Sabtu, 25 Februari 2012

MEMBENCI MUSUH PERKARA LUMRAH...SYAITAN TAK KAN DUK DIAM...MEMANG KERJANYA...MELAGA2 MANUSIA...HINGGA BERJUANG BUKAN LAGI KERANA ALLAH LAGI...TAPI LAIN DARI ITU...MAKA TERSASAR NIAT..KECUNDANG PERJUANGAN..MASUK NERAKA JUGA KERANA TIDAK KERANA ALLAH SWT

Nizar setuju debat dengan Zambry

Muhammad Faeez, 24 Feb 2012
IPOH, 24 Feb: “Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan  Dr Zambry.”

Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat  Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.

“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.

"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya.

Tambahnya, selepas ‘rampasan kuasa’ oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini,” tegas beliau.

Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini

Himpunan Hijau pindah ke Padang MPK 4

Helmi Ibrahim, 24 Feb 2012
KUANTAN, 24 Feb: Himpunan Hijau 2.0 telah berjaya mencapai kata sepakat dengan polis hari ini untuk memindahkan perhimpunan mereka ke padang MPKT 4 Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan.

(Ketua Polis Kuantan menunjukkan syarat yang dikenakan kepada perhimpunan ini. Turut serta adalah jawatankuasa Hijau serta Fuziah Salleh)

Dalam pertemuan antara jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 itu dengan Ketua Polis Negeri,  Datuk Sharifudin  dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi dengan disertai oleh lima wakil Himpunan Hijau.

Antaranya adalah Fauziah Salleh (anggota Parlimen Kuantan), Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

Imam perjelas kenapa baling kasut

Nazri Abdullah, 24 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Hoslan Hussin berkata, tindakan beliau melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu bukan kerana marah diusir dari kuarters kediamannya, tetapi kecewa dengan sistem keadilan negara.

Imam Hoslan, 46, yang ditemui Harakahdaily di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara semalam mendakwa, sememangnya beliau sudah lama keluar dari kuarters imam tersebut.

Namun apa yang dikesalinya, keputusan tersebut seperti mahu menutup penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah oleh pihak tertentu yang dilaporkannya.

"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Isalam dan tatacaranya.

"Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," katanya memulakan cerita bagaimana boleh bertindak membaling kasut.

Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain mengemukakan laporan itu kepada Ketua Polis Negara, maklumat penyelewengan itu juga pernah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sekitar tahun 2007 lagi.

Maklumat sama juga katanya telah disampaikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pendedahan berterusan itu ujarnya lagi menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati dengannya sehingga pelbagai tekanan dilakukan terhadapnya.

Sehinggalah pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Ekoran itu juga elaun imam sebanyak RM450 sebulan ditamatkan oleh MAIWP.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Dalam kes mahkamah kelmarin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonan Hoslan supaya diberi kebenaran membuat rayuan ekoran arahan mengososngkan kuarters imam itu.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

"Bila (Yang Arif) cakap macam tu, saya sudah naik angin satu badan, saya ambik selipar saya terus baling, tak tahu kena siapa lah. Kemudian polis mahkamah datang cuba tangkap saya. Saya ambik sebelah lagi, baling lagi, jadi dua kali baling.

"Pelajar, peguam kat belakang semua keluar, hakim menyorok belakang pintu. Dia takut saya akan mengamuk dan buat huru-hara," katanya sambil tersenyum.

"Tapi saya tidak begitu, saya terus ambil kain ihram atas bahu saya, saya campak ke lantai dan saya angkat takbir, sembahyang dua rakaat," jelas beliau sambil mengangkat tangan cuba menggambarkannya kembali.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam kes itu adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Beliau kini bersama 7 orang anaknya menetap di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur.

Selain menjadi khatib jemputan, beliau juga menjual kitab serta jubah sebagai sumber pendapatan sampingan.

Menurut Hoslan, beliau kini juga adalah ketua pemuda persatuan penduduk Jalan 1 dan 2 kampung Pandan.


Mahkamah Persekutuan nafi

Dalam pada itu, Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap bekas imam, Hoslan Hussin berhubung dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang membaling kasutnya ke arah hakim dalam satu sesi mahkamah berkenaan, Rabu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendaftar berkenaan hari ini turut menyangkal dakwaan yang ditimbulkan Hoslan, termasuk tuduhan bahawa lelaki tersebut telah dinafikan hak untuk didengar dengan seadilnya.

"Tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Pejabat ini mempunyai rakaman setiap pendengaran yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan.

"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imej Badan Kehakiman sama ada melalui sebarang tindakan secara langsung atau tidak, termasuklah membuat komen atau kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej institusi kehakiman," katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini.

Gamis anjur diskusi tentang Syria Ahad ini

Harakahdaily, 24 Feb 2012
KAJANG, 24 Feb: Ekoran krisis yang sedang melanda Syria sekarang, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menganjurkan diskusi isu semasa Syria Ahad ini.

Diskusi yang bertaju Syria : Antara Penindasan dan Kebangkitan akan diadakan di Dewan MPKj (berhampiran sate hj samuri, Kajang) muali jam 8 malam Ahad ini.

Diskusi ini akan membariskan tiga ahli penal iaitu  Dr Syed Azman Syed Nawawi (Pen SUA PAS), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial) dan Wakil mahasiswa, Eikhwan Ali.

Diskusi ini terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya.

PAS mahu bertanding di kerusi PKR
PAS telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya umum lepas.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata parti itu sedang 'mengintai' beberapa kerusi berkenaan, untuk mencuba nasibnya dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, hasrat tersebut telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti itu, yang dijangka membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi.

"Kami hanya mensasarkan kerusi yang kita berpotensi terbaik untuk menang, dan ianya kebetulan di kawasan yang gagal dimenangi PKR sebelum ini," kata Salleh kepada Malaysiakini.

Beliau berharap pihaknya akan diberi peluang untuk membuktikan kekuatan mereka di kawasan berkenaan.

MPK nafi perlawanan akhir ragbi di tapak Himpunan Hijau esok
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menafikan bahawa ia telah meluluskan perlawanan akhir ragbi di padang MPK4 - tempat yHimpunan Hijau anti-Lynas akan diadakan esok.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan mengesahkan bahawa perlawanan ragbi itu sedang berlangsung di padang itu hari ini. Ia bermula semalam.

NONETetapi katanya, perlawanan akhirnya esok, telah dipindahkan ke  "padang MPK 2.

"Perlawanan akhir ragbi kita aturkan ke tempat lain - di Padang MPK 2," katanya  ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack  mengesahkan perlawanan ragbi sedang diadakan padang tersebut, dan pihaknya sedang memantau perkembangan itu.

Beliau mengingatkan bahawa peserta himpunan tersebut akan membanjiri jalan raya sekiranya padang alternatif - MPK-4 - digunakan esok.

Katanya, sebarang usaha sabotaj akan bermakna perhimpunan itu bukan setakat berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari tetapi "dari matahari terbit hingga matahari terbenam".

MB: Saya ada hak lantik exco tanpa rujuk presiden PAS
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Azizan (kanan) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.
  
"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.
  
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.
  
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
  
Phahrolrazi Mohd ZawawiDua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.
  
Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.
  
Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- Bernama
Pemuda Umno demo depan pejabat PKR
Pemuda Umno hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel.

NONEBermula jam 4 petang, kira-kira 100 orang berkumpul di pejabatnya di Tropicana dengan membawa bendera Umno, BN dan Palestin setelah hujan lebat sebelumnya.

Pelbagai kain rentang turut dipamerkan, antaranya yang bertulis "PKR + Anwar = Keldai Israel".

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid kemudiannya cuba menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun pejabat PKR ketika itu ditutup dan pegawainya juga tiada, dipercayai berada di Kuantan untuk urusan pemukiman tiga hari mereka. [Baca berita penuh]
NONESementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR sebelum itu membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu.

"Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini.

Laporan itu dibuat Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: