Sabtu, 22 Jun 2013

ADA HOT...INI BIASA AJE

Terlelap: Saya juga manusia, kata Khalid

Harakahdaily, 22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bersikap terbuka dengan penyiaran berita beliau terlelap pada sidang media semalam yang disiarkan Buletin Utama malam tadi.

Mengulas insiden itu berliau berkata, sebagai manusia ada kalanya beliau tidak sihat.

"Saya bersikap terbuka terhadap laporan saya terlelap di TV malam tadi. Sebagai manusia, ada kalanya kita tidak sihat.

"Rakyat boleh menilai komitmen saya pada kerja. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan selamat," katanya melalui facebook hari ini.

TV3 malam tadi menyiarkan berita keadaan Abdul Khalid terlelap kira-kira 15 saat ketika bercakap pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam penjelasan oleh pegawainya, keadaan itu berlaku kerana Abdul Khalid tidak sihat dan terlalu mengantuk kerana kesan daripada ubat darah tinggi yang diambilnya.

Sementara itu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini kelihatan kembali sihat dan bersemangat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau ditemui di Majlis Perasmian Program Temasya Adat dan Warisan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Istana Bandar di sini pagi tadi.

Beliau juga menyempurnakan upacara simbolik perasmian majlis dengan memanah belon sebelum dibawa melawat ke ruang pameran di dalam istana.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.

“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkang itu.

Hot! Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa

http://pkrl.blogspot.com, 22 Jun 2013

HOT! HUSAM DITAHAN MENGIKUT AKTA HASUTAN DAN DIBAWA KE IPD PENGKALAN CEPA





Datuk Husam bertemu dengan Lawyer Sivarasa dan Yb Gobind Singh di Balai Polis Ampang.



Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekrang.

Husam ditahan, dipercayai berkaitan hasutan

Harakahdaily, 22 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden, PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS menyatakan beliau ditahan di Desa Pandan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Penganjur himpunan itu turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Pengerusi majlis, Chegu Bard memberitahu AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sedang berurusan dengan polis berhubung penahanan itu.


Husam ketika dibawa ke Balai Polis Ampang.

Kembali sihat: Khalid lawat muzium, memanah

Selangorku, 22 Jun 2013



KUALA LANGAT: Setelah dilanda insiden terlelap beberapa saat ketika di sidang media semalam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini kelihatan kembali sihat dan bersemangat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau ditemui di Majlis Perasmian Program Temasya Adat dan Warisan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Istana Bandar di sini pagi tadi.

Mengulas insiden berkenaan yang turut disiarkan di media perdana malam tadi, Abdul Khalid mengakui mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkannya terlelap.

“Kadang kala memang berlaku begitu kerana kesihatan, namun saya akan pastikan ianya tidak akan berlaku dalam persidangan Dun (Dewan Undangan Negeri).

“Sudah pasti dalam persidangan Dun, saya akan menumpukan sepenuh fokus dan perhatian terhadap perbincangan dan usul yang dibahaskan,” jelas Abdul Khalid.

Terdahulu, beliau menyempurnakan upacara simbolik perasmian majlis dengan memanah belon sebelum dibawa melawat ke ruang pameran di dalam istana.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang itu kemudiannya berpeluang menyaksikan beberapa demonstrasi pelbagai jenis silat dan permainan tradisional gasing, walaupun di bawah sinaran panas matahari.

Setengah jam kemudian, beliau turut meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran dan bermesra dengan hadirin sebelum dipelawa untuk menjamu makanan tengah hari yang disediakan secara gotong royong oleh penduduk kampung.

Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).

Mengenai insiden terlelap itu, Ahmad Yunus, yang merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.

“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkang itu.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan terlelap seketika ketika sidang media diadakan sejurus selesai Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri.

Koleksi gambar terbaik Black 505 di Padang Merbok

http://omakkau.blogspot.com, 22 Jun 2013

KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR YANG DIANGGAP TERBAIK SEPANJANG HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK 22HB JUN 2013.



Bagi Omak Kau ini adalah di antara rakaman gambar yang dianggap terbaik sepanjang Himpunan Black 505 Padang Merbok hari ini.

Kalau diikutkan sungguh banyak tetapi ini saja yang boleh dimuat naik sebagai kenangan yang cukup manis dan berharga atas keberanian rakyat berhimpun untuk menyuarakan hak dan bantah cara SPR mengendalikan PRU 13 yang lalu.

Mungkin selepas ini nak tunggu lagi satu himpunan aman mega tarikhnya belum tentu lagi.

Momentum kebangkitan rakyat harus sentiasa dihidupkan agar sentiasa berdenyut dan bernafas.

Ribuan tahniah kepada para pengajur dan jutaan terima kasih kepada PDRM dan DBKL atas kerjasama dihulurkan.


Tak lupa juga tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada semua peserta, penyokong dan pendukung himpunan aman Black 505 ini atas sikap berdigin kepala dan sentiasa berlapang dada serta berdisiplin sepanjang himpunan.

Tiada ulasan: