidup mereka. Saya sebagai pelajar turut merasakan bebanan ini.
"Kenaikan jika seimbang dengan pendapat rakyat itu bukan satu masalah, tetapi kita lihat kenaikkan ini amat jauh sekali dengan apa yang rakyat perolehi dengan apa yang mereka perlu belanjakan," jelasnya.
Dalam pada itu, tinjauan malam tadi mendapati beberapa stesen minyak di sekitar Klang mengalami kesesakan akibat pemandu yang mahu mengisi RON95 pada harga RM1.90 sebelum naik kepada RM2.10 selepas tengah malam.
Pakdo Dey shared Pengarah Strategi Sabah's photo.
SUK Selangor: Dakwaan Krisis Air TIDAK BENAR
[SH] SHAH ALAM – Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak berlaku seperti yang digambarkan beberapa pihak sebelum ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan di Cheras manakala tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.
“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku
sebagaimana yang didakwa.
“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
[PANAS] Tumpahan Diesel di Sungai Gong DISENGAJAKAN? SYABAS Cuba Wujudkan Situasi PANIK?
Foto: NST |
Kerajaan Selangor dakwa Syabas cuba wujudkan situasi panik
[TMI] Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibidas Exco kerajaan
negeri Selangor Elizabeth Wong kerana dikatakan mengambil kesempatan
dengan mewujudkan rasa panik dikalangan orang ramai terhadap isu
tumpahan minyak di sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan
air.
Kenyataan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu
hadir selepas Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran
tumpahan minyak tersebut.
"Orang ramai tidak perlu panik, keadaan sudah terkawal dan minyak yang tertumpah juga telah dikeluarkan daripada sungai.
"Syabas tidak perlu keluarkan kenyataan untuk mencemaskan orang ramai,
malah punca tumpahan minyak juga tidak tepat seperti yang mereka
nyatakan," kata Wong selepas dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau juga berkata Syabas telah memberikan maklumat salah mengenai punca tumpahan minyak tersebut.
Wong berkata punca tumpahan tersebut adalah berpunca daripada sebuah
bengkel lori di Teluk Gong, Rawang dan bukannya akibat sebuah lori yang
terbalik.
Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah
Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak
tidak bertanggungjawab tersebut.
"Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi
sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan
masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi.
Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan
bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi
kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air.
"Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat.
"Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau
hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi.
Syabas semalam berkata gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih
daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.
Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3
dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja
pembersihan dijalankan.
Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam,
Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. - 31 Ogos, 2013.
MPS: Diesel spill in river intentional
[NST] RAWANG: The oil spill which caused water shortage throughout major
areas in Selangor was found to be intentional, said the Selayang
Municipal Council (MPS) today.
The owner of the factory which discarded an estimated two tanks of oil
into Sungai Gong directly adjacent to the entrance, was found to be a
former rubbish contractor for the MPS.
President Mohd Azizi Mohd Zain expressed his disappointment.
"This is really sad. Based on my officers who had done a thorough check,
it was evident that the two oil tanks here were used to dump the oil in
the river.
"We had contacted him (the owner) to be present today, but he is missing
and instead sent his supervisor who doesn't want to comment on the
incident," Azizi told the New Straits Times today.
The oil spill in the Sungai Gong was controlled by 3am by three oil
sorbent booms placed at the factory entrance, Sungai Bakau and Sungai
Sembah, which would act as oil filters. - 31/8/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan