Jakim timbang haram novel dilancar Najib
Novel
yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko
pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang
membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan
dengan fahaman Syiah.Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.
''Ada...
adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan
sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti."Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu.
Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya
Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.
Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.
Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.
Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi
Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.
"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta
turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada
pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di
Putrajaya pada 3 Julai.Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah.
Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.
Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama.
Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.

'Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya'
Mantan
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan
'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit
Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.
"Tidak ada 'Mahathirisme'. Saya berkhidmat kepada negara, itu sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, saya ada hak untuk menyokong negara saya dan memastikan ianya baik," kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini semalam.
Beliau diminta mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.
Lim juga menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya baru-baru ini bahawa pengundi Cina merupaka "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.
"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya," kata mantan perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata serangan DAP itu hanya akan memperkasakan BN dan mendakwa bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditolak pengundi kerana memberi layanan tidak baik terhadapnya.
Katanya, apabila Abdullah tidak baik kepadanya, rakyat tidak sokong BN, "jadi masih ada orang yang bersimpati dengan saya".
Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk kembali berkuasa.
"Jika saya mengawal Najib, maka keadaan akan menjadi agak berbeza," kataya sambil menafikan beliau bekerja di belakang tabir menjelang pilihan raya umum yang penting kali ini.
Ditanya sama ada BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen
dalam pilihan raya umum 2008 jika beliau masih berkuasa, Dr Mahathir menjawab beliau tidak pasti.
"Saya berkuasa selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin ia akan berbeza."Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.
Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.
Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya.
'Rakyat perlu dididik kekang fahaman ekstremis'
Masyarakat
Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan bagi mengekang
fahaman ekstremis yang dikaitkan dengan Islam supaya tidak tercetusnya
insiden keganasan di negara ini.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain berkata selain itu tafsiran yang salah mengenai Islam juga menyebabkan segelintir masyarakat negara ini terpengaruh dengan fahaman kumpulan ekstremis.
"Mereka (ketua), misalnya memberi tafsiran yang tidak tepat mengenai konsep jihad. Konsep jihad ini luas dan bukan hanya kepada peperangan tetapi ketua kumpulan terbabit mengeksploitasi ajaran agama demi kepentingan sendiri sehingga sanggup bertindak ganas dengan niat menggulingkan kerajaan," katanya.
Terdahulu, beliau menjadi anggota panel program bicara BernamaTV ‘Hello Malaysia’ bersama Timbalan Ketua Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Dalam program bertajuk 'Agama dan Keganasan' yang disiarkan secara langsung malam tadi, Zamihan berkata Malaysia perlu merangka modul pemulihan bagi anggota kumpulan militan yang ditahan supaya tidak kembali melakukan keganasan.
"Program pemulihan ini boleh dilakukan dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam dan polis," katanya.
Sementara itu, Ayob Khan berkata berdasarkan pemerhatian polis terhadap kes-kes lampau berkaitan kumpulan militan, kebanyakannya didalangi pengaruh luar dan dikaitkan dengan Islam.
- Bernama

‘Mereka paling mencegah kezaliman raja'
ULASAN
"Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja" adalah perkataan sahabat
Nabi SAW ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rom
ataupun bangsa Eropah ini.
Saya teringatkan perkataannya apabila saya terbaca akhbar Daily Mirror pada 3 Julai lalu berhubung kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga diraja Britain, dengan tajuk "Royal Family's travel bill set rise higher".
Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang.
Antaranya, Daily Mirror melaporkan: "July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights."

Banyak lagi pendedahan yang
dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga diraja itu menggunakan wang
awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu
besar.
Peningkatan belanja Ratu Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti, Ratu British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam.
Laporan itu menyimpulkan "The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection".
Walaupun kadang-kala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga diRaja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka.
Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara.
Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.

Bangsa Eropah
Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi SAW iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi SAW: "Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak" (Riwayat Muslim).
Maksudnya, sehingga berlaku kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa roman adalah bangsa Eropah hari ini.
Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:
"Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja".

Dalam
ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk
menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya,
kebijaksanaan politik dalam menangani krisis.
Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.
Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka.
Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat Muslim hari ini.
Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Keluarga diraja mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan.
Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan.
Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang Muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.

Agamawan sengat
Malang sekali, muncul pula golongan agama yang sama ada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba Allah yang merdeka jiwanya.
Lahir golongan literalis yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan sengat dari maksud keseluruhan agama ini sehingga berdiam terhadap kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas.
Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk "berforum, berwacana, ataupun berseminar" menghalang penguasa merakusi hak rakyat.
Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu banteng kepada rejim-rejim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih.
Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.
Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: "Muawiyah bin Abi Sufyan RA (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu."
Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila
tiba Jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa
pun menjawabnya. Pada Jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama,
lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata:
"Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami."

Apabila selesai solat, Muawiyah memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: "Habislah dia".
Kemudian orang ramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: "Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun."

Kata
Muawiyah: "Aku bercakap pada Jumaat pertama, tiada siapa pun
menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian
pada Jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata:
Aku termasuk dalam kalangan mereka. Aku bercakap pada Jumaat ketiga
lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga
Allah menghidupkannya."
Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambangkan nilai Islam yang ada dalam dirinya.
Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula.
Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Kini masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Like This Page · Wednesday
::kamal antartuk mayat yang tak diterima bumi::
TERPAKSA DIBINA KONKRIT UTK TANAM MAYATNYA.
BETAPA HINANYA. ATAS DUNIA TUHAN TUNJUK DAH
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Belaiu telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).
3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira(Boneka) yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam.
Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.
**mana2 masih menyokong golongan yang lawan ulamak,ingatlah kisah ini!!!!
PAKAT SHARE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan