Khamis, 20 Jun 2013

AGAK2 SAPE HIPOKRIT...DAN LANGGAR PRINSIP..ALLAH TAHU SAPE DIA

NGO: 150 khemah akan terpacak di Padang Merbok
4:13PM Jun 20 2013  
Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.

NONEPemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya.

Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

"Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya.

Beliau juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu.
SPR: Pembangkang hipokrit, tak selari dengan prinsip
 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.

"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya.

-Bernama
'Tindakan boleh diambil jika penumpang enggan bayar caj 10%'
 
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana penumpang yang enggan membayar caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenar oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali.

Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengusaha bas yang mengenakan caj lebih.

"(Sehubungan itu) Saya menyeru kepada penumpang dan pengusaha bas supaya menerima caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenarkan oleh SPAD.

"Saya menggesa semua penumpang dan pengusaha bas untuk mematuhi pengumuman SPAD ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan suruhanjaya itu bersetuju pengendali bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan akan datang.

Beliau berkata kelulusan caj tambahan itu dikenakan bagi semua perjalanan dari 8 Julai hingga 8 September tahun ini, merangkumi semua perkhidmatan bas ekspres dan bas tambahan.

Syed Hamid berkata langkah itu dapat membantu dan menampung kos operasi syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutama semasa musim perayaan.

Mengulas permintaan persatuan itu untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres, Mohamad Ashfar berkata perbincangan secara terperinci telah diadakan dengan SPAD semalam.

"SPAD telah menjelaskan bahawa satu kajian terperinci perlu dijalankan untuk dikemukakan kepada Kabinet.

"Kabinet akan memberi kelulusan bagi sebarang kenaikan tambang bas dan proses itu mungkin akan mengambil masa beberapa bulan," katanya.

Mohamad Ashfar juga berkata tiada undang-undang yang menyatakan pengusaha bas perlu menjual tiket lebih awal sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata langkah itu merupakan perkhidmatan yang disediakan pengusaha bas secara individu berdasarkan model perniagaan mereka sendiri.

"Oleh itu, untuk perjalanan semasa perayaan Aidilfitri, pengusaha bas akan mula menjual tiket lebih awal berdasarkan model perniagaan mereka," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pengusaha bas akan memastikan bilangan bas mencukupi bagi membolehkan semua orang pulang dengan selamat semasa perayaan Aidilfitri.

-Bernama
Black 505: PDRM akan minta bantuan tentera jika perlu
 
Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh hari ini.

Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.

Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.

Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbabit kegiatan itu.

Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan.

-Bernama
Nadzri digugur dari pasukan petugas EAIC
3:55PM Jun 20 2013  
Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai yang dipertikaikan penyertaannya dalam pasukan petugas yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis, tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas pasukan itu.

Berikut pendirian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melalui kenyataan pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof hari ini.

EAIC chairperson heliliah mohd yusof 120613"Suruhanjaya integriti berpendirian Encik Mohd Nadzri Ibrahim tidak lagi dibenarkan melibatkan diri dalam apa-apa tugas berkaitan pasukan petugas.

"Beliau akan terus menjalankan tugas-tugas lain yang dihadapi Suruhanjaya Integriti," kata Heliliah (kiri).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Jun lalu mengesyorkan EAIC supaya menggugurkan Mohd Nadzri daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan itu.

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menjelaskan, mereka tidak mahu pegawainya dikaitkan dengan mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC.

Sehari sebelum itu, dua anggota Parlimen Pakatan dari Pulau Pinang mempertikaikan penglibatan Mohd Nadzri dalam pasukan petugas itu kerana beliau pernah terlibat menyoal siasat mendiang Teoh Beng Hock yang mati pada 2009.

Tindakan itu, kata mereka akan menyebabkan integriti EAIC dicurigai khalayak.
Pakatan tubuh j'kuasa bincang penyertaan PSM
 
Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti mengenai hasrat Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai gabungan tiga parti pembangkang itu.

NONEKetua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata setakat ini tidak ada keputusan kerana belum ada konsensus bagi membolehkan parti sosialis itu untuk menyertai Pakatan.

"Keputusan hari ini adalah untuk membenarkan jawatankuasa daripada Pakatan untuk berbincang dengan jawatankuasa PSM.

"(Keputusan) hari ini bukan berkaitan menyertai Pakatan. Menyertai Pakatan bermaksud bersetuju dengan polisi bersama.

"Jadi kita bersikap positif dengan pandangan PSM. Kalau tidak ada masalah, kita akan mengadakan mesyuarat," katanya

Bercakap dalam sidang media, Anwar berkata, mesyuarat dengan PSM tersebut dijangka berlangsung minggu depan, bergantung kepada persidangan Parlimen.
Beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, bahawa PSM tidak mempunyai ruang menyertai Pakatan.
Jelasnya, kenyataan Saifuddin itu adalah dari sudut keengganan parti kiri itu menyokong dasar bersama Pakatan.

"Tadi, kita kata kita beri ruang untuk teliti dulu (pandangan)... Saifuddin pun ada (dalam mesyuarat). Dia pun setuju," kata Anwar.

Sementara itu naib presiden PAS Salahuddin Ayub dalam sidang media sama berkata pertemuan antara wakil parti tersebut dengan pemimpin PSM, dua hari lalu, berlangsung dalam suasana "sangat bagus".

"Mereka menyuarakan pandangan mereka berhubung isu-isu yang berlaku sebelum dan selepas pilihan raya.

"Kita beri komitmen kita. Kita terbuka dan mendengar segala pandangan mereka... Kami akhiri ketetapan bahawa apapun isu dan masalah akan tetap dibincang atas nama Pakatan Rakyat," katanya.
NC: UiTM sokong Umno, BN demi bumiputera
2:23PM Jun 20 2013  
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid secara terbuka mengakui institusi pendidikan yang dipimpinnya menyokong BN dan Umno.
Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, beliau berkata hanya parti pemerintah itu dapat menjamin masa depan bumiputera dalam negara ini.

"UiTM menyokong kerajaan BN dan Umno sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau diwawancara akhbar itu untuk mendapatkan maklum balasnya berhubung kenyataan NGO hak asasi Suaram yang berpendapat UiTM melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman.

Sahol mempertahankan UiTM yang dianggap membantu mengelakkan orang Melayu daripada menjadi hamba di tanah sendiri.

"Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin selama-lamanya orang Melayu menjadi hamba di tanah air sendiri," katanya lagi.

Tanpa kewujudan UiTM juga, akhbar sama melaporkan, pelajar Melayu yang mahu ke Universiti Tunku Abdul Rahman yang 99.9 peratus pelajarnya adalah Cina, akan berhadapan kesukaran kerana faktor halal dan haram pemakanan.

"Tutup UiTM bermakna hanya UTAR yang matlamatnya membangunkan profesional Cina akan wujud dan sama juga dengan kolej di Sungai Petani yang dimiliki MIC.

"Jadi kenapa nak persoal UiTM, bukankah mereka juga rasis?" katanya.

Tiada ulasan: