Jumaat, 17 Februari 2012

YANG KEKAL HUKUM ALLAH...ORANG JAHAT..PENIPU...PENZINA..PENCURI...PEMBUNUH ..MENGAMAL SIHIR..TAK SOLAT...MINUM ARAK..JUDI...MENGAMAL RIBA...DAN SEMUA YANG MENGAMALKAN PERKARA2 DOSA DAN MAKSIAT....CONFIRM MASUK NERAKA...KECUALI ALLAH MENGUBAHNYA...ITU HAK ALLAH....TETAPI ALLAH TAK MUNGKIR JANJI..WAHAI PENGENDALI PILIHANRAYA DAN AGENSI YANG TERLIBAT INGAT NERAKA ALLAH...JIKA BERKERJASAMA DALAM PENIPUAN...KITA SEMUA PASTI MATI SERTA DIBANGKITKAN SEMULA DAN DIHISAB AMALANNYA

Penggunaan dakwat kekal kini berkuatkuasa
Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa semalam setelah diwartakan pada 13 Feb lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

election commission chief abdul aziz yusof"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum order lagi," katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program "Dialog" yang bertajuk "Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di Kuala Lumpur malam semalam.

"Untuk order (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan.

Abdul Aziz berkata bagaimanapun warna dakwat kekal yang akan digunakan pada PRU 13 belum diumumkan lagi, manakala untuk pengundian pos, dakwat kekal tidak akan digunakan.

Beliau turut menasihati para pengundi supaya tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mencalit dakwat di jari mereka sebelum sampai ke tempat mengundi bagi memastikan kelayakan mereka untuk mengundi tidak terjejas.

Mereka yang telah mendaftar untuk mengundi di pusat-pusat mengundi akan dicalit dakwat kekal ini di jari telunjuk kiri, jelas Abdul Aziz.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkBeliau berkata penggunaan dakwat ini bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan lalu memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pada 19 Dis 2011, Abdul Aziz mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' untuk PRU 13, yang merupakan dakwat yang berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.
- Bernama
Najib: Logo 1Malaysia bukan politik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata langkah kerajaan mewajipkan pengeluar barangan terkawal memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusan produk mereka tidak seharusnya dianggap sebagai satu langkah politik.

azlan"1Malaysia bukan politik, ia adalah mengenai Malaysia," kata Najib sinis, menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis Tertinggi BN di PWTC, Kuala Lumpur, malam semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe  pada 10 Februari lalu mengumumkan bahawa tiga barang kawalan - tepung, gula dan minyak masak - mesti memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusannya untuk layak bagi menikmati  subsidi kerajaan.

Idea berkenaan bertujuan memaklumkan kepada pengguna bahawa produk tersebut disubsidi oleh kerajaan. Arahan itu sepatutnya dikuatkuasakan mulai bulan ini.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan supaya memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari lalu tetapi perkara itu tidak diwajibkan.

NONESesetengah pengusaha sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

Menurut pengkritik logo dan slogan 1Malaysia sebenarnya adalah sebahagian daripada jentera propaganda BN untuk menarik sokongan rakyat.

Hujah mereka, kerajaan menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat bagi meraih sokongan untuk BN.

Mengenai cadangan agihan wang tunai RM500 mengikut program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat secara tahunan, Najib jelas keberatan menjawab soalan itu.

"Kita tengok dulu, sampai masa kita umumkan," katanya.

NONESebelum ini, ramai pihak berpendapat program seperti BR1M hanya propaganda BN dan Umno bagi memancing undi kerana pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi.


BN menafikannya dan mendakwa program berkenaan bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000  dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Sehingga 12 Februari, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M telah ditunaikan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang telah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 permohonan telah diluluskan.
PAS tolak dakwat berbeza untuk undian awal
Dewan Pemuda PAS tidak bersetuju dengan  cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yang berbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbeza ini digunakan.

"Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.

"Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan raya umum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dan dibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam dilaporkan berkata SPR membuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa dan undian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pula adalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluarga mereka.

- Bernama
Anwar persenda pamer logo 1M'sia pada barang subsidi
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

NONE"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

“Rakyat akan lihat logo itu sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe pada 10 Februari lalu mengumumkan tiga barang kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak – mesti memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusannya untuk layak menikmati subsidi kerajaan.
Idea berkenaan dikatakan bertujuan memaklumkan kepada pengguna bahawa produk tersebut disubsidi oleh kerajaan dan sepatutnya dikuatkuasa mulai bulan ini.

Tiada ulasan: