Khamis, 16 Februari 2012

BILA TAK AMANAH ADA PADA DIRI@PARTI...SUSAHLAH...BILA KITA FIKIR TAK AMANAH ITU TAK BOLEH DIMASUKKAN DALAM NERAKA...KITA FIKIR DAKWA DAKWI TAK MASUK KERJA2 TAK AMANAH NI...KERJA2 SONGLAP INI...ATAU BERFIKIR MEWAH DAN KAYA SAJA...TAK PENDULI NERAKA....MAKA KES2 PECAH AMANAH SUKAR NAK BERHENTI...KECUALI TAK AMANAH SAJA...TERUS ALLAH TERUS JATUHKAN MUSIBAH SERTA MERTA...

Mengapa BN beli gula lebih tinggi dari harga pasaran?

Roketkini.com, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan kerajaan Umno BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun  sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun, menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.

Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap 100 paun yang ditandatangani pada bulan lalu.

“Mengapa kerajaan menandatangani kontrak 3 tahun untuk membeli gula pada US$26 setiap 100 paun sedangkan harga terakhir yang diniagakan gula pada Disember 2011 adalah pada USD23.42 setiap 100 paun, iaitu 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, subsidi gula terpaksa ditambah bagi menanggung peningkatan kos sebagaimana yang diumumkan oleh Ismail, iaitu subsidi gula terpaksa dinaikkan daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram.

Ini bermakna kerajaan perlu membayar RM567 juta untuk subsidi gula tahun ini berbanding RM262.4 juta pada tahun lepas, dan kesilapan kerajaan membeli dengan harga yang tinggi akan membazirkan RM64 juta.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hairan dengan keputusan kerajaan untuk ‘mengunci’ pada harga yang lebih tinggi sedangkan trend menunjukkan bahawa harga gula sedang jatuh.

Katanya, setelah mencapai harga puncak US$29.47 setiap 100 paun pada Julai 2011, harga gula telah turun secara konsisten setiap bulan, iaitu daripada US$28.88 pada Ogos kepada  US$26.64 (September), US$26.30 (Oktober), US$24.52 (November) hinggalah kepada US$23.42 (Disember) setiap 100 paun.

Tambah beliau lagi, laporan media Bloomberg pada 5 Februari lalu memetik kenyataan Macquarie Group Ltd bahawa harga gula akan jatuh lagi kepada 18 sen setiap paun kerana adanya lebihan untuk musim 2011-2012.

“Jika ini benar, maka Malaysia akan kehilangan RM491 juta setiap tahun. Jika kita telah membeli pada harga rendah dan bukannya menambah subsidi, Malaysia boleh mengurangkan subsidi gula tanpa meningkatkan harganya,” katanya.

Menurut Pua, Ismail dengan angkuhnya berkata, “saya ingatkan anda bahawa kerajaan adalah bijak” apabila telah mengumumkan perjanjian jangka panjang yang akan membazirkan wang rakyat itu.

“Apa yang dilihat sekarang ialah kerajaan Umno BN kelihatan bodoh dalam percubaannya untuk tunjuk pandai dan ianya akan membebankan pembayar cukai beratus-ratus juta ringgit dan itu tidak sepatutnya berlaku,” tambah beliau.

Beliau turut mempertikaikan mengapa kerajaan yang mengunakan wang rakyat yang perlu mengimport sendiri gula mentah sedangkan ia patut dilakukan oleh Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd pada harga yang paling rendah.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bukannya diberi keistimewaan serta perlindungan oleh kerajaan Umno BN daripada menghadapi risiko pasaran.

Harga barang luar bandar terlalu mahal

Jofri Jaraiee, PAS Miri, 16 Feb 2012
Mengikut keluasan negeri-negeri di Malaysia, Sarawak  mempunyai keluasan 124,449 (km² ) dan mengikut banci terakhir (2010), penduduk Sarawak adalah 2,420,009 juta orang ini tidak termasuk mereka yang tidak memiliki surat beranak dan MyKad. Sarawak juga kaya dengan sumber asli dan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, kayu balak, arang batu dan sebagainya.
Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil di utara Sarawak, adalah antara jutaan penduduk luar bandar di Sarawak, yang terpaksa membayar harga lebih setong gas, seliter petrol dan diesel. Menurut penduduk yang tinggal di pedalaman Sarawak, kos kehidupan mereka lebih tinggi dibandingkan di bandar disebabkan harga minyak naik. Harga makanan dalam tin lebih tinggi lagi kalau dibanding dengan harga yang berada di pasaran, begitu juga dengan harga petrol untuk menghidupkan generator dan sebagainya.

Hampir semua harga barang keperluan yang diangkut dari bandar semuanya dijual mahal dan harganya berlipat kali ganda, kalau dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan bandar. Bayangkan mereka terpaksa bayar lebih untuk membeli barang keperluan harian dan juga petrol yang harganya terlalu mahal kalau dibandingkan harga di kawasan bandar. Siapa yang untung hasil dari penjualan ini?

Antara punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh jalan perhubungan yang teruk dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan pengangkutan untuk menyalurkan barang keperluan ke luar bandar dan pedalaman.  Pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan membina lebih banyak jalan perhubungan terus, ke luar bandar dan sudah pasti masalah harga barang keperluan di luar bandar dapat dikurangkan.

Ke mana perginya peruntukan berbillion ringgit yang diterima oleh kerajaan negeri untuk pembinaan jalanraya di luar bandar di Sarawak? Sepatutnya, masalah jalanraya ke luar bandar di Sarawak sudah dapat di atasi lebih dari 10 ke 20 tahun yang lalu sekiranya peruntukan tersebut diguna dengan sebaiknya tanpa ada ketirisan, tetapi sampai sekarang masalah tersebut masih belum dapat diatasi. Apa punca masalah tersebut?

Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berliku-liku menjadi faktor  mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini, adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia.

Penduduk luar bandar dan pedalaman di Sarawak bergantung kepada sungai sebagai asas pengangkutan harian, kebanyakannya mereka adalah petani dan juga penternak. Tetapi mengapakah beban kehidupan seharian mereka perlu ditanggung berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan penduduk bandar yang kebanyakannya bekerja dengan bergaji besar, berkemampuan dan ada yang hidup serba mewah?

Kita banyak mendengar rungutan dari penduduk yang tinggal di luar bandar yang menyatakan harga barangan keperluan harian mereka, lebih mahal dari harga barangan yang terdapat di kawasan bandar. Contohnya di kawasan Bakong, di sebuah kedai di sungai Kelat, di mana orang Iban dari 3 buah rumah panjang dan pekerja estate yang berdekatan membeli barang runcit dengan harga yang lebih dari harga pasaran di bandar.

Kalau kita beli petrol RM10 dengan container 4 liters tidak penuh,tetapi kalau dibeli di Pekan Bekenu, penuh dan ada lebihan pulangan 30 sen. Estate ini adalah dikawasan belakang Rh Lani, Rh Suyong dan Rh Biri, Kuap di Sebuti.

Antara contoh lain:
Kampung Ladang 3, Sibuti: Petrol Ron95 RM 5 seliter !!
Beluru Bakong , Baram: Petrol Ron95 RM4 - seliter !!
Rumah Sg  Medang / Sg Banjang: Petrol Ron95 RM 5.50 -  2 liter !!

Demikianlah beberapa contoh yang diberi oleh penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Sama ada benar atau tidak aduan pihak berkenaan, pihak berkuasa boleh pergi menyiasat sendiri dengan lebih terperinci di kawasan yang tersebut di atas.

Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertindak membantu penduduk luar bandar terbabit yang terpaksa membayar lebih keatas barang keperluan harian mereka?

Walaupun pihak kerajaan memperkenalkan projek pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) membabitkan diesel dan petrol untuk meringankan bebanan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman,adakah mereka sentiasa memantau aktiviti pengedaran dan penjualan barangan perlu (BP) tersebut?

Kita berharap pihak yang berwajib sentiasa memantau serta mengawasi perkara ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) untuk kemudahan penduduk kampong yang tinggal di luar bandar dan di pedalaman.

Kita mencadangkan agar Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dibina dalam kawasan luar bandar, khas  untuk penduduk luar bandar membeli barang keperluan harian mereka dengan harga yang berpatutan dan di beri kuota kepada peniaga bumiputera serta dikawal sepenuhnya oleh pihak yang berwajib agar tidak berlaku kenaikan harga barangan yang melampau, yang selama ini telah dikuasai oleh pihak pihak ketiga.

Kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi infrastruktur serta memberi kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar dan juga yang tinggal di pedalaman, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah sekian lama hidup dalam kesusahan dan dalam kegelapan akibat tiada jalan perhubungan yang baik di Sarawak dan masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Semananjung Malaysia.

Kalau kerajaan Sarawak benar-benar ingin membantu rakyat Sarawak hidup dalam keadaan yang menyenangkan, mereka perlu ada sifat amanah, jujur, telus serta prihatin dengan keperluan rakyat Sarawak.

Kita yakin kalau kerajaan Sarawak dapat mentadbir kerajaan dengan baik, sudah pasti Sarawak boleh maju dan kaya, lebih awal dari yang dijangkakan sebelum tahun 2030. Dengan sumber hasil bumi di Sarawak, tidak mustahil perkara ini dapat dilakukan, dengan syarat kerajaan mesti amanah, jujur serta tidak melakukan penyelewangan serta tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Sayangnya pemimpin di Sarawak kaya tetapi rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan dan kesusahan akibat salah urus dan banyak berlaku  penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Harapan rakyat  Sarawak ingin perubahan akan tercapai sekiranya rakyat Sarawak sendiri ingin mengubah nasib diri mereka sendiri.

Inilah masanya untuk rakyat Sarawak kena fikir, kalau mahu perubahan yang lebih baik, perlu adanya usaha dari rakyat sendiri kerana, kuasa untuk mengubah ada di tangan mereka sendiri, seperti ayat yang terdapat dalam Al Quran yang kira-kira bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Apabila rakyat Sarawak dapat memilih pemerintah yang lebih baik dan Sarawak diperintah oleh pemimpin yang jujur, amanah serta adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik maka Sarawak akan jadi lebih makmur dan menjadi negeri terkaya sebelum tahun 2030. Insya-Allah.

Pasar Borong Terengganu umpama anak tiri

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA TERENGGANU, 15 Feb: 'Umpama pasar zaman Cowboy'. itulah gambaran yang dapat dilihat di Pasar Borong Terengganu yang terletak di Gong Pauh, dekat sini.

Suasana, kemudahan dan sebagainya langsung tidak menggambarkan kedudukan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya.

(Longkang yang tersumbat di Pasar Borong Terengganu dekat Gong Pauh...gambar Dr Azman)

Pasar Borong Terengganu dibina oleh kerajaan Terengganu dibawab pimpinan PAS ketika itu untuk dijadikan tapak jualan barangan oleh petani dan nelayan tempatan.
Namun selepas Terengganu diambil alih oleh BN semula, pasar ini seolah-olah dianakitirikan oleh kerajaan negeri yang baru sehinggalah sekarang.

Bagi Dr Azman Ibrahim, Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, penguatkuasaan dan kemudahan asas pasar ini mesti seiring dengan status bandaraya Kuala Terengganu sekarang.

(Lori yang membawa barang ke pasar yang dianaktirikan kerajaan negeri Terengganu...gambar Dr Azman)

Beliau bersama pasukannya telah melakukan tinjauan dan bertemu para peniaga pada awal pagi semalam, 14 Februari 2012.

Beliau mencatatkan beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

"Pertama, infrastruktur dan kemudahan asas. Kemudahan pasar borong yang dimanfaatkan oleh 99.99% peniaga Melayu ini kelihatan seperti zaman ‘cowboy’ dengan kedhaifan persekitarannya," kata Dr Azman kepada Harakahdaily.

Sebahagian besar jalannya tak berturap, binaan-binaan kayu yang uzur, longkang tersumbat dan berbau busuk khususnya di kawasan peniaga bahan –bahan basah seperti ikan dan ayam, bekalan air yang lebih kerap terputus dan pelbagai lagi.

"Sepatah rungutan mereka yang kami dengar. Kenapa kami dianaktirikan, di sini yang berniaga adalah orang Melayu, Majlis Bandaraya kutip cukai dari kami, tak kan nak tunggu kami angkat sepanduk, buat demonstrasi, baru nak baiki!” beritahu Dr Azman.

Kedua, Kelemahan penguatkuasaan sehingga membenarkan peniaga-peniaga luar datang memasarkan barang-barang mereka di atas lori di kawasan parkir kenderaan secara berleluasa tanpa sekatan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang sah di sini.

“Kami di sini dikenakan macam-macam bayaran, sedangkan orang luar ambil kesempatan secara percuma,” kata salah seorang dari mereka.

Samada secara langsung atau tidak, kekurangan ini telah menyumbang kepada penurunan mendadak bilangan pelanggan yang datang berurusan sehingga para peniaga mengakui, akhir-akhir ini hasil jualan mereka berkurangan hampir separuh daripada biasa.

(Suasana yang terbiar di pasar ini...gambar Dr Azman)

Ditambah lagi dengan saingan dari pasaraya besar yang menawarkan serba-serbi dengan kemudahan yang selesa dan nyaman, sedangkan kami berniaga dalam keadaan serba kekurangan.

Berkenaan sumber bekalan hasil-hasil pertanian, secara umum, jelas didapati Terengganu masih gagal untuk beranjak dari pertanian tradisi dan sara diri kepada pertanian adalah perniagaan.

Sebahagian besar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan di sini adalah produk keluaran Thailand dan Cameron Highland.

Ternyata slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ gagal direalisasikan oleh kerajaan negeri walaupun telah membelanjakan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun.

"Di mana silapnya?" soal beliau.

Penantian 30 tahun untuk dapat geran tanah berakhir

Hafizan Taib, Tvsnews, 15 Feb 2012
SABAK BERNAM, 15 Feb: Umur Puan Rasib Ghazali sudah mencecah 72 akan tetapi, harapan penduduk Kampung Hala Cara Baru itu untuk mendapat geran tanah bagi tapak rumahnya tidak kesampaian hinggalah semalam.
(MB Selangor menyampaikan notis 5A kepada Puan Rasib)

Penantian Rasib dan 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam selama lebih 30 tahun berakhir apabila mereka diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah, oleh Kerajaan Selangor.

Perasaan lega dan gembira jelas kelihatan di wajah Rasib dan penerima-penerima lain dari kampung Kampung Nelayan Haji Dorani, Kampung Jalan Pantai Sekendi dan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang.

"Hampir-hampir 30 tahun lah. 30 tahun saya tunggu tak dapat-dapat. Sampai sekarang dah dapat Alhamdulillah," kata Rasib kepada Selangorkini apabila ditemui di dalam majlis penerimaan borang tersebut di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata pemberian geran kepada pemilik tanah yang sah adalah usaha berterusan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu bersikap adil kepada rakyat yang sudah berpuluh tahun menanti tetapi masih belum mendapat geran tanah. Di sesuatu kawasan, mereka sebagai pemilik yang sah. Inilah antara usaha dan janji kita kepada rakyat Selangor.

"Kita dapati dari kajian kita bukan sedikit. Lebih daripada 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor akan menerima geran sah (notis 5A) milik kepada mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Borang Notis 5A Dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor.

Seorang lagi penerima Rahani Siran, 71, dari Kampung Hala Cara Baru berkata, beliau menanti saat itu lebih dari 20 tahun dan berasa amat gembira pada hari ini.

"Tinggal kampung di sana tu dalam tahun 1989, dalam 22 tahunlah," katanya.

Seorang lagi, Mohd Sulaiman Yunus, 74, dari Kampung Nelayan Haji Dorani mengungkapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

"Alhamdulillah sangatlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi notis 5A dan kebenaran untuk saya menduduki tanah Kampung Nelayan ini dan masalah ini selesailah," kata Mohd Sulaiman.

Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan bayaran premium hingga ke RM1,000 kepada penerima geran dan sekiranya masih tidak mampu menjelaskannya, mereka tetap dibantu oleh Tabung Kebajikan.

Pada majlis yang sama seramai 120 pewaris turut menerima RM1,500 seorang dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

"Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhannya dan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana mereka semua adalah rakyat Selangor. Mereka berhak mendapat geran tersebut," kata Abdul Khalid semasa memberi sumbangan SMUE.

Umno bersubahat jika NFC pecah amanah

Abdul Aziz Mustafa, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jika National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melakukan perbuatan pecah amanah, kerajaan Umno BN bersubahat dalam perbuatan itu, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Ini kali ke berapa kerajaan Umno pecah amanah duit rakyat?

"Sekarang, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) sendiri yang mengaku berlaku kes pecah amanah bila NFCorp langgar syarat pinjaman. Kenapa dari awal lagi kerajaan tidak bertindak?

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang disebutkan oleh Nazri sebagai pecah amanah itu merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kerajaan bersubahat dengan perbuatan itu," kata beliau.

Mohamad menegaskan, kerajaan tidak ada alasan lagi untuk berpura-pura tidak bersalah dan tidak pecah amanah kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam NFCorp telah terdedah dan didedahkan.

"Ketua Audit Negara telah bersuara, Pengerusi NFCorp (Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail) sendiri mengaku mereka membeli kondominium di Bangsar menggunakan duit untuk projek lembu itu dan mendakwa ia pelaburan bijak, (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) telah membuat pendedahan demi pendedahan yang disertakan pelbagai bukti, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga kita difahamkan banyak yang didedahkan dan sekarang Nazri pula kata berlaku kes pecah amanah dalam NFCorp.

"Hanya (Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) sahaja yang mendakwa tiada unsur pecah amanah dan penyelewengan sedangkan siasat pun belum habis lagi. Orang seperti itu, tidak perlu ambilkira," katanya.

Bagi Mohamad, adalah tidak memadai jika keluarga keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang dipertanggungjawabkan.

"Kerajaan Umnolah pihak yang bersalah dalam isu dana RM250 juta untuk projek lembu fidlot ini.

"Mula-mula didedahkan kerajaan Umno bagi pinjaman mudah kepada NFCorp dengan melanggar peraturan kewangan, dan selepas itu sengaja tidak mahu dan enggan mengambil tindakan malah berdolak dalik dengan pembelaan demi pembelaan termasuk dari Perdana Menteri sendiri," katanya.

Mohamad mengingatkan Nazri supaya jangan sekadar membangkitkan perbuatan NFCorp melanggar syarat pinjaman sahaja.

"Mengapa diam terhadap pendedahan bahawa kerajaanlah yang terlebih dahulu melanggar peraturan kewangan apabila memberikan pinjaman mudah kepada NFCorp?" soal beliau.

Malaysian Insider semalam melaporkan, Nazri berkata, NFCorp telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Tiada ulasan: