Khamis, 2 Disember 2010

SEMUA SIARAN ADA LARANGAN HUKUM MEMANG DILARANG@HARAM...KEUNTUNGAN TAK BERBALOI DENGAN SEKSAAN ALLAH NANTI...KERANA MEROSAKKAN MINDA MANUSIA...

Mahkamah putuskan permohonan MEASAT 10 Dis
Dis 2, 10 3:28pm


Mahkamah Tinggi menetapkan 10 Disember untuk memutuskan berhubung permohonan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd untuk menangguhkan prosiding satu saman yang mendakwa ia melanggar satu "perjanjian tidak boleh dedah".

astro satellite dishHakim Datuk Azahar Mohamed hari ini menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh peguam Measat N Navaratnan dan peguam AV Asia Sdn Bhd Firoz Hussein Jamaluddin.

AV Asia, pembekal peralatan sokongan, menyaman Measat, dengan mendakwa bahawa anak syarikat Astro itu telah mendedahkan maklumat sulit kepada Tele System Electronic, defendan kedua.

Pada 28 September, AV Asia memfailkan saman kerana dikatakan melanggar perjanjian tidak boleh dedah mengenai gangguan hujan, satu sistem yang direka bagi mengurangkan gangguan terhadap pemancaran satelit.

Azahar juga menetapkan hari yang sama bagi sebutan berhubung kes injunksi yang difailkan AV Asia untuk menghalang kedua-dua defendan daripada menggunakan maklumat sulit berhubung produk berdefinisi tinggi kepada Astro Beyond.

NONEPermohonan Tele System Electronic untuk membatalkan saman itu juga akan disebut pada hari itu.

Sementara itu, Navaratnam berhujah perkara itu perlu didengar timbang tara dan bukan mahkamah kerana seperti dipersetujui sebelum ini di bawah perjanjian tidak boleh dedah antara AV Asia dan Measat.
Bagaimanapun, Firoz berkata perkara itu tidak boleh dirujuk kepada timbang tara kerana tiada perjanjian timbang tara yang wujud antara AV Asia dan Tele System Electronic.

- Bernama



Rakyat luar negara tuntut hak mengundi
William de Cruz and Greg Lopez
Dis 2, 10
12:59pm


Ratusan ribu rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang dihalang mengundi pada setiap kali pilihan raya umum didakan sejak tahun 2002 mendakwa undang-undang negara sedia ada mendiskriminasikan mereka.

Mengikut Akta Pilihan Raya, di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beroperasi, - hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos.

NONEMereka adalah anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan. Semua mereka aakan mengundi di pejabat kedutaan atau konsular di negara yang mereka huni.

Kategori lain rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak mempunyai pilihan kecuali kembali ke tanah air jika magu mengundi.

Sejak 2008, apabila negara menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga yang dipegangnya sejak 53 tahun lalu, semakin ramai rakyat Malaysia dari australia ke England dan juga negara-negara lain menuntut hak mereka sebagai pengundi pos.

NONEKumpulan itu diterajui oleh Andrew Yong, penyelaras MyOverseasVote (MOV), - kempen yang dilancarkan di London bagi mencari jalan membolehkan rakyat malaysia di luar negara mengundi tanpa sebarang bentuk diskriminasi.

Menurut laman sesawang MOV, www.myoverseasvote.org,: "Nasihat perundangan kami adalah peruntukkan diskriminasi itu adalah pencabulan budi bicara mengikut undang-undang dan mecemar jaminan sama taraf yang dibuat oleh Perlembagaan Persekutuan.”

Antara objektif kempen itu yang disenaraikan, “Untuk menamatkan diskriminasi ke atas rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, memberikan hak mengundi kepada rakyat Malaysia di luar negara dan membabitkan mereka semula dalam mencartakan semula masa depan Malaysia.”

hulu selangor by-election voting day 250410 voting 03Menurut John Khoo, pengasas SABMOZ (Saya Anak Bangsa Malaysia Australia) di Sydney: "Rakyat Malaysia hanya berminat Malaysians terlibat dengan masa depan.

"Hak mengundi adalah rukun asas demokrasi - ia adalah hak orang ramai memilih perwakilan politik dan secara lebih luas memilih kerajaan,”

Lebih membimbangkan kata Khoo adalah beberpa pejabat kedutaaan di negara-negara tertentu tidak membenarkan pelajar sepenuh masa yang layak mengikut takrif SPR daripada mengundi.





Pendedahan Wikileaks: Hisham enggan ulas
Hazlan Zakaria
Dis 2, 10
3:16pm


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk tidak menjawab apabila diminta mengulas pendedahan laman sesawang Wikileaks pada Ahad lalu, bahawa ada firma Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

NONE"Bagi perkara yang merentas sempadan seperti ini, kita perlu babitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Wisma Putra (Kementerian Luar) berhubung kebimbangan ia menjejaskan hubungan dua hala ataupun pelbagai hala,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Semua pihak yang relevan perlu dibabitkan kerana kerajaan tidak boleh bertindak secara silo.

"Kita mesti rujuk dengan angensi risik pakar luar negara yang kita ada berhubungan,” katanya.

Ditanya mengenai butiran firma tempatan yang dipalitkan dalam isu itu, Hishamuddin juga cuba mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung.

NONE"Ada syarikat Malaysia yang terbabit tetapi saya tidak boleh ulas kecuali saya berunding dengan pihak yang relevan dahulu. Ini isu baru dan kesannya serius, biar kami tangani dengan cara yang betul dan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat,” kata ahli parlimen Sembrong itu.

Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONEMenurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis.



Demo air: Chegubard tawar 50 'marsyal'
Dis 2, 10 11:25am


Sebuah NGO yang diketuai calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin menawarkan sekurang-kurangnya 50 'marsyal demo' bagi memastikan kelancaran perhimpunan 'baju merah' Ahad ini.

Menurut Badrul, sukarelawan Solidariti anak muda malaysia (SAMM) yang menawarkan diri itu berpengalaman mengendalikan demonstrasi sejak 1998 dan terlibat dalam perhimpunan besar seperti 'demonstrasi BERSIH' sebelum ini.

protes klcc price hike 260108 badrul hisham"Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut.

"Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata Badrul (kiri) yang tewas di tangan penyandang AMK Shamsul Iskandar Md Akin minggu lalu.

Ahad ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengetuai perarakan besar dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Kumpulan ini yang berbaju merah berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi kumpulan yang 'antipenyelewengan' kerajaan negeri (berbaju hitam) yang turut menuju ke tempat yang sama bagi menyerahkan memorandum mereka.

azlanDalam satu kenyataan, Badrul menyeru semua anak muda dan jentera kerajaan negeri turut serta atas "semangat ketuanan rakyat" bagi merpertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air.

"Ini juga kali pertama dalam sejarah, himpunan dianjurkan (oleh) kerajaan negeri," katanya yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Mempertahankan keabsahan tindakan mereka, Badrul berkata, perarakan ke Istana Negara merupakan "praktik membesarkan institusi beraja" bagi membolehkan rakyat mengadu masalah.

"Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka," tegas Badrul.

Badrul juga berharap pihak polis "bertindak lebih waras" mengawal perhimpunan itu memandangkan mahkamah sebelum ini membebaskan tertuduh dalam perhimpunan BERSIH atas alasan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.


'Pemalsuan surat mungkin berpunca di sekretariat'

Salhan K Ahmad
Dis 2, 10
1:10pm


Bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim berkata beliau tidak dapat menuduh individu tertentu yang bertanggungjawab memalsukan surat yang didakwa bukti pemecatan S Jenapala daripada parti.

Bagaimanapun, beliau berkata urusan surat menyurat seperti itu biasanya dikendalikan sekretariat parti yang dipimpinnya sebelum ini.

NONE"Tak tahulah, saya (sendiri) tidak pernah buat.

"Yang saya tahu rangka organisasi, perkara seperti ini berlaku dalam sekretariat yang pernah saya pimpin," katanya sambil ketawa kecil.

Bercakap dalam satu sidang media di sebuah kelab golf di Petaling Jaya hari ini, beliau menjelaskan bahawa urusan berkenaan sering ditugaskan kepada timbalannya.

"Selalunya, di zaman saya dulu, kerana terlalu banyak kerja timbalan-timbalan saya akan drafkan surat setelah mendapat arahan saya.

"Setelah didrafkan, dibaca, dan saya setuju, (kemudian) surat itu sama ada saya tandatangani atau benarkan tandatangan elektronik saya digunakan.

former pkr deputy sec-gen jenapala protest pkr election hq tropicana 211110 2"Jadi, sesiapa saja (mungkin melakukannya). Tidak adil bagi kita menuduh sesiapa di peringkat ini.

"Tapi kalau kita buat siasatan, gelanggang suspicion itu akan menjadi lebih kecil dan semestinya orang yang memalsukan itu dapat kita kenali," tambahnya.

Tegasnya lagi, beliau tidak ingin menuduh sesiapa namun mempertikaikan tindakan sesetengah pegawai parti yang beria-ia untuk memperkecilkan isu berkenaan.

Katanya beliau mengandaikan demikian ketika membaca kenyataan oleh Tian Chua dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Sejak bila Tian Chua jadi polis?

"Saya sukacita mengambil maklum bahawa beberapa pegawai PKR telah menyatakan mereka akan bekerjasama penuh dengan polis.

"Tidak seperti Tian Chua yang seakan melantik dirinya sebagai jurucakap pihak polis dengan mengatakan polis tidak berminat dengan butiran teknikal kes ini.

NONE"Ingin saya ingatkan semua pihak bahawa butiran kecil inilah yang memberi gambaran besar.

"Soalan saya semenjak bila Tian Chua ni jadi polis?"

Menurutnya lagi, surat yang kononnya dikeluarkan beliau itu membatasi peruntukan perlembagaan parti.

"Tidak ada individu dalam parti yang boleh secara sendirian memecat keahlian seseorang. Presiden parti pun tidak ada kuasa sedemikian," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa surat berkenaan tidak menyatakan sama ada pemecatan Jenapala telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (kini MPP).

Katanya, perkara berkenaan juga tidak diminitkan dalam mesyuarat MPT bagi tahun 2009.

Bagaimanapun satu minit mesyuarat bertarikh 30 Ogos 2009 menyatakan bahawa biro politik sedang mempertimbangkan tindakan penggantungan ke atas Jenapala.

Memudaratkan parti

"Biro telah mengarahkan jawatankuasa disiplin untuk menyiasat sama ada benar dakwaan dia terbabit dalam aktiviti yang memudaratkan parti.

azlan"Yang menjadi persoalan besar, kenapa biro politik mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Jenapala tujuh bulan selepas dia dikatakan telah dipecat oleh saya melalui surat bertarikh 2 Februari 2009?" katanya lagi.

Katanya lagi, sekalipun Jenapala dianggap tidak layak bertanding, perkara seperti itu tidak selayaknya dibuat ke atas anggota parti tersebut.

"Isu saya walau macam mana jahat sekalipun orang itu, kita mesti tangani mengikut perundangan.

"Kalau kita biarkan sebuah parti yang kononnya telus dan ada prinsip reformasi membuat kerja yang betul-betul melanggar prinsip reformasi, ini ialah satu pentanda tidak baik.

"Parti mana sekalipun yang mengaku reformasi tapi buat kerja-kerja taik, tidak akan mendapat sokongan saya dan saya akan lawan," tegasnya.


Tiada ulasan: