Nik Aziz bantah hasrat Anwar
5 Julai 2012
Nik Aziz
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.
“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.
“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.
Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.
Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.
Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Isu RM1b: Langkah Selangor saman tak rasional
5 Julai 2012
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Dr Khir berkata, tindakan itu tidak rasional kerana rakyat ingin tahu perkara sebenar berhubung dakwaan dibangkitkan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Katanya, Kerajaan Negeri Selangor dilihat seperti tidak berani untuk mendedahkan perkara sebenar.
“Saya tak nampak rasional di sebalik tindakan saman itu kerana orang nak tahu apa yang telah dilakukan dan Tee Yong juga cuma mahukan penjelasan.
“Kalau tiada apa yang berlaku mengapa tidak mahu memberikan penjelasan?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya mendedahkan perkara tersebut kepada umum agar semua pihak mendapat penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Katanya, Kerajaan Negeri perlu telus dalam isu tersebut seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini.
Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan akan menyaman MCA berhubung dakwaan tersebut kerana dikatakan tuduhan berat menjejaskan nama baik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan satu tuduhan tidak berasas yang mencemar imej kerajaan pentadbirannya.
Artis beribadat melalui karier
5 Julai 2012
$entry.content.caption.value
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, situasi tersebut menunjukkan Pas sebuah parti yang diyakini dan bersifat terbuka.
Beliau berkata, penyertaan artis ke dalam Pas juga dapat menghakis pemikiran ortodoks yang menganggap Islam menghalang kerjaya artis.
“Keadaan ini menjadikan selama ini konsep bahawa Islam dianggap menghalang kegiatan artis adalah salah dan pada masa sama mereka bo-leh beribadat melalui karier, asalkan mereka mengikut jalur-jalur yang diizinkan dalam Islam.
“Perkara yang boleh membawa manusia kepada kebaikan adalah ibadah termasuk kerjaya artis menerusi perfileman, drama dan nyanyian yang dapat memberikan kesedaran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Husam berkata, trend tersebut akan meluaskan peranan industri hiburan menerusi karya artis ke arah kebaikan kerana berupaya memberikan pendidikan moral kepada generasi muda pada masa hadapan.
“Industri hiburan pada masa akan datang boleh berganding sekali dengan pendidikan moral untuk generasi muda iaitu bukan hanya bertindak sebagai industri liar semata-mata, tetapi hiburan yang terarah dan pengabdian diri kepada ALLAH SWT,” katanya.
Baru-baru ini pelakon popular, Hairie Othman mengambil keputusan menyertai Pas kerana melihat parti itu berjuang berlandaskan syariat Islam.
Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
5 Julai 2012
Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.
Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.
"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar.
Umno: 'Hak Anwar Ibrahim jika mahu bersara'
5 Julai 2012
$entry.content.caption.value
Menurut Ahmad, kenyataan Anwar tersebut, yang dibawa oleh Financial Times, mungkin juga bertujuan untuk memberitahu penyokongnya bahawa PRU13 adalah yang terakhir baginya setelah beliau menyebarkan pelbagai manifesto dan perlu bekerja bersungguh-sungguh.
“Itu hak dia untuk lakukan apa yang difikir sesuai untuk dirinya...mungkin juga tujuan dia kata itu untuk beritahu kepada penyokongnya yang ini dalah PRU terakhir untuk dirinya, jadi kerja bersunguh-sungguh.
"Tapi beliau juga perlu ingat, yang kami juga kerja amat bersungguh-sungguh untuk pertahankan Putrajaya dan negra ini kerana kami yakin perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah mulia," katanya.
Ahmad juga berkata, BN masih menjuarai kehidupan rakyat dan sedang melangkah memajukan negara seimbang dengan pergerakkan arus pemodenan negara pada masa kini.
“BN menjadi pembela rakyat, BN memberi keadilan kepada semua bangsa dan BN sentiasa mendahulukan rakyat setiap masa,” katanya lagi reaksi yang dihantar menerusi SMS petang tadi kepada Sinar HarianOnline.
Sebelum ini, PR juga telah menyatakan hasrat yang diluahkan Anwar adalah tindakan yang berani dan 'gentleman', namun ketelusan sistem pilihan raya dan media perlu ada serta negara tidak mengamalkan politik longkang dan melakukan serangan peribadi justeru membiarkan rakyat membuat pilihan secara sendiri tanpa paksaan.
Dalam kenyataan Anwar semasa wawancaranya bersama Financial Times sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan dan beliau dikatakan akan meneruskan jawatan lamanya sebagai guru.
PR: Pendirian Anwar 'keputusan berani'
5 Julai 2012
Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian Anwar itu menunjukkan beliau mempunyai sikap yang berani dan semangat sedemikian perlu dimiliki oleh semua pemimpin.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Anwar seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab untuk menghadapi perkara tersebut secara bersendirian.
"Bahawa beliau nak bersara, itu menunjukkan sikap 'gentleman' Anwar dan sikap ini juga perlu ada pada semua pemimpin.
"Beliau mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin PR jika menghadapi kegagalan pada PRU kali ini adalah tindakan yang gentlemen," katanya.
Menurutnya lagi, beliau menghormati pendirian Ketua Pembangkang dan contoh seperti itu diperlukan kepada semua pemimpin politik yang sanggup menggalas tangunggjawab sendiri.
"Saya hormat pendirian beliau dan keputusan itu baik, ini yang kita nak, semua pemimpin politik mengambil tanggungjwab sendirian bukan tanggungjawab bersama kerana itu adalah berbeza," katanya lagi.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menerima dengan lapang dada jika itu keputusan yang dipilih oleh Anwar, Ketua Umum PR, apabila gagal menawan Kerajaan Pusat pada PRU13.
Fuziah juga berkata, kalau pilihan raya adil dan bebas, media juga perlu bebas dan amalan politik longkang dan serangan peribadi tidak perlu dijadikan amalan dan rakyat perlu diberi hak membuat keputusan barulah beliau berlapang dada menerimanya.
"Pada pandangan saya, apa yang dimaksudkan Anwar, hanya rakyat yang berhak akan membuat keputusan dan memberi peluang kepada kami untuk memimpin negara kelak.
"Saya lapang dada sekiranya Anwar telah memilih keputusan itu jika parti yang dipimpinnya tak berjaya menawan Putrajaya pada PRU ini," katanya.
Fuziah juga berkata, namun begitu beliau berpendapat sekiranya apa jua yang diusahakan Anwar tetap menemui kegagalan, mereka bolehlah memikir apa yang terbaik untuk diri masing-masing dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan kelak.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, penyataan Anwar dalam media adalah satu spekulasi kerana beliau tidak pernah dengar daripada Anwar mengenai keputusan itu.
Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong enggan mengulas dan beliau hanya menganggap itu satu spekulasi media kerana tidak ada bukti yang sah yang diberikan oleh Anwar kepada PR.
"Saya telah banyak kali berjumpa dengan beliau, namun Anwar tak pernah menyuarakan hasrat tersebut.
"Oleh itu, tiada bukti yang sah tentang spekulasi yang dkeluarkan media semalam," katanya.
Laporan media menyebut Anwar menimbang akan bersara daripada politik jika PR yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada PRU13 dan pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.
Mereka paling mencegah kezaliman raja
5 Julai 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga Diraja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. Laporan itu menyimpulkan “The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.
Walaupun kadangkala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga Diraja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka. Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara. Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju dan style British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.
Bangsa Eropah
Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w “Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim). Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya, kebijaksaan politik dalam menangani krisis. Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.
Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.
Agamawan Sengat
Malang sekali, muncul pula golongan agama yang samada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba ALLAH yang merdeka jiwanya. Lahir golongan literalist yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan sengat dari maksud keseluruhan agama ini sehingga mendiam kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas. Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan regim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk ‘berforum, berwacana, ataupun berseminar’ menghalang penguasa merakusi hak rakyat. Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu banteng kepada regim-regim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih. Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.
Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.
Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga ALLAH menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.
Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga ALLAH menghidupkannya”.
Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambang nilai Islam yang ada dalam dirinya. Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula. Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.
· Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford
Hudud: Ilmu keluarkan surat rasmi untuk Umno Johor
5 Julai 2012
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari
Mat Jahaya
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat rasmi itu menyatakan sebulat suara menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai perlaksanaan hukum hudud di Johor.
Menurutnya, dalam surat tersebut, Ilmu menyuarakan pendapat dan cadangan berhubung proses perlaksanaan hukum hudud di negeri itu.
“Sekiranya segala usul, pendapat dan cadangan diterima, kami dengan sukarela melibatkan diri tampil membantu melicinkan proses perlaksanaan hukum hudud di Johor,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang tindakan mengenai isu yang hangat diperkatakan ini.
“Kuasa hanya berada di pihak mereka, kami sebagai pihak yang menyokong hanya mengeluarkan pandangan sahaja dan tidak ada hak atas sebarang keputusan.
“Selain itu, kami juga akan membuat hebahan mengenai surat rasmi yang dikeluarkan ini di facebook, twitter dan sebagainya sebagai tontonan masyarakat umum,” katanya.
Beliau sebelum ini, mengingatkan agar Umno Johor tidak terlalu gopoh untuk melaksanakan hukum hudud kerana dikhuatiri ia akan berhenti separuh jalan.
“Di samping itu, pelbagai aspek perlu dilihat dengan menghimpunkan pakarpakar yang arif mengenai hukum hudud dalam melontar pandangan agar hukum ini benar-benar dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan,” katanya.
Hudud: Kedah serah kepada Pas Pusat
5 Julai 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya akan patuh pada ketetapan Pas Pusat berhubung perkara itu.
“Saya sokong apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak penting sama ada Kelantan atau Johor yang laksana terlebih dahulu,” katanya.
Bagaimanapun, perkara berkaitan hudud lebih sesuai dibincangkan di peringkat mufti atau ulama untuk lebih kefahaman, berbanding membincangkan pihak mana terlebih dahulu melaksanakannya.
“Kita serahkan pada ulama… rujuk pada Majlis Mufti Kebangsaan, mereka lebih arif,” katanya.
Mengulas saranan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman agar Umno melaksanakan hudud di seluruh negara kerana memegang tampuk pemerintahan di peringkat Pusat, Azizan berkata, perkara itu juga perlu dirujuk kepada mufti untuk melihat kesesuaiannya.
“Bila pilihan raya umum makin dekat, macam-macam isu dibangkitkan semula termasuk hudud,” katanya.
Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengajak Umno Johor bekerjasama untuk melaksanakan hudud jika mampu melaksanakannya lebih awal berbanding Kelantan berikutan negeri itu menghadapi halangan berbuat demikian.
Nik Abdul Aziz juga berharap ia tidak ditarik balik sebaliknya akan menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan