Jumaat, 14 Oktober 2011

KITA KELIRU ATAU DIBODOHKAN..SEDANGKAN SAPE YANG AMIK KUASA SULTAN2@RAJA2..JANGAN PULA KITA LUPA PERKARA INI..KITA LIHAT SAMPAI BILA IA NAK MENIPU

Kerabat Negeri Sembilan OK titah diraja dibahas
Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan.

NONEDalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang putera diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

NONEAziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu.


Ezam buat laporan polis terhadap Aziz Bari
Lima laporan polis dibuat terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

NONEDalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Mereka mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Turut membuat laporan Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ezam mendakwa, institusi agama dan raja dicerobohi dengan "biadap" oleh Aziz dan Malaysiakini.

"Ini adalah agenda jahat yang terancang. Ini bukan pertama sekali Malaysiakini tampil dengan berita yang merosakkan institusi agama dan raja-raja," dakwanya.

Katanya, beliau percaya Malaysiakini akan terus menyiarkan berita yang merosakkan institusi negara "setiap minit" dan "setiap saat".


Bob Lokman enggan hadir siasatan JAIS
Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

NONEPenulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin hari ini dilaporkan berkata, jabatan itu akan memohon waran tangkap terhadap Bob yang disifatkannya "berdegil" tidak hadir memberikan keterangan setelah diarahkan berbuat demikian pada 11 Oktober.

Kegagalan itu membolehkannya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

'Tunjuk kuasa'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Bob mendakwa penahanannya di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu hanya "menunjukkan kuasa" dan tidak boleh diterima.

Malah, dakwanya, terhadap juga seorang pegawai agama yang terlibat dalam serbuan itu turut membuat provokasi terhadapnya dengan "menghina" dan "mengejek" penyokong PAS.

200211 bob lokman kerdauDitanya tindakan lanjutkan ekoran perkembangan terkini itu, Bob berkata beliau hanya "tunggu dan lihat" dan belum melantik mana-mana peguam untuk membantunya.

"Saya tidak ada duit hendak lantik peguam," tambahnya lagi.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau, seterusnya menyertai PAS dan terus aktif berceramah dengan pembangkang.

JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.

NONE"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.

Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.

Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.

azlanBerita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam.

Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.

Ketua Wanita MCA negeri dakwa dilabel 'pelacur'

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang kesal tindakan sebuah blog laman web Wordpress yang memfitnah pemimpin dan ahli-ahli wanita sayap Pemuda parti sebagai pelacur.

Tujuh orang ahli yang digelar sebagai 'gadis glamour MCA' itu mencuri tumpuan apabila media menyiarkan gambar mereka di dada akhbar semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda di Kuala Lumpur minggu lalu.

tan cheng liang penang pc 040808 01Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai "pelacur Chulia Street".

Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai "Pelacur Jalan Chulia".

"Apabila saya membaca itu, saya berasa marah kerana laman web ini telah mencemarkan maruah dan imej dan menghina saya," katanya kepada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.



MP: Mana laporan audit?
Ahli parlimen Pakatan Rakyat menimbang untuk mengemukakan usul khas bagi menuntut penjelasan kerajaan kerana masih belum mendapat laporan kewangan untuk tahun 2010.

Sedangkan pejabat ketua audit negara telah mengesahkan bahawa laporan audit itu telahpun siap, dakwa ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Mereka terkejut bila ahli parlimen belum dapat (laporan audit) sedangkan ia telah dihantar," kata Johari dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Jelasnya, beliau diberitahu demikian ketika menghubungi pejabat ketua audit negara semalam.

"Malah mereka gembira kerana mereka boleh siapkan laporan itu jauh lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Tambahnya, laporan berkenaan biasanya telahpun disediakan ketika menteri kewangan membentangkan belanjawan.

Macam mana nak bahas bajet


"Macam mana kita hendak bahaskan bajet jika kita belum lihat laporan sebelum ini," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, perkara itu memalukan kerana perbahasan telahpun masuk hari keempat dan laporan itu masih belum diperolehi.

"Kalau sangkut di pejabat menteri, itu pelik kerana laporan itu perlu diserahkan kepada parlimen, bukannya ke pejabat menteri.

"Yang saya hairan, bagaimana ada negeri yang telah dapat laporan audit daripadada jawatan audit negara berhubung kewangan negeri tersebut.

"Selalunya akan dibentangkan (laporan) kerajaan pusat dan kerajaan negeri semuanya akan diberikan kepada kami," katanya lagi.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa negeri Kelantan telahpun mendapat laporan kewangan untuk negeri berkenaan.

Minta penjelasan PAC

Sementara itu ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata, isu berhubung laporan audit itu telahpun ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbahasannya Isnin lalu.

"Beliau telah menempelak kerajaan kerana inilah kali pertama laporan audit tidak dibentangkan sebelum perbahasan.

"Tidak pernah berlaku di zaman (Anwar yang juga bekas menteri kewangan). Itupun, hingga sekarang tidak dibawa ke Dewan," katanya.

Tambahnya, speaker dewan boleh mencadangkan supaya perbahasan itu tidak dapat diteruskan selagi dokumen tersebut tidak diperolehi.

Ahli parlimen Rantau Panjang, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam sidang media sama berkata beliau selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) juga tidak pernah menerima atau melihat apa-apa laporan audit.

"Saya rayu kepada pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid supaya buat penjelasan," katanya.

PM dinasihat tunggu hingga tempoh parlimen akhir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hanya membubarkan Dewan Rakyat pada penghujung tempoh parlimen sekarang yang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

NONEBercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, mantan perdana menteri itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya umum ke-13 akan datang, akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

"Terdapat masalah bagi kerajaan... bagaimana jika empat negeri (di bawah Pakatan) itu tidak mahu mengadakan pilihan raya pada masa yang sama?

"Bagi mengelakkan pembangkang mendapat advantage, kita patut adakan pilihan raya di penghujung tempoh sekrang supaya mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengadakan pilihan raya negeri serentak,” kata Mahathir.

Beliau mengulangi gesaan yang sama yang dibuatnya di Putrajaya, semalam.

Najib mesti mengadakan pilihan raya umum sebelum tempoh parlimen sekarang berakhir pada hujung March 2013. Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Tiada ulasan: