Khamis, 20 Jun 2013

BOLEH JADI PM...BUKAN TAK RASIS TAPI HENDAK DIA PALING TAKWA DIKALANGAN KAMU

Air: MB Selangor jumpa kementerian minggu depan

Harakahdaily, 19 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Perbincangan awal mengenai penstrukturan semula industri air dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dijangka akan diadakan minggu depan.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan satu temujanji sudah diatur oleh pejabatnya dengan pihak kementerian.

Katanya, pertemuan antara pihak kementerian itu akan dihadiri oleh beliau sendiri.

“Seperti yang kita tahu, Menteri Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan persediaan untuk bertemu saya bagi membincangkan perkara ini.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan pihak Kementerian minggu depan,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Cheque daripada penaja-penaja Kejohanan Golf Worlwide Holdings di Kelab Seri Selangor, di Damansara, semalam.

Abdul Khalid menambah temujanji itu akan diadakan sebagai permulaan awal sebelum perbincangan terperinci mengenai isu itu.

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.

Kerajaan negeri telah menawarkan RM9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini mereka telah memberi respons positif terhadap tawaran itu.

SPR paksa rakyat demo depan pejabatnya

Abdul Aziz Mustafa, 19 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Keengganan kepimpinan SPR meletak jawatan seolah-olah memaksa rakyat berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Setelah mengakui dakwat yang mereka dakwa kekal sebenarnya tidak kekal, sikap keras kepala kepimpinan SPR yang enggan meletak jawatan seolah-olah bersungguh-sungguh memaksa majoriti rakyat yang marah dan tidak percaya lagi kepada mereka berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu," kata beliau.

Salahuddin berkata, amat tidak wajar SPR bertindak sedemikian ketika Pakatan Rakyat sendiri memilih mengadakan perhimpunan aman Black 505 memprotes penipuan dalam pilihan raya di Padang Merbok.

Beliau meminta kepimpinan SPR menghentikan pembohongan bersiri bagi mengelakkan diri meletak jawatan secara bermaruah.

"Bertentangan dengan dakwaan (Timbalan Pengerusi SPR, Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kononnya SPR telah berjaya mencapai objektif dan tidak perlu meletak jawatan, SPR terbukti gagal mengadakan pilihan raya yang bersih berikutan pengakuan (Pengerusi SPR, Tan Sri) Abdul Aziz (Yusuf) bahawa dakwat yang sebelum itu didakwa kekal sebenarnya tidak kekal," kata Salahuddin.

Dalam pengakuannya bahawa dakwat yang sebelum itu mereka dakwa kekal itu sebenarnya tidak kekal, Pengerusi SPR berkata: "Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?"

Salahuddin bersetuju dengan pandangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR gagal mencapai matlamat mengadakan pilihan raya bersih apabila terbukti dakwat itu tidak kekal sedangkan tujuan penggunaan dakwat kekal ialah untuk memastikan pilihan raya yang bersih.

"Bukan setakat gagal mengadakan pilihan raya bersih malah SPR berbohong kerana sebelum ini Wan Ahmad sendiri menafikan dakwat kekal cuma tahan tiga hari," kata Salahuddin.

Dalam kenyataannya sebelum itu, Timbalan Pengerusi SPR itu mendakwa, pihaknya sudah melakukan ujian terhadap dakwat itu dan terbukti ia mampu bertahan dalam tempoh tujuh hari.

"Setelah berbohong, beliau marah pula kepada rakyat yang membuktikan dakwat kekal itu tidak kekal," kata Salahuddin lagi.

Wan Ahmad dilaporkan menyelar rakyat yang membasuh dakwat yang didakwa kekal itu dan seterusnya memuat naik di laman sosial.

Beliau menyifatkan perbuatan itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Membantu penghuni ‘lorong mati’ menjelang Ramadhan

Saidah Hairan, Harakah, 19 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan ‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerjapekerja seks murahan mencari nafkah untuk menyara hidup.


(Dr Siti Mariah...pelopor bantuan untuk golongan glandangan bersama rakannya Allahyarham Dr Lo' Lo')

Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam. Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di tepi jalan mencari pelanggan.

Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan gelandangan.

Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan bangunan mencakar langit.

Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi.

Setiap tahun menjelang Ramadhan, Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi dengan bantuan pembaca semua.

Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program ini dengan menyalurkannya ke akaun “Dana Kami Prihatin” 1211 3010 0261 50 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood di nombor 019 236 1889.



Dapatkan laporan lanjut dalam Harakah edisi Jumaat ini.

Shahidan boleh jadi PM, jika tidak perkauman

Harakahdaily, 19 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa suatu hari nanti akan ada Perdana Menteri berbangsa Cina jika mereka bersedia melangkaui sempadan kaum, bercampur dengan pelbagai kaum di Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa dianggap permainan politik yang sangat licik dan nakal.
Setiausaha Politik kepada Pengarah Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim berkata, kenyataan itu seolah cuba menggambarkan masyarakat Cina di Malaysia ini begitu bersifat perkauman sehingga sanggup menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai umpan untuk orang Cina jika mereka tidak rasis sebagaimana gambaran beliau itu.

Katanya, Shahidan seolah-olah memberi motivasi kepada kaum Cina, kononnya sebagai balasan untuk tidak bersifat perkauman.

“Ini bukan sahaja satu gambaran buruk dan salah, malah ia satu penghinaan terhadap masyarakat terbabit ini kerana bukan sahaja Cina, Melayu atau kaum lain, tidak semestinya mahukan jawatan Perdana Menteri itu diisi berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan merit yakni karisma, kebolehpercayaan dan sifat amanah.

“Inilah kriteria untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri selain harus mendapat sokongan rakyat terbanyak, sebagaimana yang diperlihatkan dalam jumlah undi popular kepada Pakatan Rakyat sebanyak 51% pada PRU13 lalu,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, Shahidan juga salah jika menganggap kaum Cina menolak BN kerana termakan hasutan DAP sedangkan semua rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India menolak Umno BN kerana politik kotor dan budaya rasuah dalam parti itu di samping yakin dengan PR yang menunjukkan prestasi kerajaan PR cemerlang di Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mahukan Perdana Menteri dan barisan menteri Kabinet yang amanah, bersih dan tidak perkauman dan percaya Shahidan juga boleh menjadi Perdana Menteri jika beliau tidak perkauman.

PAS minta MB Terengganu, JKKK tidak derhaka

Harakahdaily, 19 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri diseru mentaati titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Adun Chukai, Hanafiah Mat (gambar) memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian diberitahu tidak mempunyai kuasa.

"Saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan. Bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, dia tak ada kuasa.

"Jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka," ujarya dipetik Buletin Online.

Sultan Mizan sewaktu bertitah merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman kelmarin menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik.


Harakahdaily sebelum ini melaporkan, Presiden PAS yang juga Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas PRU13 Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.


"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad berkata, pihak kerajaan negeri tidak akan membuat rumah mampu milik di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Beliau yang bercakap kepada media selepas mengangkat sumpah jawatan dilaporkan berkata, rakyat di kawasan berkenaan perlu meminta bantuan dari wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya lepas.

Adun PAS fokus ucapan mengikut portfolio

Buletin Online, 19 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pengagihan tugas-tugas mengikut beberapa portfolio kepada semua wakil rakyat telah disepakati dan keutamaan akan diberi kepada Adun-Adun baru yang muda untuk berucap pada persidangan dewan kali ini.

“Kita (PAS) telah bahagikan tugas-tugas kepada semua Adun, kita beri keutamaan kepada Adun-adun muda yang baru supaya berucap. Ambil peluang ini untuk bercakap di dewan dan yang ‘veteran’ jika ada peluang dan kesempatan, kita juga akan bercakap.
“Kita telah beritahu kepada semua Adun ambil kesempatan waktu soal jawab lisan, kemukakan soalan tambahan atau mencelah minta penjelasan.

“Masalah kita adalah kerana masa yang terhad, kita (PAS) ramai kali ini. Kadang-kadang isu banyak, bila masa terhad mungkin tidak sempat untuk kupas isu,” ujarnya kepada media, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam akan menumpukan soal petroluem dan berkaitan dengan royalti serta Dana Khas.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya I yang juga Adun Paka, Ustaz Saiful Bahari Mamat akan menyentuh soal pendidikan termasuk pengajian tinggi, Timbalan Pesuruhjaya II yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu, Dr Alias Razak akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.

Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah memberi fokus kepada isu agama dan penerangan sementara Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Adun Chukai, Hanafiah Mat akan memberikan fokus ucapannya kepada soal industri.

Adun Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar (ekonomi dan pentadbiran), Adun Tepoh, Ustaz Hishamudin Abdul Karim (belia dan pelancongan), Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun (pertanian dan pembangunan luar bandar), Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (pembalakan), Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman (teknologi maklumat), Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (kemudahan awam), Adun Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim (usahawan dan pengguna) dan Adun Rantau Abang, Alias Harun (kebajikan dan wanita).

Tiada ulasan: