Khamis, 12 Julai 2012

BILA BELANJA MELAMPAU BATAS...TIMBUL KERAGUAN...TAKUT@BIMBANG TIRIS KETEMPAT LAIN...JIKA BENAR TAK PE...TAK BENAR MAKA JAWAB SAJA DIAKHIRAT NANTI...AGAK2LAH

PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua

Nazri Abdullah, 11 Jul 2012
(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)

KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

“Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya,” katanya.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam.

(Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman)

Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud.

Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT.

Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh.

“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir.

“Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya,” katanya.

Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Mehdi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk  apa yang dilaporkan.

Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara.

Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu.

Bertemu pelajar



Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini.

(Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS)

Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya.

Tidak semua rakyat terima transformasi 1Malaysia

SalSLH,
Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin BN yang lain mendakwa rakyat telah kembali menyokong BN. Mungkin berdasarkan dengan wang yang telah dihamburkan. Tetapi PM dan pimpinannya tidak sedar bukan semua rakyat mendapat wang yang dihamburkan itu. Tidak semua rakyat menerima transformasi 1Malaysia. Ada pesara kakitangan sokongan yang kecewa dengan kerajaan pimpinan BN akan pasti tidak mahu menyokong.

Seorang kawan pesara kumpulan sokongan berpendapat transformasi 1Malaysia agenda PM Najib tidak memberi erti baginya. Agenda itu hanya legasi wawasan 2020 agenda bekas PM Mahathir.

Sementara agenda bekas PM Abdullah tidak jelas. Beliau kecewa kerajaan di bawah pimpinan BN tidak pernah memberi peluang kepadanya sebagai penjawat yang berpengalaman dan telah berusaha memperbaiki pendidikan untuk menjawat jawatan yang lebih baik. Beliau berada dalam kumpulan sokongan selama lebih tiga puluh tahun sehingga bersara. Berusaha setapak demi setapak sehingga mendapat ijazah sarjana. Akhirnya mengambil keputusan bersara sebelum tarikh umur persaraan yang ditandatanganinya atas tiga faktor utama.

Pertama, ingin memberi masa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Pada peringkat ini beliau tidak boleh lagi terkejar-kejar seharian bekerja dan masa yang selebihnya sebagai penuntut. Ia perlu bersara kerana andaian tinggi dia tidak akan mendapat cuti belajar. Mana mungkin ketua akan membenarkannya kerana dia hanya pekerja sokongan. Kedua kerana ingin mendapat graduiti untuk membiayai pengajian. Ketiga sudah bosan di bawah arahan pegawai-pegawai muda yang tidak mempunyai adap seperti orang-orang terdahulu.


Apabila PTPTN menjadi berita sensasi beliau jelak mendengarnya. Kerana beliau sendiri membiayai pengajian sendiri di setiap peringkat. Masa dibahagikan antara belajar dan bekerja.

Tahun 2012 seluruh pesara termasuk pesara kumpulan sokongan, telah mendapat kad ucapan Selamat Tahun Baru 2012 dari Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, yang ditandatangani oleh presidennya Tan Sri Aseh Che Mat. Apa tujuan dan maksud kad Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan itu tidak diketahui. Untuk menelaahnya sangat sukar. Untuk menekanya sangat mudah.

RM35 juta: Rangkum aspek pendidikan agama

Salmiyah Harun, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamed mensyorkan agar peruntukan sebanyak RM35 juta untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara perlu meragkumi aspek pendidikan agama dan kerohanian.

Katanya, dasar pendidikan negara yang sedia ada kurang memberi penekanan keagamaan kepada pelajar, akibatnya banyak berlaku gejala yang tidak sihat.

"Kalau kita lihat dari segi rukun negara sendiri di mana pertamanya menekankan kepercayaan kepada Allah begitu juga dalam perlembagaan negara, jadi tidak salah kerajaan memberi penekanan keagamaan dalam dasar pendidikan negara," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dengan itu, katanya kajian yang hendak dilakukan tidak terlepas daripada mengambil kira sudut agama dan moral.

Beliau berharap kerajaan mengambil serius usaha ini kerana anak muda hari ini jauh tergelincir dari landasan agama akibat kurangnya didikan agama.

"Jadi kita sangat-sangat menyarankan kerajaan kaji semula dasar pendidikan negara yang lebih menekankan aspek kerohanian. Cumanya kita minta kajian ini turut melibatkan tokoh-tokoh agama biar mereka membuat perbandingan antara sistem pendidikan yang ada sekarang dengan pendidikan yang lebih kepada agama," katanya.

Tambahnya, mungkin dengan usaha ini kerajaan boleh membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan kerana ia melibatkan modal insan negara untuk 10 atau 20 tahun akan datang.

Dipukul polis walaupun ikut arahan - saksi

Hazayani Zakaria, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Seorang lagi saksi memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa beliau dipukul lapan hingga sepuluh orang polis dalam perjalanan pulang selepas menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Arsyad Abas, 32 berkata, walaupun beliau menurut arahan polis supaya menukar baju T Bersih kepada baju T biasa, beliau tetap dipukul di kawasan Masjid India sebelum diheret ke Kelab Diraja Selangor, Dataran Merdeka.

"Saya sudah bagitahu saya dalam perjalanan pulang, tapi mereka terus memukul saya. Saya dalam keadaan duduk dan nak tukar t-shirt kuning saya kepada t-shirt biasa, jadi saya tak nampak muka polis yang memukul tapi saya tahu minimum lapan orang polis," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Menurut Arsyad lagi, polis turut menyelongkar begnya dan mengambil barang-barang peribadinya berupa Samsung Tab 7.0, jam tangan, pemacu kilat USB (pendrive),  dan baju T yang belum sempat ditukar.

"Barang-barang saya pun turut dikebas polis tapi beg masih ada dengan saya," katanya sambil menambah beliau tidak mendapat kembali barang-barangnya itu sehingga hari ini.

Sewaktu diheret ke Dataran Merdeka, polis katanya turut menggelarkan beliau dan yang lain sebagai 'barua Anwar'.

Terima lima jahitan

Sebelum dimasukkan ke dalam lori polis, Arsyad memberitahu, beliau ditumbuk di muka menyebabkan kening kanannya pecah dan terpaksa menerima lima jahitan.

Gambar mukanya yang berlumuran darah dan  baju T yang bertompok darah juga ditunjukkan sewaktu pendengaran.

Dakwa Arsyad, polis seperti melepaskan geram kepadanya selepas mendengar khabar angin kononnya salah seorang daripada anggotanya meninggal dunia ketika bertugas di perhimpunan Bersih.

"Saya pun terkejut bila polis beritahu saya, mereka bertindak demikian sebab salah seorang anggotanya meninggal dunia," katanya.

Beliau bersama yang lain dibawa ke Pulapol dan pihak sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) membawa semua mangsa yang cedera ke hospital Besar Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hari ini merupakan hari kedua pendengaran awam di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Bayangkan tragedi amuk Putrajaya tanpa media baru?

Harakahdaily, 11 Jul 2012


(Tragedi amukan di Putrajaya semalam)

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru.

Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita  berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru," kata Ustaz Abu Bakar (gambar).

Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam  peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.

Hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.

“Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya. Jika Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali.

Katanya, PAS tahu apa strategi jahat pimpinan Umno dengan perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.

"Umno guna RTM  tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Namun kini, beliau yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya kerana rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru, kata Ustaz Abu Bakar.

Katanya, facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno selama ini.

“InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal, saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini,” tegas beliau.

Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal

Salmiyah Harun, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal,  tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini.

Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti.

"Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, persediaan yang baik salah satu perkara utama untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan licin dan diterima rakyat khususnya daftar pemilih.

"Banyak persoalan yang telah ditimbulkan dalam soal ini dan saya rasa kita tidak boleh mengenepikannya umpamanya sindrom menafikan.

"Kita mahu bila berlaku pilihan raya, rakyat betul-betul percaya akhirnya dunia menghormati keputusan itu, " katanya yang turut membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Perbekalan Tambahan semalam.


Tarikh PRU


Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13.

"Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya.

Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji.

Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar?

Yusof yang juga membangkitkan perkara ini di dalam ucapan penangguhan semalam meminta kerajaan memberikan perhatian serius dalam perkara ini kerana amalan merahsiakan tarikh PRU tidak berlaku di lain-lain negara kecuali Malaysia.

Turut bersama dalam sidang media itu, Senator Khairiah Mohamed, Senator Dr Ariffin Omar, dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Sebelum ini,  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perbelanjaan sebanyak RM360 juta yang diperuntukkan kepada SPR adalah bagi menampung keperluan persediaan serta pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

ISA: MURSHID desak Najib tunaikan janji

Harakahdaily, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia diseru agar mengotakan janji yang pernah beliau buat sewaktu ucapan menyambut Hari Malaysia pada tahun 2011, iaitu untuk memansuhkan ISA.

Perdana Menteri perlu tuntas dengan janji transformasi, mengotakan apa yang telah dikata dan membuktikan slogan beliau, ‘Janji ditepati’.

Maka ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutup dan para tahanan dibebaskan serta-merta.

Demikian tuntut MURSHID (Multaqa Asatizah dan Du'at), iaitu perkumpulan 20 orang ilmuwan dan pendakwah Islam mengenai isu penderaan ke atas tahanan ISA di Kem Kamunting.



Berikut adalah kenyataan rasmi MURSHID.


Kenyataan Rasmi MURSHID berhubung penyiksaan ke atas tahanan ISA dan juga tindakan mogok lapar para tahanan:

Demi keadilan, kebenaran dan kemanusiaan

Antara prinsip asasi yang diperjuangkan oleh risalah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul utusan Allah kepada manusia selain dari risalah keesaan Allah dan juga hari pembalasan adalah juga untuk mereka berlaku adil, tidak menzalimi sesama sendiri terutamanya ke atas golongan yang lemah, serta menghormati kemuliaan manusia di atas dasar persaudaraan.

Di atas dasar ini juga, agama Islam sebagai penutup kepada risalah Ilahi yang dibawa oleh para rasul terdahulu juga meneruskan prinsip-prinsip tersebut.

Maka, unsur keadilan dan juga menaruh belas menjadi salah satu tema utama di dalam Syariat Islam.

Ia selaras dengan nama-nama suci Allah sebagai al-‘Adl (yang Maha Adil), al-Rahim (yang Maha Pengasih), al-Muhsin (yang Maha Belas) dan juga al-Muqsit (yang Maha Saksama hukumanNya).

Firman Allah SWT:

a) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (al-Nisa'[4:58]).

b) “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (al-Nahl[16:90]).

c) “Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-An'am[6:54]).

d) “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud[11:113]).

Berteraskan prinsip-prinsip ini jugalah Islam menekankan prinsip kedaulatan undang-undang sebagai teras kepada perlaksanaan hukum-hakam kanun Syara’ seperti prinsip-prinsip berikut:

a)    Setiap manusia adalah tidak bersalah selagimana mereka tidak dibuktikan bersalah melalui penghakiman yang adil di mahkamah.

b)    Setiap manusia itu sama setaraf dan berhak menerima pengadilan yang adil di dalam undang-undang.

c)    Setiap pendakwaaan ke atas orang yang tertuduh mestilah disertai dengan bukti di luar kesangsian, manakala pihak yang tertuduh pula berhak mendapat pembelaan terhadap dirinya.

d)    Setiap individu yang tidak bersalah tidak boleh didera, disiksa dan dicabuli kehormatan mereka di atas alasan penahanan ataupun penyiasatan.

e)    Hukuman ke atas pesalah yang telah dibuktikan bersalah melalui penghakiman yang adil hendaklah setimpal dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh undang-undang, dan tidak boleh dikenakan apa yang tidak patut diterimanya.

Berdasarkan premis yang telah disebutkan di atas, maka MURSHID ingin menegaskan bahawa:

a)    Penahanan ke atas warga Malaysia dan warga asing di Kem Tahanan Kamunting di bawah ISA tanpa dibuktikan bersalah di penghakiman yang adil di mahkamah adalah bersalahan dengan prinsip-prinsip umum Islam dan bertentangan dengan prinsip keluhuran undang-undang serta mencabuli hak asasi manusia merdeka di bumi Malaysia.

b)    Penyiksaan ke atas tahanan dan juga segala bentuk penderaan yang menjatuhkan maruah serta mencabuli kehormatan mereka seperti yang telah dilaporkan melalui para peguam para tahanan SEKIRANYA BENAR juga bertentangan dengan Islam dan melanggar batas-batas kemanusiaan.

c)    Penafian hak ke atas tahanan dari membela diri mereka dari tuduhan yang dikenakan dan juga ugutan yang dikenakan ke atas mereka dan ahli keluarga mereka dari mengambil tindakan undang-undang untuk membela diri adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan individu di dalam artikel 5 perlembagaan Malaysia dan menyanggahi Syariat Islam yang mulia.

d)    Usaha para tahanan di Kem Kamunting melancarkan mogok lapar demi mendapatkan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan, undang-undang dan Syariat Islam adalah sah di sisi hukum Syarak, dan merupakan jihad mempertahankan prinsip dan hak mereka yang dicabuli tanpa sebarang pembelaan.

MURSHID juga ingin menyeru agar:

a)    Perdana Menteri Malaysia agar mengotakan janji yang pernah beliau buat sewaktu ucapan menyambut Hari Malaysia pada tahun 2011, iaitu untuk memansuhkan ISA. Perdana Menteri perlu tuntas dengan janji transformasi, mengotakan apa yang telah dikata dan membuktikan slogan beliau, ‘Janji ditepati’. Maka ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutp dan para tahanan dibebaskan serta-merta.

b)    Pihak kerajaan segera melepaskan para tahanan di kem Kamunting dan bawa mereka ke muka pengadilan jika mereka menghadapi apa-apa pertuduhan. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk membela diri melalui mekanisme undang-undang yang dibenarkan.

c)    Pihak kerajaan juga harus menubuhkan satu suruhanjaya kebenaran dan konsoliasi untuk menyiasat dan memberikan keadilan kepada pihak yang sepatutnya.

d)    Pihak pegawai yang terlibat di dalam menyiksa tahanan segera berhenti melakukan tindakan kejam dan zalim mereka. Kami menyeru agar mereka takutkan Allah dan hari pembalasan. Kami juga menyeru agar mereka segera bertaubat dan kembali ke jalan agama Allah yang meninggikan konsep ihsan, rahmah dan kasih sayang.

e)    Pihak Kem Kamunting berhenti menekan dan melayan tahanan mereka secara kasar kerana tindakan mogok lapar mereka, dan kembalikan hak semua tahanan sebagai manusia yang merdeka selari dengan artikel 5 perlembagaan Malaysia dan juga prinsip-prinsip keadilan Islam. Kami mengingatkan mereka tentang mahkamah Allah di akhirat nanti yang akan menantikan mereka untuk dibalas dengan hukuman yang setimpal jika mereka berterusan menzalimi para tahanan.

f)    Pihak media membuat liputan mengenai nasib para tahanan dengan adil, saksama dan mengutamakan jurnalisme beretika di dalam membuat liputan. Pihak media mempunyai peranan yang besar di dalam usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.

g)    Pihak masyarakat sivil untuk tampil menegakkan kebenaran dan juga bersama menggesa agar penyiksaaan dan penderaan dihentikan serta kesemua tahanan ISA dibebaskan dan dibawa ke muka pengadilan jika mereka menghadapi apa-apa pertuduhan.

h)    Pihak ulama dan ilmuan agama, serta kesemua para Mufti berani tampil untuk menegakkan prinsip keadilan Islam serta memperjuangkan nasib mereka yang dizalimi di atas nama Islam dan kemanusiaan. Anda semua akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas ilmu yang anda miliki, apakah tuntutan ilmu tersebut telah dilaksanakan untuk membela golongan yang dizalimi dan menentang segala bentuk kezaliman.

Akhirkata, MURSHID secara tuntas menyeru agar semua pihak di Malaysia, tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa untuk bersama-sama menegakkan prinsip keadilan di bumi Malaysia agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama secara harmoni dan aman damai.


Multaqa Asatizah dan Du’at
MURSHID

DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdik

Abdul Aziz Mustafa, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar berjaya mentransformasikan orang bodoh berlagak cerdik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Merujuk kepada tindakan dua orang yang mendakwa sebagai professor yang mengulas berita bohong Utusan Malaysia kononnya DAP akan bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, selain dari mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dari apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

"Kalau kita baca blog Datuk (Mohd) Ariff Sabri (Abdul Aziz) umpamanya (sakmongkol.blogspot.com), kita akan dapat membaca begitu banyak hujah yang kukuh bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

"Sebab itu saya kata satu-satunya kejayaan program-program transformasi Najib itu ialah mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik," kata Mahfuz.

Menceritakan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, beliau memberitahu, pada malam selepas Utusan menyiarkan berita tersebut, sebuah stesen televisyen menyiarkan ulasan dan komen dua orang yang mendakwa diri mereka professor dan mewakili Majlis Professor Negara.

"Kedua-dua mereka beria-ia dan bersungguh-sungguh mengulas berita bohong itu untuk menunjukkan kepada rakyat betapa tidak ada akalnya mereka sehingga sanggup berhempas pulas memerah otak untuk memutar-mutar cerita bagi untuk memanjang-manjangkan berita politik najis itu.

"Saya yakin, orang yang ada akal tentu malu habis-habisan untuk memanjang-manjangkan berita seperti itu," kata Mahfuz.

Beliau menyifatkan dua orang yang mendakwa diri mereka sebagai professor itu lebih kurang dengan pelajar-pelajar buta huruf dalam kelas Cikgu Ros anak Pendekar Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Mahfuz juga tertanya-tanya, di manakah keimanan mereka sebagai seorang Islam apabila sanggup memanjang-manjangkan berita bohong seperti.

Bubar Majlis Profesor


Mengenai dakwaan bahawa mereka mewakili Majlis Professor Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, majlis tersebut mesti dibubarkan.

"Sebelum ini ada seseorang yang juga mengaku mewakili majlis itu mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

"Terbaru, dua orang itu mempamerkan kebodohan mereka kepada seluruh negara mengulas berita bohong.

"Bubarkanlah sahaja Majlis Professor Negara itu kerana ia memalukan ahli-ahli akademik dan institusi pendidikan negara," tegas Mahfuz.

Tiada ulasan: