Isnin, 2 September 2013

AJAL MAUT DITANGAN ALLAH...MAKA BERTAKWALAH...JANGAN BUAT MAKSIAT...BUAT MAKSIAT BERMAKNA KITA MENGUNDANG BALA BENCANA

PATI Peribumi

Idanradzi, 02 Sep 2013
Siapa yang menjadi PATI kini
kudrat atau kuasa atau duit
terlalu ramai melepasi sempadan
tak sepadan dengan operasi
berulang kali paksi dibolosi.

Siapa yang menjadi PATI kini
bilamana rakyat marhaen terpinggir
duduk di tapak rumah tanpa geran
masih menyewa rumah amat mahal
tak mampu membeli harga meninggi.

Siapa yang menjadi PATI kini
lantaran tak cam lagi peribumi
masyarakat majmuk berkecamuk
di bumi yang merdeka kian kalut
akta persempadanan kian rapuh.

IDANRADZI
Kota Bharu Perak

Pembaca berita pakai baju sokong Mursi

http://naimnikmat.blogspot.com, 01 Sep 2013

GEMPAR PEMBACA BERITA WANITA PAKAI BAJU SOKONG DR.MURSI (GAMBAR)


Minta maaf jgn perasan bukan di Malaysia tapi di Turki.......

Pendirian tegas jika M'sia benar-benar Merdeka

Harakahdaily, 02 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu menyatakan pendirian yang tegas dalam isu kezaliman yang menimpa rakyat Mesir untuk membuktikan bahawa Malaysia benar-benar bebas daripada penjajahan.

Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, sebagai sebuah negara Merdeka Malaysia sewajarnya berani menyatakan pendirian tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak.

"Apalah ertinya kita mencapai umur kemerdekaan yang ke-56, jika kita tidak mampu bersuara dan menyatakan pendirian sendiri dengan yakin dan berkesan?

"Sebagai Kerajaan yang berdaulat, Malaysia seharusnya mengambil langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlarutan di negara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, perdana menteri perlu sedar, bahawa isu Mesir adalah isu sejagat, lebih-lebih lagi umat Islam di Mesir adalah saudara seagamanya.

Malaysia juga katanya, perlu berasa bersalah dan malu kerana tiada tindakan yang berkesan dan signifikan yang telah kita lakukan sebagai tanda prihatin kita terhadap nasib rakyat Mesir, khususnya umat Islam.

"Jika kita mendabik dada, kononnya Malaysia negara Islam contoh, maka inilah masa yang tepat untuk membuktikan katakata tersebut.

"Keamanan dan kemerdekaan bukanlah sekadar nikmat dan anugerah yang perlu disyukuri, bahkan ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipelihara serta dilaksanakan sebaik mungkin.

"Sebagaimana kita gembira dan berbangga dengan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi, seperti itulah rakyat Mesir mahukan kemerdekaan, keamanan dan keharmonian untuk negara

mereka," katanya.

Mesir: Boikot kerja, tarik simpanan di bank

Harakahdaily, 02 Sep 2013

MESIR: Gerakan Pemuda Anti Kudeta merancang akan mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah sementara tentera selagi tntutan mereka agar Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi yang dipilih secara sah dibebaskan dan legitimasi dikembalikan, tidak diendahkan.

Dalam satu kenyataan semalam, gerakan ini menyeru rakyat Mesir agar menjadikan September ini sebagai bulan meningkatkan bantahan.

Mereka mensasarkan 2 juta rakyat agar menolah untuk membayar bil air, eletrik dan gas, selama sebulan ini.

Selain tidak membayar bil-bil tersebut, mereka juga menyeru pro Morsi agar menarik balik simpanan mereka di bank-bank Mesir.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu menyebut bahawa pihak mereka akan tetap mengadakan bantahan secara aman dan menolak keganasan.

Gerakan ini juga menetapkan tarikh 22 September ini untuk mengadakan mogok besar-besaran dengan mengajak 3 juta pegawai kerajaan pro Morsi untuk tidak pergi bekerja.

Mereka juga mensasarkan 10 ribu peniaga-peniaga besar yang menentang kudeta agar menutup kedai-kedai mereka sebagai tanda bantahan.

Dalam pada itu, kerajaan sementara kelmarin mengumumkan perintah berkurung di Mesir dipendekkan dua jam dan akan bermula dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Perintah berkurung pada hari Jumaat kekal dari pukul 7 malam sehingga 6 pagi.

Perlu kebebasan media dalam Dewan Negeri Perak

Harakahdaily, 02 Sep 2013
KUALA LUMPUR: “Saya ingin menegur Datuk SK Devamani untuk bertindak adil kepada semua pihak terutamanya pihak media untuk menjamin ketelusan dan menegakkan demokrasi di Negeri Perak,” kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada permohonan maaf Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk SK Devamani kerana tidak membenarkan wartawan untuk mengambil gambar sewaktu persidangan Dewan Negeri Perak berlangsung.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Devamani menyalahkan pihak pengawal yang ditugaskan di Dewan tersebut kerana kesilapan itu.

Sehubungan itu, Sivakumar yang pernah menjadi Yang Dipertua Dewan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas Pilihan raya Umum 2008 lepas mengingatkan SK Devamani bahawa itu bukanlah perkara baru.

Menurutnya, sejak pertukaran kerajaan Perak pada tahun 2009, banyak halangan diberikan oleh Barisan Nasional dan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak wartawan.

Pengerusi DAP Perak itu menambah, wartawan seharusnya bebas merakam setiap adengan yang berlaku dalam persidangan.

Oleh yang demikian, ujar beliau mereka seharusnya ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukannya di galeri pemerhati.

Sebelum 2009, katanya semua wartawan diberi tempat duduk di dalam Dewan Negeri untuk merakamkan persidangan.

Sekarang, ujarnya mereka telah ditempatkan di galeri awam yang tidak sesuai untuk mengambil gambar dan perakaman semua percakapan dalam Dewan Negeri kerana gambar-gambar yang diambil dari galeri pemerhati tidak berkualiti kerana terdapat cermin yang agak gelap.

Selain daripada itu, katanya apabila sistem pembesar suara dipadamkan ketika berlaku perbahasan sengit atau kontroversi maka wartawan yang berada dalam galeri itu tidak dapat merakam apa-apa kerana bilik itu adalah kalis bunyi.

“Perkara ini sering kali berlaku dalam Dewan Negeri  Perak menyebabkan wartawan tidak dapat mendengar perkara yang sebenar yang berlaku dalam dewan,” katanya lagi.

Ini, ujar beliau menyusahkan pihak wartawan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Oleh yang demikan, saya mencadangkan supaya pihak media seharusnya ditempatkan dalam Dewan Negeri dan bukannya di galeri pemerhati.

“Ini adalah untuk menjamin kebebasan media. BN tidak sepatutnya takut kepada media yang melaporkan perkara yang sebenar kepada rakyat,”mkatanya.

Tambahan pula, tambah Sivakumar media perdana dan media alternatif juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat rakaman video.

Keluarga nafi Mursyidul Am Ikhwan meninggal

Harakahdaily, 02 Sep 2013
MESIR: Keluarga Dr. Muhammad Badi'e menafikan dakwaan dan berita yang tersebar kononnya Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir itu telah meninggal dunia dalam tahanan tentera di dalam penjara Torah.

Laman web rasmi Ikhwanonline melaporkan bahawa Mursyidul Am yang sedang ditahan oleh tentera Mesir itu berada dalam keadaan baik dan kesihatan juga dilaporkan baik.

Kenyataan itu dipetik dari menantunya, Ahmad yang membuat penjelasan ekoran berita palsu yang tersebar.

Ahmad juga menafikan berita yang tersebar bahawa Mursyidul Am itu diserang sakit jantung dan cedera di muka akibat dibelasah sewaktu siasatan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ziarah pertama keluarga mereka menemui Dr.Badi'e di penjara yang menempatkan beliau seorang diri dan Mursyidul Am itu tidak dibenarkan bertemu dengan rakan seperjuangan yang lain yang turut diahan di dalam penjara yang sama.

Ahmad juga memberitahu, hanya isteri dan anak-anak Dr.Bad'ie yang diizinkan untuk melawat dan Mursyidul Am itu.

Sejak semalam tersebarnya berita kononnya Muhammad Badi'e meninggal dunia ketika soal siasat tentera akibat serangan jantung.

Selain ikhwan, laman berita MENA turut menafikan laporan itu.

Mereka yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir mengatakan bahwa Badi’e berada dalam kesihatan yang baik, dan menambahkan bahwa kesihatan Badi’e sangat bergantung kepada kerjasama Ikhwan dengan pemerintah sementara yang didukungi tentera.

Lamb of God: Apa pendirian Kementerian Pelancongan?

Harakahdaily, 02 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia agar menyatakan pendirian terhadap konsert kumpulan Lamb of God yang dijadual diadakan di sini pada 28 September ini.

“Sepatutnya Kementerian bertanggungjawab membudayakan masyarakat dengan aktiviti yang membina minda dan berfaedah, bukannya memburukkan lagi keadaan di negara ini,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan anak-anak muda yang hilang arah dan haluannya, kerajaan pula turut menyumbang dengan penganjuran konsert kumpulan rock metal seperti itu

“Apa untungnya kepada masyarakat terutama kepada aqidah umat Islam serta pembangunan syakhsiyah umat Islam di negara ini?” tanya beliau

Justeru, ujarnya DPPM kesal kerana pemimpin negara sanggup merosakkan masyarakat hanya semata-mata mahu memuaskan kehendak segelintir peminat yang gilakan artis-artis tertentu.

Beliau mempersoalkan tidak cukupkah dengan kumpulan Metallica dan Linkin’ Park yang dianjurkan sebelum ini dan perlukah kesemua kumpulan rock dibawa masuk untuk memenuhi hasrat peminat di negara ini.

Katanya, DPPM menegaskan sekiranya kerajaan benar-benar membela rakyat, agama dan membina generasi muda di negara ini, kerajaan perlu bertegas tidak membenarkan artis seumpama ini diberi ruang mengadakan konsert di Malaysia.

Tambah beliau, tidak ada gunanya memenuhi hasrat segelintir peminat yang gilakan hiburan, sedangkan masyarakat umum di negara ini semakin rosak dan parah dengan penganjurannya.

Beliau menambah, banyak lagi artis yang sopan, memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia dan membawa mesej positif boleh dibawa masuk mengadakan konsert di negara ini selain artis-artis liar dan merosakkan.

Katanya lagi, kumpulan Lamb of God yang berasal dari Amerika merupakan kumpulan muzik yang membawa muzik keras dan melampau serta merosakkan masyarakat kerana imej kumpulan tersebut yang berlambangkan anti agama.

Menurutnya, dengan imej kumpulan rock tersebut sedemikian rupa, muzik yang ekstrem, lagu yang membawa mesej yang negatif, penganjurannya dibimbangi akan menjerumuskan umat Islam dengan kerosakan akhlak dan aqidah yang lebih parah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal itu.

Beliau sebagaimana dilaporkan media semalam menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
5 pasangan ditahan berkhalwat di hotel
KUANTAN - Enam wanita rakyat asing ditahan dalam operasi bersepadu pusat hiburan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di bandar ini malam tadi.

Mereka yang ditahan terdiri tiga wanita rakyat Thailand, dua Indonesia dan seorang Filipina yang bekerja di pusat hiburan dan rumah urut tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata turut ditahan dalam operasi lima jam bermula 11 malam tadi itu ialah seorang wanita dan lelaki rakyat tempatan kerana premis hiburan mereka tidak mempunyai lesen yang sah.

"Lapan rumah urut dan 15 pusat hiburan diperiksa, operasi itu turut disertai Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zakaria berkata dalam operasi itu juga seramai 57 orang diarah menjalani ujian air kencing dan enam daripadanya didapati positif dadah, manakala lima pasangan berusia 20-an ditahan di sebuah hotel di sini kerana didapati berkhalwat dalam bilik hotel itu. - Bernama

Pelajar Dicekup Khalwat Dengan Lelaki Bukan Islam

bukanSUNGAI PETANI – Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di  bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. – SH
Taktik adik angkat kantoi
  • Taktik adik angkat kantoi Muhammad Suhaili bersama seorang anggota penguat kuasa wanita mengiringi wanita terbabit untuk dibawa ke Balai Polis Sabak Bernam.
1 / 1
SABAK BERNAM – Seorang nelayan yang kononnya singgah untuk membawa adik angkatnya warga Indonesia ke rumah kakaknya, ditangkap khalwat di dalam sebuah bilik sebuah hotel bajet di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup bersama pasangannya yang berasal dari Medan, Indonesia, 20-an, kira-kira jam 11. 15 malam sewaktu pasangan itu berada di dalam sebuah bilik tingkat dua bangunan berkenaan.

Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sabak Bernam, Muhammad Suhaili Sajiman berkata, lelaki terbabit memberitahu dia singgah ke hotel itu untuk menjemput adik angkatnya itu ke rumah kakaknya yang tinggal berhampiran.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, lelaki itu memberi alasan baru sampai dan masuk ke dalam bilik hotel itu, sementara menunggu adik angkatnya bersiap untuk dibawa ke rumah kakaknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sebaik saja siasatan dijalankan ke atas pasangan itu, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sabak Bernam.

Katanya, kedua-dua pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Enekmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 kerana Khalwat  yang boleh memperuntukkan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Suhaili berkata, operasi itu yang disertai lima anggota penguat kuasa itu memberi tumpuan di dua lokasi iaitu sebuah hotel bajet dan pusat rawatan urut kaki yang dikatakan menjadi tumpuan pasangan bukan muhrim  terutama pada cuti hujung minggu.

“Kita menumpukan usaha mencegah maksiat pasangan bukan muhrim di dua lokasi ini bagi memastikan gejala merosakkan akhlak itu dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.
Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil
  • Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan.
1 / 1
BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.

“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.

“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.

Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.

Tiada ulasan: