Jumaat, 6 Julai 2012

TAAT PADA SUAMI SATU KEWAJIPAN...HUBUNGAN SUAMI ISTERI SATU NIKMAT SYURGA YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN...PELANGGARAN AMAT BERAT DALAM UNDANG2 ISLAM@HUDUD....TERLEPAS PANDANG PERKARA NI...MUNGKIN BERLAKU KECURANGAN...SEKAT MUNGKIN BOLEH...... BAGAIMANA YANG PATUT DISEKAT TAPI TAK DISEKAT...NI DIPANGGIL SALAH PANTAU...TAKUT SEKAT SEBAB TERIKAT DENGAN DASAR...DAN NAK JAGA PERIUK NASI...DAH MATI TAK MAKAN NASI GAK....FIKIR2KAN....

Kelab Taat Suami terbit panduan seks baru

  • Ahmad Fadli KC
  • 3:52PM Jul 5 2012
Selepas menggemparkan negara dengan buku Seks Suci Islam, Kelab Taat Suami (KTS) kali ini tampil dengan satu lagi penerbitan berhubung seks yang dinamakan Risalah Roh Suci dan Seks Suci Islam.

Wakil penasihat KTS Fauziah Ariffin dalam satu sidang media hari ini berkata, penerbitan baru setebal 24 halaman itu khusus untuk bacaan orang ramai dan tidak terhad kepada ahlinya.
NONEMenurut Fauziah, risalah itu menekankan tentang pentingnya seorang isteri untuk taat kepada suami kerana ia merupakan tuntutan agama yang diwajibkan Tuhan.

"Kita secara terus terang cerita bahawa seorang wanita sangat diminta Tuhan jadi isteri baik. Itu tuntutan Allah bukan suami yang tuntut pun.

"Itu yang menjadikan suami berpuas hati dan dapat halang suami daripada melakukan maksiat," kata Fauziah.

Menurutnya lagi, manfaat daripada panduan ringkas dengan harga RM15 itu akan hanya dapat diperolehi jika pembaca menekuninya dengan fikiran yang terbuka.

"Kalau kita baca dengan fikiran terbuka tnpa prejudis, kita akan dapati ia sangat berguna untuk orang yg sudah berumahtangga," kata Fauziah.

NONEKetika ditanya tentang ketiadaan penerangan teknik seks di dalam panduan itu, Fauziah menegaskan ia hanya diajar kepada ahli-ahli kelab itu sahaja.

"Untuk ahli-ahli, kita ajarlah. Bagaimana nak hadapi suami, berpakaian, 'beraksi' dan sebagainya.

"Praktikal kalau tunjuk haram, kita menceritakan (tekniknya).

"Gambaran tak diceritakan secara lucah tapi untuk orang dah berkahwin itu fahamlah," katanya.

Beliau turut menegur kebanyakan perempuan Melayu yang menurutnya tidak menggunakan sepenuhnya institusi perkahwinan untuk meneroka hubungan seks suami isteri yang halal.

"Maaf cakaplah wanita-wanita Melayu ini ortodoks sedikit sedangkan Allah dah bagi halal," katanya.

Panduan itu dilancarkan bersempena sambutan Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) - sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.

Turut dilancarkan adalah empat lagi produk lain GISB iaitu akhbar Nur Muhammad, DVD teater umrah GISB, CD wawancara bekas isteri Ashaari Mohamad, Ummu Jah, serta kit profail syarikat GISB.

Tindakan KTS mempromosikan panduan seks sebelum ini menerima tindakan keras pihak berkuasa yang mengharamkan buku Seks Suci Islam dan membuat serbuan ke program yang mempromosikan buku berkenaan.
Anugerah seksis tak ganggu fokus Kelab Taat Suami

  • Ahmad Fadli KC
  • 3:09PM Jul 5 2012
Anugerah seksis yang 'diterima' Kelab Taat Suami (OWC) sewaktu Anugerah satira 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012' sedikit pun tidak melemahkan semangat kelab itu untuk terus menyebarkan mesej mereka kepada orang ramai.

Menurut wakilnya di Malaysia, Fauziah Ariffin, anugerah satira
itu tidak akan mengganggu fokus kelab itu dalam perjuangan
mereka.

"Sebab kita ada halatuju sebenar, kita bukan hendak 'provoke' orang
tapi niat kita hendak membantu sebab orang perempuan disuruh taat pada suami," katanya sewaktu ditemui di Rawang.

OWC sebelum ini 'menerima' anugerah 'Paling Kurang Membantu
Persaudaraan Wanita' daripada Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang menganjurkan 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012'.

Anugerah itu dimenangi OWC kerana ia dilapor pernah menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Menurut Fauziah,  usaha-usaha yang dijalankan OWC tidak memerlukan sebarang pengiktirafan dari manusia kerana ia dibuat untuk mendapat keredhaan Tuhan.

"Orang nak 'provoke' atau sokong, bagi kami tak jadi apa-apa sebab
kami pandang apa yang Allah suruh dan larang "Kita tak ambil (kisah) apa manusia kata," katanya.

Malah, katanya OWC tetap dihubungi isteri-isteri yang mahu memperbaiki rumah tangga mereka walau pun buku mereka sebelum ini, 'Seks Suci Islam' dilarang pengedarannya.

"Walaupun ada larangan (buku) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, orang tetap hubungi kita nak tahu (tentang OWC)," katanya.
Isu seks Islam terus dikupas di TV Internet

  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:06PM Mac 21 2012
Isu kontroversi 'seks Islam' yang pada mulanya dibangkitkan Kelab Taat Suami terus dikupas di saluran televisyen dalam talian TVRSA milik Al-Arqam, yang terus mempromosi agenda tersebut.

NONEMenggunakan slogan 'saluran roh suci dan seks suci Islam', saluran yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu antaranya cuba memaparkan infomasi mengenai "kehebatan dan keindahan seks Islam".

Dalam kandungan video yang disiarkan, TVRSA antaranya menggelarkannya Nabi Muhammad yang memiliki 11 orang isteri sebagai "bapa seks suci" yang memperjuangkan seks Islam sebagai cara hidup berkeluarga.

"Seks Islam yang indah itu ditaja oleh 3 tokoh seks suci - Abuya Asaari At Tamimi - mewakili Muhammad dan Imam Mahdi yang ghaib itu," dialog dalam video dokumentari berjudul "Teater seks suci Islam - kembalikan seks Islam kepada dunia" itu dipetik.

NONE"(Seramai) 200 lebih cucu daripada 38 orang anak bersama 4 orang isteri, hebat sungguh sumbangannya pada seks Islam. Keluarga moden, bukti realiti, seks yang diperjuangkan Islam, hebat hasilnya. Sedangkan seks Barat itu kurus kering jadinya (jika) dibanding dengan seks Islam."

Bagaimanapun, TVRSA bukan semata-mata membincangkan isu itu sahaja kerana turut memuatkan video kategori lain, termasuk berita, dialog, dokumentari, drama dan pendidikan.

Saluran itu menjadi perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantaunya.

NONEBeliau berkata, TVRSA perlu diberi perhatian serius kerana bimbang ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan berkembang semula.

Tinjauan Malaysiakini mendapati saluran itu masih aktif dengan video terbaru mereka dimuat turun semalam.
Kelab Taat Suami ikrar perangi seks haram

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:45PM Nov 28 2011
Kelab Taat Suami (KTS) yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan buku panduan seks Islam, hari ini berikrar mahu memerangi seks haram yang didakwanya digalakan oleh Yahudi.

obedient wives club on illicit sex 281111 with banner story imageSempena sambutan Awal Muharram di ibu pejabatnya di Bandar Country Homes, Rawang, pagi ini, Global Ikhwan, badan penaung KTS melancarkan kempen “Perangi Seks Haram: Taat Kepada Suami”.

Menurut anggota jawatankuasa pusat KTS, Siti Maznah Taufik, yang bertanggungjawab terhadap cawangan kelab itu di Australia, kempen berkenaan sebahagian usaha bagi menyelesaikan gelaja sosial, terutamanya seks luar nikah dan pembuangan bayi.

obedient wives club on illicit sex 281111 rise and shine story image"Islam mempunyai penyelesaian kepada semua masalah, termasuk yang berkaitan dengan perkahwinan dan seks... Kajian kami mendapati suami yang tidak mendapat kepuasan dari isteri mereka akan mencari hiburan di luar dan ini meningkatkan lagi gejala seks haram,” katnya kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakan mereka wanita semasa majlis itu.

Katanya, ahli-ahli Global Ikhwan telah mengamalkan cara perkahwinan dan hubungan seks Islam selama lebih 30 tahun, dan kesimpulan mereka bahawa kesetiaan kepada suami adalah kunci untuk memenangi pertarungan menentang seks haram.

NONEDua sepanduk dengan 14 gambar-gambar dipamerkan yang antara lain, mendakwa bahawa seks haram adalah digalakkan oleh orang-orang Yahudi dengan tujuan memusnahkan Islam kerana mereka memahami "kesan sampingan" jika isteri-isteri berlaku curang terhadap suami mereka.

Justeru, menggalakkan seks Islam adalah perjuangan menentang orang Yahudi.
JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS
2:08PM Okt 13 2011
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.

NONE"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.

Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.

Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.

Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.

azlanBerita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam.
Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".

Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.
Kelab Isteri Taat dapat pelbagai reaksi

  • Jimadie Shah Othman & Norsyafinas Ahmad Sukri
  • 5:56PM Jun 3 2011
Penubuhan Kelab Isteri Taat oleh Global Ikwan - organisasi yang ditubuhkan bekas ahli pertubuhan Al-Arqam - mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berpendapat kelab sebegitu tidak mempunyai keperluan untuk diwujudkan.

"Saya rasa tidak perlu (tubuh kelab). Saya rasa, pendidikan dan ilmu itu yang lebih penting disampaikan. Macam ada kesepakatan hendak kumpul power pula," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana masih belum jelas apa sebenarnya tujuan kelab itu ditubuhkan.

"Nampak macam hendak ke arah itu... supaya suami senang hendak kahwin satu lagi," katanya yang sering ketawa sepanjang dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kelab yang dianggap sebagai pelengkap kepada Kelab Poligami Malaysia yang ditubuhkannya sebelum ini akan dilancarkan di Rawang esok.

Ia antaranya dilaporkan bertujuan membentuk isteri supaya lebih taat kepada suaminya, sekali gus memainkan peranan mengelakkan penceraian dan keganasan rumahtangga.

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Senator Mumtaz Md Nawi pula berpendapat sebaliknya.

Mumtaz berkata, beliau tidak akan menentang usaha itu kerana ia merupakan sesuatu yang baik.

"Ketaatan mesti seimbang mengikut tatacara seorang Islam secara menyeluruh dan berterusan," katanya ketika ditemui di muktamar PAS selepas membuang undi dalam pemilihan pemimpin pusat parti itu.

"Dalam al-Quran, ada menyebut supaya isteri taat kepada suami seperti Sulaiman kepada Balqis, Yusuf kepada Zulaikha dan Nabi Muhammad kepada isteri-isterinya."
Kelab Taat Suami kembang sayap
12:12PM Jun 25 2011
Kelab Taat Suami yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu kini melebarkan sayapnya ke pelbagai negara lain, termasuklah Jordan, Thailand dan Singapura.

NONEKelab yang ditubuhkan Global Ikhwan - syarikat bekas pengikut al-Arqam - itu sedang meraih populariti, terutamanya di negara dengan kepadatan umat Islam yang tinggi, lapor Reuters.

Bagi seorang rakyat Indonesia Gina Puspita, beliau sanggup meninggakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan pesawat untuk memenuhi misi menyampaikan ajaran Islam dan membantu wanita muda membina perkahwinan yang bahagia melalui amalam seks yang baik.

Ibu berpendidikan Perancis itu menganjurkan program keagamaan melalui kelab itu, berdasarkan kepercayaannya bahawa memenuhi tuntuhan seks merupakan penawar kepada masalah sosial "gaya Barat" seperti penceraian dan penderaan rumah tangga,

"Isteri mesti taat kepada suami dalam segenap aspek kehidupan, seperti menyediakan makanan dan minuman, menenangkan dan memberi sokongan kepada suami, termasuk juga dalam hubungan seks," Puspita dilaporkan sebagai berkata kepada agensi berita antarabangsa itu.
Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
3:41PM Jun 8 2011
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohaya itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.
Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

NONEKatanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

prostitution, desa mentari, police raidSehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.

Tiada ulasan: