Jumaat, 6 Julai 2012

NAK LODEH ORANG...MACAMLAH KITA BAIK SANGAT...JANGAN LODEH ORANG...KITA DAH TERBARAI DULU...AGAK2LAH...TENGOKLAH DIRI SENDIRI DULU...JANGAN KITA LEBIH KURANG...MALAH MUNGKIN LAGI TERUK SERTA DAHSYAT.....

DAP mahu londeh dakwaan MCA esok

  • Leven Woon
  • 5:03PM Jul 5 2012
DAP hari ini turut serta dalam pertelingkahan berhubung dakwaan penyelamatan Talam Corp Bhd berjumlah RM1 bilion antara MCA dan kerajaan Selangor melalui perakaunan rumit.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu.

NONEBagaimanapun, sebagai permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua kesalahan dalam sidang media Selasa lalu.

Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009.

"Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya.

Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua.
Saksi dakwa dipukul, ditendang anggota polis

  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:13PM Jul 5 2012
Seorang pesara Baharudin Hashim mendakwa beliau ditendang dan dipukul oleh anggota polis yang menangkapnya sewaktu pasukan keselamatan itu menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Saksi yang memberi keterangan di pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia itu berkata, beliau pada waktu itu berada di Wisma Kraftangan, berdekatan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak.

NONEKatanya, beliau melihat bahawa anggota polis yang menahannya itu memakai tanda nama tetapi tidak sempat membaca pengenalan diri tersebut.

"Mereka orang muda. Saya ada nampak tanda nama, tapi tak sempat nak baca... Mereka tangkap dengan mencekak kepala (saya).

"Selepas itu saya, rasa dipukul di kepala, ditendang dan diheret dari Wisma Kraftangan ke simpang (Tun Perak-Jalan TAR).

"Sepanjang jalan, ada polis, mereka tumpang sekaki... Saya rasa ditendang, dipukul di kepala, dipukul di belakang," dakwanya.

Bercakap di pendengaran awam berhubung insiden kekerasan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu, Baharudin berkata beliau berulang kali merayu kepada polis supaya melepaskannya.

"Saya kata, 'tolong lepaskan saya, saya sudah tua'. Saya kata berulang-ulang kali... Sampai di simpang saya ada dengar pegawai kata 'lepaskanlah, dia sudah tua'. Selepas itu saya bebas, tidak ditahan lagi," katanya.

Beliau mengalami lebam-lebam dan sengal-sengal badan akibat tindakan polis itu, katanya Baharudin.

Susulan itu, beliau membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku ke atas dirinya pada 4 Mei – hampir seminggu selepas kejadian tersebut, selepas peguam dari Lawyers for Liberty "memberi semangat" kepadanya untuk berbuat demikian.

Baharudin memberi keterangan kepada panel dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emiretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen.
Polis rampas kamera wartawan, dakwa saksi

  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:27PM Jul 5 2012
Seorang pesara Baharudin Hashim mendakwa beliau melihat anggota polis merampas kamera wartawan dan memberi amaran kepada petugas media yang cuba merakam gambar ketika pasukan itu menyuraikan perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

NONEBaharudin memberitahu pendengaran awam oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa beliau melihat perkara itu ketika berada di Wisma Kraftangan, berdekatan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak.

"Ada yang kena rampas (kamera), diambil, diberi amaran. 'Kalau ambil juga kena rampas'," dakwanya dalam sesi berkenaan.

Ketua panel siasatan tersebut, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee kemudian menyoalnya berhubung tindakan polis dan bagaimana beliau dapat mengenali wartawan berkenaan.

Baharudin seterusya menjawab: "Saya nampak ada kamera, ada tag sebagai wartawan... Saya nampak polis rampas kamera wartawan."

Baharudin berkata kejadian itu berlaku selepas pukul enam petang di jalan tersebut.

Sebelum itu, Baharudin berkata pada mulanya, beliau ingin melihat-lihat barangan di sebuah gedung membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum bergerak ke Masjid Jamek untuk menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.

Katanya lagi, beliau juga berada di lokasi berkenaan kerana "ingin tahu" perkembangan peserta BERSIH 3.0 kerana berlaku insiden "orang lari-lari macam ada kejar-keja" di dalam pusat membeli-belah berkenaan.

Baharudin memberi keterangan di pendengaran awam berhubung insiden kekerasan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu
di hadapan panel Suhakam dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emiretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen.
BERSIH 3.0: Saksi lihat peguam, peserta cedera

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:41PM Jul 5 2012
Seorang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Khairul Anuar Pawanchik berkata beliau tidak melihat kejadian yang menyebabkan seorang peserta perhimpunan mengalami kecederaan semasa BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Pegawai komunikasi dan simpanan PBSM itu berkata beliau melihat individu berkenaan telahpun dalam keadaan berdarah di satu lokasi di Jalan Tun Perak, ketika beliau selesai bertugas pada kira-kira jam 6.30 petang.

Khairul Anuar berkata, peserta perhimpunan berketurunan Cina itu mengalami kecederaan di bahagian telinga yang "nampak seolah-olah macam terhiris".

"(Saya nampak) kecederaan yang dihadapi tetapi tidak nampak (bagaimana) kejadian itu (berlaku)," katanya dalam sidang pendengaran awam berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah di ibu pejabat Suhakam petang ini.
'Kawat duri untuk perang'

Saksi berkenaan berkata, kecederaan yang dilihatnya itu berbeza dengan kecederaan yang lazim dialami akibat digunting atau terjatuh.

Bekas anggota tentera itu beranggapan bahawa kecederaan itu mungkin disebabkan terkena kawat duri yang dipasang oleh polis.

Beliau berpendapat bahawa kawat duri yang dipasang oleh anggota keselamatan semasa perhimpunan itu membahayakan masyarakat awam dan tidak sesuai digunakan untuk mengawal orang ramai.

Bekas anggota tentera itu berkata kawat duri itu biasanya digunakan untuk pertahanan, perlindungan atau melengah-lengahkan musuh ketika zon perang.

"Ia digunakan pada waktu perang, di zon pembunuhan, (atau dipasang) pada dinding penjara tapi diletakkan ditempat tinggi," katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati BERSIH 2.0 Daniel Albert.
Peguam cedera
Katanya lagi, beliau turut memberi rawatan kepada seorang peguam yang turut ditemuinya di lokasi terbabit.

"Saya nampak mukanya berdarah. Dia berkata kepada saya, 'kenapa polis buat saya begini'. (Lalu) saya beri kepadanya dua helai sapu tangan untuk menutup pipinya yang luka," katanya.

Beliau juga menunjukkan keratan akhbar daripada akhbar Suara Keadilan yang memuatkan gambar peguam, Haijan Omar.

Pada mulanya, beliau tidak mengetahui bahawa lelaki yang meminta pertolongannya itu merupakan seorang peguam.
Namun, beliau kemudiannya mengecam wajah peguam tersebut yang disiarkan akhbar berkenaan.

Khairul Anuar merupakan saksi ketiga yang memberi keterangan kepada panel dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen.

Seramai 19 lagi saksi akan dipanggil dalam sidang pendengaran yang akan disambung semula pada 11 julai ini.
Anugerah seksis tak ganggu fokus Kelab Taat Suami

  • Ahmad Fadli KC
  • 3:09PM Jul 5 2012
Anugerah seksis yang 'diterima' Kelab Taat Suami (OWC) sewaktu Anugerah satira 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012' sedikit pun tidak melemahkan semangat kelab itu untuk terus menyebarkan mesej mereka kepada orang ramai.

Menurut wakilnya di Malaysia, Fauziah Ariffin, anugerah satira
itu tidak akan mengganggu fokus kelab itu dalam perjuangan
mereka.

"Sebab kita ada halatuju sebenar, kita bukan hendak 'provoke' orang
tapi niat kita hendak membantu sebab orang perempuan disuruh taat pada suami," katanya sewaktu ditemui di Rawang.

OWC sebelum ini 'menerima' anugerah 'Paling Kurang Membantu
Persaudaraan Wanita' daripada Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang menganjurkan 'Aiyoh..Wat Lah Awards 2012'.

Anugerah itu dimenangi OWC kerana ia dilapor pernah menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Menurut Fauziah,  usaha-usaha yang dijalankan OWC tidak memerlukan sebarang pengiktirafan dari manusia kerana ia dibuat untuk mendapat keredhaan Tuhan.

"Orang nak 'provoke' atau sokong, bagi kami tak jadi apa-apa sebab
kami pandang apa yang Allah suruh dan larang "Kita tak ambil (kisah) apa manusia kata," katanya.

Malah, katanya OWC tetap dihubungi isteri-isteri yang mahu memperbaiki rumah tangga mereka walau pun buku mereka sebelum ini, 'Seks Suci Islam' dilarang pengedarannya.

"Walaupun ada larangan (buku) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, orang tetap hubungi kita nak tahu (tentang OWC)," katanya.
'PM bimbang skandal LRT gugat kedudukan'
5:24PM Jul 5 2012
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melihat siasatan terhadapnya - kerana mendedahkan dokumen projek sambungan LRT didakwa bernilai RM1 bilion - disebabkan kebimbangan perdana menteri terhadap kemungkinan dakwaan itu menggugat kedudukannya.

NONEKatanya, tindakan menubuhkan pasukan khas polis untuk menyiasat kebocoran maklumat itu, seperti dumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan dokumen berkaitan asli.

"Kenyataan Bakri semalam mengesahkan dua perkara: Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.

"(Ia juga mengesahkan) bahawa Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas," katanya.
Blog Rafizi jadi sasaran serangan siber

  • Hazlan Zakaria
  • 4:47PM Jul 5 2012
Laman blog Pengarah Strategik PKR, Rafizi menjadi sasaran serangan siber hari ini, yang dipercayainya sebagai tindak balas langsung terhadap pendedahannya mengenai projek sambungan LRT Ampang.

Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh warga siber di Twitter, Malaysiakini cuba mengakses laman tersebut dan mendapati ia telah digodam dan kandungannya dipadam.

Katanya, beliau telah menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang mengesahkan ia adalah satu serangan dan mereka sedang berusaha untuk menanganinya.

"Terlalu banyak kebetulan. (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gelisah, saya fikir. Anda juga kena serang. Saya fikir semua laman yang menyiarkan berita tersebut telah diserang," kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini.
Mayat bayi ditemui disembunyi dalam beg galas
9:38PM Jul 5 2012
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
  
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
  
"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan.
  
Beliau berkata penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu itu terbongkar pada pukul 6 petang Selasa apabila doktor yang merawatnya
mendapati dia baru melahirkan anak.
  
"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah.

Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk, katanya.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
  
- Bernama
Uncle Seekers, teman wanita direman 4 hari
  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:54PM Jul 5 2012
 
Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.
Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog uncleseekers.blogspot.com itu.
Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, lapor Bernama.
Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.
PKR: E-mel tunjukkan masalah trafik udara berterusan
  • Koh Jun Lin
  • 1:46PM Jul 5 2012
 
Masalah berhubung sistem kawalan trafik udara berterusan, berdasarkan e-mail dalaman daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bertarikh akhir Jun, dakwa PKR.

NONENaib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengedarkan kandungan lima e-mel dalaman - bertarikh 25 dan 27 Jun - yang memuatkan kemaskini status itu.

Menurut e-mel itu, masalah yang dilaporkan termasuk skrin radar menjadi kosong di pelbagai tempat dari beberapa saat sehingga 20 minit dan jadual penerbangan memerlukan kemaskini manual.

Malaysiakini bagaimanapun pada masa ini tidak dapat mengesahkan kesahihan e-mel itu pada masa ini.
'Tiada surat tunjuk sebab isu Faekah'
1:04PM Jul 5 2012  
Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menafikan laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak parti itu.

Akhbar tersebut hari ini memetik sumber sebagai berkata biro politik PKR, dalam mesyuarat Ahad lalu, memutuskan untuk mengeluarkan Khalid (kanan) surat tunjuk sebab untuk meminta penjelasan mengapa setiausaha politiknya Faekah Hussin tidak harus dipecat.

NONEIa melaporkan bahawa biro itu dilapor berpendapat, kerajaan Selangor tidak patut mengamalkan pilih kasih dalam isu surat sokongan kerana sebelum ini terdapat pihak yang dipecat kerana amalan sama.

Faekah sebelum ini mengaku mengeluarkan surat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB.

Beliau bagaimanapun menafikan ia surat sokongan. Khalid juga mempertahankan pegawai kanannya itu dengan berkata ia amalan biasa dan tidak melanggar etika.
Tian Chua ketika dihubungi hari ini mengesahkan Khalid telah menghadiri mesyuarat biro politik malam tadi yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tetapi agenda utamanya bukan mengenai Faekah.

"Kami telah mengeluarkan amaran yang sangat serius kepada ahli parti supaya berhenti mempersoalkan Faekah mengenai isu itu," katanya.
Lagi selebriti akan diisytihar sertai PAS 14 Julai ini
2:17PM Jul 5 2012  
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan (WP) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata beberapa tokoh penting dan selebriti popular akan mengisytiharkan menyertai parti itu dalam Himpunan Hijau PAS peringkat WP pada 14 Julai depan.

"PAS Wilayah Persekutuan juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.
"Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar ke dalam PAS dalam majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin dan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.

Menurutnya, artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

Suhaimi berkata PAS WP akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di peringkat WP pada 14 Julai ini.

"Kali ini PAS WP memilih dua lokasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpu sebagai pusat penganjurannya.

"Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan menjelajah Kuala Lumpur.

"Dijangkakan 1,000 motosikal serta 200 kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing," katanya.

Menurut Suhaimi lagi, antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan PAS WP.

Di sebelah malamnya pula, katanya, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri, untuk menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai himpunan tersebut.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke-13 yang akan dipimpin oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri.

Selepas solat Isyak pada jam 9 malam, kemuncak program bermula dengan pidato pimpinan PAS pusat, antaranya Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli jawatankuasa PAS Pusat - Ustaz Idris Ahmad dan Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).
Yang lainnya ialah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia, Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh, Setiasuaha DPP Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.

Selain mereka, katanya, PAS WP juga menjemput bekas Pengarah Pelajaran Perak Datuk Adnan Ibrahim, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Datuk Ramli Buyung, lagenda bolasepak negara Abdullah Ali.

Tiada ulasan: