Isnin, 13 Februari 2012

BENDA DAH TERJADI..SELESAILAH DENGAN BAIK...DALAM ISLAM..SABAR DAN REDA ITU PENTING...DAN TAK MUDAH MARAH...MARAH ITU DARI HASUTAN SYAITAN...CADANGAN SAYA YANG BODOH NI...LAIN KALI GANTUNG KENYATAAN BESAR2...SEPERTI 'AYAM ABIS'..ATAU AYAM HAMPIR ABIS'...KENTANG ABIS...DLL...POSTER BOLEH DISEDIA AWAL...BERLAKU AJE...GANTUNG POSTER TU...BAGI YANG TAK MAHU KERJA2 BEGINI...MARI KITA BELAJAR RAJIN2...BOLEH PEGANG JAWATAN TINGGI2..CEO KE...DLL..

Perakam video Youtube tampil cerita insiden di KFC
Individu di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

NONE"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan
yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng.  Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak.
PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menemui kakitangan restoran Kentucky Fried Chicken i-City, Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di premis berkenaan Isnin lalu.

NONESetiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media.

"Nampaknya pihak yang didakwa diserang oleh pekerja KFC sahaja yang dapat perhatian media. PERKASA rasa mereka (staf KFC yang terlibat) perlu diberi peluang menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku.

"PERKASA akan berjumpa dengan staf KFC terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapat penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memerhatikan bahawa komen yang timbul berhubung isu berkenaan "sangat tidak adil kepada staf KFC tersebut."

Katanya lagi, pelanggan yang tampil dalam sidang media semalam – Danny Ng – tidak sepatutnya bertindak memarahi kakitangan resoran berkenaan.

NONE"Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.

Syed Hassan turut melahirkan keprihatinannya ke atas kakitangan terlibat yang menurutnya perlu "berdiri sepanjang hari dan bergerak ke sana sini dalam dapur" dan perlu melayani pelanggan yang ramai.

Malaysiakini juga telahmengunjungi premis berkenaan hari ini, namun pihak pengurusan restoran yang ditemui enggan mengulas mengenai insiden tersebut.

Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari.
KFC i-City enggan ulas insiden pergaduhan
Pihak pengurusan restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di i-City, Shah Alam, enggan mengulas mengenai insiden kekasaran yang didakwa berlaku di dalam premis berkenaan Isnin lalu.

NONESeorang pengurus premis berkenaan, yang enggan dikenali, menjelaskan bahawa pihak yang boleh memberi kenyataan berhubung isu itu hanya pengurusan di ibu pejabat KFC Holdings (Malaysia) Sdn Bhd.

"Kami tidak boleh beri apa-apa kenyataan. Kalau encik nak tahu kena tanya bahagian PR ibu pejabat," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika ditemui di premis berkenaan hari ini.
Pengurus itu juga tidak membenarkan Malaysiakini menemuramah kakitangan yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan, apabila diminta.

Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari.

NONEMalaysiakiniberkunjung ke premis berkenaan hari ini untuk mendapatkan reaksi pengurusan berkenaan, susulankenyataan seorang lelaki yang terbabit dalam insiden tersebut semalam.

Lelaki berkenaan, Danny Ng, 26, menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.

Sementara itu, satu kenyataan KFC Malaysia di Facebookhari ini menyebut, syarikat berkenaan masih menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden itu.

Syarikat itu juga telah menggantung kakitangan yang terlibat dalam insiden berkenaan, serta kakitangan lain dalam pasukan tersebut.

Difahamkan, kakitangan berkenaan bertugas dalam pasukan tertentu untuk giliran kerja mereka.
Lelaki diserang pekerja KFC nafi provokasi
Seorang lelaki yang didakwa diserang oleh kakitangan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken pada Isnin lalu menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.

NONEDanny Ng, 26, ketika menceritakan semula insiden tersebut berkata, beliau berasa marah kerana menunggu lama di dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan itu telahpun habis.

Beliau seterusnyna memarahi pekerja berkenaan dengan suara yang kuat, tetapi beliau tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun yang bersifat perkauman, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beberapa pengguna Internet yang menonton rakaman insiden berkenaan mendakwa Ng telah menghamburkan kata-kata bersifat perkauman kepada pekerja berkenaan sehingga menyebabkan lelaki itu diserang oleh pekerja restoran tersebut.

Ng memanggil sidang media di pejabat ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk menafikan dakwaan tersebut.

NONE"Ada yang dakwa saya telah mengatakan perkara yang menghina agama dan kaum. Saya tidak pernah kata begitu.

"Ada yang tuduh saya mabuk pada malam itu tapi saya tidak mabuk. Saya tidak minum (arak)," katanya lagi.

Sementara itu, KFC Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata syarikat tersebut masih menyiasat insiden berkenaan.

Sebaik saja siasatan selesai, syarikat itu akan mengambil tindakan sesuai untuk menangani apa-apa pelanggaran ke atas tatacara pengendalian dan piawai khidmat pelangg
Insiden di KFC: Polis tak ambil kira video di Youtube
Polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.

Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

NONE"Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.

"Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Polis juga tidak akan menggunakan rakaman diYoutube itu untuk siasatan kes pergaduhan tersebut, kata Ahmad Zahedi lagi.

Sebaliknya, polis hanya akan menggunakan rakaman video litar tertutup (CCTV) dari premis restoran itu, yang setakat ini masih belum diterima pasukannya, kata Ahmad Zahedi.
"(Rakaman) di Youtube tak boleh pakai sebab dah edit semua. Anda ingat itu rakaman betul?," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya dua rakaman insiden berkenaan dikesan telah dimuatkan di Youtube dan mendapat perhatian meluas oleh pengguna Internet setakat ini.
Tambahnya, polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada lelaki yang mendakwa dicederakan dalam insiden itu.

"Tinggal sekarang ini, kita buat kawad cam dan semak rakaman CCTV dari KFC, lepas itu kita akan tunggu laporan perubatan orang yang kata kena tumbuk itu, dia buat pemeriksaan perubatan.

"Kita nak tengok ada kesan (cedera) atau tidak," katanya lagi yang turut mengesahkan siasatan ke atas tiga orang kakitangan restoran tersebut.

NONEKatanya, suspek – tiga lelaki berusia 20-an – itu juga tidak ditahan dan hanya diminta untuk hadir untuk pengecaman di ibu pejabat polis daerah itu.

"Kita buat kawad cam untuk (pengadu) kenalpasti siapa yang tumbuk dia, sama ada dia kenal atau tidak kenal. Macam mana nak tuduh kalau dia tak kenal siapa?," katanya lagi.

Tambahnya, polis juga telah mencatat kenyataan daripada sekurang-kurangnya sepuluh orang saksi dalam kes berkenaan.
annya, menurut kenyataan itu lagi.
Polis: Jangan campur pergaduhan di KFC i-City
Polis hari ini memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lepas supaya tidak campurtangan.
  
NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata isu itu hanya membabitkan pelanggan dan syarikat restoran berkenaan.
  
"Pihak-pihak yang tidak terlibat dalam insiden itu tidak harus masuk campur atau cuba memanaskan keadaan dengan menghasut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di George Town hari ini.
  
Khalid berpendapat perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campurtangan pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Beliau berkata NGO dan parti-parti politik tidak harus campurtangan dalam hal ini supaya isu itu dapat diselesai dengan aman.
  
NONE"Sebenarnya polis juga tidak perlu campurtangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat," katanya.
  
Sementara itu, Khalid berkata hasil kerja keras anggota polis dan kerjasama masyarakat, jenayah indeks seluruh negara untuk bulan Januari tahun ini mencatat penurunan.
  
Beliau berkata indeks jenayah kebangsaan berjaya diturunkan sebanyak 18.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
  
PDRM amat berterim kasih kepada seluruh anggota masyarakat khususnya Ikatan Relawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Skim Rondaan Sukarela, Polis komuniti dan Angkatan Tentera Malaysia yang sama-sama berkerja keras membuat rondaan bagi memastikan keadaan jenayah terkawal, katanya.
  

- Bernama

Tiada ulasan: