“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.
“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.
Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.
“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.Dacing berat sebelah
“Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.
Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.
“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja”.
“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.
Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.
“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.
“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?
“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.
Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa terdapat peningkatan 17 kali ganda jumlah mereka yang ditembak mati polis pada 2009, di mana 88 ditembak berbanding hanya lima orang pada 2001.
Hari ini Lawyers For Liberty (LFL), Suaram dan PKR, mendedahkan bermula tahun 2000 - 279 orang telah ditembak mati dan 21.8 peratus (61 kematian) adalah berketurunan India.
Melayu pula sebanyak 15 peratus (42) manakala Cina adalah 18.6 peratus (52).
Berikut pecahan mengikut kaum:
2000: Melayu (4); Cina (2) India (0)
2001: Melayu (0); Cina (1) India (3)
2002: Melayu (6); Cina (12); India (6)
2003: Melayu (2); Cina (4); India (7)
2004: Melayu (2); Cina (7); India (1)
2005: Melayu (1); Cina (4); India (4)
2006: Melayu (2); Cina (0); India (3)
2007: Melayu (3); Cina (4); India (4)
2008: Melayu (7); Cina (9); India (11)
2009: Melayu (15); Cina (9); India (23)
Jumlah: Melayu (42); Cina (52); India (61)
Jawatankuasa disiplin yang berpengaruh itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya supaya menjelaskan komennya semasa temuramah eksklusif dengan Malaysiakini.
Liu dilaporkan sebagai berkata beliau khuatir DAP menuju ke arah amalan politik wang kerana wujud kecenderungan meningkat ke arah itu termasuk pembelian undi berikutan kekalahannya pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor minggu lalu.
“Ronnie Liu, sebagai anggota jawankuasa pusat DAP dan exco Selangor, sepatutnya tahu apa yang beliau perkatakan dan tidak membuat tuduhan melulu,” kata pengerusi jawatankuasa disiplin, Tan Kok Wai yang juga ahli parlimen Cheras.
Menurut Tan, jawatankuasa disiplin telah memutuskan untuk memulakan siasatan ke atas Liu.
Katanya, semasa wawancara itu Liu tdak menyatakan dengan jelas berhubung politik wang dalam DAP, justeru jawatankuasa itu ingin menyoalnya bagi mendapatkan butiran lanjut.
“Beliau membuat kenyataan awam yang mungkin menjejaskan reputasi dan imej DAP,” kata Tan.
Menurutnya lagi, bagi DAP, parti itu mengamakan konsep toleransi sifar terhadap rasuah dan tindakan akan diambil jika terbukti benar bahawa wujudnya politik wang.
Tan berkata jawatankuasa disiplin setakat ini juga belum menerima apa-apa aduan berhubung pembelian undi yang dikaitkan dengan pemilihan DAP Selangor.
"Saya akan memperjelaskan secara terperinci dengan apa yang saya kata dalam temuramah itu." katanya.
Ini bukan kali pertama Liu diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Disiplin selepas menerima surat sama pada Ogos lalu.
Ketika itu, beliau didakwa kerana bekas pembantunya Tee Boon Hock telah menyalahgunakan surat sokongan exco itu untuk memujuk pihak berkuasa tempatan memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan anaknya.
Susulan itu, Tee, ketika itu Ahli Majlis perbandaran Klang (MPK), dipecat dari DAP selepas mesyuarat jawatankuasa disiplin itu, manakala Liu diberi amaran keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan