Jangan gigit tangan yang memberi
Oleh: Sri Diah
Pak Andak Ibrahim sudah lama meninggal dunia. Rumahnya di tepi Laut China Selatan iaitu di Kampung Kuala Pahang, pernah kami kunjungi semasa masih kecil dulu, terutama ketika musim banjir.
Ini adalah kerana kami orang bandar, semestinya berasa seronok dapat naik sampan mengharung banjir. Bagaimanapun pada waktu malam, takut pula mendengar deru angin kuat dari laut. Angin kuat itu membuatkan pucuk kelapa melambai-lambai hampir setengah batangnya.
Anak arwah Pak Andak, Kak Sabariah berkahwin dengan Abang Mat dan sudah berpuluh tahun menjadi penghuni Felda Panching Timur, dekat Kuantan. Jun lalu kami ke sana untuk majlis pernikahan anak perempuannya. Sungguh meriah dengan kesepakatan jiran dan warga Felda, mereka jelas saling bantu membantu.
Bagaimana Felda hari ini? Masuk ke perkampungan Felda dulu dan sekarang amat jauh bezanya. Jika dulu, pokok kelapa sawit di kiri kanan jalan masih setinggi pinggang orang berdiri. Namun, sekarang pokok kelapa sawit itu sudah mengeluarkan hasil dan ada yang sudah melalui proses tanam semula.
Semasa bersekolah dulu saya selalu kecil hati pada rakan-rakan yang berpeluang tinggal di asrama. Mereka selalu diberi perhatian oleh pegawai-pegawai Felda dan mendapat layanan yang istimewa, selalu dijenguk oleh orang pejabat Felda.
Kata mereka, di kampung pun ada sekolah, ada klinik kesihatan, elektrik dan bekalan air bersih disediakan kerajaan. Setiap tanah rancangan disediakan sebuah masjid untuk umat Islam beribadat.
Kata mereka lagi, di kampung pun ada klinik. Itu membuatkan tahap kesihatan penduduk Felda terus bertambah baik. Kadar kematian bayi menurun dan jangka hayat penduduk meningkat kerana mendapat perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan.
Kira-kira 54 tahun lalu Felda dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau nama ringkasnya LKTP. Terdiri daripada 275 tanah rancangan dan menempatkan 177,000 keluarga peneroka.
Di bawah konsep Felda, sejumlah 800,000 hektar tanah telah dibangunkan. Dua pertiga berkonsepkan pekebun kecil dan satu pertiga berkonsepkan ladang. Felda dibangunkan dengan pinjaman Bank Dunia bernilai RM8 bilion. Felda adalah satu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan desa dan terbukti ia berjaya. Pendapatan warganya hari ini tidak kurang RM1,000 sebulan.
Malahan, pencapaian anak-anak peneroka dalam bidang pelajaran juga memberangsangkan. Sejumlah 70 peratus generasi Felda berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kini MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak yang bernilai RM123 juta sedia untuk menanti lebih ramai lagi anak-anak Felda.
Namun, kini ini nama Felda telah tercalar. Benarkah Felda teruk? Banyak tohmahan dilemparkan. Lebih teruk lagi ia telah mengguris hati 177,000 peneroka Felda. Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka. Ternyata gangguan politik dan kemasukan anasir tertentu ke dalam warga Felda menggagalkan usaha murni kerajaan untuk merencanakan pembangunan Felda. Padahal bagi saya Felda adalah anak emas kerajaan.
Institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya akhir-akhir ini. Padahal Felda telah `terawal’ 14 tahun melangsaikan hutangnya berkat kerajinan warga Felda.
Untuk itu, tidak lama lagi Oasis Books Sdn Bhd akan menerbitkan kisah kejayaan seorang anak Felda. Namanya tersohor di bumi United Arab Emirates. Trilogi Anak Felda Kratong ini diharap akan menjawab tohmahan tentang Felda. Karya ini juga diharap akan menjadi azimat kepada anak-anak Felda. Bersyukurlah!
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 10 Julai 2010
SETUJU....KIAS JUGA KITA DENGAN ALLAH....JANGAN TERIMA NIKMAT ALLAH...HUKUMNYA KITA PILIH2 DAN BUAT MUNGKAR DAN MAKSIAT... DAN MELAWAN ALLAH..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan