Khamis, 16 Februari 2012

TAUFIK HIDAYAH HAQ ALLAH....JANGAN KUTIP ZAKAT JUTAAN RINGGIT..ASNAF2 TERABAI...DIAKHIRAT PUSAT ZAKAT JAWABLAH DIHADAPAN ALLAH...BUKAN KELANTAN SAJA TAPI SEMUA PUSAT ZAKAT NEGERI2....SONGLAPLAH HARTA2 YANG DAPAT DISONGLAP...JIKA CARA AMBILNYA BATIL...MAKA TUNGGU SAJA...YANG KAKI2 SONGLAP AKAN DIHUMBAN DALAM NERAKA ALLAH...

Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.

Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.

Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.

Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.

Tuduh sesat: PAS akan lapor ke pejabat agama pula

Aziz Muda , 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: PAS akan membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menuduh PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat'.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi, bagi mendesak tindakan diambil ke atas Ahmad.

Semalam beliau juga telah membuat satu laporan polis ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menarik balik keyataannya yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat’.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, dengan ditemani beberapa orang kepimpinan PAS Terengganu.

Menurutnya, pada Khamis, 9 Februari lalu, dalam ucapannya di Majlis Mesra Media anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah meminta Ahmad menarik balik kenyataannya yang ‘menghina’ PAS itu dalam masa tiga hari.

Katanya, setelah tempoh yang diberikan berlalu, Ahmad bukan sahaja tidak mahu menarik balik kenyataannya, malah pada hari Isnin, 13 Februari lalu, beliau membuat kenyataan dengan berkata bersedia diambil sebarang tindakan.

"Jadi, semalam, 14 Februari, saya telah membuat satu laporan kepada pihak polis supaya polis menyiasat Ahmad Said di bawah akta hasutan.

"Saya berharap agar pihak polis menyiasat Ahmad Said dengan segera," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Ahmad Said baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kotor dan berniat jahat untuk memburukkan PAS dengan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu itu sebelum ini telah dibidas teruk oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuk dari kalangan pemimpin PAS negeri itu kerana jelas bertentangan dengan realiti sebenar parti itu.

"Setelah langkah pertama itu dilakukan, saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pula selepas ini supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas Datuk Seri Ahmad Said," katanya.

Menurut Abu Bakar, setelah mengambil kenyataan daripadanya, polis Kuala Terengganu telah memberitahu kepada beliau bahawa laporannya itu akan diserahkan kepada polis Kemaman untuk sisatan lanjut kerana kenyataan jahat Ahmad itu dibuat di Kemaman.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, tuduhan Ahmad itu tidak boleh didiamkan oleh PAS kerana ia merupakan tuduhan yang amat berat bagi seseorang Islam.

"Itulah sebabnya saya meminta pihak polis menyiasat beliau di bawah akta hasutan kerana tuduhan beliau itu jelas bertujuan untuk memburukkan PAS dan menghasut orang ramai supaya membenci PAS," tegasnya. 

Menurutnya, termasuk dalam akta hasutan itu adalah hasutan dari sudut agama, perkauman dan raja-raja, manakala tuduhan Ahmad itu adalah satu ‘hasutan agama’ yang akan menimbulkan keresahan dan kebencian di kalangan orang ramai terhadap orang-orang PAS.

Bagaimana boleh dikatakan PAS sesat, tambahnya, sedangkan PAS tidak termasuk dalam ajaran sesat yang telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, PAS adalah satu parti politik yang sah, berperlembagaan, ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendokong dasar Islam yang bermatlamat untuk menegakkan pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

“Seruannya ialah Allahu Akbar dan usaha-usahanya adalah usaha yang diharuskan menurut perlembagaan Malaysia. Malah, pada setiap kali perlembagaan PAS dipinda, ia mendapat kelulusan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia," ujarnya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Terengganu telah mencabar Ahmad berdebat mengenai tuduhannya itu, tetapi cabaran itu tidak pula disambut oleh beliau.

"Saya sendiri pula sememangnya bersedia untuk berbahas dengan Ahmad Said pada bila-bila masa sama ada berbahas atau berdebat secara terbuka atau tertutup," tegasnya.

Beliau amat berharap agar Ahmad sedar dengan tuduhan beratnya itu terhadap PAS dengan segera merujuk balik kenyataannya dan seterusnya menarik balik kenyataan tersebut.

Kelantan dijangka pungut RM100 juta zakat tahun ini

Rizal Tahir, 15 Feb 2012
KOTA BHARU, 15 Feb: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) memperolehi sumbangan zakat RM94.08 juta tahun lalu.
(Nik Aziz menyaksikan penyerahan zakat oleh Maybank kepada MAIK)

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Haji Kamaruddin Bin Mohd Zin memberitahu, sumbangan zakat berkenaan diperolehi dari zakat harta, zakat perniagaan, zakat gaji dan zakat emas.

Sambungnya, pada tahun 2010, pihaknya memperolehi hasil sebanyak RM74 juta.

“Tahun ini kita menjangkakan akan memperolehi lebih RM100 juta berikutan pendapat rakyat di negeri itu semakin hari semakin bertambah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek zakat oleh pihak Maybank Islamic kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabat Menteri Besar, tengahari tadi.

Sambungnya lagi, golongan asnaf atau yang layak menerima zakat akan menikmati sumbangan zakat dari MAIK itu.


RM18 juta zakat pelajaran


Menututnya, sebagai contoh pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, di mana tahun lalu pihak MAIK membelanjakan sejumlah RM18 juta.

“Mana-mana pelajar yang mampu masuk ke IPT untuk peringat ijazah kita akan memberikan sumbangan RM2,500 tunai sebagai modal untuk pengajian mereka.

“Manakala yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma kita bagi RM1,700, tetapi bagaimanapun mereka ni mesti tergolong dalam golongan asnaf, jika tidak mereka tidak layak menerima bantuan ini,” ujarnya.

Kamaruddin juga turut memberitahu MAIK turut membantu golongan miskin dengan menyalurkan bantuan bulanan RM200 sebulan kepada golongan yang tidak berupaya sama ada sakit atau keuzuran akibat sudah berusia.

Tambahnya, Seramai 7,800 hingga 8,000 orang golongan ini telah menerima sumbangan dari MAIK sejumlah RM200 seorang dengan anggaran keseluruhan RM1.5 juta.

Jelasnya, sebagai jabatan yang menerima zakat secara tunggal di negeri itu, MAIK menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada penderma termasuk pihak institusi bank.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Islamic, Muzaffar Hisham ketika ditemui pula berkata Maybank akan membuka cawangannya terbaru di Bandar Baru Kubang Kerian yang dijangkakan akan beroperasi awal bulan Jun tahun ini

'Terima kasih MB, tak halang Himpunan Hijau'

Khairil Abdul Rahim, 15 Feb 2012
KUANTAN, 15 Feb: Pengerusi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir (gambar), mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan mahu ia direalisasikan.

Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini 26 Februari ini bermula jam 10 pagi.

“Terima kasih Datuk Nan (Adnan) kerana memberikan kebenaran himpunan yang dirancang itu dan kita harap pengakuan tersebut dikotakan.

“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang,” katanya.

Himpunan Hijau 2.0 yang terdiri daripada beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang kelulusan operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, sebelum ini merancang perhimpunan 20,000 orang yang mahu menyatakan bantahan.

Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar, berkata Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.

“Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga.

“Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya sebagaimana disiarkan media.

Adnan mengakui negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai.

“Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai.

“Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga,” katanya.

Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing.

“Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua,” katanya yang juga mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan secara bersiri seperti Bersih.

Sementara itu, Nasrun, berkata program sehingga jam 12 tengahari pada hari tersebut akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, baca doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.

Difahamkan, ketika ini Himpunan Hijau sedang menunggu kelulusan permit berhimpun daripada polis dan MPK

Najib mesti dedah penyelesaian Danaharta-Tajudin

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya memberitahu bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan.

“Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN sanggup melepaskan tuntutan terhadap seluruh hutang dan melepaskan Tajudin tanpa mempertahankan diri di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini mempunyai niat jahat kerana kerajaan telahpun memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi,” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Dalam keputusannya semalam, Mahkamah Rayuan juga menetapkan bahawa terma penyelesaian Danaharta dan Tajuddin dirahsiakan.

Kes Danaharta dan Tajudin berkisarkan kepada satu pinjaman RM1.79 bilion oleh sekumpulan pemimjam untuk membiayai Tajudin dalam pembelian 32 peratus saham MAS pada tahun 1994.

Kegagalan Tajudin untuk melangsaikan hutang tersebut sebanyak dua kali telah memaksa Danaharta untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.      

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Dis 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Jan 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

Responden lain ialah pentadbir khas Naluri Corporation Bhd iaitu Mohamad Raslan Abdul Rahman, Ooi Woon Chee dan Gan Ah Tee serta syarikat Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Technology Resources Industries Berhad, Celcom (Malaysia) Sdn Bhd, Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB), Atlan Holdings Bhd, Atlan Properties Sdn Bhd, Multi Esprit Sdn Bhd, Datuk Seri Adam Sani Abdullah, Datuk Ong Kim Hoay, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Ong Kar Beau, kerajaan Malaysia dan Naluri Corporation Berhad.

Tajudin pernah mendakwa bahawa pembelian saham tersebut diarahkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas kementerian kewangan Tun Daim Zainuddin pada 1994 untuk menyelamatkan kerajaan.

Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi.

Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah.

“Adakah penyelesaian ini disebabkan oleh hujah pembelaan Tajudin bahawa beliau 'dilindungi' oleh Dr Mahathir dan Daim Zainuddin daripada sebarang tanggungjawab terhadap kerugian tersebut?” soal Pua (gambar).

Menggunakan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebagai contoh di mana mantan presiden dan timbalan presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy didakwa, Pua menggesa Najib turut melakukan perkara yang sama terhadap Mahathir dan Daim atas kecuaian melampau dan melindungi Tajudin dalam penswastaan MAS.

“Ia adalah jelas daripada penyelesaian di atas bahawa kerajaan BN tidak mempunyai keinginan politik untuk menguruskan kewangan dalam sebarang bentuk yang hemah.
"Ketirisan, rasuah dan pembaziran dalam skala besar akan terus subur dalam kerajaan BN yang tekad mempromosikan kronisme dan mengabaikan akauntabiliti,” selar Pua.

Jika keadaan ini berterusan, kata Pua, tilikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala bahawa negara akan bankrap sudah pasti akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: