Rabu, 26 Oktober 2011

JANGAN KITA UNTUNG SIKAYA RAYA@KOPERAT....SEDANGKAN SIMISKIN MERANA...PILIHANRAYA DIKUNJUNGI LEPAS TU DIBIAR MELARAT...AGAK2 BETULKE...

'Tak perlu menang parlimen untuk laksana hudud'
Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

NONE"Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya.

Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

"Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN supaya menimbangkan hasrat kita.

"Kita tidak perlu tunggu pilihan raya. Kalau sekarang dia bagi laluan, tidak ada masalah," katanya lagi.

Terdahulu, dalam wacana "Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya" itu, Mohd Amar berkata masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah kerajaan BN yang tiada tekad politik untuk menjayakan hudud.

"(Sedangkan) kita bukan minta untuk laksanakan di Malaysia tetapi supaya buka laluan supaya boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya.

Tanpa pindaan perlembagaan

Malah, kerajaan negeri juga telahpun memulakan kajian untuk membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan.

Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk kerajaan negeri bagi usaha itu dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan, katanya lagi.

NONEBagaimanapun, belum ada sebarang pertemuan diadakan di antara menteri besar dan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.

"Kita nak tengok penemuan oleh jawatankuasa teknikal. Bila jawatankuasa dah (kenalpasti masalah), masa itu baru Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh jumpa dan berbincang dengan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Sekarang ini belum ada (perkara) untuk bincang nak jumpa buat apa?" katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Jelasnya, Kelantan mengambil sikap berhati-hati dalam isu ini kerana telah diancam oleh kerajaan persekutuan pada 1993 apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Katanya, perdana menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam untuk mengambilalih kerajaan Kelantan melalui undang-undang darurat.

Ridhuan Tee belum nampak kesediaan

"Maka kita bimbang juga. Kita pernah ada pengalaman dengan Umno mereka pernah 'memagerankan' Kelantan tahun 1978 dulu.

"Sebab itu kita freekan gear. Tapi kita tak matikan enjin. Sebab itu kita rasa lepas pilihan raya itu lampu akan jadi hijau," katanya lagi.

NONESeorang lagi ahli panel dalam majlis wacana berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan) turut mengulas mengenai peranan kerajaan pusat dalam pelaksanaan hudud.

Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN).

"Tapi kalau bertanya kepada individu itu, saya rasa tidak ada yang menolak dengan jelas hukum Islam ini.

"Saya yakin orang Islam yang mengucap syahadah ini menerima undang-undang ini. Cuma mungkin ada kekangan tertentu, maka timbullah kenyataan sedemikian," katanya lagi dalam sidang media sama.

Seorang lagi anggota panel dalam majis wacana berkenaan ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip.

  • Maba Budu · Universiti Teknologi Malaysia
    Tu dia.......tak perlu menang pun tak apa, kalau UMPORNO sanggup bagi laluan kepada PAS untuk laksana HUDUD................umporno dan DAP sama jer! 2-2 tak nak laskana HUDUD!
    • Maba Budu · Universiti Teknologi Malaysia
      AYUH WAHAI SEDARAKU AHLI UMNO !!.......JOM KITA BERSATU MELAKUKAN KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA ALLAH DENGAN MEMBENARKAN SERTA MEMBANTU PAS MELAKSANAKAN HUDUD , KITA MULAKAN USAHA INI DENGAN MELAKSANAKAN HUDUD DIKELANTAN......APA MACAM ?? HUHUHU
    • Maba Budu · Universiti Teknologi Malaysia
      JOM UMNO BERSATU DENGAN PAS melaksanakan HUDUD !!.........
    • IQbal Ramlee
      Maba Budu -Ada lagi motto macam ni! teringat aku pada zaman jepun. Jeneral jepun cakap" nippon sama marai adik-beradik ooo" Maka nak jadi ke cerita terdapat segelintir orang melayu zaman itu yang menjadi tali beruk jepun yang mana segelintir orang melayu itu jugalah yang pernah menjadi tali barut british sebelum itu.
  • Haji Rahim Mahmood · Pengulas Tertinggi · Head of Department di IKM Lumut, seri manjung
    apa pasal payah sgt nak beri laluan...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Kita kena tgk pd realiti. Malaysia merdeka dari siapa klau tak dari british, dan adakah british akan bagi merdeka mcm tu sj ke tanpa ada apa2 perbincangan antaranya dgn umno utk jaga kepentingannya, & yg paling penting meneruskan undang2nya sbagai undang2 yg diguna pakai oleh malaya/malaysia? Ramai dari kalangan pimpinan terawal umno adalah mereka yg mendapat pendidikan dari britain sendiri, justeru memudahkan british menyerahkan tugas pd mereka, krn mereka sudah fhm benar dgn undang2 british. Ini lah sbb payah nak bagi laluan...
  • Jasme Taib · Top Commenter · Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 93~95
    dari tahun 1993 sampai tahun 2011. Rupanya tahun ni bulan 10 baru Pas sedar bhwa nak laksana Hudud dok perlu menang PRU. Rupanya baru sedor pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998. Dan pada tahun 2011 baru Pas nak tubuh J'kuasa Teknikal utk kaji Hudud ni. Maknanya belum sempurna lah. Yg selama ning duk balun Tun M dan kerajaan sbb halang hudud rupanya Tun M betul bhwa Hudud yg sebelum didraf oleh Pas ini adalah tidak sempurna dan boleh mendatangkan ketidakadilan. Maka kita menyokong penuh penubuhan J'kuasa Teknikal ini utk mengkaji sebijaksana mungkin bgaimana Hudud ini boleh dilaksana dgn jayanya. Sebelum sebarang 'penemuan' diperolehi, kita mohon Pas jgn mensensasikan Hukum ALlah ini sbgai modal politik dan barang dagangan undi.
    • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Hebat betul dua manusia ini….

      Untuk kumpulan penyokong Abu lahab dalam blog ini…
      Kalau dah bengap dan bangang. Bodoh tak boleh diajar nak kata cerdik tapi jahil murakkab. Semasa mati nanti memang elok dikafankan dengan bendera cop keris telanjang…
    • Jasme Taib · Top Commenter · Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 93~95
      Mohd Azizie Abd Aziz Allah tak tanya broo kafan guna bendera keris ker bendera bulan broo....
    • Xyza Caution · Top Commenter
      orang Islam tolak hudud= orang Islam rosak akidah = kafir.....kena mengucap balik utk masuk Islam...tp apa yg rugi...semua amalan baik yg d lakukan sebelum ni terhapus dan tinggal keburukan dan dosa sahaja....harap maklum....
  • Mady Mohd · Top Commenter · Works at Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
    kalau bagi akan dikatakan menyokong hudud..dah dia xsetuju pasal hudud xkan di baginyer...nasib jelah dah majoriti rakyat malaysia menempah bala!! undang2 manusia xkan sama dgn undang2 yang ALLAH tetapkan, sbb tu malaysia skrg mcm2 hal xterduga boleh berlaku...ramai mana polis ke, askar ke tp ALLAH maha menghendaki.....
  • Khirrudi Kajaga · Top Commenter · SMK Anderson Ipoh
    penulis rasa le, kalau Tun Mahathir mati baru UMNO boleh tolak ansur kut. mahathilah setan besar dibelakang UMNO. jamil khir pun jadi tikus.
  • Azmi Mohd · Top Commenter · Maqhad As Sultan Zainal Abidin
    skrg pun malaysia dah ade 2 bentuk undang2...jadi apa yg peliknya jika hudud ni khusus untuk muslim dan pilihan untuk bukan muslim...kita tgk dulu, masing2 "takut" dan "bimbang" serta "sangsi" bila SPTF dan pajak gadai islam nak dilaksanakan...tp cuba tgk skrg, pernah terbaca dalam satu artikel ada satu bank tu, kaum non-muslim yg lebih ramai buka akaun SPTF,...skrg ni masing2 tak nampak lg kehebatan dan kebaikan hudud tu...tu sbb bg peluang untuk kelantan laksanakan keindahan hudud ini...
  • Azi Nang · Top Commenter · Temerloh
    Persoalan Hudud ini satu masaalah rumit dari segi politik, kalau Umno benarkan, BN akan kecoh dan munkin berkecai, Pas akan beroleh keuntungan politik, matlamat belum tentu, kerana perlaksanaannya hanya kepada org Islam sahaja.

    Apakah jika Pas berada di tempat umno di dlm BN, akan membenarkannya ?

    Secara jujurnya saya berpendapat bahawa, Pas juga munkin tidak mengizinkannya...........
    • khas774 (signed in using Yahoo)
      pendapat yg boleh ,diterima.....
    • Mohd Mukhlis Ismail · Top Commenter · CEO at NeoLogy Lab Corp
      TGNA dah cakap kalau DAP tidak mahu hudud..DAP boleh keluar dari pakatan..berlainan dengan Najib..apabila Chua Soi Lek cakap akan keluar BN kalau laksana hudud..terus Najib cakap..UMNO tak kan laksanakan hudud..
    • Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
      Mohd Mukhlis Ismail Itu menunjukkan UMNO x mampu berdiri sorg2. (Mgkin dah makin tua.. kena la pakai "tongkat").
  • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
    Tak timbul isu utk beri laluan atau tak, dgn Pakatan menang PRU13, sgala2nya settle. Mana2 yg perlu pd penggubalan undang2, akan dpt digubal dgn senang krn kerajaan masa itu dah ada ditgn Pakatan. Masalah skrg kita bukan hanya nak settle kan klantan sj, bahkan satu Malaysia perlu disettle kan spaya rakyat malaysia dpt menikmati keadilan sbnar yg mereka dambakan selama ni...
  • Saudara K'zairi · Top Commenter · Simon Fraser University
    Redhuan Tee: Kamu jgn jadi fitnah bg umat Islam negara ini. Mentang2 makcik2 suka tengok org Cina masuk Islam pandai pulak mengajuk2 guna bahasa melayu sana sini... kamu nak tarik mereka jauh dr Allah. Menegakkan kebenaran tiada tapi tapinya.... jgn jadi alat UMNO! Jangan jadi Abu Jahal moden!
  • Mohd Zakaria · Lembaga Pengarah at Sek. Ren. Islam Bahrul Ulum (SRIBU)
    Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN
  • Halim Guan · 31 years old
    ORANG BERPANGKAT BERJAWATAN TINGGI YG ADA KUASA YG SUKA MENYUSAHKAN ORANG TERUTAMA KERAJAAN BN MACAM BANGSAT YG KAKI MENGAMPU BN BODOH NAK MAMPOS.
  • Abu Mirza · Top Commenter · Kolej Islam Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan
    Jawatankuasa Teknikal nie agak lewat ditubuhkn...sepatutnya 20 thn dulu dah buat...mungkn sekarang bru sampai idea agaknya...semoga usaha berterusan dibuat utk mendaulatkn Islam jgn terleka dgn "CUBAAN".
  • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Najib nak lari ke mane tuuu? 1Dunia sudah tahuuu! dunia ni Allah yang punya bukan amerika, rusia atau peranchis punya.

    Jgn salahkan Muhyiddin sebab orang tu pun sama bodohnya jg. Tengoklah cap apa dekat dahi Muhyiddin tu. UMNO terpampang segak bergaya lagi-Kalah Gafar Baba. Yg akan meranapkan Najib, bukan Muhyiddin tetapi diri dia sendiri. Sedari awal lagi dia sendiri yg sudah buat kesilapan. Tersalah pilih bini……. namun apa nak dibuatkan. Alang2 menyeluk pekasam…………kesiaaaan dengan Tun Razak dan Tun Rahah. Kecewa dia.
  • Tok Wan · Sek men clifford kuala lipis
    Azi nang...memey btul PAS pun mungkin tdk mengizinkan perlaksanaannya mcm UMNO/BNi kalau MANIFESTO PAS mcm UMNO/BN TAPIII.....MANIFESTO PAS berbeza sama sekali dgn UMNO/BN yg memperjuangkan semangat kebangsaan yg nyata......ADA FAHAM KA.....
  • Nik Alfatah Nik Ya · Kuli at Delphi Packard Electric
    takut tak boleh cari makan la brooo. macam mana nak merasa CLS dan banglow 2 3 juta........
  • Shahril Hanis · Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani
    kalau PAS laksana, malu umno sebab tak laksana hudud kot...

RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

NONEMenurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

NONE“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

  • Tabir Politik Malaysia · Bekerja di University of Connecticut
    ..saban tahun tahun Jabatan Audit bentangkan wujudnya pelbagai ketirisan disana-sini...barang yang harganya RM 2 boleh melonjak ke RM 200 harganya...Munasabah ke? jadi tidak kisahlah mengapa 14 tahun berturut2 belanjawan negara alami defisit yang amat mendukacitakan..disaat kerajaan menyeru rakyat berjimat cermat, menyarankan rakyat berhemah dalam berbelanja ttp kerajaan pula gagal menjadi cerm...inan yg terbaik buat rakyat...kerajaan gagal buktikan bahawa mereka mampu mengawal selia duit-duit rakyat dengan sempurna dan terjamin...mentaliti, daya kepimpinan dan juga pemikiran pemimpin yang ada kini sudah jauh terperosok kedalam lubang najis ciptaan mereka sendiri, mereka gagal berdiri dan bangkit dek kerana bau busuk najis yang mereka cipta.....mereka mahu keluar dari lubang najis itu, tetapi mereka khuatir bau najis itu akan merebak kemerata-rata tempat sekaligus mampu mengaibkan mereka...tanpa mereka berfikir diluar sana wujudnya "air" yang mampu menyucikan bau-bau najis itu.....oleh itu mereka rela kekal bergelumbang dengan najis tersebut buat selamanya..
    • Roszan Md Nor · Pengulas Tertinggi
      Kan rakyat dahulukan.......kahhhh.....umnooo....bend...
    • Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Owner/ President di Kelab MHA
      Rakyat disusahkan dahulu pencapaian tidak diperolehi - ganti BEE END dgn PAKAT2 SEMUA RAKYAT kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU 13 nanti.
    • Isa Bin Ahmad Isma · Pengulas Tertinggi · Sulaiman
      yg pelik nya walau pn dh d audit tp tiap2 tahun masih ada lg bnda2 mcm ni berlaku ia bermakna audit ni buang masa dn buang duit rakyat je,sb tkda apa2 tndakn d ambil terhdp individu yg terlibat
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Tengok lah sendiri
    Macam mana kerajaan dibawah pimpinan umno
    Duit pembelajaan dengan angka tinggi
    tapi hasilnya bukan untuk rakyat , mereka lakukan semata mata kepentingan poket sendiri.
    - Selagi malaysia tidak akan bangkrap , maka akan dibangkrapkan oleh umno
    -Sebelum malaysia bangkrap elok kita bangkrapkan umno
    Mari lah .... kawan bersatu lawan umno
  • Zaid Zulkaliph · Top Commenter
    Satu persatu penyelewengan kerajaan pimpinan bn di dedahkan dlm audit 2010 di malaysiakini. Tapi, kat media arus perdana canang yg baik2 je. Hampeh btul... syabas malaysiakini.
  • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
    Patutle tarif elektrik mereka naikkan, rupanya nak tampung kos kerugian macam n. klu macam 2, lebih baik pengswastaan TNB ini dimansuhkan, dan diserap semula ke dalam kerajaan.
    • Muhamad Saamah · Top Commenter · Pengurus at TSAC Engineering
      saya hara bila PR ambil alih Putrajaya beberapa pengswastan hendaklah di kaji semua. TNB, Telekom Malaysia,dan bebrapa agensi lain.untuk kebajikan raayat
    • Cucu TokWan · 53 years old
      ini bukan kerugian tetapi penipuan yg nyata keatas rakyat.Bantuan utk 17 buah rumah tetapi satu saja dibekalkan.Rumah pulak tidak layak utk pendawaian.Dimana duit rakyat telah dibawak....
    • Mazlan Yasin · UTM
      Atan, saya sangat setuju. Bill elektrik ni kekadang x masuk akal........tp nk buat mcm mana sole agen....kalau ada alternatif dh cabut saya....
  • Min Nima · Top Commenter · Johor Bahru
    MCM2 LAH YG BERLAKU PENYELELEWENGAN BILA DI AUDIT TAPI SEKOR BABI DAN ANGJING KERAJAAN TAK PUN DI SIASAT OLEH SPRM....SPRM BAPAK SEGALA RASUAH.
  • Shahrulzaman Shafie
    TNB HANYA MENGUTAMAKAN KEUNTONGAN SAHAJA. PROJEK YG DIJALANKAN TIDAK MEMBERI MENEFAAT KEPADA SESIAPA PON JIKA BERLANJA BERJUTA JUTA HANYA UNTUK MEMBEKAL KAN ELETRIK PADA SABUAH RUMAH SAHAJA. BARU BARU INI TNB TELAH MENUKAR METER ELETRIK DIRUMAH PENDUDUK BAGI KAWASAN KUALA lUMPUR, APA YG MENGEJUTKAN SEJAK METER BARU DIPASANG BIL LETRIK NAIK SEKALI GANDA. INI LAH CARA TNB MENAIK KAN CAJ ELETRIK DENGAN HANYA MENUKAR METER BARU TANPA MEMBERI TAHU CAJ DINAIK KAN MELALUI METER YG SUDAH DIUBAHSUAI TERLEBIH DAHULU.
  • Jamaluddin Hj Ahmad · Top Commenter · National Restaurant Association of America, Cicago
    Sepatutnyer projek Bekalan Elektrik Luar Bandar ini di taja sepenuhnyer oleh pihak TNB.. dorang kan kaya..... atau IPP jer yang taja sebab memperolihi berbillion billion ringgit sebulan.. kenapa pula kerajaan kena tanggong? Ianya seperti kerajaan membantu membina tol untuk syarikat tersebut kaut untung daripada rakyat... sifarnyer sama jer...emmmm
  • Melayu Terakhir · Top Commenter · UTM Skudai
    korang percaya ke dengan juru audit juruaudit ni?setiap tahun ada jer lapuran salah guna dana lah, salah guna itu ini lah...tapi tindakan tak ada jugak...itu semua main wayang jer...kalau salah ambik tindakan...
  • Abdul Rahmat Abdullah · Top Commenter · SEK MEN KUALA KETIL 2
    BAGI LAH PELUAN KEPADA PAKATAN SEKALI....KITA TENGOK BOLEH JADI KA KETIRISAN SEBEGINI..
  • Mohd Najib Budiman · Top Commenter · Pegawai Akaun at Harakah
    ketirisan ini boleh diubah melalui peti undi...
  • Hjh Fauziah Abdul Rahman · Chief Librarian / Director at Universiti Selangor
    Pendedahan Laporan Audit 2010 amat mengejutkan. Tetapi apa kesudahannya.Findings selepas itu apa susulannya? apa-apa tindakan? Ini adalah masa terbaik bagi kerajaan untuk menapis kakitangan yang cekap dan yang kerja sambil lewa dan tiada integriti langsung.Hadap aje mereka yg salah tadbir urus agensi kerajaan ke muka pengadilan supaya perkara yg sama tidak berulang di agensi lain.Ini lah namanya tadbir urus sambil lewa.Mana-mana ketua harus bertanggung jawab atas apa yang berlaku di agensi mereka. Ingat "Kerja itu Ibadah" dan "kerja Kerana Allah". Yang dikumpul terlalu banyak kesalahan untuk dijawab di alam kedua kita.
  • Bintara Agro · Top Commenter
    Hidup UMNOBN! Pedulikan ape yang diaorang nak kata. Setakat Laporan Audit aje ape nak hairan, xjadi kudis pun. Masa inilah kita nak sapu habis, orang kampung bukan reti tentang audit nie. Kat kampung sekarang nie mereka dok sibut cerita pasal bantuan RM 500 tu aje. lain2 hal mereka xambil tahu dah.
    • IQbal Ramlee
      Betul tu- Orang kampung memang macam tu, pentingkan diri aje.Bukannya tak tahu tapi saja buat pekak badak dan rabun ayam.
  • Shahrulzaman Shafie
    PROJEK HAMPEH TERANG TERANG SONGKLAP WANG RAKYAT PATUT KE PROJEK 77 JUTA DENGAN HANYA MEMBEKAL ELETRIK UTK SABUAH RUMAH SAHAJA. NAMPAK TERANG TERANG PROJEK DIJALANKAN SAPERTI TERDESAK
    MACAM SUDAH BENGKRUP TIADA WANG.
  • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
    Ekonomi semudah ABC : Jika yg 'atas' pilih utk kaya raya, yg 'bwh' lambat laun ramai papa kedana, & jika yg 'atas', memilih utk miskin pasti yg 'bawah' kaya raya, sehingga tidak ada yg layak di beri sedekah...
  • Saw Leng Tat · Top Commenter
    inilah cara nya bagi menaikkan harga lektik, kalau tidak mana boleh untung. TNB tidak akan untung selagi ada penipu 1 malaysia.
  • Zubaidi Udin · Top Commenter · Sek.men.keb sri kampar, perak
    YG AUDIT UMNO YG LANTIK.YG HANDLE PROJEK PUAK UMNO.AGAK2 PENYOKONG UMNO BOLEH TERIMA KE KEBENARAN NI..
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      memang sah, kalau bukan rumah ketua bahagian Umngok, mesti rumah ketua cawangan .....!!paling tidak pun rumak pengurusi JKKKKK Umngok....!!!!
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      itu pasal TNB selalu lapor rugi....!!!
      lepas tu naikkan tarif letrik & rakyat yang tanggung beban kerugian TNB....!!!
      beruk betul.....!!!
  • Saw Leng Tat · Top Commenter
    hidup PAHANG, hidup NAJIS, mati 1 MALAYSIA.
  • Man Kadir · Top Commenter
    Kampung Orang Bunian tu .... APA MACAM?
    • Awang Hitam · Top Commenter · USA
      kena buat repot polis tu mana lagi 16 buah rumah..hilang pi mana.?
  • Tsunami Bomb · Top Commenter · Works at Human Rights First
    BN IS CORRUPTED..FUCK THEM ALL!
  • Lim Seng Gee
    Tukar management shj.
  • Apai Lambung · Top Commenter
    Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)----> ni peruntukan dari Kerajaan.. seposen pun xpakai duit TNB..
  • Zack Ef Zack · Uniten
    Syabas Jabatan Adit Negara mengeluarkan laporan yg sedemikian.. Thumb ups!
  • Dresar Klinik · Top Commenter
    jgan pula Nti Audit negara" pula DbisuKan"..kerana mmg sudah jelas skarang budaya..tidak Dapat terima kelemahan"..sudah terlalu Lma mnjalar..kePda pra pimpinan Parti memerintah.....sebelum ini terjadi apa yang Ptt kita buat..??
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
    Ketirisan berlaku saban tahun tapi tindakan pihak yang berkuasa? Akhirnyaq disimpan bawah karpet di tahun hadapan diaudit berlaku ketirisan itulah yang berulangkali berlaku. Perkara ini kenapa berlaku salah siapa? Salah rakyat kerana memilih pemimpin yang korup, tak jujur, tak amanah dan lebih penting tiada pengetahuan agama maka semua disonglap dan dianggap halal. Justru, PRU 13 jangan pilih UMNO/BN kita beri peluang PR memerintah dan lihat apa yang mereka buat, jika sama saja kita pilih yang lain kuasa ada di tangan RAKYT mengapa ditakutkan..............................
KDEB kerugian tetapi mampu bayar RM577k bonus
Selepas merakamkan keuntungan kecil dua tahun berturut-turut, anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, punca kerugian itu adalah kerana program air percuma pentadbiran Pakatan Rakyat, yang ditanggung oleh KDEB pada kos sebanyak RM131.47 juta.

azlan"Ini merupakan peningkatan dalam perbelanjaan yang tidak seimbang apabila dibandingkan dengan peningkatan dalam pendapatan," kata laporan itu.

Di sebalik kerugian itu, KDEB tetap membayar bonus bernilai RM576, 563 kepada 30 kakitangannya. Keputusan itu diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat empat-ahliyang terdiri daripada Menteri Besar, presiden syarikat, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri.

Lembaga pengarah juga dibidas kerana gagal mematuhi pekeliling Perbendaharaan 1993 yang mensyaratkan lembaga itu untuk memenuhi mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun demi melindungi kewangan syarikat.

"Audit itu mendapati bahawa mesyuarat itu tidak berlaku sekerap seperti yang sepatutnya. Dua mesyuarat diadakan pada tahun 2007 dan 2009 manakala tiga mesyuarat pada tahun 2008.

azlan"Walau bagaimanapun, lembaga KDEB telah bermesyuarat sebanyak empat kali pada tahun 2010 (yang bukan merupakan sebahagian daripada skop audit)," kata laporan itu.

Kesimpulannya, laporan itu berkata bahawa pentadbiran KDEB tidak memuaskan kerana kekurangan mesyuarat lembaga, audit tidak aktif, mekanisme pemeriksaan yang tidak cekap dan pengurusan kewangan yang tidak memuaskan.

"KDEB harus mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan pentadbiran korporat," kata laporan itu.


K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

azlanBagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

azlan"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.

"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.

Tiada ulasan: