Selasa, 3 September 2013

ISLAM BUKAN PERKAUMAN....TEKAN ISLAM...ISLAM AKAN BERSATU...INSYAALLAH...INGAT HIDAYAH ITU DITANGAN ALLAH SWT....MALAH SEMUANYA DALAM KEKUASAAN ALLAH SWT...JANGAN KITA TERTIPU DENGAN SYAITAN@IBLIS

Dulu Najib nafi petrol naik selepas pilihan raya

http://omakkau.blogspot.com, 02 Sep 2013

MUNAFIK TULEN!!!!....DULU NAJIB NAFI PETROL AKAN NAIK SELEPAS PILIHANRAYA ... TAK SAMPAI 4 BULAN SELEPAS PRU13 DAH UMUM NAIK 20 SEN SELITER BAGI RON95 DAN DIESEL!!!!!!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Minyak naik: Kerajaan Najib terus jerut leher rakyat

Harakahdaily, 02 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Malam ini, apa yang dibimbangi oleh kelompok besar masyarakat menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa 3 September 2013 untuk terus menjerut leher rakyat.

AMK Selangor menyelar sebarang tindakan sumbang yang mengheret rakyat dalam beban ekonomi yang lebih teruk.

“Kegagalan Najib Razak dan kabinetnya dalam menyusun atur ekonomi dengan baik menjadi penyebab atas kenaikan harga bahan api ini,” kata Naib Ketua AMK Malaysia, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan.

Katanya, Najib dan kerajaan Barisan Nasional belum lagi berupaya memberi peningkatan wajar kepada kestabilan ekonomi negara.

Seperti dijangka, kata beliau kelemahan itu akhirnya terpaksa ditutup dengan 'penyelarasan subsidi' yang  ditelan oleh semua.

Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya yakin kesan kenaikan bahan api itu akan memberi refleks secara langsung terhadap kenaikan beberapa barang keperluan sedikit masa lagi.

“Inilah yang membimbangkan di mana akhir sekali rakyat paling bawah akan memikul segala kebodohan urustadbir dan terus hidup melarat,” ujarnya.

Katanya lagi, ketika kenyataan ini ditulis; di semua stesen minyak terutama di bandar bandar besar sedang terjadinya tumpuan dan tekanan dengan puluhan ribu pemilik kenderaan beratur panjang untuk mengisi minyak pada harga RM1.90 seliter bagi kali terakhir.

“Tidakkah Najib merasai tekanan tersebut? Tidakkah kerajaan Barisan Nasional merasai derita tersebut?” tanya beliau.

Tambahnya, inilah golongan pemerintah yang akan terus membutakan mata, dan memekakkan telingan atas kepayahan rakyat dengan tangan terus mengaut laba keuntungan.

Justeru, ujarnya AMK Selangor melahirkan rasa dukacita atas beban yang rakyat terpaksa hadapi ini, menjadi harapan kami untuk membantu mengurangkan resah dan beban tersebut.

“Regim ini harus terus diasak hingga tumbang, kerana kita tiada masa lagi untuk hidup dalam penghambaan ekonomi yang mendesak,” tegasnya.

Daftar kongsi gelap, PAS minta penjelasan ROS

Muhammad Faizal, 02 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membuat penjelasan berhubung tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan pertubuhan yang sah.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut turut membuktikan ROS tidak membuat penilaian dan penyelidikan yang sewajarnya dalam memberi kelulusan pendaftaran sesebuah pertubuhan.

"Kenyataan tersebut amat mengejutkan, bagaimana sebuah pertubuhan kongsi gelap itu boleh diberikan kelulusan pendaftarannya.

"Jelas sekali ROS tidak melakukan penyelidikan mahupun kajian dengan teliti apabila ada pertubuhan baru yang ingin mendaftar, kita mahu Ketua Pengarah ROS tampil memberi penjelasan atau insiden tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Salahuddin turut melahirkan kehairanan apabila permohonan Pakatan Rakyat yang hampir masuk tahun kelima tidak diberikan kelulusan pendaftaran.

"Bermacam-macam alasan diberikan terhadap permohonan itu, tetapi untuk pertubuhan kongsi gelap begitu mudah kelulusan diberikan.

“Apakah motis di sebaliknya?" soal beliau.

Katanya, permohonan Pakatan Rakyat untuk didaftar sebagai sebuah parti adalah diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi menyuburkan proses demokrasi negara dan jelas bukannya untuk menimbulkan huru hara di negara ini.

ROS dalam satu kenyataannya hari ini mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap merupakan pertubuhan yang sah dan pernah berdaftar dengan ROS.

Bagaimanapun Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman enggan mengumumkan nama kumpulan tersebut.

Mesir: Kenyataan rasmi Kesatuan Ulama Dunia

http://greenboc.blogspot.com, 02 Sep 2013

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir


Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net

BN 'rentap' nikmat merdeka rakyat

Mohammad Faizal Che Yusof, 03 Sep 2013
Hanya dua hari diperlukan oleh pihak kerajaan untuk merentap hati rakyat selepas melalui sambutan kemerdekaan yang ke 56. Usah difikir tentang perasaan dan jiwa rakyat yang menanggung beban yang bakal dipikul dek kenaikan harga minyak domestic. Kerajaan ada tempoh yang cukup lunak untuk menjinakkan semula hati rakyat menjelang pembentangan belanjawan Oktober akan datang.

Dalam suasana rakyat cukup rasa terpukul meskipun trend ini telah dijangkakan bila Barisan Nasional memenangi PRU 13, saya hanya ingin menyelak ingatan sekalian sahabat pembaca kepada satu kelompok rakyat yang disebut sebagai Orang Kurang Upaya, OKU. Sempena sambdengan utan kemerdekaan ke 56 dan menjelang hari Malaysia 16 September, perlu saya membicarakan perihal OKU agar setiap kelompok masyarakat tahu peri ujian yang sedang kami tempuhi.

Doakanlah agar setiap ujian mampu kami dan ahli keluarga lalui dan doakanlah juga agar setiap usaha membangunkan potensi insan setiap OKU diberi petunjuk dan kekuatan dari Allah S.W.T.

Ramai rakan-rakan OKU saya menyebut bahawa perjuangan aktivis OKU dalam suasana sekarang ialah membebaskan OKU dari belenggu simpati dan model penerima bantuan. Bukan salah untuk rasa simpati dan bukan salah untuk OKU menerima bantuan. Apa yang perlu, selain bantuan dan rasa simpati, perlulah beriringan dengannya satu usaha utuh untuk menggilap potensi diri setiap OKU.

Itulah yang diajari oleh baginda Rasul Allah S.A.W. dan sekalian para sahabat. Selain menghulurkan bantuan yang seadilnya, OKU perlu didorong agar nilai insaniah yang dikurniakan Ilahi mampu digilap.

Berapa ramai pada hari ini OKU yang pelbagai katagori masih gagal memperolehi pendidikan paling asas? Berapa ramai ibu bapa yang mempunyai anak OKU perlu mengorbankan kerjaya demi memastikan kebajikan anak OKU terbela bilamana tiadanya institusi yang mampu menggalas tugas? Begitu juga masih ramai OKU yang dikurniakan kebijaksanaan dan kelebihan tertentu terbiar di merata ceruk kerana tiadanya satu system sokongan yang membolehkan mereka terampil dengan setiap kelebihan diri.

Menjelang sambutan hari Malaysia ke 40, tidak sekali-kali saya nafi adanya usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk manfaat OKU. Namun sebagaimana yang dirasai oleh kebanyakan OKU dan ahli keluarga, apa yang disediakan untuk OKU bagai ada yang tak kena.

Kadangkala apa yang disediakan tidak langsung bermanfaat selain hanya sebagai penyedap mata yang memandang. Paling tidak masyarakat diperlihatkan betapa OKU dan keluarga OKU cukup bahagia dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang sering diwar-warkan.

Harapan saya kepada sekalian OKU dan ahli keluarga, tempuhi hidup ini dengan penuh ketabahan dan sentiasa berharap keapada Allah S.W.T. jangan sekali-kali rasa putus asa lantas beralah dengan pelbagai kesulitan dan kesukaran.

Bagi pihak Sekretariat Prihatin OKU, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, saya mengucapkan setinggi terima kasih atas pengharapan yang disandarkan kepada kami. Sedaya mungkin kami akan mengenengahkan setiap isu yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk perhatian umum. Kepada mereka yang prihatin, kami mengalu-alukan sebarang sokongan untuk kami terus melangkah ke hadapan bagi membela 15% populasi yang dianggarkan terdiri daripada OKU yang pelbagai katagori.

Kepada pihak kerajaan sama ada peringkat pusat mahupun negeri, libatkanlah OKU dalam setiap perencanaan agar undang-undang dan dasar yang diputuskan mampu memberi kebaikan yang dapat dirasai oleh OKU dan ahli keluarga. Jika selama ini setiap kemudahan dan dasar berkaitan OKU digubal dari kaca mata mereka yang bukan OKU, dengan adanya OKU di peringkat penggubalan dan perlaksanaan kelak, kekhilafan masa lalu dapat diminimumkan jika pun tidak dihapuskan.

* Penulis adalah Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS

Walaupun minyak naik, syukur M'sia masih aman

Harakahdaily, 03 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi ‘hadiah-hadiah’ dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa.

Bagi penulis blog Shahbudin Husin, kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

“Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi,” tulisnya.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman!

Baca di sini

Tiada ulasan: