Rabu, 4 Julai 2012

APA PERANAN DUTA...ADAKAH GAWAT SANGATKAH...

Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari

Ahmad Danial, 04 Jul 2012
MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.
"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.

Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar.

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.

Royalti: Rakyat Terengganu dapat nikmat jika kerajaan ikhlas

Syed Abdullah Jamallullail,
Dengan hampir RM1 bilion royalti minyak diberikan kepada Kerajaan Terengganu setiap tahun jika diagihkan secara sistematik dan telus tanpa mengira status seseorang itu asalkan mereka ini semuanya rakyat Terengganu sudah pasti setiap individu akan merasa nikmat hasil daripada anugerah Allah itu kepada warga Terengganu itu sendiri.

Pertama setiap rakyat Terengganu berhak mendapatkan 1 kali seumur hidup menunaikan ibadah haji secara percuma.

Kedua Imbuhan bulanan kepada setiap keluarga sebanyak RM300 sebulan diberikan serta RM1,000 'bonus' di awal tahun.

Ketiga, adakan tabung pinjaman tanpa dikenakan apa-apa faedah untuk pinjaman membeli rumah, bertani dan bertujuan perniagaan.

Keempat setiap pelajar diberikan duit saku sebanyak RM50 sebulan dan mereka yang dapat melanjutkan pengajian kepusat pengajian tinggi secara automatik akan diberikan biasiswa dan apabila tamat pengajian pastikan mereka ini diberikan pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka.

Seterusnya dicadangkan membina hospital-hospital bertaraf 5 bintang di setiap daerah ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Terengganu bagi memberikan rawatan percuma dari ubatan percuma hingga kepada rawatan pembedahan jantung dan sebagainya.

Setiap pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga juga diberikan imbuhan RM2,000 dan begitu juga setiap bayi yang baru lahir diberikan RM500 'one-off'.

Segala cukai pintu dan cukai tanah serta apa juga tol jika ada akan dihapuskan.

Kalau semua ini dapat dilakukan barulah bermakna agihan wang rakyat balik kepada rakyat itu benar-benar jujur dan ikhlas serta beramanah sepenuhnya.
TPM cadang lantik jurucakap tangani isu 'M'sia-Indonesia
7:03AM Jul 4 2012  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mungkin melantik seorang jurucakap rasmi kerajaan bagi membantu menangani isu-isu dua hala yang berbangkit antara Malaysia dan Indonesia.
  
Beliau berkata jurucakap rasmi kerajaan itu difikirkan perlu bagi memastikan setiap isu yang tercetus dengan Indonesia akan dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan serta mengelakkan salah faham atau tanggapan serong terhadap Malaysia oleh pihak Indonesia hingga menimbulkan polemik.

NONE"Kita akan bawa ke kabinet siapakah yang akan menjadi jurucakap rasmi kerajaan kalau ada hal-hal yang timbul.
  
"Penjelasan perlu dibuat cepat sebelum isu itu berbangkit di sini (Indonesia) dan  menimbulkan tanggapan-tanggapan serong atau tidak baik," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini di akhir lawatannya ke Jakarta.
  
Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, malam ini berlepas ke Yogyakarta untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran Asean serta beberapa mesyuarat berkaitan dengannya yang akan berlangsung pada Rabu dan Khamis.
  
Timbalan Perdana Menteri pada hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Boediono dan berbincang mengenai usaha meningkatkan hubungan kerjasama dua hala selain membincangkan isu-isu dua hala yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat kedua-dua negara.
  
Katanya keakraban hubungan Malaysia dan Indonesia sering diuji dengan pelbagai masalah termasuk isu pembantu rumah, nelayan dan sempadan negara.
  
Isu terbaru yang telah menyebabkan hubungan peringkat rakyat kedua-dua negara menjadi tegang ialah mengenai cadangan Malaysia untuk mendaftar tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan masyarakat Mandailing di Malaysia sebagai warisan budaya negara.
  
Dalam perbincangan itu, Muhyiddin telah menjelaskan pendirian Malaysia bahawa ia tidak berhasrat untuk menuntut sebagai pemilik budaya masyarakat Mandailing yang berasal dari Sumatera Utara itu dan pendaftaran itu adalah sebagai usaha melestarikan budaya itu agar tidak hilang ditelan zaman.
  
Muhyiddin tiba di sini hari ini untuk lawatan enam hari ke Indonesia yang turut meliputi lawatan ke Yogyakarta dan Bali.
  
"Saya dan Boediono juga bersetuju bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia adalah cukup baik. Kami juga bersetuju pertemuan di antara pemimpin dua negara dan para menteri hendaklah diteruskan secara berkala," katanya.
  
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO turut mengadakan pertemuan dengan tiga pemimpin parti politik terbesar di Indonesia.
  
Mereka terdiri daripada Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat, Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sokarnoputeri.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin parti politik itu mencapai kesepakatan yang positif berhubung usaha memelihara hubungan akrab antara kedua-dua negara.
  
Kesemua parti politik yang ditemui menyatakan komitmen luar biasa dan kesungguhan baru untuk mengukuhkan hubungan dua negara, katanya.
  
"Semua parti menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dua hala di peringkat parti bagi mengelakkan hal-hal yang boleh menjejaskan hubungan baik".
  
Turut serta dalam rombongan UMNO ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
  
- Bernama
Bank Negara mahu ambil tindakan terhadap H & I Niaga
7:10AM Jul 4 2012  
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap H & I Niaga Sdn Bhd, bekas kontraktor pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia.
   
Pada 20 Jun, H & I Niaga mengemukakan tuntutan saman bernilai RM131.9 juta terhadap bank pusat itu sebagai gantirugi dan bayaran yang belum lunas bagi pembinaan bangunan itu.
   
Kontraktor Kelas A Bumiputera yang telah diberikan kontrak bernilai  RM320.3 juta pada September 2005 itu mendakwa kontraknya telah ditamatkan secara salah pada 2010 setelah kerja pembinaan itu lebih daripada 90 peratus siap.
   
Dalam satu kenyataan semalam, BNM berkata, H & I Niaga Sdn. Bhd. pada awalnya telah merujuk pertikaian kontrak tersebut untuk penimbangtaraan (arbitration), namun pada hari pertama sebutan kes itu di mahkamah, H & I Niaga Sdn Bhd. telah menarik diri daripada proses penimbangtaraan ini.
   
BNM berkata, ia mempunyai proses tadbir urus yang mantap dalam semua perkara yang dilaksanakan oleh Bank.
   
"Bank Negara Malaysia juga mempunyai dokumen terperinci bagi setiap peringkat pembinaan bangunan tersebut, termasuk rekod bagi keputusan yang telah dibuat," katanya.
    
Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini. 

- Bernama
PAS desak k'jaan jelaskan penamatan tugas Abu Bakar
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:46PM Jul 3 2012
 
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, mulai 1 Julai lalu.

Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi  "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

NONEMahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya sambil menambah bahawa selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara".
"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.
'Siapa tandatangan surat tamat tugas?'
Mahfuz juga mahu kerajaan tampil menjelaskan siapakah yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar, sedangkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilapor menafikan menandatangani surat tersebut.

NONE"Semua 1.4 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar.

"Selalunya ketua setiausaha negara yang menandatangani. Jadi kita nak tahu, adakah surat itu ditandatangani sendiri oleh perdana menteri, " katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga berkata khabar angin yang tersebar mendakwa penamatan tugas Abu Bakar dikaitkan dengan isu kegagalan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Katanya, berdasarkan sejarah pembentukan skim tersebut, ia dibentuk pada ketika Tan Sri Ismail Adam, dan Abu Bakar hanya meneruskan keputusan yang dibuat sebelum itu, ketika menggantikan tugas Ismail.
"Selepas Tan Sri Ismail Adam bersara, Tan Sri Abu Bakar meneruskan apa yang dipersetujui oleh kabinet. Adalah tidak adil dikambinghitamkamkan (bekas) ketua pengarah perkhidmatan awam (Abu Bakar) atas kegagalan SBPA," katanya.
Minta Abu Bakar tampil

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendesak kerajaan menjelaskan apakah isu tersebut menjadi sebab Abu Bakar ditamatkan tugasnya.

"Saya minta penjelasan, kalau bukan kerana SBPA, kita nak tahu sebab apa," kata Mahfuz

NONEDilaporkan, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Mahfuz turut meminta Abu Bakar untuk tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau didakwa "dianiayai" kerajaan.

Ditanya sama ada isu tersebut memberi kelebihan kepada pembangkang, Mahfuz berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.

"Saya tidak mahu bercakap (pembangkang) ada kelebihan atau tidak. Nanti orang kata saya mempolitikkan isu ini.

"(Tetapi) kita bertanggungjawab memperbaiki sistem perkhidmatan awam kita. Kita tidak boleh biar sistem perkhidmatan awam dipolitikkan," katanya.

Tiada ulasan: