Rabu, 26 Oktober 2011

ADA YANG KOMEN...MUSANG BERBULU AYAM@BERBULU HARIMAU...MUNGKIN LAGI TERUK MUSANG BERBULU BABI....

Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

NONE"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kanan).

Dakwanya, projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan keluarga menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri.


Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal

Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

NONE“Peralatan ICT didimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diagih. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.

  • Mohd Azizie Abd Aziz · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
    Tepuk dada tanyalah poket.
    Poket siapa yang penuh dengan duit rasuah….
    Cuba perhatikan kekayaan puak puak keris ni. melampau-lampau.
    Cuba juga tengok pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan keris…juga melampau. Apa faedah buang duit ratusan juta untuk hantar seorang Melayu cap keris keAngkasa…sedangkan berjuta Melayu kat Malaysia masih tak cukup makan, pakai, kemudahan asas, cacat, sakit, kesempitan hidup, pelacuran dan sebagainya. mana ada pembelaan untuk orang Melayu Islam, cuma ada rasuah dikalangan pemimpin dan semua penguatkuasa di Malaysia..daripada menteri sampailah kebawah dimajlis daerah dan JKKK semuanya rasuah dan mengadaikan rukun Islam dan seterusnya akan merosakan saraf dan nadi Malaysia justeru akan berhentilah denyutan jantung Malaysia………masa itu Malaysia sudah dalam keadaan COMA dan walaupun pulih ia akan jadi seperti FILIPINA. Cuba tengok 10 tahun lagi…. Anak2 awak?
  • Jamaluddin Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, Cicago
    Kan bagus kalau semua peralatan komputer yang bernilai RM160.74 juta tu ditangguhkan dahulu penghantaran nyer sahingga banggunan komputer tersebut siap..
    Siapa lah yang hendak bertanggung jawab tentang hal nie... Tak kan guru besar sekolah tersebut kot ? Atau jaga sekolah tersebut kot ?
    Yang pasti ini semua salah laku dan boleh dikatogerikan dalam pecah amanah.
    Menteri yang bertanggung jawab harus memikul masallah ini atau letak jer jawatan tu kalau tak tahu buat kerja...
    Bahalol punyer menteri...!!!
    • Islam Menang · Pengulas Tertinggi
      Maydin tu berangan nak jd PM jer.. fokus lawan najib.. kerja2 kat kementerian haram jadah dibuatnya...
    • Jamaludin Hasran · Pengulas Tertinggi · Upm serdang selangor
      kenalah hantar barang tu. Siap tak siap makmal tak kira. Kroni dah lobi nak kenyang selalu. komputer 1msia bagi kat bebudak pun tak pantau.Byk yg salah guna
    • Taman Gemilang · MPPPPP
      yup...banyak keburukan timbul berbanding kebaikan..cuba perhatikan jika tidak percaya...
    • Masli Indas · Top Commenter · Sabah Theological Seminary
      ....akhirnya terbongkar juga perkara sebenar...lagi nk menafikan!!..bgus audit teruskan bongkar semua...biar kita sama2 tau org2 yg cakap betol @ cakap kosong..
    • Mohd Karim · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      Jamaludin Hasran keje menteri ke nak pantau apa yg bebudak tu uat dgn laptop satu malaysia tu
    • Mohd Karim · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      Islam Menang setahu aku projek ni sebelum muhyideen pegang jawatan menteri pendidikan
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kasihan kat orang kampung sebagai pengundi tegar BN, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walhal permimpin BN yang menang atas undi orang kampung senang lenang mensonglapkan duit rakyat dengan bermacam-macam cara..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Mohd Karim kalau bukan Muhyiddin siapa lagi memang kerja Hishamuddin cap ape tu..
    • Wan Kasni · Top Commenter · Kolej telekom
      Kebanyakan menteri dok gila duit je ...
      turun jumpa rakyat pendalaman dkt pilihanraya je..
  • Nurul Aidil Marni
    bazir, boros, seleweng, rasuah, etc.... iskh2 dahsyat2..... wajib tukar gomen nih! kalu tukar pun sama... kita tukar lagi! Dan lagi... Negara maju tukar PM and Gomen banyak kali pun ok jer..... lagi baik ader....
    • Hafizi Alias · Top Commenter
      Apalah yang nak diharapkan dengan parti "pejuang melayu" umNO yang memegang tampuk kerajaan melalui Barisan Nssional????

      Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,

      "meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara"
      ...See More
  • AkuHamid Seman · Top Commenter · QUT, ITU
    Kalau macam tuh boleh jual balik sebagai barang second hand, boleh dapat duit balik. Apabila siap makmal nanti, minta pembekal supply lagi. boleh buat duit lagi
    • Eddy Johan · Works at Co-op Kampung2 je
      sprm, apa lagi, pegi la siasat..!
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Eddy Johan SPRM sedang tidur lena dengan mimpi menghayalkan.. tunggulah sehingga kucing bertanduk..
    • Cindy Eichner · Fordham University
      Percaya x, dengan modal yg sangt rendah..hanya RM100 da blh bantu klu u all tngah cri jalan tuk buat side incme...xperlu kuar ribu2 pun...modal rendah, buat pun senng, hanya promosikan link, sungguh2 pasti u all pun boleh wat cam saya wat...Klik sini skrg utk details. http://view.my/cashharian

Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak

Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

NONEMenurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

NONE“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

NONEKontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil

Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pemnbinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

NONE“Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

“Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan,” kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 nbanduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

NONELaporan itu membidas kelewatan dalam pelantikan kontraktor kedua, sebagai antara punca kenaikan kos.

Proses untuk melantik TSR Bina mengambil masa dua tahun dan tujuh bulan, dan sepanjang tempoh itu struktur bangunan termasuk besi dan kayu yang digunakan mulai karat dan reput.




DAP dakwa KM Melaka bina lagi projek 'gajah putih'

Kerajaan negeri Melaka didakwa hanya mengutip sekitar RM57,500 daripada hasil pembinaan sebuah restoran terapung yang membabitkan kos binaannya berjumlah hampir RM1.2 juta di Ayer Keroh.

Pendedahan dibuat ADUN kawasan terbabit dari DAP, Khoo Poay Tiong yang menyatakan pengusaha terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000.

NONEDakwanya, restoran berkenaan kini sudah hampir setahun terbiar kosong tanpa berpenghuni, padahal perjanjian mengusahakan restoran itu adalah selama tiga tahun sehingga Mei tahun ini.

Sambil melabelkan projek berkenaan sebagai satu lagi 'projek gajah putih' kerajaan negeri Melaka, beliau berkata, kos RM1.2 juta membina restoran berkenaan adalah dari peruntukan Kementerian Pelancongan.

Menurutnya, meskipun perjanjian dengan pengusaha adalah untuk tempoh tiga tahun, namun pengusaha terpaksa gulung tikar lebih awal memandangkan restoran berkenaan tidak mendapat sambutan.

Tak mampu bertahan

"Pengusaha itu hanya mampu bertahan selama 23 bulan. Akibatnya, baki sewa serta bil elektrik dan air untuk restoran itu menjadi tertunggak sehingga mencecah hampir RM26,000.

"Sepanjang restoran ini disewa, kerajaan hanya mendapat sejumlah RM57,500 sedangkan kos membinanya mencecah RM1.2 juta," katanya semasa meninjau persekitaran restoran itu di Ayer Keroh.

zoo melakaMalaysiakini difahamkan, restoran berkenaan, yang terletak berhampiran Taman Tasik di Ayer Keroh, kini berada di bawa pengurusan pihak Zoo Melaka.

Menurut Khoo, kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik untuk mengunakan bangunan restoran berkenaan bagi mengelak ia daripada terus terbiar.

Menurutnya, restoran ini merupakan satu lagi contoh pembaziran yang diamalkan kerajaan sehingga ia akhirnya menjadi gajah putih.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak menjalankan kajian terperinci sebelum melaksanakan sesuatu projek sehingga akhirnya ia merugikan rakyat memandangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat.

"Ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi, malahan sudah seringkali berlaku," katanya.

  • Daud Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penulis Bebas
    Saya cadangkan jadikan tempat peniaga2 Melayu berniaga Asam Pedas. Bagi seramai mungkin peniaga berniaga dan izinkan mereka bersaing sama sendiri untuk menarik pelanggan. Ini cadangan....
    • Aris Aziz · Bekerja di Sesiapa saja
      DAP tk payah bagi tau pun tak pa..Sebelum ini pun dah jelas belaku Melayu gulung tikar...Dataran Pahlawan tu..Melayu dah tak jadi Pahlawan lagi..Nama Dataran Pahlawan kalau tak bukan Melayu...hahaha
    • Aris Aziz · Bekerja di Sesiapa saja
      Zaman lani kena bela Koprat!!!..Sekadar jual asam pedas..kalau diangkat setinggi mana pun..Eok orang KM Asam Pedas..
    • Daud Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Penulis Bebas
      Saya suka mencadangkan tetapi ada org suka mengejek. Kalau ada cadangan, silakan, tapi kalau nak mengejek tak perlu di sini...pergi buat demontrasi bersama-sama mereka yg minat mengejak
  • Hasbarullah Din · Pengulas Tertinggi · Sandakan
    Begitu banyak projek yg dijalankan kat negeri yg ditadbir BN terutama Umno yg mana membazirkan wang negara serta negeri & wang rakyat....... Knp boleh jadi sebegini.......... ada ke pentadbir negeri tersebut serta orang2 hanya memikirkan keuntungan utk diri mereka sahaja................. rasanya semua penduduk di setiap negeri dlm negara kita ni harus memikirkan sesiapa yg boleh menyelesaikan masalah pembaziran wang negara, negeri serta rakyat.......... fikir2kan utk PRU nanti..................
    • Sahari Nazri · Pengulas Tertinggi
      Banyak projek lebih kepada nak bergaya. Bila tak untung gulung tikar. Tanggung hutang? Apa susah. kerajaan ada nak bayar. Kita dah didik macam ni. Dekat Pilihanraya menteri2 akan dtg bagi janji lagi...
    • Luk Man · Pengulas Tertinggi
      biasa la...apa.nak heran..kadang2 berniaga untung ada rugi..dalam dunia perniagaan ni memang mcm tu...saja dap nak alih isu..banyak lagi peniaga2 cina yg gagal dlm perniagaan..ada yg pinjam along lagi..napa dap tk tolong..cakap je boleh la..
    • Abd Kadir · Pengulas Tertinggi · Sek. Men. Tat Beng, Sungai Nyior
      Luk Man ,orng cakap isu pembaziran wang kerajaan.bukan pasal gulung tikar ka pinjam along ka?tak paham.apa pon tak boleh....
    • Ali Arshad · Works at Jangan Kerja Rajin Malaysia
      Aku ditipu org Melaka jual barang dkaki 5..Jongker konon barang lamaku...jam,kamera sampul surat hari pertama...untung bagi 2. La ni abok pon tak ada..bila kontek...no answer...nampaknya kena mandi dikolam Hang Tuah.....
    • Luk Man · Top Commenter
      Abd Kadir ....projek.kerajaan negeri .kt kelantan..pp..selangor...ada juga pembaziran..napa tk cita..biasa la...namanya kan berniaga....langan ciana dol..pingang tk sakit..heee
    • Ahmad Azizan
      Luk Man ni mmg hati nye dh Bkarat dek umnongokporno ni. x payah le di layan...
    • Mohd Asyik · Top Commenter
      Luk Man jabatan audit negara dah kuar statement negeri2 PR ditadbir urus dgn baik dan berhemah..so nak banding dgn BN jauh la..
    • Tok Wan · Top Commenter
      biasala org umno kan banggang2 semua .yg dia pandai menipu
    • Leslie Chan · Top Commenter
      Membazirkan wang negara tetapi menguntungkan kroni umno tu sb projek2 sebegini mesti diteruskan.Lihat sahaja negeri yg diperintah oleh kerajaan PR,semua projek2 sebegini telah pun dipancung oleh kerjaan PR.Tu sb rakyat Sgor dari puak umno ni macam cacing kepanasan.Periuk nasi dah pecah.nak projek kena tender tak macam dulu untung atas angin.
    • Seamaster Rahmat · Top Commenter
      Luk Man hahaha...mcm ni la mentaliti org umnobn..org ckp lain lu ckp lain..maruah lu taruk mana..kalau tak phm tanya..sengal2
    • Zaidi Dali · Top Commenter · University of Putra
      kene buat..nanti banyak kontraktor gulung tikar or tak boleh beli Lexus :)
    • Razali Haroun Scirocco · Top Commenter
      Luk Man kita berbicara tentang projek gagal yg dibiayai dgn menggunakan wang rakyat..bukan pasal cina atau melayu..jgn terlalu difensis
  • El-Haneef Abd El-Hameed · Top Commenter
    Terlalu banyak projek di Melaka yang akhirnya menjadi Rumah hantu, antaranya

    1- Auto city di Air Keroh - akhirnya dibina sebuah muzium automotif dan sehingga kini tiada orang pergi. Semua bangunan terbiar termasuklah muzium automotif.

    2- Planetarium - akhirnya dijadikan bangunan kerajaan menempatkan beberapa jabatan.
    ...See More
  • Hasbullah Bin Zainal Arifin · Top Commenter · Works at Tali Barut Komunis
    Melaka hebat.. Ada lapangan terbang antarabangsa untok burung burung mendarat...
  • Abdul Rahman Mokhtar · Top Commenter · Uitm
    Melaka bumi pahlawan yang satu hari nanti dipenuhi dgn gajah putih. Maka putihlah Melaka kerne dek gajah putih. Saya berjumpa seorang sahabat yang duduk di Melaka. Katanya Melaka sebuah negeri yang besar, mesti ada macam macam fasiliti dan tempat tarikan pelancung. Saya kata Melaka mana pulak besar. Dia kata besar, satu hujung nya di Langkawi (Kpg Melaka), dan satu lagi di Kelantan (pulau Melaka). Dia melawak rupanya. Dia sambung cerita, Perlis lebeh kurang sama saiz dgn Melaka bukan lapangan terbang, padang kapal terbang (air strip utk pesawat kecil) pun tak ada. Tengok Melaka ada Lapangan Terbang Anhtarabangsa, besar dan sangat sibuk pesawat turun naik, sampaikan lalat pun tak ada peluang nak turun. Melawak lagi dia. Melaka Melaka, apa nak jadi be? Gajah putih le kita.
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Jadikan lah bangunan ini muzium yang ke? diNegeri Warisan ni bersama sama dengan Muzium Litar Motorcross Melaka dapat tambah koleksi Muzium Melaka? Kalau tak jadi Muzium pun jadikan GALERI macam kat Bkt Katil tu? Kalau tak buat projek ni keroni tak ade projek?
  • Manichithra Creation · Full Time Photographer at My own business
    MONOREL KEBANGGAAN MELAKA JALAN LAGI KE? HUJUNG MINGGU BANDAR MELAKA SELALU JAM , BOLEHLAH PAKAI MONOREL.
  • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    aPA MEREKA PEDULI BUKAN DUIT MAK BAPAK DIORANG.
  • Hafizi Alias · Top Commenter
    Apalah yang nak diharapkan dengan parti "pejuang melayu" umNO yang memegang tampuk kerajaan melalui Barisan Nssional?

    Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,

    "meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara".
    ...See More
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Ini bukan sesuatu yang luar biasa apabila ia dikaitkan dengan UMNO/BN. Ini lumrah dan sudah mendarh- daging. Selagi rakyat yang bodoh masih memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah inilah amalan yang akan UMNO/BN akan teruskan, iaitu, dgn menipu rakyat di sebalik slogan" Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan". Natijahnya rakyat dilecehkan prestasi hampeh.
  • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Jelas Umno dan rasuah begitu sebati. Pemimpin dan ahlinya boleh tutup mata sahaja terhadap kes-kes rasuah yang dilakukan pemimpin tertingginya. Inikah perjuangan yang mereka ingin terus jaja kepada rakyat? semoga rakyat mengerti dan faham dengan memberikan mereka kekalahan yang teruk dalam pru13.
  • Faiz Macho · Top Commenter · Coach at Football Manager
    KAHKAHKAHKAHKAH........INI LAH CONTOH KERAJAAN BEE ENDD/UMNONGOK YG MEMPERBODOHKAN ORANG MELAKA.....KESIAN
    ORANG MELAKA.....NANTI PRU13 SOKONG LAH BEE ENDD/UMNONGOK SEKALI LAGI......KAHKAHKAHKAHKAHKAH
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    persoalannya, adakh kenderaan awm boleh d bw msk? adakah aktiviti2 riadah d jlnkn spt pertandingan memancing, berjoging, berkayak atau lain2 aktiviti air lain. atu pn mmg mempunyai niat mng"gjh putih"kn projek supaya dberikn projek bru...almaklum la projek tertutup hy utk kroni..lg byk projek, lg byk kroni mkn.
  • Badrulshah Shah · Top Commenter · Tokyo International University
    2X5 BN dan PR memang bongok memerintah negara.........cakap tak serupa bikin........macam ayam serama kokoknya kuat kat pantat bertempel tahi......belacan, unta, kayu, bahlul, bongok, belacan lah korang semua ahli politik dan orang politik.....macam $@^!^%@!^^.

Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

Ketua Penerangannya Shuhaimi Shafiei (duduk, dua dari kiri) berkata peruntukan tersebut sepatutnya disalurkan kepada petani bagi meningkatkan hasil padi mereka.

NONE"Kita minta Datuk Seri Noh Omar kena jawab (perkara ini), bagaimana peruntukan diagihkan kepada petani-petani kecil.

"Mereka yang berjaya meningkatkan hasil padi, melepasi sasaran tidak diberikan inisiatif ini sehingga dilaporkan dalam Laporan Audit Negara," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda menyifatkan ia sebagai "satu kegagalan" Noh, kementeriannya dan Umno Selangor untuk menguruskan peruntukan yang hendak diberikan petani.

Sementara itu, Shuhaimi turut membangkitkan aduan seorang peniaga yang mendakwa tidak dibenarkan meniaga pada tarikh tertentu kerana tidak hadir ke sebuah program Noh di Shah Alam pada September lalu.

azlan"Kalau tidak dibenarkan berniaga, di mana mereka nak cari nafkah dan pendapatan untuk menyara keluarga," katanya sambil memberitahu peniaga itu seorang ibu tunggal.

Sehubungan itu, pihaknya memberi tempoh sehingga 30 Oktober ini kepada agensi yang mengeluarkan larangan itu untuk menarik balik larangan.

Beliau mendakwa, jika tidak, jelas menunjukkan bahawa Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri merupakan "kepala segala kezaliman" kepada peniaga kecil di Selangor.

Shuhaimi enggan mendedahkan identiti peniaga kecil dan agensi yang terlibat melarangnya buat masa ini.

Tiada ulasan: