Jumaat, 9 Julai 2010

SETUJU BENAR TAPI BAGAIMANA SETENGAH GURU AGAMA@PENCERAMAH2 LAH PAKAI KERETA MEWAH...ADAKAH DIA KECUALIKAN...ATAU IA LUPA JUBAH NABI SAW BERTAMPAL2..




Minda: Sombong punca binasa



2010/07/09

SECARA umum, kita memahami dan mengetahui dalam kehidupan setiap umat Islam, sangat digalakkan berbuat baik, mengamalkan sifat rendah diri dan berbudi pekerti.

Sombong, angkuh dan bangga diri adalah sifat tidak baik yang wajar dihindari. Ini disebabkan sifat itu menyebabkan seseorang lupa daratan dan tidak mengamalkan apa yang disuruh serta masyarakat akan menjauhkan diri daripada orang yang sombong.


Sombong adalah sikap merasa tinggi diri, angkuh, bangga, bongkak dan riak serta memandang rendah terhadap orang lain. Sombong adalah keadaan emosi yang buruk dan tercela yang tidak harus dipamerkan. Seseorang yang memiliki sifat sombong di hati tidak akan disukai oleh orang di sekelilingnya serta masyarakatnya.


Justeru, lawan kepada sifat sombong adalah baik hati, rendah diri, beradab baik, beramah mesra, bersopan santun dan bersusila yang digalakkan dalam Islam. Pendidikan kepada sifat ini dapat mengelakkan sifat sombong dan angkuh dalam hati dan diri seseorang.


Sesungguhnya, Allah mencela sifat angkuh dan bangga diri. Firman Allah; “Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman: 18).


Takbur dan sombong adalah perasaan yang tumbuh daripada hati seseorang yang merasakan dirinya besar, gagah, kaya dan berkuasa. Sifat sombong dan bangga diri yang ada dalam hati seseorang boleh menghapuskan sifat baik lain seperti rendah diri dan tawaduk.


Semua perasaan itu timbul hasil didikan dan ajaran yang mementingkan kebendaan daripada akhirat. Hanya mereka yang lupa mengenai balasan akhirat akan sombong dan bangga diri. Sewajarnya sifat itu disingkirkan walaupun sebesar zarah, kerana membawa azab di akhirat.


Sifat itu sering terdapat dalam kehidupan seperti pemandu, pekerja, pengunjung pusat beli-belah, melalui perbuatan dan perlakuan. Sifat secara tidak sengaja mempengaruhi seseorang dalam kehidupan dan persekitarannya.


Sementara itu, Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan takbur (sombong) dan bangga diri.” Seorang lelaki berkata, “Sesungguhnya seseorang sangat suka memakai baju dan kasut yang bagus.” Rasulullah berkata, “Sesungguhnya Allah indah dan mencintai keindahan. Kesombongan itu adalah hal yang mengingkari kebenaran dan meremehkan manusia.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Syaihani dan Nawawi).


Sifat sombong dan angkuh lahir daripada emosi seseorang. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain. Sebenarnya segala kelebihan itu adalah anugerah Allah bagi menguji keimanan hamba-Nya.


Sewajarnya melalui kelebihan yang ada seperti kekayaan, pangkat seseorang beramal kembali untuk membantu masyarakat ke arah kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam yang lain.

Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Di riwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda; “Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak.” (Riwayat Syaikhan dan Syaibani).


Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan, rasa hati dan cara mempamerkan pakaian juga menunjukkan riak dan sombong. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat.” (Riwayat Syaikhan Nawawi).


Dua hadis itu menjelaskan Rasulullah menganjurkan kepada sahabatnya supaya dapat menguasai emosi keangkuhan, sombong dan bangga diri. Anjuran Rasulullah juga disertai dengan peringatan azab di akhirat kelak kepada mereka yang sombong. Hadis ini juga wajar menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita seluruh umat Islam.


Terdapat peringatan dan ancaman dalam beberapa hadis bagi orang yang menolak kebenaran kerana kesombongannya. Oleh itu, bagi sesiapa yang merasa lebih tinggi daripada orang lain dan memandang rendah terhadap mereka, dia selayaknya masuk neraka. Begitulah peringatan dan ancaman yang diingatkan kepada mereka yang sombong.


Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib, daripada ayahnya, dan daripada datuknya, Rasulullah bersabda: “Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan.” (Riwayat Imam Tirmizi dan Syaibani).


Begitulah dijelaskan dan diingatkan kepada orang-orang yang sombong akan balasan Tuhan pada hari kiamat. Ingatlah, azab di neraka jahanam lebih pedih dan menyeksa kepada diri orang-orang yang sombong. Oleh itu, ubahlah sifat sombong kepada sifat kemanusiaan yang lebih baik seperti insaf, sedar diri dan tawaduk.


Allah menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan kamu perlu merendah diri kepada orang-orang beriman, walaupun mereka daripada golongan fakir miskin.” (surah al-Hijr:88).


Merendah diri dapat mengelakkan sifat sombong yang terbit daripada hati yang angkuh, tinggi diri, berasa bangga terhadap diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain yang dirasakan tidak setaraf.


Sifat sombong dipamerkan melalui pertuturan, perlakuan dan perbuatan yang jelas menampakkan kesombongan atau tinggi diri. Adi bin Hanim melaporkan, Rasulullah pernah bersabda: “Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sesungguhnya, melalui pendidikan iaitu didiklah hati dan jiwa dengan cahaya keimanan kepada Allah dengan rasa tawaduk dan rendah diri. Sifat itu mampu menangkis sifat sombong yang tumbuh di hati setiap insan. Hanya melalui keinsafan dan kesedaran hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri.


Dr Aminudin ialah penulis bebas berkelulusan PhD Persuratan Melayu


ISI CERAMAH BAGUS ATAU KESAN MENUSUK JIWA ORANG BERUBAH BUKAN SEBAB ILMU MENGUNUNG ATAU KERETA YANG MEWAH YANG DIGUNAKAN TAPI DARI KEIKHLASAN KERJA DAKWAH KITA DAN NUR YANG ALLAH KURNIAKAN..

KALAU NIAT NAK CARI HARTA DAN MEWAH DAPAT MEWAHLAH...

DULU ORANG MASUK ISLAM YANG KAYA JADI MISKIN SEBAB HARTANYA DIBERI KEJALAN ALLAH...

TAPI LAH NI SEBUT ISLAM ..CAKAP ISLAM HIDUP MEWAH DARI KERETA YANG KITA TENGOK...

JANGAN ANGGAP SEMUA JAHIL...RIBUAN KELULUSAN IJAZAH AGAMA CUMA TAK JADI PENCERAMAH KERANA TAK BERKEBOLEHAN...TUK
BERCERAMAH...SERTA MENIPU IAITU CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

MENURUT HADIS BERMAKSUD...
AKHIR ZAMAN NANTI...
MANUSIA ISLAM WAKTU PAGI DAN KAFIR DIWAKTU PETANG...PETANGNYA ISLAM KAFIRNYA DIWAKTU PAGI...INI KERANA MENJUAL AGAMA DENGAN DUNIA...

KALAU BEKERETA BURUK ATAU DAIF BERHARGA MURAH MALU DAN TAK MAMPU...
JANGAN HARAP ORANG MACAM BERANI MATI SYAHID...NANTI TINGGAL PULA HARTA YANG MENIMBUN...

ORANG MACAM INI ..BAHASA INDIA KATA...PORAH...PODAH.....CAKAP HANYA NAK CARI MAKAN..BUKAN SEMATA2 KERANA ALLAH...

Tiada ulasan: