Khamis, 20 Oktober 2011

FITNAH ...DAN FITNAH TERUS MENERUS...DEMI MENJAGA KEPENTINGAN POLITIK...AKHIR MEREKA NI DAPAT HUKUMAN ALLAH KITA TUNGGU AJE LAH....

Gaddafi mati akibat cedera parah, kata pegawai NTC

Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).

pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.

"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."

Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.

NONESebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.


Isu liwat isteri: Pakatan mahu Zul ke JK parlimen

Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memfailkan usul untuk merujuk ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen kerana didakwa membuat kenyataan berniat jahat di Dewan Rakyat.

Ia ekoran rentetan kepada ucapan Zulkifli di dalam dewan sebelum itu yang antara lainnya menyebut bahawa hukum hudud PAS membenarkan suami meliwat isteri.

zulkifli noordin parliament debate hudud and sodomyZulkifli berkata demikian dengan membangkitkan Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002.

Kenyataannya itu menyebabkan dewan gamat apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun dan membantah dakwaan berkenaan.

Zulkifli mendakwa beliau membacakan klausa undang-undang itu daripada naskhah enakmen yang diluluskan negeri Terengganu pada tahun berkenaan.

Beliau juga turut mengulangi kenyataanya tersebut dalam sidang media di bangunan parlimen selepas itu.

"Liwat ialah kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan lelaki lain atau seorang lelaki dengan seorang perempuan lain yang dilakukan di luar tabii, melalui dubur.

"Maknanya liwat bagi enakmen hudud PAS ini, lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan main ikut belakang, kecuali isterinya.

NONE"Maknaya main dubur isterinya tidak dianggap liwat. Jadi saya kata ini Islam ke? Takkan liwat isteri tak dianggap hudud. Sebab prinsip liwat ialah main (hubungan seks) ikut belakang (dubur)," katanya lagi.

Beliau juga mengulas dakwaannya berhubung ulasannya ke atas istilah "mukallaf" yang turut menjadi pertikaian di dalam Dewan sebelum itu.

Katanya, mukallaf atau had umur kepada orang Islam yang boleh dikenakan hukum hudud, qisas dan takzir, adalah selepas akil baligh.

Ahli parlimen Pakatan pula, dalam satu sidang media berasingan, menyifatkan kenyataan Zulkifli itu berniat jahat menimbulkan perkara dalam draf undang-undang dan bukannya enakmen yang digazetkan.

"Jelas ianya satu (kenyataan) mala fide apabila saya mendengar dia mengulas. Dan memang benarlah, di akhirnya (Zulkifli) kata (kenyataan itu dibaca) daripada draf (Enakmen Jenayah Syariah Terengganu)," kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 kuala selangor mp dr dzulkefly ahmad"Kalau draf, kenapa dia perlu timbulkan?," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri antara lainnya ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (Balik Pulau) dan Azan Ismail (Indera Mahkota).

Tambahnya, klausa yang menyebut "selain daripada isteri" itu juga merupakan satu kenyataan terbuka.

"Anda boleh membuat interpretasi yang salah. Jadi kita telah keluarkan daripada draf.

"Ia tidak ada (dinyatakan sebegitu) dalam versi muktamad. Saya boleh sahkan, tapi saya perlu semak sekali lagi," katanya.

Mengulas mengenai mukallaf 18 tahun pula, Dr Dzulkefly berkata PAS juga membentuk had umur itu supaya selari dengan undang-undang persekutuan.


'Bagaimana papagomo dapat bahan bukti SPRM?'

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam satu blog pro-Umno bahawa allahyarham antara lainnya mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa bahawa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga itu, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut.

Polis perlu menyiasat dakwaan berkenaan, kata Mokhtar, yang turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes melibatkan allahyarham.

NONEBercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Keluarga allahyarham pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya diraja untuk membolehkan siasatan kes kematian bekas pegawai kanan jabatan kastam itu dibuka semula.

Makhtar mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan.

"Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) papagomo?," soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham.

Menurutnya, telefon bimbit itu telah dirampas SPRM ketika siasatan dijalankan ke atas pegawai kastam itu.

Makhtar mendakwa wanita di dalam foto berkenaan juga bukanlah seorang wanita simpanan, seperti didakwa blog berkenaan.

Sebaliknya, dakwa beliau, wanita itu merupakan rakan kepada seorang anak perempuan allahyarham.

"Anak arwah telah pinjam telefon arwah untuk rakam gambar tersebut," katanya Makhtar lagi yang juga seorang bekas majistret.

Katanya lagi, pihak keluarga allahyarham telah mengetahui mengenai dakwaan dalam blog tersebut sejak dua minggu lalu.

"Ini yang buat keluarga rasa begitu sedih," katanya lagi.


Polis digesa lindungi anak Lim yang dalam trauma
Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa pihak polis bertindak terhadap penulis blog yang mendakwa anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun mencabul kehormatan rakan sekelas.

karpal singh did not boycott pas do 021011 karpal singh"Trauma yang dialami oleh anak ketua menteri adalah di luar imaginasi, dengan mengambil kira dakwaan yang dibuat terhadapnya," kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Justeru, kata Karpal, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar perlu mengarahkan anggota dan pegawainya untuk membuka siasatan jenayah fitnah terhadap penulis blog itu.

"Perkara yang perlu ditumpukan ialah tindakan segera polis untuk menangani dakwaan liar terhadap remaja berusia 16 tahun itu yang dibuat tanpa mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan."

Karpal juga menuntut penulis blog yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campurtangan dalam perkara itu.

"Sebagai bapa, perdana menteri, tidak sangsi lagi, boleh membayangkan penderitaan yang dialami oleh ketua menteri Pulau Pinang. Dalam perkembangan yang sebegitu serius ini, tidak harus difikirkan mengenai pertimbangan fahaman politik."

NONEBlog pro-Umno blog telah memuat-naikkan artikel mendakwa anak remaja Lim meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutup dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.


DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kanan), gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: