Gila! Perkasa lapor polis kerana sultan sokong Royalti
| http://milosuam.blogspot.com, | 03 Jul 2012 |
GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.
Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.
Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].
Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.

Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.
Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].
Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.

Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampu Regime Umno dan Barisan Nasional.
ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "
Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.
Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].
Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.

Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.
Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].
Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.

Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampu Regime Umno dan Barisan Nasional.
ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/gila-perkasa-lapor-polis-kerana-sultan.html#ixzz1zVjAuWXo
Ali Rustam pula yang demam
| http://dollahyankee.blogspot.com, | 03 Jul 2012 |
Nampaknya demam pilihanraya ke-13 sudah masuk ke negeri Melaka. 170 buah meja telah habis dibeli (tanpa paksa, tanpa disponsor dan bukan free) olih rakyat negeri Melaka yang mahu ber'ubah' dan nak tengok Ali Rustam pula demam.
Meja-meja
itu telah berjaya di jual oleh PKR negeri Melaka pada satu majlis
makan malam di dewan Pay Fong Melaka anjuran mereka kelmarin dengan
penutup majlis diakhiri dengan ceramah oleh DS Anwar Ibrahim.
2
jam selepas itu DS Anwar bergegas pula ke perkarangan pejabat PKR
negeri Melaka di Bukit Piatu, untuk satu ceramah pilihanraya.
Perkarangan pejabat PKR itu juga telah banjir dengan orang ramai yang
juga mahu melihat Ali Rustam demam.
dollah yankee -
Jom tawan Putrajaya !
Jom tawan Putrajaya !
Sedia ruang buat Aishah, Abby, Hairie berkarya
| Ahmad Lutfi Othman, | 03 Jul 2012 |
Kalau ditanya nama-nama selebriti berkenaan, saya sendiri sukar membariskan senarai penuhnya; makin ramai, bertambah saban minggu dan mungkin menyusul nama-nama yang kita tidak terduga.
Malah, ada di kalangan mereka, bukan saja berubah penampilan, tetapi gigih menimba ilmu agama, mendampingi golongan ustaz dan ulama, serta bertindak nekad meninggalkan era lama yang melalaikan itu.
Lebih mengejutkan apabila selibriti terkemuka, seperti Bob Lokman, Aishah, Abby Abadi (sekadar menyebut beberapa nama) dan terkini Hairi Othman turut mengisi pentas ceramah PAS. Jadual program mereka penuh dengan undangan dari seluruh pelosok negara.
Lebih menarik, sebahagian besar bintang-bintang itu cenderung memilih PAS sebagai wadah politik atau sekurang-kurangnya selesa mendekati program dan personaliti Parti Islam itu, berbanding parti-parti yang lain. Maknanya, ada kesedaran menyeluruh untuk menghayati agama.
Saya tambah teruja dengan deretan panjang nama-nama besar dalam dunia hiburan yang memenuhi aktiviti surau dan masjid, misalnya Sham Kimikaze, Wardina Saffiyah, Catriona Ross dan Iwan Syahman. Pendekatan pendakwah paling tersohor, Ustaz Azhar Idrus, yang kelihatan santai bersama artis-artis tersebut, makin menyuburkan lagi suasana yang mendamaikan itu.
Tidak dilupakan generasi lebih awal seperti Azmil Mustafa, Noor Kumalasari, Akhil Hayy dan ramai lagi. Mungkin sebahagiannya tidak berminat untuk bersama parti-parti politik pembangkang, tetapi saya sudah cukup senang jika mereka berupaya menyuntik satu hembusan segar dan kudus dalam dunia seni hiburan kita.
Sebenarnya, tanpa perlu menunggu lebih ramai golongan seniman menyertai PAS atau oposisi lain un, bagi saya, cukuplah dengan perkembangan positif dunia hiburan tanahair, untuk mendorong jiwa menjadi tenang dan damai, serta dapat menghayati keindahan seutuhnya. Harapnya muncul penggiat seni, dalam semua genre, dapat menampilkan sesuatu yang serasi dengan fitrah insani.
Selama ini, isu hiburan, atau dalam konteks lebih luas, seni budaya (begitu juga persoalan berkaitan sukan, wanita dan golongan non Muslim), apabila dikaitkan dengan gerakan Islam atau parti politik Islam, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, kerap menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Sebahagian melihat aktiviti seni mudah mengundang fitnah, tohmah dan salah anggap.
Tidak dinafikan, ramai menaruh kebimbangan tentang bentuk pengisian mengenai hiburan oleh kumpulan Islam apabila mereka diberi amanah untuk menerajui kerajaan. Ada yang bertanya: "Bagaimana program TV jika parti Islam berkuasa? Apa nasib pawagam dan industri filem? Teater atau persembahan bagaimana untuk memenuhi panggung Istana Budaya? Aktiviti sukan pula macamana? Kegiatan seni budaya termasuk warisan tradisi? Atau hanya nasyid dan lagu bertemakan kemanusiaan sahaja yang dibenarkan? Apa jadi nasib penyanyi wanita? Semua pelakon wanita mesti tutup auratkah?"
Terus-terang saya nyatakan, sewaktu PAS membuka laluan seluas-luasnya, serta membentang permaidani merah, malah mendorong dan mendakap erat mereka yang mahu bersama perjuangan Islam -- juga yang bersedia menanggung risiko buruk daripada pemerintah terutama dengan tindakan "menggam" -- saya terfikir apakah kita sudah bersedia sepenuhnya (baca sejujurnya) untuk menyediakan ruang atau gelanggang buat rakan-rakan kita itu untuk terus berkarya dan "menghibur"?
Sudah pasti tidak semua selebriti berkenaan berminat dengan politik (karenah siasah, bagi sesetengah orang cukup memenatkan) atau berupaya menyampaikan ceramah atau kuliah dengan baik. Lagipun jelajah politik ini agak bermusim sifatnya; ia memang rancak menjelang pilihan raya umum tetapi kembali tenang selepas itu.
Sambil mengalu-alukan personaliti kental seperti Aishah dan Dayangku Intan, yang sanggup menjelajah segenap penjuru tanahair (difahamkan ada di antaranya keseorangan memandu dalam perjalanan yang jauh), bagi menimbulkan kesedaran rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13, bagaimana pula dengan kelompok artis, misalnya, yang mula menutup aurat dengan sempurna, menjaga perwatakan dan pergaulan, serta berazam menabur bakti melalui aktiviti seni Islami, atau sekurang-kurangnya yang tidak bercanggah dengan adab susila?
Saya pernah menimbulkan kepentingan empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk bertindak proaktif menyemarakkan kegiatan seni budaya, sekali gus menghampar peluang, dengan peruntukan, kemudahan dan bajet tertentu, yang "selesa".
Malah, aktivis budaya, Dinsman terpaksa menerbitkan buku khas, berjudul Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya, yang ditujukan khusus kepada para pemimpin politik di Malaysia, "teristimewanya Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor".
Rakan saya bertanya, "mengapa Dinsman tidak mengkhususkan sekali bukunya itu untuk perhatian tiga ketua negeri Pakatan Rakyat yang lain?" Beliau merujuk kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Ustaz Azizan Abd Razak dan Lim Guan Eng.
Memang Khalid, di majlis Konvensyen Penulis Selangor, 26 Jun 2011, mengumumkan tawaran dana khas untuk penulis dan seni budaya negeri itu sebanyak RM2.5 juta. Bagaimana pula dengan Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan?
Kritikan terhadap komitmen kerajaan Pakatan Rakyat terhadap aktiviti seni budaya turut disuarakan penulis lirik popular, Buddhi Hekayat, yang terkenal dengan dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF, yang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 26.
Beliau, yang nama sebenarnya Hasmi Hashim, mendakwa kerajaan Pakatan ketinggalan dan "lebih jauh dan lemah" berbanding kerajaan BN dalam memartabatkan seni budaya dan kebajikan seniman.
Hasmi turut mempersoalkan program apa yang dianjurkan selama empat tahun kerajaan Pakatan memerintah di beberapa negeri.
"Kita faham debat hudud antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan. Maksudnya nak melaksanakan hudud (kerana) perlu kelulusan kerajan persekutuan. Tetapi untuk memberi dana yang cukup untuk membiayai program kebudayaan, tidak perlu tunggu kerajaan persekutuan," katanya dalam forum "Artis berpolitik: Sekadar glamor atau prinsip" di ibu negara, malam 28 Jun, bersama Hairie Othman dan Zed Zaidi.
Apa pun, sekurang-kurangnya Kelantan telah menganjurkan siri 'Bicara Selebriti' yang mendapat sambutan hangat, bukan saja membabitkan artis dalam negeri, tetapi juga bintang Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi.
Dan tentu ramai masih ingat, langkah kerajaan Kelantan meraikan penyanyi yang tiba-tiba melonjak naik melalui program Akademi Fantasia, Mawi. (Sebenarnya saya masih meminati Mawi, yang juga hilang secara tiba-tiba; merdu suaranya sesuai sesuai dengan nasyid dan juga lagu kemanusian). Ramli Sarip dan M Nasir juga pernah diundang ke Serambi Makkah, mempersembahkan nyanyian dalam majlis yang dihadiri pimpinan PAS Negeri. (Tiba-tiba saya terkenang penyanyi Ito, Blues Gang, yang kerap memenuhi undangan Barisan Alternatif semasa era reformasi 1998-99 dahulu. Lagu-lagu ketuhanannya juga memikat).
Bekas Mufti Perak, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang pernah diundang ke majlis 'Bicara Selebriti', memberi komentar menarik mengenai pengisian program tersebut, dengan merujuk isu-isu pokok dalam dunia seni: "Ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini.
"Ertinya, setiap Muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkan pandangan yang berbeza. Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu’tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya."
Beliau kemudiannya mengulas teraju utama di sebalik 'Bicara Selebriti', iaitu Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah: "Beliau (Baihaqi) anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat."
Secara peribadi saya kira Aishah mempunyai kerangka idea yang agak jelas tentang perubahan seni hiburan yang dihasratkannya. Elok pemimpin PAs dapat berkongsi idea dengannya. Saya masih teringat ucapan pendek dan ringkas Aishah di hadapan 100,00o orang di Stadium Darulaman, Alor Setar, dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya, 1 Jun lalu.
Lebih sesuai dianjurkan satu program ramah mesra membabitkan pimpinan tertinggi parti bukan sahaja bersama personaliti popular yang menyertai PAS tetapi juga penggiat budaya, yang mahu memartabatkan dunia seni ke landasan yang diredai Allah.
Pastinya saya turut terharu dengan pengakuan Abby Abadi, dalam program Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Meskipun belum menyertai PAS, beliau secara terbuka melafazkan: "Demi Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ia datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di TV, tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."
Namun, cetusan rasa (dan kritikan) rakan saya, Zunar, menarik untuk direnung bersama: "Di bawah Pakatan, Bob Lokman harus terus mencipta lagu, Dayang Ku Intan dan Aishah harus terus menghasilkan album, Abby Abadi dan Hairie Othman harus terus berlakon ...
"Pakatan gagal menyambut kehadiran artis dengan cara sewajarnya. Setakat ini tiada usaha untuk mengadakan konsert yang menggabungkan artis-artis yang berhijrah. Tiada juga usaha menghasilkan album lagu-lagu reformasi. Tiada juga usaha untuk menghasilkan filem yang mencatat sejarah perjuangan dan sebagainya.
"Produksinya bukan mudah kerana memerlukan belanja besar. Tetapi apakah dengan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, peruntukan kebudayaan di negeri masing-masing tidak boleh untuk tujuan ini?
"Warga artis sedang menanti apakah Pakatan akan mengembalikan martabat artis dengan membebaskan mereka dari belenggu BN. Kerana itu konsep hiburan altenatif yang bakal dilaksanakan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak, wajar dilaksanakan sekarang."
George Kent gagal nilai bidaan, bahaya nyawa orang ramai
| Mohd Rafizi Ramli, | 03 Jul 2012 |
Penilaian
bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah
syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat
ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow,
salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.
Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.
Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Datuk Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).
Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:
1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;
2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;
3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;
4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;
5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan
6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih mengecewakan, keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.
Jika niat Datuk Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.
Saya menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.
Penulis ialah Pengarah Strategi PKR.
Facebook, Twitter punca remaja bersikap biadab?
LONDON- Laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mengubah cara remaja perempuan bercakap, menjadikan mereka lebih biadab dan agresif, menurut kajian. Pakar percaya, bahasa yang digunakan wanita muda semakin pendek, tajam dan lebih berterus-terang, dengan kurang masa digunakan untuk mempertimbangkan secara berhati-hati berhubung perkataan yang digunakan mereka.
“Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka. “Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang,” - Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair
Perubahan itu menyebabkan remaja perempuan bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap dengan sesama sendiri dan dengan golongan dewasa.
Bahasa yang digunakan dipercayai hasil komunikasi lebih cepat di Facebook, Twitter dan emel. Ia lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana mereka lebih kerap berkomunikasi.
Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair, memberitahu akhbar Daily Mail, penampilan kurang sopan bukan disengajakan tetapi menyatakan penggunaan internet bermakna golongan muda tidak mempunyai cukup masa untuk memilih perkataan dengan berhati-hati.
“Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka.
“Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang,” katanya.
Awal tahun ini, penulis Terry Pratchett, mencadangkan penggunaan Twitter dan mesej teks mengehadkan pemikiran dan perbendaharaan kata golongan muda menyebabkan mereka kecewa.
“Kanak-kanak kini kelihatan malas. Media sosial tidak membantu, begitu juga mesej teks. Anda perlu berinteraksi dengan orang lain. Jika ada perkataan menunjukkan apa yang sebenarnya dimaksudkan, anda boleh sampaikan mesej. Saya yakin ini ada kaitan tindak kasar,” katanya.
Pelakon Ralph Fiennes sebelum ini mendakwa bahasa moden terhakis, menyalahkan ‘dunia ayat dipendekkan dan Twitter.’
- Agensi
PANAS! LEBUH RAYA RAKYAT DI SABOTAJ KERAJAAN PUSAT?
Ada cubaan sabotaj dimana Jurukur asal projek telah dihalang untuk menyerahkan lapuran kerja kepada kerajaan negeri. Menurut Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ) berkata,
kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.
Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui -royalti bijih besi akan digunakan membiayai sebahagian kos lebuh raya tersebut.
KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.
Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.
Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar bawah) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.
“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.
Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.
Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.
“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.
“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.
Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi
mengurus sumbangan orang ramai.
Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.
“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.
Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.
Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.
Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.
“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya
Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...
| http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 03 Jul 2012 |
Susupan Petang
Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim diheret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali diheret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuba memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
| Anwar Ibrahim tidak gentar dengan mahkamah. |
Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.
Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetapi yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga kenapa tidak didakwa sama?
Untuk pengetahuan pihak polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret mereka itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar kemudian mereka diharap akan dibenci rakyat?
Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ahli parlimen tidak berpuas hati. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja.
Sementara itu Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik bukan atas asas-asas keadilan. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kalau mereka dihukum atas pertuduhan itu dengan kadar tertentu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen ternafi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.
Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang UBN dan Ha Najib Razak ia adalah perbuatan dan tindakan sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan 'sadisme' lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara.
Sepatutnya UBN sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin... tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar 'dirukup' dalam penjara UBN tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan.
Yakinlah semua halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno saja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa-dosa mereka. [wm.kl.7:01 pm 02/07/12]
Najib takut bubar, strategi tidak menjadi
| Idris Ahmad, | 03 Jul 2012 |
Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk
membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah
beliau yang akan memimpin pilihan raya pada kali ini.
Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.
Walaupun sepatutnya pilihan raya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya.
Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihan raya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universiti RM200 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.
Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan taktik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan.
Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana 51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabik dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut.
Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.
Taktik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.
Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihan raya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik.
Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerunsingan kepada beliau. Semua taktik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.
Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.
Walaupun sepatutnya pilihan raya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya.
Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihan raya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universiti RM200 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.
Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan taktik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan.
Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana 51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabik dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut.
Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.
Taktik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.
Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihan raya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik.
Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerunsingan kepada beliau. Semua taktik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan