Khamis, 13 Oktober 2011

MASALAH AKIDAH JANGAN MAIN2...NERAKA DAN KEKAL SELAMA2NYA...MAKA HUDUD PENTING UNTUK MENYELAMATKAN AKIDAH...

PRU13: Orang kanan Najib dijangka kuasai NSTP | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan, lapor The Malaysian Insider.

Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam.

Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini.

“Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad.


Kaunter Pejabat Agung PAS di Terengganu, Kedah | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Pejabat Agung PAS akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 14 dan 15 Oktober di Chendering, Kuala Terengganu dan 22 hingga 23 Oktober di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat PAS (JITP) di atas permintaan pihak penganjur sempena dengan program sambutan Himpunan PGU (PAS Ganti Umno) di Kuala Terengganu dan juga sempena Sambutan 60 tahun PAS peringkat Negeri Kedah.

Menurut beliau juga, ahli-ahli yang berminat untuk mendapat kad keahlian edisi terhad sempena 60 tahun PAS dengan bayaran RM5 sahaja boleh berbuat demikian di kaunter berkenaan selain bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli berurusan dengan Pejabat Agung di samping melakukan proses pemutihan keahlian.

“Kepada ahli lama yang pernah membuat permohonan untuk pindah kawasan tetapi dia tidak tahu status juga boleh membuat semakan di kaunter ini. Kami menyediakan empat petugas pada satu-satu masa. Semua itu boleh diselesaikan,” jelasnya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.

Katanya, kaunter itu akan menawarkan perkhidmatan pendaftaran keahlian PAS, semakan keahlian, mengemaskini maklumat keahlian, mencetak kad dan sijil keahlian serta menaiktaraf keahlian biasa kepada keahlian seumur hidup.

Beliau meminta ahli-ahli PAS yang datang bagi memeriah sambutan tersebut dapat mengunjungi kaunter yang disediakan bagi menyemak status keahlian dan mengemaskini maklumat ahli.


NGO Islam rancang himpunan anti-murtad

Sekumpulan NGO Islam yang merancang mengadakan perhimpunan anti-Murtad berkata, ketegasan dan komitmen Sultan Selangor dalam kenyataan baginda kelmarin, telah membuat seluruh ahlinya bertambah yakin terhadap usaha mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat Islam di negara ini.

himpunan sejuta umatPerhimpunan yang dinamakan 'Himpunan Sejuta Umat' itu akan diadakan di Stadium Utama Shah Alam pada jam 2 petang 22 Oktober ini.

"Kenyataan oleh istana telah menjadikan kita, pemimpin NGO Islam dan ahli-ahli kami, lebih yakin dalam usaha untuk mempertahan dan menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini," kata setiausaha sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan.

"Kami yakin ratusan ribu akan membanjiri stadium demi menzahirkan isi hati mereka mengenai ancaman aqidah dan pada masa yang sama akan terbayang solidariti dan konsolidasi umat Islam tanpa mengira latarbelakang keturunan, sosio ekonomi dan fahaman politik masing-masing," tambahnya.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

NONETitah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Baginda juga menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.

"Pihak istana dan rakyat negeri Selangor khasnya boleh meletakkan kepercayaan kepada kami untuk memikul tanggungjawab yang berat ini bagi menentukan hasrat dan iltizam Tuanku dan rakyat terbanyak untuk tidak mengizinkan sama sekali apa jua tindakan memesongkan aqidah umat Islam," tambah Aminuddin.

Sultan: Wujud cubaan pesong akidah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

NONEBagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda dalam kenyataannya hari ini.

Baginda juga menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.

Titah baginda lagi, tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.



Kenali Perkara Merosakkan Akidah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله، والحدالله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد

Baru-baru ini dalam laman komuniti al-fikrah.net, satu topik berkenaan akidah telah dibincangkan iaitu topik bertajuk “Kerosakan akidah tak disedari dan terus ada dalam masyarakat”. Daripada perbincangan ini, disenaraikan antara ciri-ciri kerosakan akidah yang biasa wujud dalam masyarakat kita iaitu:

  • Melakukan amalan yang termasuk menyembah/mengabdikan diri/menghambakan diri kepada selain Allah.
  • Menafikan sifat tersendiri bagi Allah.
  • Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah.
  • Menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk.

Selain itu, terdapat perkara-perkara lain yang juga merosakkan akidah, namun jarang dilihat wujud dalam masyarakat kita contohnya tidak mentaati syariat Islam dengan berserta memperlekeh hukum-hukumnya atau mempermain-mainkan hukum-hukumnya, menafikan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah pesuruh Allah dan diutus sebagai nabi terakhir serta beberapa ciri lain.

Untuk permulaan ini, adalah lebih baik saya berbicara mengenai apa yang ada dalam masyarakat kita. Di kesempatan lain, insyaAllah kita akan sentuh pula ciri-ciri yang lain itu.

Melakukan amalan yang termasuk menyembah/mengabdikan diri/menghambakan diri kepada selain Allah

Tentu ramai yang faham apa yang dimaksudkan menyembah selain Allah. Tetapi, ramai juga yang tak tahu, sebenarnya ada perbuatan yang menghampiri kepada menyembah iaitu apabila kita menyeru sesuatu mahkluk kerana inginkan sesuatu daripadanya atau takut kepadanya. Contoh yang masih ada dalam masyarakat kita ialah: bila masuk dalam hutan, disebut “Tok, cucu tumpang lalu.” Selain itu perbuatan memuja pantai apabila ingin menurunkan perahu baru, memuja keris dan sebagainya boleh mengundang perbuatan “menyeru” yang tidak sepatutnya.

Menafikan sifat tersendiri bagi Allah

Perbuatan menafikan sifat tersendiri bagi Allah ialah menidakkan sifat agong bagi Allah yang tiada pada mahkluk. Contohnya: Pelaku maksiat mengatakan “Tak guna aku bertaubat, dosa banyak sangat, biarlah aku terus macam ni.” Orang yang memandang perlakuan pelacur mengatakan “Jangan pedulikan ‘anak-anak ayam’ tu, mereka dah confirm ahli neraka.” Dua contoh ini telah menidakkan sifat maha pengampunnya Allah.

Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah

Perbuatan ini adalah antara yang paling banyak terdapat di dalam masyarakat kita. Contohnya ialah:

  • Nak kerja kerajaan kerana pendapatan terjamin. (Jaminan rezki hanya di tangan Allah)
  • Saya sembuh penyakit kerana ubat ini. (Sifat penyembuh adalah sifat Allah, sepatutnya dikatakan “Allah telah sembuhkan penyakit saya melalui ubat ini.”)
  • Nak murah rezki, kena gantung ayat seribu dinar. (Ayat itu tidak memberi sebarang rezki, rezki datang dari Allah jua)
  • Isteri dia lebih tinggi daripada dia, murahlah rezkinya. (Ketinggian isterinya tak mempengaruhi rezki yang telah ditetapkan Allah sejak mereka di dalam rahim lagi.)

Menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk

Perbuatan ini juga ada dilakukan di dalam masyarakat kita. Contoh perbuatan menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk ialah:

  • Membuat maksiat di luar pengetahuan manusia, dan menganggap Allah tidak nampak perbuatannya. (Sedangkan Allah maha melihat dan maha mendengar)

Banyak lagi sebenarnya perkara yang kita perlu perhatikan di dalam diri kita, sama ada kita mensyirikkan Allah ataupun tidak. Jadi, janganlah jemu untuk menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu untuk mengenali akidah tauhid dan mengenali apa itu syirik.

p/s - Artikel ini masih dalam versi draf awal, namun dipaparkan juga untuk peringatan kerana kepentingan menjaga akidah. Ia akan dikemaskini pada masa akan datang. Moga Allah memberi kelapangan kepada saya untuk mengemaskini. Sila hubungi saya untuk sebarang persoalan. Terima kasih.


Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah?

Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.
(Al-Baqarah ayat 268)

Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.

Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa.
(Riwayat Bukhari)

Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.

Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun.

Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas
berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin
untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat

Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As- Sunnah.

Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan
bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.
Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah
Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang
muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-

Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa
bantuan dari luar.


Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.

Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini
adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.

Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang
mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.

Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak
mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.

Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada
terhingga.

Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang
lampau.
Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah

Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.

Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta."
(Surah al-Munafiqun:1)





















Tiada ulasan: