Ahad, 19 Februari 2012

YANG PENTING TEBUS MARUAH ISLAM...ISLAM KIAN DAGANG..JIKA IA DITADBIR BUKAN MENTADBIR...MENGUASAI DAN BUKAN DIKUASAI..HINGGA ADA PERKARA MEMBELAKANGKAN HUKUM ALLAH

PRU13: PAS Melaka sedia tebus maruah

Zulkifli Sulong, 19 Feb 2012
DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.

Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan sijil keahlian baru kepada salah seorang ahli baru PAS dengan ditemani Adly.)


Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.

Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.

Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.

"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan  PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.

Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.

Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

(Kanan: Tuan Ibrahim bertemu Mohd Ali Rustam di pasar malam Bukit Baru.)

Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.

Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.

Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.

Majlis Hi Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.

Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.

Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.

Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.

Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.

"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.

"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.

"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

Sekolah Tamil: Sivakumar mahu jumpa Presiden MIC

V Sivakumar, 19 Feb 2012


Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di Perak menghadapi masalah. Masalah-masalah ini merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan tanah, bangunan, padang, infrastruktur, kekurangan guru dan sebagainya. Terdapat beberapa sekolah yang memerlukan perhatian segera tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan.  Ini bermakna kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini. Walaupun perkara ini telah dibawa kepada perhatian kerajaan tetapi pelbagai alasan atau janji kosong diberikan.

Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa tindakan sekolah-sekolah Tamil di Perak yang dinamakan sebagai Tamilpalli Thirvukkulu beberapa bulan yang lepas. Jawatankuasa ini terdiri daripada mereka yang sayangkan sekolah Tamil dan berkhidmat secara sukarela  untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah itu.

Setakat ini Jawatankuasa ini telah membangkitkan masalah 5 buah sekolah di negeri Perak. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah membuat lawatan tapak ke semua 5 sekolah tersebut.  Sekolah-sekolah yang dilawat dan laporannya adalah seperti berikut:

SJKT Gunung Rapat

Sekolah ini telah memohon satu tapak baru untuk membina bangunan di kawasan Ampang. Tanah seluas 3 ekar telah dijanjikan oleh Datuk Bandar pada 19 Oktober 2011. Kemudian kerajaan telah  mungkir janji dan cuba memberikan tanah yang dijanjikan itu kepada PAFA. Jawatankuasa pernah mengadakan dialog dengan ibubapa dan menganjurkan satu perhimpunan aman mengenai masalah sekolah ini pada 2 Oktober 2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menjanjikan peruntukan RM2.5 juta  untuk membina bangunan baru di tanah yang dijanjikan oleh Datuk Bandar.

SJKT Menglembu

Sekolah ini telah memohon untuk bangunan baru. Padang sekolah itu sering kali tidak dapat digunakan kerana sentiasa ditakung air terutamanya selepas hujan. Masalah ini telah dibangkitkan berpuluh  kali tetapi seolah-olah jatuh di telinga pekak. Jawatankuasa juga telah mengadakan forum dengan ibubapa dan  menyerahkan memorandum kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Tetapi tidak ada sebarang maklum balas setakat ini.

SJKT Changkat

Sekolah ini tidak mempunyai padang permainan. Permohonan telah dibuat kepada kerajaan negeri untuk memberikan tanah seluas 1.3 ekar dibelakang sekolah itu untuk dijadikan padang permaian. Tetapi, kerajaan menjawab soalan bertulis di Dewan Negeri Perak bahawa tanah itu akan diberikan untuk projek Taska PERMATA, satu projek kerajaan Persekutuan.

SJKT Holyroad

Sekolah ini hanya mempunyai 2 orang murid. Ini adalah kerana penduduk-penduduk estet di kawasan itu telah berpindah ke bandar dan tempat-tempat lain.  Jika dibiarkan begitu sahaja sekolah ini akan ditutup bila-bila masa. Kerajaan berjanji untuk tapak ganti dan menggunakan lesen SJKT Holyroad  untuk membuka sebuah sekolah baru di Taman Kaya, Taiping. Tetapi, tidak ada sebarang maklum balas mengenai perkara ini  daripada mana-mana pihak setelah janji kosong dibuat oleh kerajaan.

SJKT Gopeng

Sekolah ini  sedang dimakan anai-anai. Laporan Jabatan Kerja Raja sendiri membuktikan sekolah ini berada dalam keadaan yang buruk. Sebuah bilik darjah telah ditutup. Keadaan sekolah ini membahayakan keselamatan murid-murid.  Jawatankuasa ini juga telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk membincangkan hal ini. Sekolah ini memerlukan satu bangunan baru dua tingkat untuk keperluan masa hadapan, bukan sekadar memperbaiki bahagian yang dimakan anai-anai sahaja.

Berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di atas, satu perjumpaan telah diadakan pada 17 Februari 2012 di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh. Mesyuarat itu dihadiri 50 orang yang dijemput khas oleh jawatankuasa Tamilpalli Thiruvukkulu. Para hadirin adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin  masyarakat India yang mencintakan bahasa ibunda.

Dalam mesyuarat tersebut masalah  kelima-lima sekolah  itu telah diberi penerangan  secara terperinci oleh V Sivakumar, Adun Kawasan Tronoh. Selepas penerangan itu, sesi dialog juga dibuka kepada para hadirin untuk memberi pandangan dan komen mereka berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di Perak. Para hadirin telah berkongsi pendapat mereka untuk memberi galakan, sokongan dan dokongan kepada Jawatankuasa Tamilpalii Thiruvukkulu.

Di akhir mesyuarat itu, satu resolusi telah diluluskan secara sebulut suara. Resolusi itu berbunyi seperti berikut:

‘Masalah kelima-lima sekolah itu perlu diberi perhatian segera. Oleh itu, satu memorandum akan diserahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Palanivellu dalam tempoh terdekat. Beliau telah mengambil alih pucuk pimpinan MIC negeri Perak. Ini adalah cabaran pertama kepada beliau untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diutarakan jika kerajaan benar-benar serius dalam menangani masalah sekolah-sekolah Tamil. Penyelesaian harus dilakukan sebelum PRU13, bukan sekadar janji kosong pilihanraya’

Saya bagi pihak jawatankuasa ini akan menulis surat kepada Presiden MIC untuk mengadakan temujanji dan majlis penyerah memorandum secepat yang mungkin. Saya dan pihak jawatankuasa berharap Datuk Seri Palanivel akan bertemu dengan kami untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak.

Putrajaya: Peguam PAS ikrar lawan habis-habisan

Harakahdaily, 19 Feb 2012

SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.

Menurut Ketua Pengarah Konvensyen, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (gambar), program itu bertujuan sebagai persediaan terakhir peguam PAS bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

"Komitmen yang diberikan oleh rakan peguam dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga di luar jangkaan.

“Pada asalnya kita mensasarkan hanya 80 orang peguam sahaja yang akan hadir, namun jumlah tersebut semakin bertambah sehingga tarikh penyertaan terpaksa ditutup lebih awal," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, konvensyen tersebut bermula dengan majlis perasmian dan makan malam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut hadir selaku tuan rumah.

Menurutnya, Tuan Guru Abdul Hadi melahirkan kebanggaan di atas kejayaan pihak penganjur menghimpunkan para peguam PAS kerana peranan mereka secara keseluruhannya amat penting di dalam merealisasikan hasrat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13.

Katanya, konvensyen tersebut mencapai enam resolusi dan resolusi yang menjadi keutamaan adalah peserta bertekad sekurang-kurangnya seorang peguam akan ditugaskan di setiap kerusi parlimen yang PAS akan bertanding dalam PRU13 kelak.

“Tindakan tegas menurut batas undang-undang sedia ada akan diambil ke atas mana-mana musuh Pakatan Rakyat yang melanggar mana-mana peraturan pilihan raya,” katanya.
Di samping itu, ujarnya para peserta juga turut mencapai resolusi untuk memberikan khidmat guaman pasca pilihan raya itu sendiri iaitu dalam soal petisyen pilihan raya.

Beliau berkata, bagi perjalanan yang melibatkan pihak SPR pula, peguam PAS akan memantau segala aduan berkaitan salah laku pegawai SPR di sepanjang pilihan raya berlangsung.

Jelasnya, peguam PAS juga mengingatkan para pegawai SPR bahawa segala tindakan mereka yang melanggar peraturan adalah satu kesalahan jenayah.

Oleh itu, katanya dengan tenaga peguam seramai 130 orang itu, PAS akan melangkah teguh menghadapi gelombang PRU13 bagi merealisasikan tekad Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.

Konvensyen berakhir dengan sesi khas bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

“Insya Allah di pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat kita mensasarkan 150 peguam PAS akan bertugas di semua negeri jika dilihat daripada kehadiran pada hari ini.

"We will fight at all costs! Tumbang BN, negara selamat," ujarnya pada akhir majlis.

Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?

Muhammad Faeez, 19 Feb 2012
PARIT, 19 Feb: PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun  seratus peratus  siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan. 

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur  seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.
Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

“PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini,” katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.
“PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil,” ujarnya.

Tiada ulasan: