Selasa, 3 Julai 2012

KITA DALAM KEPINCANGAN...JANGAN TAMBAH2 LAGI...MAKAN DIRI...RAKYAT DAH PANDAI MENILAI...MANA PENYAMUN...MANA YANG TAQWA...GERAKLAH UNTUK BERJUANG NGO YANG KITA TUBUH....JANGAN BERJUANG UNTUK DIRI SENDIRI...AHLI2 AKHIR TAHU JUGA.....NI YANG DINAMAKAN CERDIK TAPI KURANG AKAL....

Serbuan ke Suaram terbantut, waran tak sah
  • Hazlan Zakaria
  • 3:59PM Jul 3 2012
 
Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang datang untuk melakukan 'pemeriksaan rutin "di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang ini, terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabriel"Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. Ia tidak ditandatangani
dan orang yang datang bersama mereka hanyalah seorang timbalan. Mereka memutuskan untuk datang semula esok," kata Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysiakini.

Gabriel berkata pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Serbuan ke atas Suaram ekoran gesaan NGO pro-Umno yang mahu Suaram mendedahkan mengapa, sebagai sebagai kumpulan hak asasi manusia, ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat; menyatakan sumber pembiayaannya dan apa yang berlaku kepada hampir satu juta ringgit yang dicatatkan sebagai pendapatannya sejak 2009.
PAS desak k'jaan jelaskan penamatan tugas Abu Bakar
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:46PM Jul 3 2012
 
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, mulai 1 Julai lalu.

Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi  "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

NONEMahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya sambil menambah bahawa selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara".
"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.
'Siapa tandatangan surat tamat tugas?'
Mahfuz juga mahu kerajaan tampil menjelaskan siapakah yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar, sedangkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilapor menafikan menandatangani surat tersebut.

NONE"Semua 1.4 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar.

"Selalunya ketua setiausaha negara yang menandatangani. Jadi kita nak tahu, adakah surat itu ditandatangani sendiri oleh perdana menteri, " katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga berkata khabar angin yang tersebar mendakwa penamatan tugas Abu Bakar dikaitkan dengan isu kegagalan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Katanya, berdasarkan sejarah pembentukan skim tersebut, ia dibentuk pada ketika Tan Sri Ismail Adam, dan Abu Bakar hanya meneruskan keputusan yang dibuat sebelum itu, ketika menggantikan tugas Ismail.
"Selepas Tan Sri Ismail Adam bersara, Tan Sri Abu Bakar meneruskan apa yang dipersetujui oleh kabinet. Adalah tidak adil dikambinghitamkamkan (bekas) ketua pengarah perkhidmatan awam (Abu Bakar) atas kegagalan SBPA," katanya.
Minta Abu Bakar tampil

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendesak kerajaan menjelaskan apakah isu tersebut menjadi sebab Abu Bakar ditamatkan tugasnya.

"Saya minta penjelasan, kalau bukan kerana SBPA, kita nak tahu sebab apa," kata Mahfuz

NONEDilaporkan, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Mahfuz turut meminta Abu Bakar untuk tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau didakwa "dianiayai" kerajaan.

Ditanya sama ada isu tersebut memberi kelebihan kepada pembangkang, Mahfuz berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.

"Saya tidak mahu bercakap (pembangkang) ada kelebihan atau tidak. Nanti orang kata saya mempolitikkan isu ini.

"(Tetapi) kita bertanggungjawab memperbaiki sistem perkhidmatan awam kita. Kita tidak boleh biar sistem perkhidmatan awam dipolitikkan," katanya.
Hasan Ali: Risalah cubaan sabotaj JATI
  • Ahmad Fadli KC
  • 6:06PM Jul 3 2012
 
Presiden NGO JATI, Datuk Dr Hassan Ali menyifatkan penyebaran risalah mengaitkan DAP dan penyebaran agama Kristian pada ceramah JATI sebagai cubaan sabotaj pihak tertentu terhadap pertubuhan itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana ahli JATI menerbit atau mengedarkan risalah sedemikian rupa pada mana-mana acara anjurannya.

NONE"Jika benar ia berlaku, ini adalah satu cubaan sabotaj JATI yang dibuat pihak tertentu," kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Beliau mengulas dakwaan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung kewujudan satu risalah yang antara lainnya menuduh DAP cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Ng mendakwa risalah yang ditujukan kepada orang Melayu Islam itu diperoleh dari satu majlis anjuran JATI di Meru, Selangor.

Ng dalam sidang medianya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengedar risalah sedemikian.

Mengulas lanjut, Hassan Ali berkata JATI adalah pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja sahaja dan tidak pernah memperkecilkan agama lain atau menimbulkan kekacauan.

"JATI hanya menegakkan prinsip kehidupan bersendikan Islam, Melayu dan Raja. Kita tidak pernah memperkecilkan mana-mana agama lain," katanya.
Risalah kaitkan DAP dengan negara Kristian muncul
  • Jonathan Yong
  • 6:12PM Jul 3 2012
 
Pakatan Rakyat menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan tuduhan jenayah terhadap pengedar risalah yang menurutnya berniat jahat dengan mendakwa DAP akan mencabar Islam sebagai agama rasmi.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, ADUN Sekinchan Ng Suee
Lim (kiri) menunjukkan risalah tersebut yang didakwa diperolehi di sebuah majlis di Meru, Selangor anjuran JATI - sebuah NGO yang diketuai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali.

Risalah tersebut ditujukan kepada masyarakat Melayu-Muslim, dan bertanya apakah mereka akan membiarkan anak-anak mereka dikristiankan oleh DAP.

Ia kemudiannya menyenaraikan siri peristiwa yang kononnya akan berlaku jika DAP memerintah negara ini, termasuk agama Kristian menjadi agama rasmi, bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memindahkan pejabatnya ke Singapura untuk mengadakan mesyuarat mingguan dengan bekas Perdana Singapura Menteri Lee Kuan Yew.

Katanya, polis hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan memastikan dinyatakan dengan jelas pada setiap risalah siapakah penerbitnya "dan tidak membiarkan kami difitnah tanpa nama".

Ng berkata demikian dalam sidang akhbar untuk mendesak pihak polis menghentikan keganasan politik terhadap ahli politik pembangkang.

Pemimpin Pakatan yang hadir termasuk ADUN Meru, Abdul Rani Osman, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, yang membangkitkan siri serangan fizikal ke atas pemimpin dan ceramah Pakatan yang telah berlaku pada bulan-bulan kebelakangan ini.
Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker
5:56PM Jul 3 2012  
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.
Shuhaimi tetap tertegas tindakan terhadap Faekah
3:15PM Jul 3 2012  
Kemelut dalam PKR Selangor masih jauh dari selesai, dengan ketua penerangan parti itu, Shuhaimi Shafie mengulangi gesaannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya Faekah Husin kerana mengeluarkan surat sokongan.

NONEADUN Sri Muda itu memberitahu New Straits Times bahawa tindakan
itu perlu kerana sebelum ini tindakan pantas diambil dalam kes-kes di mana ahli keluarga pegawai kerajaan negeri terlibat dalam transaksi berkaitan kerajaan negeri.

Faekah telah mengaku menghantar beberapa surat bagi firma undang-undang yang memohon dilantik sebagai firma guaman untuk Permodalan Negeri Selangor Bhd, termasuk firma guaman yang dikendalikan oleh anak saudaranya.

Bagaimanapun, Faekah telah menafikan ia surat sokongan dan Khalid juga telah mempertahankannya, dengan mengatakan surat itu adalah perkara biasa dan tidak melanggar etika.

Bagaimanapun, NST melaporkan Shuhaimi memetik kes-kes terdahulu yang membabitkan dua ahli Majlis Perbandaran Klang yang telah dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan, iaitu Tee Boon Hock dan Hamidah Mat Som, pada tahun 2010.

Shuhaimi berkata Khalid cepat bertindak terhadap kes-kes lain di mana ahli keluarga pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam projek kerajaan negeri, tetapi tidak begitu apabila ia melibatkan seseorang dari pejabatnya yang telah menyinggung ramai orang, termasuk beberapa dalam PKR.
PKR: Markah rendah tapi dapat projek sambungan LRT
12:11PM Jul 3 2012  
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa konsortium yang didakwa memenangi tender untuk projek sambungan LRT Ampang menerima penilaian rendah berbanding pembida lain dari segi pengalaman dan kemahiran teknikal.

NONEBeliau mendakwa, keputusan penilaian teknikal oleh perunding kejuruteraan Halcrow untuk projek bernilai lebih RM1 bilion itu mendapati bahawa konsortium berkenaan tiada pengalaman dalam projek rel dan hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta.

Sedangkan, tujuh pembida lain dalam tender berkenaan kesemuanya telah menyiapkan projek bernilai antara RM458 hingga RM5 bilion, dakwanya.

Rafizi mendakwa, perkara itu dikesan melalui satu surat bertarikh 12 Disember 2011, didakwa dihantar oleh pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada jawatankuasa perolehan di Kementerian Kewangan yang dipengerusikan perdana menteri.

"Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Datuk Seri Najib Tun Razak," dakwanya.
Rafizi: Projek MRT mungkin meningkat hingga RM100b
  • Nigel Aw
  • 1:18PM Jul 3 2012
 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa kos projek MRT mungkin meningkat sehingga RM100 bilion, hampir tiga kali ganda daripada anggaran awal.

NONEBercakap dalam sidang media hari ini, Rafizi mendakwa bahawa beliau mendapat maklumat berkenaan daripada individu di dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Kos asal yang diperkatakan sebelum  ini adalah sekitar RM50 hingga RM60 bilion, kata Rafizi lagi.

Tiada ulasan: