Pemerhati p'raya: Tak adil hentam kami, kata SPR
Pengarusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata
adalah untuk adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk
melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.
Beliau
menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR
itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu
garis panduan dan ia belum muktamad lagi.Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.
Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.
SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre.
Tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan.
Pengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya.
Syed Ibrahim (kanan) juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus.
Abdul, Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang".

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Suruhanjaya
Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa
semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan
awam.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
- Bernama

Bas ekspres terbalik di lebuh raya PLUS
Sebelas
penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang
mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di
Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran
Jejantas Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di ibunegara, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.
Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.
"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi.
Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.
Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.
- Bernama
Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.
Wartawan
veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my
berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa
tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan
kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.
Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.
Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.
"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.
"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.
Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.
Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.
Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.
Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.
Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.
Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di ibunegara, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.
Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.
"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi.
Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.
Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.
- Bernama

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat
Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.
Wartawan
veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my
berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa
tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan
kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.
Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.
"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.
"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.
Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.
Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.
Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.
Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.
Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.
Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.
Soalan wakil rakyat Duyong gamatkan DUN Melaka
Tindakan
seorang ADUN BN yang mencabar seorang wakil rakyat pembangkang supaya
menjawab satu dakwaan mencetus kekecohan di hari pertama persidangan DUN
Melaka hari ini.
Insiden itu timbul apabila Datuk Gan Tian Loo (MCA-Duyong) meminta Betty Chew (kanan)
(DAP-Kota Laksamana) menjawab satu dakwaan berhubung seorang wanita
yang didakwa pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Chew yang merupakan isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagaimanapun enggan menjawab dakwaan tersebut, biarpun Gan berkali-kali mendesak supaya beliau membuat penjelasan.
"Saya perlu tanya perkara ini sebab ramai orang tanya saya dan suruh saya bawa dalam dewan ini, adakah YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini," kata Gan yang menyebut nama seorang wanita.
"Saya percaya ramai nak tahu perkara ini termasuk mereka dari DAP
sendiri sebab banyak di blog-blog tempatan memaparkan isu ini,"
katanya ketika melontarkan pertanyaan itu di dalam persidangan berkenaan
Keadaan itu menimbulkan kekecohan apabila beberapa wakil pembangkang termasuk Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) dan Goh Leong San (DAP-Bachang) bangun dan membantah isu yang dibangkitkan Gan.
Mereka memberi alasan bahawa isu tersebut tiada kena mengena dengan usul bantahan terhadap penganjuran Bersih 3.0 pada April lalu yang sedang dibahaskan.
Khoo juga mencabar Gan supaya mengulangi perkara tersebut di luar Dewan.
Gan bagaimanapun terus mengasak Chew dengan bertanya sekiranya benar dakwaan bahawa wanita yang dinamakannya itu sebelum ini pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kini dipindahkan ke Pejabat Warisan Dunia di negeri tersebut.
Gan juga bertanya sekiranya Chew pernah "menyepak atau buat macam-macam" ke atas wanita berkenaan.
Chew tetap enggan mengulas dakwaan tersebut.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Chew berkata perkara itu perlu dijelaskan oleh Gan yang membangkitkan dakwaan berkenaan.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai hal ini, setakat ini saya tidak tahu apa-apa kes ini, tetapi kalau pemberita nak tahu suruhlah YB yang membangkitkan isu ini menjelaskannya," katanya.
Ditanya sama ada isu berkenaan merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan suaminya, Chew tetap enggan mengulas dan mencabar Gan supaya membuat kenyataan media berhubung dakwaan itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid bertanya mengapa Chua tidak tampil dengan maklumat tersebut.
Menurut The Star, Chua mengancam untuk mendedahkan
skandal yang didakwanya urusan yang membabitkan RM1 bilion yang didakwanya disembunyikan melalui transaksi yang rumit.
Chua, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani turut mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan semua butiran mengenai transaksi tersebut.
"Kami mempunyai sebuah pentadbiran yang telus," tegas Khalid, yang menafikan mengetahui apa-apa mengenai dakwaan Chua itu.
Insiden itu timbul apabila Datuk Gan Tian Loo (MCA-Duyong) meminta Betty Chew (kanan)
(DAP-Kota Laksamana) menjawab satu dakwaan berhubung seorang wanita
yang didakwa pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Chew yang merupakan isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagaimanapun enggan menjawab dakwaan tersebut, biarpun Gan berkali-kali mendesak supaya beliau membuat penjelasan.
"Saya perlu tanya perkara ini sebab ramai orang tanya saya dan suruh saya bawa dalam dewan ini, adakah YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini," kata Gan yang menyebut nama seorang wanita.
"Saya percaya ramai nak tahu perkara ini termasuk mereka dari DAP
sendiri sebab banyak di blog-blog tempatan memaparkan isu ini,"
katanya ketika melontarkan pertanyaan itu di dalam persidangan berkenaan
Keadaan itu menimbulkan kekecohan apabila beberapa wakil pembangkang termasuk Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) dan Goh Leong San (DAP-Bachang) bangun dan membantah isu yang dibangkitkan Gan.
Mereka memberi alasan bahawa isu tersebut tiada kena mengena dengan usul bantahan terhadap penganjuran Bersih 3.0 pada April lalu yang sedang dibahaskan.
Khoo juga mencabar Gan supaya mengulangi perkara tersebut di luar Dewan.
Gan bagaimanapun terus mengasak Chew dengan bertanya sekiranya benar dakwaan bahawa wanita yang dinamakannya itu sebelum ini pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kini dipindahkan ke Pejabat Warisan Dunia di negeri tersebut.
Gan juga bertanya sekiranya Chew pernah "menyepak atau buat macam-macam" ke atas wanita berkenaan.
Chew tetap enggan mengulas dakwaan tersebut.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Chew berkata perkara itu perlu dijelaskan oleh Gan yang membangkitkan dakwaan berkenaan.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai hal ini, setakat ini saya tidak tahu apa-apa kes ini, tetapi kalau pemberita nak tahu suruhlah YB yang membangkitkan isu ini menjelaskannya," katanya.
Ditanya sama ada isu berkenaan merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan suaminya, Chew tetap enggan mengulas dan mencabar Gan supaya membuat kenyataan media berhubung dakwaan itu.

MB S'gor cabar Chua dedah bukti 'skandal RM1b'
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar ketua biro
profesional MCA, Chua Tee Yong supaya mendedahkan bukti terhadap
tuduhannya berhubung dakwaan skandal RM1 bilion yang didakwanya
membabitkan kerajaan negeri.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid bertanya mengapa Chua tidak tampil dengan maklumat tersebut.Menurut The Star, Chua mengancam untuk mendedahkan
skandal yang didakwanya urusan yang membabitkan RM1 bilion yang didakwanya disembunyikan melalui transaksi yang rumit.
Chua, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani turut mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan semua butiran mengenai transaksi tersebut.
"Kami mempunyai sebuah pentadbiran yang telus," tegas Khalid, yang menafikan mengetahui apa-apa mengenai dakwaan Chua itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan