Posted on Wednesday, September 04 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KOTA BHARU: Ketika rakyat dan pelbagai NGO mengutuk keras rampasan kuasa tentera di Mesir, sebaliknya Malaysia diberitahu Datuk Shahlan Ismail mengambil sikap berkecuali. Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri malam tadi memberitahu kerajaan Malaysia mengambil sikap berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak yang sedang bertelagah di Mesir.
“Berbeza dengan pendekatan yang diambil perdana menteri dalam isu di selatan Thailand, Filipina dan bantuan kemanusiaan ke Acheh kerana telah mendapat keizinan kerajaan negara terbabit.
“Namun berlainan situasi di Mesir. Penyokong Ikhwan Muslimin gopoh mahu perubahan dilakukan lebih cepat sehingga akhirnya Dr Morsi jatuh,” katanya pada program bual bicara kendalian TV al-Hijrah.
Seorang lagi panelis pada program itu, ulama muda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator. Sedangkan sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil sikap lebih jelas terhadap kudeta tentera di Mesir.
Shahlan biar pun nampak kepayahan menjawab soalan moderator tiba-tiba membongkar punca sebenar sikap membisu Datuk Seri Najib Razak terhadap krisis di Mesir. Beliau yang memberitahu baru pulang dari Mesir bersama rombongan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu “melukakan hati” kerajaan sementara Mesir.
Sebaliknya hujahnya seakan-akan menyalahkan Ikhwanul Muslimin kerana disifatnya gagal bertindak seperti Erdogan di Turki, lebih bersikap sederhana selepas Justice and Development Party menang. Bagaimanapun pandangan bekas calon BN di parlimen Pokok Sena itu jauh berbeza dengan seorang sarjana warga Mesir, Dr Alaa’ Hasni apabila menjelaskan pasukan polis dan tentera di Mesir paling brutal di dunia.
Beliau mendakwa tentera Mesir mendapat bantuan sebanyak RM1.3 bilion setahun daripada Amerika Syarikat. Memberitahu forum anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan Kelantan di Balai Islam malam kelmarin katanya, kira-kira 85 peratus keluasan bumi Mesir dikuasai pasukan tentera.
Dr Alaa yang juga pensyarah di UIAM berkata, kebangkitan Arab bermula di Mesir kerana rakyat tidak tahan dengan korupsi, penyelewengan dan kezaliman dilakukan Hosni Mubarak.
“Maka bermula Januari 2011 rakyat Mesir bangkit sehingga akhirnya Mubarak dijatuhkan dan rakyat selepas itu memilih pemimpin melalui demokrasi,” katanya.
Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus berkata, pendirian sebenar Malaysia terhadap konflik di Mesir terjawab sekarang. (Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Dalam krisis Mesir, nampaknya Malaysia mengambil pendirian berkecuali. Kalau kita kena serang, kena pukul, atau kena rompak contohnya, tiba-tiba kawan atau jiran kita ambil sikap berkecuali, tidak mahu bantu tangkap perompak atau sebagainya, wajarkah?
Sikab berkecuali negara kita sama dengan mengizinkan Israel-AS melanyak Mesir, negara bebas demokrasi dan negara umat Islam yang berdaulat itu. Dalam menegakkan hak dan menolak batil,sepatutnya tidak ada kecuali atau atas pagar. Seperti tidak ada selain duanya di akhirat,aitu Syurga atau Neraka. Seperti juga terang dengan gelap. Kalau terang dengan gelap bercampur, jadi samar-samar. Samar-samar, itu juga termasuk gelap! Wallahu 'aklam.-IH
ibnuhasyim.com
Utusan Malaysia tidak kisah jaja ‘temberang’
Posted on Wednesday, September 04 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER: Jika dahulu akhbar Utusan Melayu (Utusan Malaysia) benar-benar menjadi suara golongan buruh, petani dan rakyat tertindas, kini akhbar yang menjaja slogan Pemangkin Fikiran Rakyat itu hanya mengambil sikap pro kepada pemerintah dengan penyebaran pelbagai dakyah propaganda malah fitnah dan penipuan.
“Kita boleh lihat sendiri, Utusan Malaysia kini adalah UMNO, dan UMNO itu adalah Utusan Malaysia.”
Demikian dedah bekas wartawan Utusan Malaysia selama 16 tahun, Hata Wahari dalam forum Memahami Utusan-Siapa Awang Selamat anjuran Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (Akrab) dan KLSCAH di Kuala Lumpur, malam tadi.
Menurut beliau, Utusan Malaysia berubah arah sejak kepentingannya diambil alih oleh parti pemerintah UMNO yang ketika itu mendapat tentangan kuat Ketua Pengarang, Said Zahari sehingga berlakunya mogok pada 1961.
“Mereka (kerajaan) mahu mengawal maklumat yang disebar dalam Utusan tetapi ia ditentang hebat Pak Said Zahari kerana mahu Utusan Malaysia kekal sebagai suara rakyat, bukannya suara pemerintah,” ujar Hata.
Kata Hata yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), sebarang laporan utama yang disiarkan akhbar itu mempunyai kaitan dengan dasar dan agenda kerajaan yang akan dilaksanakan. Ia termasuk menjatuhkan mana-mana pemimpin UMNO sendiri yang tidak disukai ‘orang tertentu’.
“Kita boleh lihat bagaimana Utusan Malaysia diguna untuk menerbitkan kebencian, mengetepikan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
“Masa itu Utusan Malaysia memainkan isu kenaikan harga barang keperluan, kemudian kita dapat lihat bagaimana kerajaan pimpinan beliau hilang majoriti dua per tiga. Jawatan Perdana Menteri yang disandangnya pula diserahkan kepada Najib” kata Hata.
Menjawab persoalan siapakah penulis yang menggunakan nama Awang Selamat, Hata mendedahkan bahawa Awang Selamat merupakan ‘orang yang paling selamat’ kerana walau apa pun yang ditulis, Ketua Pengarang tidak akan dikenakan hukuman.
“Awang Selamat itu seolah-olah ‘kepala’ Perdana Menteri.
“Apa yang ditulis Awang Selamat itulah arahan yang diterima untuk ditulis dalam memberi persepsi, menguasai kumpulan tertentu. Kita boleh juga katakan bahawa beliau ini juga seolah-olah menjadi penjaja pemikiran Perdana Menteri.
Ditanya wartawan Roketkini.com mengenai kekuatan dan pengaruh Utusan Malaysia di kalangan masyarakat Melayu, Hata berkata, bahawa akhbar itu hanya memberi fokus kepada kumpulan tertentu masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar.
“Utusan telah berjaya membentuk sebuah mentaliti masyarakat yang feudal dan terkongkong.
“Dia (Utusan) tidak kisah dia kalah saman banyak kali. Contohnya Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan Malaysia, percayalah, orang kampung akan bela balik Utusan Malaysia, “tak habis-habis ambil duit orang Melayu, Utusan Malaysia ni Melayu punya”, sampai begitu sekali,” kata beliau panjang lebar.
Turut menjadi ahli panel forum itu ialah Profesor Zaharom Nain, Pensyarah Fakulti Kesenian dan Sains Sosial, Universiti Nottingham Kampus Malaysia.
Profesor Zaharom berkata, penguasaan kerajaan ke atas media arus perdana sepertimana yang berlaku dalam negara ini menyebabkan kurangnya ketelusan.
“Di sini kita lihat, dengan adanya media alternatif, wujudlah saingan dan kepelbagaian maklumat.
Beliau, pada masa yang sama turut mempertikaikan adakah masih wujud media arus perdana yang benar-benar digerakkan ‘untuk rakyat’.
“Dalam konteks media aliran utama, media untuk rakyat sudah jadi mitos. Realitinya, media kita adalah untuk dapatkan keuntungan,” ujar beliau.-Roketkini
Saman sperma RM600,000
Posted on Wednesday, September 04 @ 00:15:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki berketurunan Bosnia memfailkan saman terhadap bekas
kekasihnya dan menuntut RM600,000 kerana mendakwa dirinya dipergunakan
bagi mendapatkan sperma berkualiti.
Plaintif, Ervin Ahbabovic,
41, yang bekerja sebagai pengarah komersil di syarikat tempatan
memfailkan saman menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di
Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat lalu. Selepas melahirkan anak mereka, defendan didakwa sering bergaduh selain mendakwa wanita itu mempunyai keinginan seksual yang tinggi dan melakukan hubungan sekurang-kurangnya enam kali sehari.
Ervin mendakwa defendan ada menyatakan bahawa dia sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks (gigolo) selain bagi mendapatkan sperma miliknya.
Murni Wan Omar
Harian metro 03 Sept 2013
Hata Wahari: Siapakah Awang Selamat ?
Posted on Wednesday, September 04 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
LINK
Bekas presiden NUJ dan wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari membicarakan siapakah "Awang Selamat" yang berada di sebalik pintu pagar dan bangunan Utusan Melaysia.
Siapakah "Awang Selamat" yang dilindungi pemerintah dan kebal daripada tindakan undang-undang.
KiniTV
Langgar Lari - WYJ 3255
Posted on Tuesday, September 03 @ 23:04:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Video ini menunjukkan bagaimana sebuah kereta BMW no plat "WYJ 3255" yang merempuh sebuah motosikal dengan laju dan terus melarikan diri tanpa rasa kesal dan bersalah. Sama-sama sebarkan pada semua agar pemandu ini berjaya ditangkap.
kredit to Delon Wong
- ALBA
Berat sebelah: ROS lulus pendaftaran geng kongsi gelap, Pakatan dihalang
Posted on Tuesday, September 03 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
PETALING JAYA 3 SEPTEMBER: Tiada sebarang surat rasmi diterima Pakatan Rakyat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pendaftaran gabungan itu sejak dikemukakan pada 2009, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Berhubung status pendaftaran itu, Pakatan menurutnya konsisten menghubungi ROS sama ada melalui surat, kunjungan, telefon dan emel, namun dalam tempoh itu tiada sebarang jawapan diperolehi.
Saifuddin“Sejak 30 November 2009 hingga hari ini (3 September 2013) tiada sebarang hitam putih diterima daripada ROS mengenai status permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin membidas keengganan ROS meluluskan permohonan itu.
Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengumumkan, ROS tidak dapat memproses permohonan tersebut dan ini bertentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan itu.
“Mengikut KPI ROS, jabatan itu mesti memberi keputusan status pendaftaran sesuatu pertubuhan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mereka mengemukakan dokumen pendaftaran.
“Apa yang berlaku dalam masa 30 hari permohonan kami? Apakah Pakatan ada menerima sebarang surat dari ROS mengenainya? Tiada sebarang surat menyurat daripada ROS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Saifuddin turut mengecam tindakan ROS yang berat sebelah ekoran pendedahan tiga dari 49 pertubuhan kongsi gelap yang diumum Kementerian Dalam Negeri (KDN) 30 Ogos lalu berdaftar dengan jabatan itu.
“KDN seperti kita ketahui mengumumkan sejumlah pertubuhan kongsi gelap dan anehnya tiga daripada 49 pertubuhan dinamakan itu mempunyai status pendaftaran dengan ROS.
“Pertubuhan yang dianggap KDN sebagai merbahayapun ROS boleh luluskan, apa lagi Pakatan yang tiada kongsi gelap, memang patut sangat permohonan kami diluluskan,” sinisnya.
Pada 2 September lalu, Abdul Rahman mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan tersebut adalah pertubuhan sah dan pernah berdaftar dengan ROS, namun nama kumpulan itu dirahsiakan.
Sebelum ini, KDN turut mengumumkan 40,313 individu dikenalpasti ahli kumpulan 49 pertubuhan haram kongsi gelap yang antara aktiviti mereka ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api.-KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan