Selasa, 25 Oktober 2011

APA DAH JADI...TAK TAKUTKAH DAKWAAN DIAKHIRAT NANTI...DAH JELAS TAK KAN TAK FAHAM LAGI

Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

NONEJabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
NONE“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.



Laporan Audit: Walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324..?

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Yob ~ Patut la Malaysia dipenuhi rasuah! Aje ngancok wak!


Laporan Audit: TV LCD dibeli dengan harga RM16,100..?

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Yob ~ Wohoooo.... Ni namanya cerodik buah pelior!
Laporan Audit: Harga Laptop Acer 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal..?

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.
...
Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Yob ~ Dimana dorang ni belajar ekonomi? Bangang!



Laporan Audit: Harga Teropong 2,805 Peratus Lebih Tinggi..?

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM (jabatan taman laut malaysia) itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu,... tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.

Yob ~ Aje fuu key mark!!

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

NONELima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:

  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta

NONELapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:

  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)


  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Ini kuda cap umno.
    kuda kaki patah tak boleh race tapi boleh buat duit.
    Cara macam ini lah , wang rakyat diboroskan.
    Beli kuda kaki patah cuma bagi rakyat tengok.
    tapi duit senyap senyap masuk poket...
    - Oooooiiii , bunuh buang kuda ini dan ambil telor kuda bagi rosmah makan lah... keep slim!
    - Kulit kuda buat handbeg untuk rosmah!
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Bangsat umno ini
      Kalau babi bolh buat duit , dia pun akan minat
      Apa saja wang rakyat , boleh masuk poket ... umno tetap minat !
    • Yagami Raito · Pengulas Tertinggi · Machida, Tokyo, Japan
      Hahaha.. bab kuda2 ni aku takmo komen sangat la.. korang tahu la sapa peminat kuda no 1 negara..... jangan salahkan umngok aje.. kalau PR pun akan terpaksa buat bende sama
    • Tajudin Mohamad · Pengulas Tertinggi · Bukit Mertajam
      aku x tahu pon peminat kuda no 1 negara? selalu kuar tv ke?
  • Zizi Nisa · Pengulas Tertinggi · Bekerja di “Laa ilaaha illallah” (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)
    Mahalnya kuda2 ni...mahal dari Ferarri...yang beli betul2 kuda kayu....
  • Wal-Ibni Royce · Top Commenter
    Kalau di convert dengan lembu ,, dengan anggaran rm2500 sekor , dapat la beli lebih 2000 ekor lembu...bahagikan pada umat Islam untuk diternak. penternakan juga satu industri pertanian yg menguntungkan.

    Hakikatnya nye dah terbalik... rm5.66 juta dah jatuh pada beberapa ekor lembu UMNO yg bertanduk syaitan, berperut boncet , ekor bergelumang taik.
  • Suhairy Nor · Top Commenter · UPSI
    apa nak jadi the dgn pengurusan agensi kerajaan...
    sakit hati je baca...
    duit siapa? duit datuk nenek dia ker?
    TIDAK! Duit rakyat MALAYSIA!
  • Yusof Osman · Top Commenter · MBA (University of Lincoln)
    Camne MSN beli kuda tak ikut kriteria. Ini bukan kuda padi yang harganya cuma ribuan ringgit. Ini kuda ada kelas , hargapun juta-juta.SPR tak boleh diam. Sekurang-kurangnya ambil tindakan tata tertib pada mereka yang terlibat. Semua perbelanjaan tu wang pembayar cukai. Hai kuda putih , buat air mata meleleh.
    • Celik Fikir · Top Commenter · UKM
      “Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

      Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

      Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.
      ...See More
    • Celik Fikir · Top Commenter · UKM
      mana dia pecacai haprak UMNO mata depa buta...pekak ...bengong...dibengongkan parti cap dacing celaka.....
  • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
    Beli kuda up juga le?Sampai harga tak masuk akal.

Johor berhutang RM334.51 hingga Dis 2010 | Print |
Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah menjadi isu sebelum ini kerana kelewatan pengedarannya akhirnya telah diedar hari ini, selepas 17 hari Bajet 2010 dibentangkan Perdana Menteri.

Mengikut laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010, Kerajaan Negeri Johor telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekaln air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Kerajaan Negeri Johor telah berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta.

Laporan itu juga menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Aggrement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.

Sebelum itu Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian atau jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenaan supaya laporan itu dibentangkan di parlimen.

Laporan audit boleh dilayari melalui http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=458%3Alkan2010&catid=6%3Aberita-pengumuman&lang=ms


Tiada ulasan: