Selasa, 11 Oktober 2011

JANGAN APA YANG KITA BUAT MENGUNTUNGKAN MUSUH..ATAU KITA JADI TALI BARUT ATAU MUSUH DALAM SELIMUT..LAGI BAHAYA ORANG ISLAM MENENTANG ISLAM..ROSAK IMAN

'AntaraPos usaha Umno kekang populariti Khalid'

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

ngo pro selangor government rally 230111 faekah Faekah berkata usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.

“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah dalam kenyataannya malam ini.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TVSelangor dan buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

selangorkiniFaekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri seperti mengurus syarikat korporat.

“Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Pemimpin baik

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak tak kira lawan mahupun kawan.

Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat.

Menurut Faekah, dakwaan bahawa program yang dilaksanakan kerajaan Selangor sebagai remeh dan hanya untuk populariti Khalid adalah tindakan terdesak.

NONE“Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan.

“Bantuan-bantuan ini diturunkan ke pejabat DUN untuk memastikan wakil rakyat dapat berhubung terus dengan pengundi di kawasan mereka,” katanya.

Justeru, menurut Faekah, wakil rakyat juga meraih populariti dari program kerajaan kecualilah bagi wakil rakyat yang ‘segan’ dan ‘banyak mengelat’ dari turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

NONESelain itu, katanya, dalam tempoh kurang lima tahun, menteri besar telah menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion malah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, mencatatkan keuntungan RM11 juta.

“Jika tiada pemimpin yang berpegang kuat pada prinsip, masih mengamalkan gaya politik Umno, amalan kronisme, kerajaan Pakatan Selangor tidak mampu mencapai kejayaan ini,” katanya lagi.


Anwar: Mandat penuh kepada Khalid
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONETambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangor yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

  • Salibra Aries · Pengulas Tertinggi
    Ok la 2, jgn tgk sgt politik, lihat pada prestasi mentadbir, boleh ada '1 BILLON' dalam akaun negeri, rekod 28 tahun...tak la macam Pahang dan Johor, defisit manjang...
    • Dhuen Yusuf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      btul btul .... tuu bloq UmnoPorno ... sampau kiamat tak setuju je nggan Tan Seri khalid ... duit banyakkk tuuu rm 1.2 billionn
    • Hazlan Abd Hamil · Pengulas Tertinggi · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
      orang2 PKR ni mudah di beli... tak mustahil antarapos.com juga boleh di beli mcm goreng pisang panas...
    • Mohd Tag · Pengulas Tertinggi
      Dhuen Yusuf ..bagus kumpul duit banyak2...kerajaan PKR selangor x payah bina apa2...lepas PRU 13 UMNO amik alih...melopong korang...lebih baik belanja kayakan puak2 PKR
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangor
    ts khalid adalah mb terbaik selangor pernah ada....beliau tak berpoliotik tapi tadbir selangor spt ceo konglomerat..no hanky panky...kita nak ramai melayu cam ni yg berani dan tegas..kadang2 fed up juga dgn ahli2 politik tak kira le bn atau pakatan yg kerja dia kira untung politik je..cadangan saya gugurkan saja mereka pru nanti.
    • Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn Bhd
      Susah2 lantik je tan sri khalid as minister bila PR dpt putrajaya nanti. Senyap pengkritik2 nanti.
    • Abd Malek Md Nor · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Mara
      setuju dgn En Abdul Manan
    • Zawae Bahri · PSA
      setuju 100% dgn en abdul manan...
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter
      Masa TS Khalid jd CEO Sime Darby perniagaan bagus.Dia keluar saja berbilion duit Sime darby lingkup.Maknanya beliau mampu buat tadbir urus yg baik untuk negara & rakyat.
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      ini perkara biasa....bila ketua tegas segelintir memang tk suka, tp harus dingat...ketua yg tegas biasanya menjalankan tugas dgn cekap,amanah dan telus dan bekerja keras...seterusnya mengutungkan kerajaan selangor, untung kerajaan untung lah rakyat, itu adalah matematik asas....
PKR mahu Khalid disingkir sebagai MB Selangor?

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialLaman web berita AntaraPos.com melaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

AntaraPos.com adalah laman yang ditubuhkan sekumpulan wartawan dan pemimpin pembangkang yang dipercayai pro-Anwar tetapi kritikal terhadap PKR.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.com melaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.

Keghairahan Khalid

Manakala di Kelantan dan Kedah, kerajaan negeri pimpinan PAS bergerak atas landasan sama dengan telunjuk parti dan memastikan dasar-dasar PAS dilaksanakan di peringkat negeri.

NONE"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.

Contohnya program seperti Skim Mikrokredit yang dibeban dengan birokasi keterlaluan untuk mendapatkan kelulusan, manakala tahap pelaksanaan projek pembersihan Sungai Klang yang dalam program memacu ekonomi Selangor bernilai RM60 bilion masih jauh daripada memuaskan walaupun ia diumum hampir tiga tahun lalu.

Sebaliknya, Khalid memberi tumpuan kepada “projek-projek remeh yang jelas tidak mendatangkan sebarang kesan jangka panjang untuk kebaikan penduduk Selangor tetapi hanya sekadar untuk meraih populariti," tambah sumber itu.


pkr congress agm kota baru 300510 crowdMenurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Singkir MB

Memorandum itu disampaikan kepada Anwar pada Kongres Pilihanraya PKR. Difahamkan bahawa apabila menyedari perkara itu, Khalid bergegas meninggalkan kongres berkenaan sebagai tanda protes.

Susulan memorandum itu, ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Khalid, baik sumbangannya kepada parti atau pun selaku Menteri Besar.

NONEMereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.

Kata sumber itu lagi yang dipetik AntaraPos.com, sebagai respon kepada rungutan dan memorandum itu, Anwar selaku ketua umum PKR meminta Wan Azizah selaku presiden untuk melaksanakan ketetapan yang diambil oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat bagi menyingkir Khalid.

Penyingkiran itu memerlukan PKR mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan usul berkenaan selain mengemukakan calon MB baru.

Dalang

Bagaimanapun usul itu dikatakan "mati begitu saja" di tangan Wan Azizah yang bertegas mahu mengekalkan Khalid walaupun membelakangi mandat Majlis tertinggi PKR.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSumber-sumber juga memberitahu keputusan Wan Azizah untuk menempelak kehendak wakil-wakil rakyat parti, didalangi oleh Faekah Husin (kiri), setiausaha politik Khalid yang sebelum ini menjadi pegawai khas presiden PKR itu.

Walaupun berpejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah masih bertindak penasihat utama Wan Azizah, malah banyak menghabiskan waktu untuk urusan Presiden PKR.

"PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu.

"Wakil rakyat dan akar umbi yang mengetahui masalah ini kini menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Anwar."

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi daripada pejabat menteri besar dan pihak yang dikaitkan setakat ini belum berhasil.

  • Mohd Roslan Mohd Zain · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Ini cerita nak melemahkan PKR bagi membolehkan BN merampas Selangor..biasa la ni..cerita2 begini bukan boleh percaya sangat..
    • Ally Llye · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysia
      klu keluar kat utusan, boleh le kamu kata ini propaganda. keluar kat malaysiakini ni!!!sbb nak singkir, prestasi tak baik. tak semaju pp. projek 3 tahun, lembab. byk projek, syok sendiri aje. adun tak sebulu. presiden sebelah mb tapi penasihat nak tukar mb. mcm cerita drama lak! apa pun, pasti ada jln yg tetiba je cerita ni jadi lain. takde masalah. tapi hati mrk dabdubdabdub...dah nak tersungkur ke?
    • Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi
      Padan2 la ayat tu kalau nk tumbangkan Krajaan Selangor.Skim Mikrokredit tu bawah seliaan siapa.Tekun,AIM,,Mahu pinjam:Apa no.Ahli umngok Encik?Ni dpt maklumat dr sumber dalaman parti umngok memang la mereng maklumatnya.
    • Muhammad Ariffin Tarmuji · Pengulas Tertinggi · R&D - Information Technlogy di Sime Darby
      Uwais Al Qarni Malaysiakini Ni akhbar PKR Lar nak salah Umno apesal PKR Tak habis2 nak salahkan orang lain bila diri sendiri dah wat salah.. ape kejadah nyer semua ni.. bangag
  • Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn Bhd
    hmmm. PRU nak dekat!!!!
    • Kawat Duri · Pengulas Tertinggi
      org pkr pun mcm umporno......jahil tntg agama.jadi, tak hairan lah perangai mcm org2 kafir juga. ada kepentingan.
      kalu mb tak ada ilmu agama hampas la juga.....akan jd mcm mana umporno bsama dgn barisan nasionalnya. bsubahat melakukan kejahatan. minta calun2 yg mndatang dlm pkr mmpunyai agama yg mantap, tapi bukan mcm zukifli nordin yg mnyamar.....alim....alim tahi kucing.
    • All In · Bekerja di World Series of Poker (WSOP)
      aku ingat kau ni sakit Kawat Duri.....
    • Afrina Bradley Ashraf · Pengulas Tertinggi
      Kawat Duri bagus la ko ni. aku suka ko cam lalang atau jadi katak. boleh bayar ni untuk undi nanti nih. aku letak deposit 20 sen boleh? dapat 4 biji gula gula hacks tau. jangan bagi orang tau. simpan baik baik dalam kocek tau . balance 80 sen nanti saya bayar masa pilihanraya ya . hahahahahhhaa
    • Nizar AbdJalil · Friends with Pg Abdul Razak
      Kawat Duri elok pas jer pegang
    • Kawat Duri · Top Commenter
      Afrina Bradley Ashraf .....apa yg lalang???ko kaki sosial juga ke....huhu coz la!!! aku tak perlu pkr aku tak perlu umporno ......
      kalu pas tak betul pas pun kena sangah juga. ingat rakyat yg bkuasa.....pati mnjalankan amanah. jgn ko benci kat satu pati maka lg satu pati......d tegagkn wlpun salah.
    • Safia Ramlan · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
      Kawat Duri ko setuju gak ngan ko nih.....
    • Hans Adam Newtron · Top Commenter · Ipoh, Perak
      Emmm...Kawat Duri..got the point...!!
    • Ikhqoi Ikhmal Rebok · Top Commenter · Elite Health Planner at Woongjin coway (M) Sdn Bhd
      Dalam politik semasa takde sokongan yang mutlak utk sesuatu parti politik
    • Afrina Bradley Ashraf · Top Commenter
      Kawat Duri KD: salah ayat hang. bukan sosial, bebas sebenarnya. hang baru belajaq penulisan ka? aduih. tak pa la. emm, pandai pulak hang berkata kata mengenai rakyat yang berkuasa dan pati menjalankan amanah? hebat hang nih. kalau hang tak perlu mana mana pati, hang jangan cakap pasal rakyat yang berkuasa dan pati menjalankan amanah . dua perkara yang berlainan . pikir balik ............ hang tak sokong pati apa apa .... pastu cakap pasal rakyat yang berkuasa dan pati manjalankan amanah. nasihat teman, hang boleh jadi pengulas sukan je. teman setuju. hehee
    • Mustafa Borhan · Top Commenter · Sekolah menengah sri perkasa, perak
      pru 13 mula bn main streggi, pecahkan pr pula....juak2 ni mcm tu la....
    • Kawat Duri · Top Commenter
      Afrina Bradley Ashraf ....kalu ko nak bpati itu urusan ko......pengundi atas pagar,pengundi tak berpati tak boleh mngundi ke? berpati hanya mmecah belah masyarakat.dah cukup dgn shadad.....mrangkumi segalanya .......dlm jamaah,dlm kariah,dlm masyarakat baru kuat negara.
      ko hanya tahu putar belit.....rakyat yg bkuasa memilih sesiapa yg layak mnjalankn amanah. umporno tak bole pakai bole gantikn dgn pas atau pkr.tak nnti kena daftar dgn pati baru layak pangkah.ko cerdik buah pelior je.sdang kan ko tak faham apa2.
    • Megat Panj Alam · Top Commenter · Works at Marlboro
      HIDUP PKR!!! HIDUP PAKATAN RAKYAT SELANGOR!!!
    • Zim Mansor · Top Commenter
      Hidup YAB. Khalid............
    • Ah Hads · Top Commenter · Critical Thinking at The National Gallery of Art
      Kawat Duri sememang bijak berpolitik.kita jangan terlalu taksub dgn seseorg pemimpin dan sesebuah parti sehingga mengiyakan apa yg salah menidakan apa yg betul walaupun ianya datang dari apa yg kita sokong atau tidak.ingatlah Surah Al-Baqarah ayat 216
      Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amatburuk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
    • Pangeran Alang · Top Commenter · Kuli at JKDM
      HAHAHA....SELANGOR...negeri yang diidamkan UMNO..thats why dia banyak buat kacau..tolong bgtau satu nama yang layak ganti Tan Sri Khalid sbg MB..tolong suggest tgk...Penang UMNO xkacau sebab macam mana pun milik DAP atau Gerakan atau MCA..UMNO dahagakan darah Selangor...
    • Afrina Bradley Ashraf · Top Commenter
      Kawat Duri hahaha. berpolitik lak. hahahaha .eh, ko mengundi ke ? pati apa? bebas pun parti gak . hahaha. ko tengok dari jauh udah ler. hehehe. hidup politik .
    • Ah Hads · Top Commenter · Critical Thinking at The National Gallery of Art
      Pangeran Alang aku pilih Hassan Ali dari Pas
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Biasalah tu orang baik memang selalu kena fitenah.. tiba-tiba MB Selangor bermasalah, saya tidak prcaya.. PRU sudah dekat?.
    • Ah Hads · Top Commenter · Critical Thinking at The National Gallery of Art
      Akik Desa biasala tu umno,pkr,pas ,dap semuanya manusia time time ni le semua dah jd mabok berebut kuasa.apa tah lagi jawatan kerusi empuk.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Ah Hads saya pilih Hassan Ali jadi MB Johor?...
    • Ah Hads · Top Commenter · Critical Thinking at The National Gallery of Art
      sapa sapa pun ia yg penting mendapat restu dari baginda sultan.tp sebaik baiknya anak negeri sendirilah yg jd mb.
    • Noraini Roslan · Works at Majlis daerah kuala selangor
      Dalam politik, tidak ada sahabat sejati. Namun musuh sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan. Nilailah setiap maklumat yang diperolehi dengan waspada. Di zaman cyber sesiapa saja boleh menjaja cerita. Ketulenan dan nawaitunya siapa yang tahu. Jadilah penilai yang matang. Lihat dengan mata burung bukan dari dalam tempurung. Jangan tergadai Negeri kerana fitnah dan dengki.

Tiada ulasan: