Bersih 3.0: Saksi trauma, rasa terhina dikasari polis
| Hazayani Zakaria, | 05 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR:
Seorang bekas pekerja swasta, Baharudin Hashim berkata, beliau
mengalami trauma selepas ditangkap, dipukul dan diseret beberapa meter
oleh polis sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.Baharudin, 52 berkata, beliau berasa malu, bodoh, dan terhina diperlakukan sedemikian menyebabkan beliau lewat membuat laporan polis berhubung insiden kekasaran itu.
Hampir seminggu selepas kejadian itu, barulah beliau berani membuat laporan polis selepas disarankan Lawyers For Liberty (LFL).
Katanya, walaupun tidak mengalami kecederaan teruk selain lebam-lebam di seluruh badan, beliau menganggap tindakan polis sebagai sangat tidak patut.
"Saya hanya menceritakan perkara ini kepada isteri saya dan tidak berniat untuk membuat laporan polis.
"Saya buat laporan polis pun selepas mendapat suntikan semangat daripada LFL, mereka yang terangkan kepada saya bahawa saya boleh buat laporan polis kerana dikasari," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
Menjawab soalan panel lagi, Baharudin berkata, beliau duduk di hadapan Bangunan Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak ketika tiga orang polis menerpa ke arah beliau dan terus menangkapnya walaupun beliau terasing daripada kumpulan peserta perhimpunan.
"Saya tidak tahu kenapa saya ditangkap. saya tidak pakai baju kuning, dan saya hanya duduk diam memerhati beberapa orang polis mengejar peserta perhimpunan.
"Tiba-tiba mereka menerpa ke arah saya, mungkin sebab tak dapat orang yang dikejar, mereka tangkap saya yang ada di situ.
"Semasa diseret di leher, beberapa kali saya merayu, lepaskan saya, saya dah tua," katanya sambil menambah, beliau dilepaskan di satu persimpangan Jalan Tun Perak.
Terdahulu beliau berkata, beliau bukan peserta Bersih 3.0 sebaliknya hanya 'window shopping' di pusat membeli-belah Sogo di jalan Tunku Abdul Rahman pada hari kejadian.
Namun beliau mengakui mengetahui mengenai perhimpunan tersebut berdasarkan publisiti yang diberikan pelbagai pihak.
"Mula-mula saya berada dalam Sogo di bahagian pakaian lelaki sehinggalah saya nampak ada dua tiga orang polis seolah-olah mengejar orang.
"Atas perasaan ingin tahu, saya keluar ke hadapan Sogo dan nampak sudah ramai orang berkumpul. Tapi keadaan masih dalam keadaan aman. Ada orang menyanyi, bersorak dan mereka berarak ke Dataran Merdeka," ceritanya.
Baharudin merupakan saksi kedua yang memberikan keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Dua lagi saksi ialah seorang pekerja sosial, Kunabal a / l K. Rajagopal dan pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Khairul Anuar Pawanchik.
Pengalaman saksi bantu Suhakam
Sementara itu, Datuk Dr Khaw Lake Tee pada sidang media selepas pendengaran berkata, seramai 22 saksi tidak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dipanggil memberikan keterangan yang akan berakhir awal Ogos.
Beliau berkata, walaupun baru sahaja selesai pendengaran awam berhubung Bersih 2.0, namun pihaknya tidak bermasalah untuk meneruskan pendengaran awam untuk Bersih 3.0.
"Ini memang tugas rasmi Suhakam, bila terima aduan, kita akan buka ruang untuk siasatan," katanya.
Tambah beliau lagi, kehadiran saksi-saksi yang berpengalaman dalam pelbagai bidang memudahkan proses pendengaran.
"Macam hari ini, kita ada saksi dari pegawai Bulan Sabit Merah yang merupakan bekas tentera, beliau ada memberikan beberapa cadangan yang boleh kita gunakan," katanya.
Bersih: Saksi lihat muka cedera, telinga berdarah
| Hazayani Zakaria, | 05 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 Julai:
Seorang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Khairul Anuar
Pawanchik memberitahu tidak sempat memberi rawatan kepada seorang
peguam yang mengalami kecederaan di muka sewaktu perhimpunan Bersih 3.0
pada 28 April lalu.Sebaliknya beliau hanya sempat memberikan dua helai sapu tangan untuk menutup luka di pipi peguam yang pada mulanya tidak diketahui namanya.
Beliau hanya mengecam wajah peguam itu selepas membaca akhbar Suara Keadilan beberapa hari selepas itu.
"Saya dengar seorang lelaki kata, 'saya peguam pemerhati'. Saya lihat mukanya berdarah tapi saya tak sempat beri apa-apa rawatan, cuma saya berikan dua helai sapu tangan untuk tutup mukanya.
"Dia berkata kepada saya, 'kenapa polis buat saya begini'," katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang memaparkan wajah peguam, Haijan Omar pada pendengaran awam berhubung Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam, hari ini.
Khairul bertindak sebagai sukarelawan PBSM dengan menyediakan air mineral dan peti kecemasan di suatu lokasi pada hari kejadian.
Beliau yang merupakan saksi ketiga juga berkata, beliau melihat seorang peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina mengalami kecederaan di bahagian telinga, namun tidak tahu bagaimana ia terjadi.
katanya, telinga individu tersebut nampak seperti terhiris sewaktu beliau berada di suatu lokasi di Jalan Tun Perak, selepas selesai bertugas kira-kira jam 6.30 petang.
"Kecederaannya tak sama macam digunting atau terjatuh," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan kecederaan itu akibat terkena kawat duri yang dipasang polis bagi menghalang peserta masuk ke Dataran Merdeka.
Sesi pendengaran awam bermula hari ini di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Mulakan program kesihatan menyeluruh di penjara
| S.M. Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara supaya bekerjasama untuk mempertingkat dan memajukan sistem penjagaan kesihatan di penjara. Ini kerana banduan dan tahanan terdedah kepada risiko mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti HIV, tibi dan ketagihan dadah, atau mempunyai kesihatan yang buruk. Memperbaiki sistem penjagaan kesihatan di penjara boleh membantu menangani masalah-masalah kesihatan tersebut selain mengurangkan risiko banduan mengalami masalah yang sama apabila mereka dibebaskan kelak.
Selepas mengenal pasti risiko kesihatan di penjara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperkenalkan Program Kesihatan di Penjara (HIPP) pada 1995. Program berkenaan memberi tumpuan kepada mempertingkatkan kesihatan awam dengan menggalakkan hubungan di antara penjagaan kesihatan di penjara dan sistem penjagaan kesihatan awam. Pada hari ini HIPP bergerak di kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menggalakkan kepentingan kesihatan dalam persekitaran penjara.
Malaysia jauh terkebelakang dalam mengenal pasti kepentingan menjaga kesihatan dan penjagaan kesihatan di penjara. Di Malaysia dasar berhubung penjagaan kesihatan di penjara berada di bawah pengawasan awam, bidang perundangan, polis dan pihak penjara. Di negara-negara yang menitikberatkan soal penjagaan kesihatan, sistem penjagaan kesihatan bertindak sebagai entiti yang memaju dan memastikan pelaksanaan dasar penjagaan kesihatan di penjara.
Dalam laporan ringkas statistik bagi Dadah dan Jenayah, Pejabat PBB (UNODC) berhubung jenayah bagi semua negara sepanjang tempoh 2005 – 2006, nampaknya pihak penjara di Malaysia mahupun Kementerian Kesihatan tidak mampu memberikan data yang asas sekalipun mengenai nisbah banduan yang menderita ketagihan dadah, menghidap HIV/AIDs, tibi dan masalah mental padahal banyak negara lain lebih memahami masalah yang mereka hadapi.
Penghuni penjara cenderung mempunyai keadaan kesihatan yang kurang baik, dengan masalah kesihatan mental begitu membimbangkan. Sejumlah tahanan di Malaysia dimasukkan ke penjara kerana kesalahan yang dikaitkan dengan dadah. AIDs dan penyalahgunaan dadah menjadi masalah yang semakin bertambah di penjara-penjara Malaysia dan dalam banyak keadaan, ia berkait secara langsung. Salah satu tujuan diwujudkan penjara ialah untuk memulihkan banduan menjadi warga yang mematuhi undang-undang.
Sistem penjagaan kesihatan berada di dalam proses ini kerana ia mensasarkan pemulihan psikologi selain merawat masalah kesihatan. Jika masalah kesihatan berjaya ditangani sewaktu di penjara lagi, risiko berulang, risikonya terhadap masyarakat, dan risiko ke atas kesihatan mereka berkurang setelah mereka dibebaskan dari penjara. Keseluruhan proses dan keberkesanan proses pemulihan akan bertambah baik, membolehkan banduan menyesuaikan dirinya semula dalam masyarakat. Oleh itu, masyarakat Malaysia akan memperoleh manfaat jika dibentuk program kesihatan yang menyeluruh di penjara, justeru ia tidak seharusnya dipandang ringan.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah melaksanakan program-program untuk mengurangkan kelaziman kes-kes HIV. Bagaimanapun ia masih belum memajukan program penjagaan kesihatan yang menyeluruh di penjara. Dalam usaha mewujudkan program penjagaan kesihatan yang menyeluruh, Malaysia perlu bekerja ke arah memajukan generasi yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan perubatan untuk mengendalikan program kesihatan di penjara. Pasukan pakar ini perlu termasuk doktor, psikologis, pakar kesihatan awam, ahli ekonomi kesihatan, pakar dalam pencegahan jenayah, ahli statistik bio, dan epidemiologis. Kementerian Kesihatan juga boleh memulakan pengumpulan data kebangsaan mengenai petunjuk kesihatan di penjara. Langkah ini boleh membantu pemantauan dan penilaian penjagaan kesihatan dan kesihatan di penjara.
Malaysia masih berada di takuk lama dalam mengendalikan segala urusan di penjara padahal banyak negara lain telah melangkah jauh ke depan. Jika kita ingin mempertingkatkan tahap dalam program kesihatan di penjara, kita perlu mengubah dan memajukan dasar-dasar secara dramatik. Adalah penting untuk memahami kesan penjagaan kesihatan di penjara terhadap keseluruhan masyarakat jika ia tidak diberi keutamaan. Sungguhpun penghuni penjara hanya segelintir daripada keseluruhan jumlah penduduk namun kebajikan mereka menjadi keprihatinan seluruh masyarakat.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Gambar Anwar boleh ditipu
| http://www.tranungkite.net, | 05 Jul 2012 |
Kalau ini pun mata anda tertipu

PETALING JAYA:
Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg
dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam
menjelang Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
KOTA BHARU:
Perjuangan PAS bukan sahaja menjadi ikutan masyarakat pelbagai kaum dan
rakyat peringkat usia, sebaliknya golongan selebriti dan artis juga
turut berminat menyertai parti itu kerana wadah perjuangannya
berteraskan Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata perkembangan itu dapat dilihat bukan hanya PAS memperjuangkan Islam, sebaliknya parti itu turut mengamalkan dasar terbuka untuk semua termasuk menerima golongan itu untuk bersama.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri, seterusnya berkata penyertaan golongan itu lebih meyakinkan lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Islam tidak akan menghalang karektor mereka sama ada sebagai penyanyi atau seumpamanya.
Beliau berkata demikian kepada media semalam selepas mesyuarat exco ketika diminta mengulas perkembangan artis yang kini semakin berminat untuk menyertai PAS atau berada di pentas PAS.
“Mungkin selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung perjuangan PAS, namun selepas mereka memahami pada masa yang sama mereka boleh beribadat melalui karier masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syariat,”ujarnya.
Husam mendakwa sebarang perkara yang boleh membawa manusia kepada kebaikan merupakan ibadah termasuk kerjaya artis sama ada melalui filem, drama, hiburan yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Tambahnya, kerana kesedaran golongan insan seni juga, mereka telah menganjurkan program khas untuk dana pembinaan Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar yang membabitkan beberapa orang artis.
“Mereka semakin sedar dan semakin didedahkan dengan kebenaran,”ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara yang sama berkata penghijrahan artis untuk bersama PAS membuktikan perjuangan ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
Katanya, pengijrahan artis yang kini menjadi satu fenomena baru perlu dihargai sebaik mungkin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini beberapa hari lalu.
“Lt Adnan (Hairie Othman), datang bertemu saya sewaktu di Kuala Lumpur, makan tengahari bersama yang selama ini artis begitu takut untuk bersama kita, wal hal kita bersedia menerima sesiapa saja,”ujar Tuan Guru lagi.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
menyifatkan tindakan kerajaan melantik syarikat berkaitan MCA untuk
kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik
(Automated Enforcement System – AES) adalah sebagai memperdagangkan
kesalahan rakyat untuk kekayaan kroni.
Beliau
merujuk kepada tiga peringkat sasaran keuntungan yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dengan
syarikat Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.
"Terdapat tiga peringkat yang dipersetujui iaitu jika saman dikeluarkan sebanyak 6 juta maka syarikat tersebut mendapat 18 peratus, jika 10 juta saman dikeluarkan syarikat mendapat 19 peratus.
"Manakala jika 16 juta saman dikeluarkan, sebanyak 21 peratus diperolehi oleh syarikat tersebut dari RM300 yang dibayar oleh setiap pesalah trafik," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Bendahari PKR William Leong semalam.
Dalam pendedahan itu Wiliam mendakwa selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.
Oleh itu kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan mendapatkan 10 juta saman setiap tahun bagi mengelak syarikat mereka dari kerugian.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu lebih kepada memperdagangkan pengguna jalan raya bagi tujuan memperkayakan kroni tanpa menitik berat faktor keselamatan.
"Dalam situasi ini jika kerajaan benar ingin mengurangkan jumlah kemalangan dijalan raya, kerajaan sepatutnya meletakkan sasaran yang rendah kepada kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalanraya.
"Tetapi ini tidak, mereka meletakkan sasaran yang tinggi, jika kesalahan dilakukan amat sedikit maka syarikat kroni tersebut akan mengalami kerugian," kata Ahli Prlimen Pokok Sena itu lagi.
Dalam pada itu, Mahfuz juga menyatakan kerajaan tidak sepatutnya merangka undang-undang yang merampas kuasa mahkamah untuk menjatuhkan denda kepada pesalah trafik.
"Sebelum ini jika kesalahan dilakukan tidak ada ketetapan minimun ditetapkan dan pemandu masih lagi boleh merayu untuk mengurangkan denda.
"Dengan perlaksanaan pindaan akta denda minimum telah ditetapkan sebanyak RM300 dan maksimum adalah RM2000, ini bermakna pesalah telah dihukum walaupun kita ke mahkamah jumlah minimum RM300 tetap dikenakan kepada pemandu dan tidak ada rayuan," sambungnya lagi.
Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

(Sayuti [kanan] menerima mokup Siasah di hari perpisahannya)
KUALA LUMPUR: Akhbar mingguan Siasah kini tidak ada lagi kaitan dengan penulis Mohd Sayuti Omar setelah tidak ada kaitan lagi dengan Harakah sejak 2010 yang lalu.
"Hari ini pagi-pagi lagi saya ke ke pejabat Siasah di Taman Tun Dr Ismail bagi menghadiri majlis khas yang dibuat untuk saya oleh kakitangan pejabat akhbar Siasah, iaitu perpisahan saya dengan Siasah secara rasmi," tulis Sayuti dalam blognya hari ini.
Menurut Sayuti juga, beliau telah melepaskan editorial Siasah sejak November 2011 lagi.
Sebelum itu, pada tahun 2010, Siasah telah bertukar pengurusan dari Harakah ke satu syarikat yang membuat kerjasama dengan Sayuti.
"Saya sebenarnya tidak bertanggungjawab ke atas Siasah sejak Novermber 2011 lagi. Tepatnya selepas bermulanya isu Bersih 2.0 saya tidak lagi berkarya dan berjihad di dalam Siasah. Saya tidak mentalaqkan Siasah tetapi saya mufarakah darinya," tulis Sayuti dalam blognya hari ini.
Pada tahun 2005, Harakah telah mengambil alih urusan penerbitan akhbar Siasah.
Ahmad Lutfi Othman telah diletak oleh Harakah untuk mengendalikan Siasah bersama pemilik permitnya, Sayuti.
Ia diterbitkan dua kali sebulan untuk memenuhkan ruang kerja Harakah yang ketika itu diterbitkan dua kali sebulan.
Pada tahun 2007, Siasah mula diterbitkan secara mingguan dengan dipimpin oleh Sayuti dan pengarang dari Harakah, Zulkifli Sulong.
Ia berjalan sehinggalah pada tahun tahun 2010 apabila Sayuti membawa keluar Siasah dari pengurusan Harakah.
Namun ketika itu, tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya sehingga ramai yang keliru mengenai kandungannya.
Dengan penjelasan Sayuti hari ini nampaknya isu selesai dan semua pihak jelas di mana Siasah sekarang.

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan
| Harakahdaily, | 05 Jul 2012 |
PETALING JAYA:
Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg
dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam
menjelang Ramadhan ini.Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
Penyertaan pelbagai pihak bukti PAS untuk semua
| Salmah Mat Husain, | 05 Jul 2012 |
KOTA BHARU:
Perjuangan PAS bukan sahaja menjadi ikutan masyarakat pelbagai kaum dan
rakyat peringkat usia, sebaliknya golongan selebriti dan artis juga
turut berminat menyertai parti itu kerana wadah perjuangannya
berteraskan Islam.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata perkembangan itu dapat dilihat bukan hanya PAS memperjuangkan Islam, sebaliknya parti itu turut mengamalkan dasar terbuka untuk semua termasuk menerima golongan itu untuk bersama.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri, seterusnya berkata penyertaan golongan itu lebih meyakinkan lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Islam tidak akan menghalang karektor mereka sama ada sebagai penyanyi atau seumpamanya.
Beliau berkata demikian kepada media semalam selepas mesyuarat exco ketika diminta mengulas perkembangan artis yang kini semakin berminat untuk menyertai PAS atau berada di pentas PAS.
“Mungkin selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung perjuangan PAS, namun selepas mereka memahami pada masa yang sama mereka boleh beribadat melalui karier masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syariat,”ujarnya.
Husam mendakwa sebarang perkara yang boleh membawa manusia kepada kebaikan merupakan ibadah termasuk kerjaya artis sama ada melalui filem, drama, hiburan yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Tambahnya, kerana kesedaran golongan insan seni juga, mereka telah menganjurkan program khas untuk dana pembinaan Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar yang membabitkan beberapa orang artis.
“Mereka semakin sedar dan semakin didedahkan dengan kebenaran,”ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara yang sama berkata penghijrahan artis untuk bersama PAS membuktikan perjuangan ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
Katanya, pengijrahan artis yang kini menjadi satu fenomena baru perlu dihargai sebaik mungkin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini beberapa hari lalu.
“Lt Adnan (Hairie Othman), datang bertemu saya sewaktu di Kuala Lumpur, makan tengahari bersama yang selama ini artis begitu takut untuk bersama kita, wal hal kita bersedia menerima sesiapa saja,”ujar Tuan Guru lagi.
AES: Niaga kesalahan rakyat untuk kayakan kroni?
| Muhamad Faizal, | 05 Jul 2012 |
"Terdapat tiga peringkat yang dipersetujui iaitu jika saman dikeluarkan sebanyak 6 juta maka syarikat tersebut mendapat 18 peratus, jika 10 juta saman dikeluarkan syarikat mendapat 19 peratus.
"Manakala jika 16 juta saman dikeluarkan, sebanyak 21 peratus diperolehi oleh syarikat tersebut dari RM300 yang dibayar oleh setiap pesalah trafik," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Bendahari PKR William Leong semalam.
Dalam pendedahan itu Wiliam mendakwa selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.
Oleh itu kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan mendapatkan 10 juta saman setiap tahun bagi mengelak syarikat mereka dari kerugian.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu lebih kepada memperdagangkan pengguna jalan raya bagi tujuan memperkayakan kroni tanpa menitik berat faktor keselamatan.
"Dalam situasi ini jika kerajaan benar ingin mengurangkan jumlah kemalangan dijalan raya, kerajaan sepatutnya meletakkan sasaran yang rendah kepada kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalanraya.
"Tetapi ini tidak, mereka meletakkan sasaran yang tinggi, jika kesalahan dilakukan amat sedikit maka syarikat kroni tersebut akan mengalami kerugian," kata Ahli Prlimen Pokok Sena itu lagi.
Dalam pada itu, Mahfuz juga menyatakan kerajaan tidak sepatutnya merangka undang-undang yang merampas kuasa mahkamah untuk menjatuhkan denda kepada pesalah trafik.
"Sebelum ini jika kesalahan dilakukan tidak ada ketetapan minimun ditetapkan dan pemandu masih lagi boleh merayu untuk mengurangkan denda.
"Dengan perlaksanaan pindaan akta denda minimum telah ditetapkan sebanyak RM300 dan maksimum adalah RM2000, ini bermakna pesalah telah dihukum walaupun kita ke mahkamah jumlah minimum RM300 tetap dikenakan kepada pemandu dan tidak ada rayuan," sambungnya lagi.
Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.
Sayuti berpisah dengan Siasah
| Harakahdaily, | 05 Jul 2012 |

(Sayuti [kanan] menerima mokup Siasah di hari perpisahannya)
KUALA LUMPUR: Akhbar mingguan Siasah kini tidak ada lagi kaitan dengan penulis Mohd Sayuti Omar setelah tidak ada kaitan lagi dengan Harakah sejak 2010 yang lalu.
"Hari ini pagi-pagi lagi saya ke ke pejabat Siasah di Taman Tun Dr Ismail bagi menghadiri majlis khas yang dibuat untuk saya oleh kakitangan pejabat akhbar Siasah, iaitu perpisahan saya dengan Siasah secara rasmi," tulis Sayuti dalam blognya hari ini.
Menurut Sayuti juga, beliau telah melepaskan editorial Siasah sejak November 2011 lagi.
Sebelum itu, pada tahun 2010, Siasah telah bertukar pengurusan dari Harakah ke satu syarikat yang membuat kerjasama dengan Sayuti.
"Saya sebenarnya tidak bertanggungjawab ke atas Siasah sejak Novermber 2011 lagi. Tepatnya selepas bermulanya isu Bersih 2.0 saya tidak lagi berkarya dan berjihad di dalam Siasah. Saya tidak mentalaqkan Siasah tetapi saya mufarakah darinya," tulis Sayuti dalam blognya hari ini.
Pada tahun 2005, Harakah telah mengambil alih urusan penerbitan akhbar Siasah.
Ahmad Lutfi Othman telah diletak oleh Harakah untuk mengendalikan Siasah bersama pemilik permitnya, Sayuti.
Ia diterbitkan dua kali sebulan untuk memenuhkan ruang kerja Harakah yang ketika itu diterbitkan dua kali sebulan.
Pada tahun 2007, Siasah mula diterbitkan secara mingguan dengan dipimpin oleh Sayuti dan pengarang dari Harakah, Zulkifli Sulong.
Ia berjalan sehinggalah pada tahun tahun 2010 apabila Sayuti membawa keluar Siasah dari pengurusan Harakah.
Namun ketika itu, tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya sehingga ramai yang keliru mengenai kandungannya.
Dengan penjelasan Sayuti hari ini nampaknya isu selesai dan semua pihak jelas di mana Siasah sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan