Selasa, 28 Februari 2012

BATIL ITU JELAS...YANG HAQ ITU JUGA JELAS...ORANG YANG MENOLAK ISLAM...ISLAM TAPI TAK IKUT ISLAM SEPENUHNYA WAJIB DITOLAK...LEBIH2 AKIDAHNYA TIDAK BENAR...ALIM ULAMAK UPAHAN IA MEMANG JADI SYAITAN BISU...HANYA MENGAMBIL BAHAGIAN DUNIA...IA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG..INI DIPANGGIL ULAMAK ROSAK

FGVH: Anak akan terus dedah ‘lakonan’ Najib, Isa

Mazlan Aliman, 27 Feb 2012
Kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) akan diteruskan sesuatu yang sangat dikesali. Keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) yang membatalkan EGM pada 22 Februari lalu berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan adalah sangat tepat dan wajar.


Namun keangkuhan Isa Samad merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH akan terus mengundang kontroversi dan bantahan seluruh negara.

Tanpa perlu menghuraikan semula sebab penentangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan warga Felda; Kerajaan BN mestilah bersedia dengan isyarat jelas penolakan dasar separuh masak penyenaraian FGVH yang diketuai Isa Samad.

Daripada awal pendirian Anak, suatu transformasi ke arah penambahbaikan Felda boleh di bincang dan ditangani tanpa perlu kepada penyenaraian di Bursa Malaysia. Adalah dicadangkan diadakan suatu Konvensyen Halatuju Felda dengan menemukan semua pihak yang berkaitan bagi merumuskan mekanisme strategik bagaimana usaha-usaha boleh digerakkan untuk terus membangunkan Felda ke tahap yang di sasarkan.

Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mesti mengimbas kembali matlamat Felda di wujudkan oleh bapa beliau, Allahyarham Tun Abd Razak tahun 1956. Jangan dikhianati perjuangan dan pengorbanan bapa beliau dan pemimpin terdahulu.

Mengapa kerajaan pimpinan beliau beria-ria sangat dengan pelan penyenaraian FGVH seolah-olah esok lusa peneroka akan merempat dan rugi besar jika menolak cadangan tersebut?

Gelojoh benar nampaknya PM dan Isa Samad dengan menidakkan peneroka selaku tuan tanah yang bersusah payah puluhan tahun selama ini.

Tidak perlu bersandiwara mahu menolong peneroka. Anak tahu agenda Kerajaan BN  dan motif sebenar penyenaraian. Anak simpati dengan nasib peneroka Felda yang diperdaya hingga menyerahkan salinan Kad Pengenalan, Salinan Geran HakMilik dan dokumen peribadi ahli keluarga serta kesukaran menyediakan buku akaun bank seperti diminta baru-baru ini, kononnya akan dapat durian runtuh ribuan ringgit.

Ketika ini lakonan PM dan Isa Samad kita sudah mula dedahkan secara bersiri. Lebih banyak pendedahan dan penyelewengan akan dilakukan selepas ini dengan bukti-bukti yang sangat kukuh.  Meskipun penentangan kita berjaya hingga EGM dibatalkan, perjuangan tidak terhenti setakat ini.

Anak akan bersama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) akan berusaha mengadap Duli Tuanku Sultan Negeri-negeri mulai Mac ini memohon perkenan Tuanku Sultan agar campur tangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak dipajak kepada FGVH.

Bahkan Anak akan menyerahkan memorandum suatu cadangan bagaimana tanah seluas 360,000 hektar boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri.

Langkah Kerajaan Negeri Kelantan yang bercadang memajukan tanah Felda Plantation seluas 55 ribu hektar dengan memasukkan 8,000 peneroka baru terdiri daripada anak Kelantan sangat relevan, sesuai dengan saranan Anak selama ini.

Anak menyokong penuh usaha Biro Felda dan Orang Asal PKR mengutip 100,000 tandatangan bantahan penyenaraian FGVH yang bakal diserah kepada Perdana Menteri pada 30 Mac 2012 di Putrajaya.

Bahkan, jika ianya gagal melunakkan pendirian PM untuk terus menyenaraikan FGVH pada 10 Mei ini seperti disebut Datuk Ahmad Maslan; suatu HIMPUNAN RAKYAT PERDANA dijangka akan diadakan pada April ini. Puluhan ribu warga Felda akan menyerlahkan keberanian mereka untuk turun berarak bersama rakyat lainnya menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Ingat, nasib Kerajaan BN akan ditentukan melalui undi 55 kawasan Parlimen dan 92 Dun yang ada pengundi Felda pada PRU13 nanti.

Mazlan Aliman adalah Presiden Anak.

Aksi pengacau tidak menguntungkan Umno

Mohd Sayuti Omar, 27 Feb 2012
Provokasi dan gangguan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai Pemuda Umno dan sebuah NGO pengambil upah semasa Himpunan Hijau anti Lynas di Pulau Pinang semalam dilihat tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Umno. Tindakan kumpulan pemuda yang bersikap ala-ala samseng itu tidak dapat menarik simpati orang kepada usaha Ha Najib Najib untuk melaksanakan slogan 1Malaysia, sebaliknya Najib dan Umno akan tambah dibenci.
Kumpulan itu yang ikut menyertai Lynas lebih bertujuan untuk membuat kacau dan menunjukkan kebiadapan mereka kepada himpunan. Penghinaan mereka kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang ikut hadir menyebabkan orang Cina semakin membenci Umno di negeri berkenaan. Sikap mereka itu menggambar betapa rendahnya minda dan akal politik mereka yang masih lagi terkongkong dalam 'kelontong' nyiur.

Walaupun tidak semua Cina di Penang menyokong Pakatan Rakyat dan selesa dengan Guan Eng tetapi apabila kumpulan samseng itu menyerang 'peribadi' Ketua Menteri itu dan negeri kelehirannya, di Melaka, menyebabkan timbul rasa simpati orang Cina yang yang dilihat lebih rasional dalam politik berbanding dengan orang Melayu sejenis kumpulan samseng itu.

Orang Cina yang tidak memihak kepada mana-mana idelogi politik pula akan merasa terhina kerana kecaman dan cacian itu dituduh ke atas orang sebangsa dengan mereka. Sepatutnya kumpulan Melayu pengambil upah itu faham dan arif mengenai politik orang yang terbuka sejak lama dulu. Lim Kit Siang walaupun kelahiran Melaka tetapi dia juga berjaya di Ipoh.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu juga akan terkesan kepada masyarakat Cina di luar Pulau Pinang. You tube yang menyiarkan provokasi dan sikap liar kumpulan pemuda itu boleh menimbulkan kemarahan orang Cina. Dari apa yang dipaparkan dalam you tube ia tidak dapat mengelakkan perbuatan itu agak melampau dan menghina orang Cina seluruhnya. Aksi-aksi atau fikiran 'gogat' seperti itu seharusnya sudah tidak diamalkan lagi oleh anak-anak muda Melayu.

Umno tidak seharusnya membiarkan provokasi yang 'tidak sekolah' sebegitu kalau mereka mahukan simpati dari orang Cina. Tanpa teguran atau atau pembaikpulihan terhadap sikap politik itu menyebabkan semakin ramai lagi orang Cina meninggalkan BN dan juga Umno. Harapan untuk Umno menambah sokongan Cina akan sia-sia saja.

Lantaran itu eloklah mana-mana pihak Umno di Pulau Pinang mengambil tangungjawab atas kejadian itu dan kalau pun tidak mahu memohon maaf pastikan bahawa tindakan tidak sekolah seperti itu tidak akan berulang lagi di lain kali.

Hari ini rakyat sudah semakin matang, politik ala-ala haiwan di dalam hutan untuk menunjukkan tenaga siapa kuat dan mulut siapa paling luas melalak atau tahi siapa paling tinggi, sudah tidak dapat diterima lagi. Hari ini orang berpolitik dengan menggunakan kebijaksanaan akal dan bukan dengan keris, golok dan silat pulut lagi.

Zaman menunjuk hebat dengan silat pulut atau menunjukkan kehebatan dapat bersilat di atas puncak pokok kelapa sedangkan kelapa yang diambil dari buah baru cambah setinggi lutut tidak relevan lagi. Orang zaman ini tidak akan takut dengan sikap samseng kita. Manusia yang berhati budi dan ada nilai tamadun akan hormati. Mereka yang ada akal dan berjaya mempamirkan politik cendekia akan disokong. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Jaip ambil keterangan Badrulamin petang tadi

Khairil Abdul Rahim, 27 Feb 2012
KUANTAN, 27 Feb: Dr Badrulamin Baharon (gambar) petang tadi selesai memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), di sini ekoran insiden yang dikaitkan dengannya di Hotel Swiss Garden awal pagi Sabtu lalu.


Menurut peguam Ahmad Nizam Hamid, Badrulamin memberikan kerjasama penuh membantu pihak penguatkuasa Jaip dengan memberi keterangan selama dua jam bemula pukul 3.00 petang.

“Kami pihak peguam selepas ini menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada Jaip,” katanya.

Selain Nizam barisan peguam bela mewakili Badrulamin ialah Sazali Aziz dan Irfan Abdullah dari Tetuan Sazali & Lim.

Badrulamin sebelum ini telah menafikan dakwaan media beliau ditangkap khalwat oleh Jaip ketika berada di sini menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Sebaliknya apa yang berlaku beliau cuba membantu sepasang suami isteri yang sedang mengalami masalah keluarga termasuk kes keganasan rumah tangga oleh suaminya sehingga beberapa laporan polis telah dibuat.

Pada pukul 2.30 pagi suami wanita berkenaan bersama kira-kira 20 orang samseng telah menyerbu dan menyerang beliau manakala wanita itu kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Hanya setelah 20 minit kemudian pegawai Jaip dan pegawai keselamatan datang lalu menahannya berseorangan dalam bilik.

Sementara itu Ahmad Nizam kesal dengan media Umno yang terus menyerang dan memfitnah Badrulamin dengan tuduhan tangkapan khalwat sehingga mendahului siasatan Jaip sendiri.

“Kami barisan peguam telah meminta Jaip menjalankan satu siasatan yang telus, adil dan profesional kerana ia melibatkan maruah seorang Islam.

“Kami juga sedang meneliti daripada beberapa sudut untuk mengambil tindakan selanjutnya terutama kepada penyebar fitnah kerana keaiban seorang muslim dibuat main,” jelasnya.

BR1M: Penghuni rumah panjang minta PAS bantu

Harakahdaily, 27 Feb 2012


BATANG LUPAR, 27 Feb: PAS Sarawak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Misi Kebajikan di Rumah Panjang Belimbing, Sebuyau, kelmarin.

Program itu  adalah rentetan daripada program kebajikan dan khidmat masyarakat oleh Skuad Medik PAS Petra Jaya baru-baru ini yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya, Mohd Tarmizi bersama 8 Ahli Jawatankuasa PAS Sarawak dan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya.

Rombongan tersebut yang turut disertai Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus selaku Yang Dipertua PAS Batang Lupar disambut oleh wakil PAS di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat juga turut menyelami masalah dan keluhan dari penduduk rumah panjang di samping menyantuni masyarakat di kawasan sekitarnya.

Di samping itu, beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat juga menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian kepada 50 buah keluarga di situ. (Gambar)

“Sumbangan ini untuk semua penduduk di sini. PAS sebuah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan akan mengagihkan bantuan kepada sesiapa sahaja merestasi sempadan politik, agama atau bangsa,” kata beliau ketika pada sesi ramah mesra di situ.

Di sepanjang lawatan ke kampung tersebut, dapati juga terdapat beberapa orang tua atau ibu tunggal yang tidak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penduduk yang sangat kecewa tersebut memohon bantuan daripada PAS, untuk menyuarakan masalahnya kepada pihak yang berkenaan.

Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di rumah panjang tersebut dan rumah-rumah panjang sekitar adalah kejadian banjir yang sering melanda di situ.

Rombongan PAS Sarawak yang dimaklumkan oleh penduduk berasa amat kecewa dengan wakil rakyat di situ yang hanya hadir ketika majlis pemberian BR1M sahaja.

Sudah banyak kali mereka buat aduan kepada pihak berkenaan dan wakil rakyat, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil.

Rata-rata penduduk di situ mengalami kerugian kerana rumah panjang yang didiami dinaiki air ketika ditimpa musibah banjir beberapa bulan yang lepas.

Menurut seorang penduduk di situ, faktor penyumbang utama  rumah panjang dinaiki air adalah tanah rendah dan tiada sistem saliran air yang sempurna.
“Ini baru masalah banjir, belum lagi masalah ketiadaan bekalan elektrik. Bukan satu tahun atau dua tahun tapi sudah puluhan tahun perintah (BN) janji macam-macam,” kata wakil penduduk kampung kepada Abang Mat.

Misi Kebajikan di Rumah Panjang Belimbing, Sebuyau itu berakhir pada jam 6 petang.

Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar

Aziz Muda, 27 Feb 2012
AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit.

Pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemimpin yang ingkar kepada Allah berbeza kedudukannya dengan pemimpin yang lembap atau 'slow'.

Menurutnya, pemimpin yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan, bertindak perlahan untuk kemajuan dan kebaikan negara atau negeri, tidak perlu ditukar.

Katanya, sebaliknya bagi pemimpin lembap, mereka hanya perlu dibaiki agar berubah ke arah kebaikan bagi kepentingan agama,  tanah air dan seluruh rakyatnya.

"Keadaan itu samalah juga dengan kedudukan seseorang imam. Makmum memang kena ikut imam. Kalau imam itu baca perlahan, baca surah panjang-panjang, sabar sajalah. Tak perlulah tukar imam itu.

"Kalau tak setuju dengan imam itu, pergi sajalah ke masjid atau surau lain," katanya ketika menjawab soalan peserta sama ada dalam konteks kepimpinan, perlu tukar pemimpin atau ubah pemimpin, pada program Bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu di De Palma Hotel Ampang, dekat sini, semalam. 

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya seseorang imam itu merosakkan rukun sembahyang, imam tersebut perlu ditukarkan dengan imam lain yang lebih baik daripadanya.

Katanya, begitu juga kedudukannya dengan imam yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, imam itu juga bukan lagi perlu diubah tetapi perlu ditukarkan dengan imam lain dengan segera.

"Perkara itu samalah juga dengan seseorang pemimpin yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah dalam sistem pemerintahannya.

"Pemimpin seperti itu jika tidak ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya pasti akan lebih merosakkan lagi negara dan rakyatnya sehingga akhirnya akan menyebabkan negara itu musnah," tegasnya.

Tugas menukar pemimpin yang tidak baik kepada yang lebih baik, tambahnya, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan tuntutan Allah ke atas setiap umat Islam agar sentiasa mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Selain dari itu, pemimpin seperti itu juga perlu dibantu oleh sesama umat Islam lain demi kepentingan pemimpin itu sendiri dengan diberikan nasihat dan teguran kepadanya agar insaf dan bertaubat kepada Allah.

"Cara untuk memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin yang seperti itu adalah dengan menukarkannya dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya.

"Setelah kuasa tiada lagi di tangannya, barulah dia akan sedar dengan kesilapan dan kejahatannya sendiri selama ini. Dengan itu, barulah dia akan insaf dan bertaubat kepada Allah," tegasnya.

Begitu juga halnya dengan pemandu yang mabuk, tambahnya lagi, yang bukan sahaja perlu ditukar segera dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya bagi kepentingan nyawa orang lain, tetapi juga untuk menegurnya supaya sedar dengan kesilapannya sendiri.

Tiada ulasan: