Khamis, 20 Jun 2013

JEREBU OH JEREBU

Anwar kekal ketua pembangkang
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR- PR memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai gabungan itu di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula minggu depan.

Anwar berkata keputusan itu telah diputuskan dalam perbincangan bersama Majlis Tertinggi Kepimpinan PR yang telah diadakan.

"Dalam perbincangan, saya diminta untuk menyambung tugas sebagai Ketua Parlimen PR bagi sesi ini," katanya secara ringkas pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan DAP yang mendapat kerusi terbanyak di Parlimen iaitu 38 kerusi telah mencadangkan penasihatnya, Lim Kit Siang menyandang jawatan ketua pembangkang.

Malah lazimnya, ketua parti yang paling banyak menang kerusi dilantik menjadi ketua pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar dilihat "gentlemen" apabila menyatakan akan memberi laluan kepada Kit Siang jika dipilih menyandang jawatan tersebut.

Namun, PR punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan ketua pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada BN dalam pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Pas dan DAP memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya penggal lalu.

Pada PRU13 DAP berada di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi Parlimen.
Jerebu kembali 'menyelubungi' Malaysia
Melaka dilanda jerebu
Jerebu di bandaraya Melaka
KUALA LUMPUR - Penjawat awam Hazeman Hassan dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini menyuarakan kepada isterinya agar tidak membenarkan anak lelaki mereka, yang berumur empat tahun, bermain di luar rumah.
"Kalau boleh, awak pun jangan banyak berada di luar rumah kerana udara di luar sana tidak sihat," jelas Hazeman lagi kepada isterinya. 
Pada 16 Jun lepas, Malaysia sekali lagi diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan bacaan pencemaran udara yang tidak sihat di beberapa lokasi di seluruh negara.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Indeks Pencemaran Udara (API) pada Ahad lepas mencatat paras melebihi 100 di empat lokasi. 
Melaka mencatat bacaan API yang paling teruk pada tahap 161 diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (120), Kemaman di Terengganu (108) dan Pelabuhan Klang di Selangor (103).
Enam lagi lokasi mencatat bacaan API bawah 100. Tempat-tempat ini ialah Putrajaya (94), Kuala Lumpur (87), Petaling Jaya (86), Johor Baharu (80), Ipoh (72) dan George Town (64).  
    
Masalah tahunan
Menurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung. 
Jabatan Kajicuaca turut menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka. 
Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itu mencatat 46 tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad) lepas.
Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100 adalah sederhana. Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihati orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah dan minum banyak air. 
Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatan adalah keutamaan untuk semua dan jerebu yang dilanda sekarang ini dijangka menjadi lebih teruk dengan angin yang membawa asap dari tompok panas di Sumatera.  
    
Pembakaran terbuka

Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, meningkat pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan kesihatan terutama yang berkaitan pernafasan. 
Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka dan tidak terkecuali dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu.  
Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkan rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan perniagaan.
Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalam kelompok risiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma agar mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakai penutup muka jika perlu berada di luar.
Para doktor juga menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan, demam, rasa hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambil rawatan perubatan.
Sementara itu, sumber Polis Marin juga menasihati nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut kerana jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkan bertambah buruk.
"Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tunda juga dinasihati memasang lampu," menurut sumber itu lagi.  - Bernama
Pasir Gudang pula catat IPU paras bahaya
KUALA LUMPUR - Selepas Muar dikesan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya pagi tadi, Pasir Gudang pula mencatat IPU bahaya setakat pukul 5 petang tadi.
 
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 pada 5 petang berbanding IPU 199 pukul 11 pagi tadi.
 
Bacaan IPU 0-50 adalah di tahap Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat) dan lebih 300 (Bahaya).
 
Kota Tinggi terus mengekalkan bacaan indeks udara yang sangat tidak sihat apabila mencatat IPU 291 pukul 5 petang tadi berbanding 232 pada 11 pagi, demikian menurut statistik IPU yang dikeluarkan JAS melalui laman sesawang www.doe.gov.my
 
Sementara itu, keadaan udara di Larkin Lama yang tidak sihat pagi tadi bertukar menjadi sangat tidak sihat petang ini apabila bacaan IPUnya meningkat daripada 181 kepada 219.

Dua lagi kawasan yang mencatat peningkatan IPU ialah bandaraya Melaka dan Bukit Rambai.
 
IPU yang dicatat bandaraya Melaka ialah 150 pada 5 petang berbanding 137 pada sebelah pagi sementara Bukit Rambai mencatat IPU 129 pada sebelah petang berbanding 119 pukul 11 pagi tadi.
 
Pada 11 pagi, Muar mencatat bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 383 dan ini menyebabkan 211 sekolah di daerah berkenaan diarah bercuti selama dua hari mulai hari ini.
 
Bagaimanapun, setakat 8 malam ini, bacaan IPU di Muar pada 5 petang belum dikemas kini oleh laman sesawang JAS.
 
Pencemaran udara di negara ini dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran. - Bernama
IPU bahaya: 211 sekolah di Muar diarah tutup
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Alam Sekitar
KUALA LUMPUR - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383.

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi.
Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my.

Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119.

Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.- Bernama
Jerebu: Keadaan di Muar makin parah
SHAH ALAM - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.

Selain Muar, tempat lain yang mencacatkan bacaan tinggi ialah Kota Tinggi (211), Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171).

Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.
Tutup sekolah untuk jamin kesihatan, keselamatan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan pihak pentadbir sekolah mengambil langkah menutup sekolah jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras bahaya, iaitu 300 bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar.
  
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata berkata pihak pentadbir sekolah perlu mengambil tindakan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
  
Selain ditutup, pihak sekolah juga perlu menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah jika IPU melebihi 250, dan menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi jika IPU melebihi 150, katanya dalam satu kenyataan di sini.
  
"Kementerian Pendidikan memandang serius perkembangan fenomena jerebu yang melanda negara ketika ini.  Selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Ogos 2012 berhubung pindaan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, kementerian telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bil.14 Tahun 2013 berhubung Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal," katanya.
  
Abdul Ghafar berkata Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah juga telah diarah untuk memantau dan mengikuti perkembangan semasa fenomena jerebu melalui media massa dan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetahui status jerebu di kawasan masing-masing.
  
Katanya, kementerian itu juga telah membuka bilik gerakan untuk memantau perkembangan fenomena itu, dan untuk memudahkan kementerian mengambil langkah-langkah wajar bagi menanganinya.
  
"Murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung dan pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang dikenal pasti tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin," katanya.
  
Lebih 200 sekolah di Muar, Johor hari ini diarah tutup buat sementara berikutan bacaan IPU mencatat paras bahaya iaitu 383.
  
Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.
  
JAS hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. - Bernama
Kes kencing tikus meningkat di Kelantan
KOTA BAHRU - Tujuh kematian direkodkan daripada 122 kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di Kelantan hingga 10 Jun lepas yang memperlihatkan peningkatan berbanding tahun 2011 dan 2012.
 
Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata rekod itu adalah yang tertinggi sejak pewartaan kewajipan pelaporan yang dikeluarkan pada Disember 2010.
 
Pada 2011 daripada 276 kes hanya satu kematian, dan pada tahun lepas daripada 186 kes, empat kematian dilaporkan.
 
"Setakat ini, Kota Bahru mencatatkan kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti Gua Musang (20 kes), Kuala Krai (14 kes) dan Pasir Mas (14 kes)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata kebanyakan kes adalah membabitkan golongan muda iaitu 20 peratus di kalangan umur 13 hingga 19 tahun dan 60 peratus di kalangan umur 20 hingga 55 tahun.

Semalam, Bernama melaporkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka, di sini meninggal dunia akibat terkena jangkitan virus kencing tikus selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang.
 
Mengulas mengenai kematian pelajar tersebut, Ahmad Razin berkata 285 pelajar dan 20 guru daripada sekolah berkenaan telah mengikuti perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang pada 14 hingga 16 Mei lepas.
 
"Sekembali dari perkhemahan, 11 pelajar mengalami gejala seperti demam, selesema, sakit kepala dan sakit badan seawal 19 Mei dengan yang terakhir pada 11 Jun 2013 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kedai Lalat, di sini, pada hari-hari yang berbeza mengikut bila tarikh mereka mula mengalami gejala tersebut.
 
"Kesemuanya didiagnosis sama ada sebagai demam biasa ataupun jangkitan sistem pernafasan atas (URTI) yang ringan.
 
"Mangsa yang meninggal dunia, Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, turut mendapatkan rawatan pada 27 Mei kerana mengalami gejala demam, selesema dan sakit badan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Ahmad Razin berkata bagaimanapun pesakit dibawa mendapatkan rawatan semula di Hospital Universiti Sains  Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 29 Mei setelah rawatan yang diterima di klinik tersebut tidak berkesan dan penyakit menjadi lebih teruk.
 
"Di HUSM, mangsa disyaki menghidap demam denggi yang teruk serta Leptospirosis dan  terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
 
"Keadaan mangsa menjadi bertambah teruk dengan kegagalan pelbagai sistem dalaman badan dan akhirnya meninggal dunia pada 18 Jun akibat Septisemic Shock," katanya.
 
Dalam pada itu, Ahmad Razin turut menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit leptospirosis dan memaklumkan tentang aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berenang, berkayak dan sebagainya atau pekerjaan yang berisiko kepada jangkitan penyakit ini. - Bernama

Tanda-tanda kiamat Shugro (kecil)

Banyak Gempa Bumi Dan Banyaknya Kematian Mendadak

MUKADIMAH
Artikel ini diambil dari sebagian kecil Tanda-Tanda Kiamat Shugro, yang dimaksud dengan tanda-tanda kiamat shugro (kecil) ialah tanda-tandanya yang kecil, bukan kiamatnya. Tanda-tanda ini terjadi mendahului hari kiamat dalam masa yang cukup panjang dan merupakan berbagai kejadian yang biasa terjadi. Seperti, terangkatnya ilmu, munculnya kebodohan, merajalelanya minuman keras, perzinaan, riba dan sejenisnya.

Dan yang penting lagi, bahwa pembahasan ini merupakan dakwah kepada iman kepada Allah Ta'ala dan Hari Akhir, dan membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, disamping itu juga merupakan seruan untuk bersiap-siap mencari bekal setelah mati nanti karena kiamat itu telah dekat dan telah banyak tanda-tandanya yang nampak.
________________________________
GEMPA BUMI


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, katanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Tidak akan datang Kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi" [Shahih Bukhari, Kitab Al-Fitan 13 : 81-82]

Dan diriwayatkan dari Salamah bin Nufail As-Sukuni, Ia berkata : Kami sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu beliau menyebutkan suatu hadits yang antara lain isinya :

"Artinya : Sebelum terjadinya hari Kiamat akan terdapat kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi" [Musnad Imam Ahmad 4 : 104 dengan catatan pinggir Muntakhab Al-Kanz. Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazaar, dan Abu Ya'ala dan perawi-perawinya adalah perawi-perawi kepercayaan" Majmu'uz Zawa'id 7 : 306]

Ibnu Hajar berkata, "Telah banyak terjadi gempa bumi di negara-negara bagian utara, timur dan barat, tetapi yang dimaksud oleh hadits ini ialah gempa bumi secara merata dan terus menerus" [Fathul Bari 13 : 87]. Hal ini diperhatikan dengan riwayat Abdullah bin Hawalah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah meletakkan tangan beliau di kepala saya, lalu beliau bersabda.

"Artinya : Wahai putra Hawalah, jika engkau melihat perselisihan telah terjadi di tanah suci, maka telah dekat terjadinya gempa-gempa bumi, bala bencana, dan perkara-perkara yang besar, dan hari Kiamat pada waktu itu lebih dekat kepada manusia dari pada kedua tanganku ini terhadap kepalamu" [Musnad Ahmad, 5 : 188 dengan catatan pinggir Muntakhab Kanzul 'Ummal, 'Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud, Kitab Al-Jihad, Bab Fi-Ar-Rajuli Taghzuu wa yaltamisu Al-Ajra wa Al-Ghanimah 7 : 209-210, Mustadrak Al-Hakim 4 : 425, dan beliau berkata, "Ini adalah hadits yang shahih isnadnya, hanya saja Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya". Perkataan Al-Hakim ini disetujui oleh Adz-Dzahabi. Dan Al-Albani menshahihkan hadits ini dalam shahih Al-Jami'ush Shagir 6 : 263, hadits nomor 7715]


BANYAKNYA KEMATIAN MENDADAK

Diriwayatkan secara marfu' dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah … banyak terjadi kematian secara mendadak". [Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Ash-Shagir dan Al-Ausath dari gurunya Al-Haitsam bin Khalid Al-Mashishi, sedangkan dia itu dhaif". Majma'uz-Zawaid 7 : 325, Al-Albani berkata, "Hasan" Dan beliau menyebutkan orang-orang yang meriwayatkannya, yaitu Ath-Thabrani dalam Al-Ausath dan Adh-Dhiya' Al-Maqaddasi. Lihat : Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir 5 : 214, hadits nomor 5775]

Ini merupakan kejadian yang sudah dapat disaksikan pada masa sekarang di mana banyak terjadi kematian mendadak pada manusia. Maka anda dapat menyaksikan seseorang yang tadinya sehat dan segar bugar, tiba-tiba ia mati secara mendadak, yang sekarang diistilahkan dengan kegagalan jantung atau serangan jantung. Karena itu bagi orang yang berakal sehat, hendaklah ia sadar dan kembali serta bertaubat kepada Allah Ta'ala sebelum datangnya kematian secara mendadak.

Imam Bukhari Rahimahullah pernah berkata :

"Peliharalah keutamaan ruku'mu pada waktu senggang

Sebab, boleh jadi kematianmu akan datang

Secara tiba-tiba

Betapa banyaknya orang yang sehat dan segar bugar

Lantas meninggal dunia dengan tiba-tiba"

Ibnu Hajar berkata : "Sungguh ajaib, bahwa kematian secara mendadak ini juga menimpa beliau –Imam Bukhari- sendiri' [Hadyus-Sari Muqaddimah Fathul Bari, halaman 481, oleh Al-Hafizh Ahmad Ibnu Hajar Al-Asqalani, dengan ikhraj dan tashhih oleh Muhibbuddin Al-Khatib, dicetak oleh Qushay Muhibuddin Al-Khathib, dipublikasikan dan dibagi-bagikan oleh Riasah Idaaratil Buhutsil Ilmiyyah wal Ifta'. Riyadh]

[Disalin dari buku Asyratus Sa'ah. Fasal Tanda-Tanda Kiamat Kecil oleh Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA, edisi Indonesia Tanda-Tanda Hari Kiamat hal. 132 -133, 154-155 terbitan Pustaka Mantiq, penerjemah Drs As'ad Yasin dan Drs Zaini Munir Fadholi]

13 tanda kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita




Tanda-tanda qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari.


Sumber: islampos.com

detikislam

Tanda Kiamat serta Pengertiannya

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

ASAP
- Apakah yang dimaksudkan dengan asap?
Yang dimaksudkan dengan asap ialah asap seumpama kabut atau jerebu yang menyelubungi antara langit dan bumi dan mengenai semua manusia.

Dajjal
Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6NjtIZqaU9HIJoB7KhyphenhyphenqWUZAumlvkdxMmmuCW_Xhmq4yiS1LPN7R3hOYlqnNc6cq2UCRF8rYstQ3CA68ODFIOvRZR2sRCDouZqLPrK2zMF7z6qTyAMC3JVtd-NdoSLR67k2XUCTSaUFff/s1600/archaeopteryx.jpg
Binatang
(Ilustrasi Gambar)
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,



 Yakjuj dan Makjuj
Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya  si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati, manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya. Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak

Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu kala (zaman Rasulullah saw).



Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan). Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa-bangsa  di asia tengah
Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?


Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya

Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun  dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah 

Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus  yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai). Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.
Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau bakteria yang mudah berjangkit. 
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat

Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj. Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

Cerita 69

Tiada ulasan: