Ahad, 30 Jun 2013

PEROMPAK LAH NI TAK MENGIRA SAPE MANGSA MEREKA

GST: Kerajaan BN cuma tangguh sahaja?

ULASAN Keikhlasan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27hb Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.

Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.

Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa:

"Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.

"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubungan dengan itu, kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan."

Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.

Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Penerima BR1M terjejas
Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, kerajaan memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 3,000 sebulan.

Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik.

Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah - golongan 60 peratus penerima BR1M - akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.

Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Justeru, pendapatan boleh guna golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas.

Ini kerana, dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua, jawapan Parlimen Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.

Atas nama 'panel kajian'
Atas nama "Panel Kajian Semula Cukai (GST)", sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, digunakan dalam belanjawan sejak 2010 untuk kajian pelakasanaan GST.

Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk "Perluasan Dasar Cukai" (Kod 100600) yang bernilai RM 50 juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, saya menggesa menteri Kewangan supaya:

(1) Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi Kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak;

(2) Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;

(3) Memberi penjelasan lanjut sama jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;

Dan kalau jika kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak - BN dan Pakatan - perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.


LIEW CHIN TONG pengarah pendidikan politik DAP dan ahli Parlimen Kluang.

NGO Islam bantah 'curahan' RM pada sekolah vernakular
4:49PM Jun 30 2013
Tindakan kerajaan yang terus menerus “mencurah” bantuan berbilion ringgit kepada sekolah vernakular menjadi ancaman besar terhadap usaha menyatupadukan rakyat bawah sistem sekolah satu aliran, kata Gabungan NGO Islam-Melayu.

Memetik pandangan mantan hakim Datuk Mohd Noor Abdullah, mereka berpendapat kewujudan sekolah vernakular lebih lima dekad bertentangan  dengan Artikel 152  Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Sistem  pengasingan  melalui  pelbagai  aliran  telah  terbukti  dan  ternyata gagal malah membahayakan perpaduan masyarakat majmuk dan keselamatan negara,” menurut kenyataan mereka hari ini.

“Langkah  drastik  dan  berani  perlu  diambil  kerajaan  sekiranya  nasib dan  masa  depan negara  diutamakan  dan  rakyat  pula  perlu  bersikap  terbuka menerima  perubahan  demi  kebaikan bersama.”

Gabungan itu merujuk kepada laporan The Star berhubung 13 sekolah Tamil menerima bantuan RM20 juta untuk pelan tindakan bagi masa depan sekolah Tamil di Malaysia (PTST).

Dalam laporan itu, Menteri Pelajaran P Kamalanathan antaranya berkata, RM50,000 sehingga RM4.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan sekolah, bergantung kepada keperluan masing-masing.

Bawah PTST, menurutnya lagi, RM540mil telah digunakan untuk menaik taraf 523 sekolah Tamil sejak 2009.

Perdana menteri juga baru-baru ini dilaporkan mengumumkan enam sekolah Tamil baru akan dibina di seluruh negara.
KUIN Dan Masalah Gaji Staff
Posted on Sunday, June 30 @ 10:10:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Myba Sidamimisri

Saya ada seorang kawan STAFF INSANIAH mai dok cerita " bila PR Kedah jatuh, pakat melompat seronok sebahagian STAFF termasuk pengawal pintu pagar ...bila gaji tak masuk sampai setengah bulan yg kedua PAKAT SENYAP habis takut kena perli..nak buat DEMO tak mungkin sebab DEMO dulu share dgn PUAK UMNO "

saya pun jawab "yg cerdik PUAK UMNOO juga kat Insaniah sbb depa tak sanggup share dgn puak PAS utk memalukan MENTERI BESAR mereka yg tak pandai menghargai bahkan BAKAL sanggup melelong PERKAMPUNGAN INSANIAH..

peguam-peguam dulu takda ke nak beri khidmat..
apapun KITA belajarlah dari kesilapan..tengok sama org tepi bila kita bermasalah..depa dok tunggu ja nak boh...asal masalah secupak depa akan share sesama mereka jadi segantang..
balik baring letak tangan ataih dahi dan pikiaqq sat..betoii dak..
dah hang mai cerita, saya luahlah sikit dan kalu tak betoi saya minta maaf "...dia senyappp, apa pun dia tak kata cuma angguk saja



K'jaan, polis akan rayu kes Kugan
3:38PM Jun 30 2013
Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham dan itu adalah keputusan mahkamah, oleh kerana keadilan harus diikuti bukan sahaja oleh pihak tertuduh tetapi juga pihak yang menuduh, maka sudah pasti ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kerajaan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (Sista) ke-35 serta Koperasi bekas pelajar Izzuddin dan Ta'ayah (Kosista) ke-15 hari ini.

N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.

Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.

Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos.

- Bernama
Mukhriz: Kenyataan Lim seolah-olah enggan bayar
3:48PM Jun 30 2013
Kerajaan Kedah berharap Pulau Pinang tidak menolak permintaannya untuk mengenakan caj bekalan air mentah dari Sungai Muda ke negeri itu sebelum perbincangan peringkat pegawai diadakan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri mempunyai hujah berasas untuk mengenakan caj walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng awal-awal lagi mengemukakan alasan kerana enggan membayar.

NONE"Kenyataan Lim Guan Eng bersabit perkara itu baru-baru ini seolah-olah beliau menolak permintaan Kedah. Saya harap dia lebih terbuka dalam soal ini," kata Mukhriz (kiri) kepada pemberita apabila diminta mengulas jawapan Guan Eng berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan membayar caj air mentah yang diminta Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa negeri itu tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai di sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.

Syarikat bekalan air Pulau Pinang juga didakwa memberi maklumat salah kerana ia sebenarnya membuat untung sangat besar hasil jualan air terawat.

Kerajaan Pas Kedah sebelum pilihan raya umum ke-13 lepas telah mengambil tindakan untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang.

Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan tauliah pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini, Mukhriz berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat mereka dari Pulau Pinang.

"Proses perbincangan ini perlu sebelum kita boleh berunding mengenai caj yang hendak dikenakan. Jika tidak dapat berunding macam mana kita nak mulakan perundingan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata enakmen mengenai garis panduan hiburan sepanjang Ramadan telah ada dan diguna pakai sepanjang tahun tetapi pada bulan puasa ia lebih khusus kerana perlu untuk menjaga sensitiviti agama.

"PBT telah diingatkan agar ketetapan garis panduan sepanjang bulan puasa dipatuhi oleh semua pengusaha pusat-pusat hiburan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhkriz berkata kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu pusat panggilan bagi memudahkan rakyat membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan perkhidmatan awam dalam masa terdekat.

Katanya kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan, utiliti dan membasmi kemiskinan dan sehubungan itu mahu ahli-ahli majlis PBT mengamalkan sikap terbuka, mudah didekati dan sentiasa bermusyawarah dalam usaha merakyatkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan rakyat.

- Bernama

Rumah menteri di KL dirompak petang semalam
4:20PM Jun 30 2013
Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di Kuala Lumpur, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Ku berkata pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilikvutama sebelum mereka melarikan diri.

Jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: