HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 31 Julai 2010
KENAPA TAK SEPENDAPAT SEDANGKAN SATU PARTI
Menteri: Pemuda Umno usah berkokok | ||
|
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.
"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.
Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.
"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.
Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.
"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.
Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.
--Bernama
BAGI HUKUM ISLAM..MUHSAN@DAH KAWIN REJAM/MATI DAN BELUM KAWIN 100 ROTAN...ASALKAN ZINA
Karpal cadang perogol kanak-kanak dihukum mati | ||
|
Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.
"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.
Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.
Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.
"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali.
Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.
--Bernama
SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERAKATAN SERTA BULAN MUSTAJAB SEGALA DOA
|
TAHU YG TERSURAT TAK TAHU YANG TERSIRAT..BAGAIMANA PULA PUSAT ZAKAT..KALAU BERHAK KERANA IA BELAJAR KENALAH BERI...ITU AMANAH...WANG ZAKAT ORANG RAMAI
Jaja kismis
2010/07/30
KUALA LUMPUR: Kegiatan sekumpulan pelajar sekolah agama menjaja kismis untuk menampung yuran pengajian dan asrama dikesan masih aktif di beberapa lokasi di ibu negara dan Lembah Klang terutama sekitar Jalan Raja Laut, Masjid Negara dan Shah Alam.
JAJA...antara pelajar sekolah agama yang menjaja kismis di ibu kota.
JUAL...seorang pelajar sekolah agama menjaja kismis di ibu kota.
Tinjauan Metroplus di Jalan Raja Laut dan Masjid Negara mendapati lebih 10 remaja belasan tahun memegang kotak kismis sambil memujuk orang ramai membeli jualan mereka.
Seorang pelajar sekolah agama berusia 14 tahun yang enggan namanya didedahkan memberitahu dia melakukan kerja itu secara sukarela, bukan dipaksa guru atau individu lain.
Katanya, dia tidak pernah meminta sedekah, tetapi melakukan kerja halal untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup apabila bapanya yang bekerja di kilang ais di Pahang dan hanya memberinya RM10 sebulan.
“Saya perlu bekerja dan berdikari mencari wang alternatif bagi membayar yuran sekolah RM150 sebulan selain membeli keperluan harian lain kerana ayah perlu menyara ibu dan enam adik-beradik lain.
“Saya menjual kismis pada hujung minggu dengan memperoleh bekalan dari sekolah dan akan memberi separuh hasil jualan kepada sekolah bagi membaik pulih kelengkapan serta separuh lagi disimpan untuk belanja harian,” katanya ketika ditemui di Jalan Raja Laut di sini, baru-baru ini.
Seorang lagi pelajar yang ditemui, berkata dia menaiki komuter dari Rawang dan mencari kawasan sesuai menjual kismis.
“Saya melakukan kegiatan ini sejak setahun lalu secara sukarela kerana mahu menghabiskan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
“Kami akan keluar pada hujung minggu dari jam 10 pagi dan akan pulang jam 6 petang selepas semua kismis habis dijual,” katanya.
Rakannya berusia 13 tahun pula berkata, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh pihak sekolah dan akan ditempatkan di kawasan strategik bagi menjual kismis
Katanya, dia memperoleh pendapatan kira-kira RM50 hingga RM100 sehari untuk membolehkannya berdikari tanpa meminta wang daripada keluarga.
Sementara itu, Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noormah Datuk Abd Rauf, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius kegiatan berkenaan kerana ada pihak yang cuba menggunakan kanak-kanak bawah umur untuk kepentingan diri.
Katanya, mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan kerana mempergunakan kanak-kanak untuk mencari wang yang menyalahi Akta Kanak-kanak 2001.
“Kami akan membuat pemantauan bagi menangani masalah itu dengan memberi nasihat kepada ibu bapa atau penjaga, sekiranya mereka masih menggunakan kanak-kanak untuk tujuan itu kami akan mengambil tindakan sewajarnya
“Sepatutnya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan mengambil berat dan menjaga mereka bukan menggunakan mereka untuk mendapatkan wang,” katanya ketika dihubungi
TAK MUSTAHIL BAGI ALLAH..."KUN" MAKA JADILAH...
DUNIA
Misteri makhluk aneh di Britain
EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.
Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).
Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.
"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi
DUNIA
Misteri objek langgar kapal tangki
FUJAIRAH – Pihak berkuasa pelabuhan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam menyatakan kemungkinan kapal tangki Jepun, M. Star berlanggar dengan kapal selam atau terlanggar periuk api sehingga mengakibatkan dek kapalnya rosak semasa belayar melalui Selat Hormuz di Teluk Parsi dekat Iran.
Pengurus Besar Pelabuhan Fujairah, Kapten Mousa Mourad berkata, pemeriksaan yang dibuat ke atas kapal sepanjang 333 meter itu selepas ia tiba di pelabuhan tersebut menunjukkan kerosakan berlaku akibat kesan pelanggaran dengan sebuah objek.
“Kami belum pasti sama ada objek itu kapal selam atau periuk api,” katanya.
Seorang wartawan agensi berita Reuters yang melihat kapal itu mendapati terdapat satu lekuk besar empat segi dan beberapa tanda kerosakan di sebahagian badan kapal.
Agensi berita rasmi UAE, WAM menyiarkan gambar yang menunjukkan beberapa tingkap dan pintu kapal yang pecah.
Sebelum ini, media melaporkan kapal itu dibadai ombak misteri kelmarin manakala kerajaan Jepun menyatakan ia mungkin diserang.
Semasa kejadian, kapal itu membawa 2.3 juta tong minyak mentah ke Jepun.
Sementara itu di Tokyo, firma kapal tangki kedua terbesar dunia, Mitsui O.S.K. Lines Ltd. yang memiliki M. Star menyatakan, mereka telah mengupah beberapa pakar dalam kes serangan tentera untuk menyiasat kejadian tersebut. – Reuters
Jumaat, 30 Julai 2010
ROKOK DAN HUKUM...BERHENTILAH JIKA JELAS HARAM...SEKURANG2NYA IA MAKRUH TAHRIM(HAMPIR KEPADA HARAM)
REFORMASI FATWA ROKOK: DULU KHILAF KINI IJMAK -Siri 1
Sempena dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang seluruhnya berkat, rahmat dan maghfirah Allah swt ke atas hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
Maka jadikan bulan ini sebagai titik tolak perubahan untuk menghirup nafas baru, segar dan bersih dari candu dan segala unsur yang berkaitan dengannya.
Untuk itu ana akan pamerkan tulisan seorang pensyarah KIAS, sahabat ana Ustaz Azhar Abdullah berhubung dengan isu ini, dengan tajuk:
{REFORMASI FATWA ROKOK: DULU KHILAF KINI IJMAK}
Untuk perbincangan. Artikel ini sebanyak 4 siri.
[Read the rest of this entry...]
REFORMASI FATWA ROKOK: Sambungan siri 1
Dr. Yusuf al-Qardawi dalam ‘Fatawa Mu’asarah’ dan mantan Syeikh al-Akbar Mesir, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya mengatakan tembakau dan rokok masuk ke bumi umat Islam lewat ke-11 Hijrah, khususnya di Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke negeri-negeri lain. Ertinya, selama 100 tahun umat Islam tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan tembakau, apatahlagi rokok.Justeru, aneh sekali umat Islam di negara ini yang masih koma dengan hakikat rokok. Sehingga kini, masih ramai yang menyangka sigaret muncul dari sejarah melayu silam. Mereka merumuskan demikian kerana tembakau yang dilihat begitu sinonim dengan kebudayaan melayu sejak berzaman menggunakan sireh, buah pinang dan daun nipah merupakan salah satu tumbuhan asli tropika yang tumbuh di rantau ini.
Ini satu kekeliruan. En. Mohd Fakri bin Mohd Noor, PRO Lembaga Tembakau Negara, Kota Bharu Kelantan yang telah berkhidmat hampir 20 tahun berkata tembakau bukan tumbuhan asal rantau ini. Tumbuhan tembakau seperti juga getah dibawa masuk ke Tanah Melayu seringi penjajahan Inggeris.
Sumber Lembaga Tembakau Negara melaporkan industri tembakau di Malaysia bermula dengan tembakau cerut yang ditanam secara meluas di Sabah sejak awal abad kesembilan belas, setelah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883. Pada satu ketika ianya menarik minat lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport sebanyak RM2 juta pada tahun 1902.
Selepas perang dunia kedua, khususnya di tahun 1959 usaha meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara serius. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Berdasarkan fakta di atas menunjukkan industri tembakau dan rokok mempunyai hubungan yang erat dengan gerakan penjajahan barat ke atas bumi umat Islam, khususnya Yahudi melalui dasar kapitalisme.
Kegilaan kapatilis yang didalangi oleh golongan elit Yahudi yang mementingkan kekayaan semata-mata mengenepikan soal moral sama sekali. Mereka tidak mempersoalkan langsung keburukan rokok, malah mengeksplotasi dari elemen ketagihan rokok sebagai aset melariskan perniagaan rokok. Adapun penjajahan tidak lebih dari wasilah demi merealisasikan matlamat itu.
Kemunculan rokok hakikatnya membawa malapetaka dan kemusnahan besar kepada dunia samada barat dan timur. Namun kapitalis tidak memperdulikan kesan itu kepada manusia walaupun usaha-usaha pengharaman penanaman tembakau dan rokok dijalankan pemerintah. Mereka sentiasa melancarkan propaganda tentang keistimewaan rokok yang didakwa mampu melancarkan darah, memenangkan tekanan darah, baik untuk usus dan sebagainya.
Menurut fakta buku “Rokok Haram atau Makruh dan Penawar atau Pembunuh” yang ditulis oleh Muhammad Abu Faroq al-Athari menyebut bahawa Raja Inggeris bernama Jims 1 mengambil langkah drastik mengharamkan rokok. Raja ini juga melancarkan operasi besar-besaran memusnahkan tembakau secara habis-habisan serta mengeluarkan satu perintah berupa undang-undang pengharaman rokok pada tahun 1604M.
Kemudaratan rokok jelas menghancurkan generasi manusia sehingga pada tahun 1643M kerajaan Rusia telah meluluskan undang-undang berat di mana sesiapa yang membeli, menjual, mengedar dan menghisap rokok dari tembakau akan dihukum dengan dibuang negeri ke Siberia atau dihukum mati(www.abuansmadani.com)
Bersambung…
DUNIA
Iran dakwa rokok seludup ada darah babi
TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - AP
IA BUKAN JAWATAN YG MENGAMBARKAN JAWATAN MAKSUM..RAMAI ULAMAK DAHULU MENOLAK JAWATAN MUFTI
Mufti perlu juarai semua isu berkaitan Islam
Johari Jaafar | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
IPOH, 29 Julai: PAS Perak menggesa para mufti menjuarai semua isu berkaitan umat Islam di negara ini dengan merujuk sumber al-Quran dan as-Sunnah tanpa memilih dan tidak dipengaruhi mana-mana sentimen politik. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, hanya tindakan sebegitu yang mampu mengelak sebarang label negatif oleh rakyat terhadap mufti. Menurutnya, label negatif terhadap mufti yang berlaku hari ini adalah akibat mereka dilihat hanya menjuarai isu-isu yang berkepentingan bagi pihak Umno BN dan senyap dalam isu-isu besar membabitkan pemimpin negara. "Apabila mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat, tiba-tiba sekarang mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka. "Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi Umno," katanya merujuk kepada kes menimpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Murfti juga, menurutnya dilihat hanya bersuara dalam isu murtad sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang juga memerlukan penjernihan semasa daripada ulama. Rakyat katanya, mahu melihat mufti lebih dari itu iaitu turut memberi pandangan berhubung salah laku elit dalam sistem kehakiman negara dan agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). "Ini perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam negara ini untuk menuju negara yang diredhai Allah. "Kecuali dalam isu murtad. Rakyat tertunggu-tunggu respons dan teguran mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin Umno, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan dan Terengganu 1999), kes perangkap seks dan rasuah oleh Umno dan SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin-pemimpin Umno, dan penggadaian kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei oleh Umno BN," katanya. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, beliau juga melahirkan kekesalan terhadap 'sebahagian kecil' warga negara ini yang didakwanya terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau terhadap Mufti Perak. Bagaimanapun dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh mufti tersebut, beliau menyarankan kepada Harussani menjernihkan segera suasana agar beliau tidak terus dipandang serong oleh masyarakat ISU ZINA Cubaan merogol, culik gagalOleh KAMARUDIN HAMZAH utusanterengganu@utusan.com.my
BESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka menculik dan merogol seorang pelajar perempuan gagal setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit. Bukan sahaja gagal, malah kedua-duanya turut ditangkap kira-kira sejam setengah selepas itu oleh penduduk kampung dan polis yang melancarkan gerakan memburu mereka. Kejadian bermula apabila kedua-dua suspek menculik mangsa, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang ketika itu baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang semalam. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, pelajar itu dipaksa menaiki kereta jenis Perodua Kenari namun berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal. Katanya, kereta itu kemudian terbabas di sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa diculik. “Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. “Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan pelajar itu di dalam kereta. Suspek yang berusia 23 tahun cedera di kepala manakala rakannya tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang cedera kemudian membuang bajunya sebelum mencuri baju lain di ampaian sebuah rumah bagi mengelakkan dirinya dikesan. Menurut Noor Zainy, kejadian culik itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain yang melihat mangsa bergelut sebelum dibawa masuk ke dalam kereta itu. Katanya, pelajar-pelajar itu juga melihat beg mangsa terputus dan tertinggal di tempat kejadian. “Mereka kemudian memaklumkan kepada guru dan penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada polis. “Hasil operasi yang dijalankan, kedua-dua suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, tambahnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. ISU MUAMALAT ISLAM Amalina seksi diburuOleh Shanty Nur Shaffizan Shafee 2010/07/30 KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin IMBAS...laporan Harian Metro, semalam. Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu. “Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah. “Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam. Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat. “Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya 10 ciri skim piramidKUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai rakyat di negara ini yang terpedaya dengan skim tersebut, walaupun kerajaan menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pelaburan. Antara ciri skim piramid itu ialah anggotanya perlu merekrut ahli baru, menjual produk dengan harga yang tidak bersesuaian dengan barangan dan perlu membayar sejumlah wang yang tinggi seperti ditetapkan syarikat. "Saya berharap orang ramai dan pelbagai pihak perlu melindungi diri sendiri dan tidak tertipu dengan skim ini, yang dari awalnya berniat menipu peserta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kejayaan polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di Petaling Jaya. Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius skim itu dan melakukan pemantauan berterusan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha skim tersebut. Selain berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen serta didenda, mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ramai yang tertipu dengan skim itu, katanya. Beliau berkata, penguatkuasaan Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) akan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan aktiviti jualan langsung beretika, selain melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna. - BERNAMA ISU ZINA DAN ROGOL LAGI 2 lagi pernah jadi mangsaOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 29 Julai – Pemandu van yang ditahan kerana merogol seorang murid berusia 10 tahun di Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu, disyaki pernah melakukan jenayah sama terhadap dua mangsa lain. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil soal siasat terhadap suspek yang berusia 51 tahun. “Dia mengaku pernah merogol dua mangsa lain sebelum ditahan selepas merogol mangsa terakhir yang menaiki vannya di Jalan Othman, Petaling Jaya. “Perbuatan terakhir suspek pada pukul 1.40 petang itu terbongkar apabila dilihat oleh seorang guru tadika yang melalui tempat kejadian. “Guru itu cuba menyelamatkan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu disedari oleh dua anggota polis yang meronda lalu menahan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Arjunaidi, suspek kemudian berjaya ditahan ketika masih berada di dalam van tersebut, hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Dalam kes berasingan pada hari sama di Kelana Jaya, seorang lagi murid perempuan tahun enam turut menjadi mangsa nafsu buas pemandu van sekolah apabila dicabul lelaki itu. Arjunaidi berkata, suspek berusia 37 tahun itu dilaporkan memegang kemaluan mangsa ketika murid itu berseorangan dalam kenderaan untuk dihantar ke sekolah pada pukul 6.40 pagi. Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu, menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri. “Setakat ini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” kata beliauISU MENCURI Sindiket curi kereta ke pasaran antarabangsaIPOH 29 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di negara ini untuk dijual di pasaran antarabangsa. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan ini berikutan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyedari wujudnya kegiatan tersebut yang kini bergerak aktif di seluruh negara. Menurutnya, PDRM juga sedang meningkatkan kerjasama dengan polis di negara-negara ASEAN dan negara lain bagi mengenal pasti sindiket terbabit. Katanya, Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengumpul maklumat terkini modus operandi sindiket itu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Menurut beliau, pihaknya sedang memantau keadaan itu dan tindakan akan diambil sebaik sahaja maklumat terperinci mengenainya di perolehi dari sumber risikan polis. “Sejak enam bulan pertama tahun ini, Bukit Aman berjaya menemui semula 46 buah kenderaan curi di beberapa negara ASEAN manakala 36 lagi di beberapa negara di luar rantau Asia. “Kita ada lakukan tangkapan tetapi tidak ada bukti untuk mendakwa mereka dan oleh itu kita perlu kumpulkan bukti yang kukuh sebelum mendakwa mereka yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. Ismail diminta mengulas laporan yang mendakwa syarikat insurans di negara ini membayar tuntutan hampir RM400 juta akibat kegiatan curi kereta oleh sebuah sindiket antarabangsa tahun lalu. Menurut laporan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), 8,673 buah kenderaan persendirian kebanyakannya buatan Jepun dilaporkan dicuri tahun lalu oleh sindiket yang menjualnya di China, Kemboja, Sierra Leone dan Afrika Selatan. Tambah Ismail, polis negara terbabit juga sedang memantau kegiatan sindiket itu dan sedang mengkaji langkah susulan yang perlu diambil bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berulang. “Kita mempunyai pakar risikan selain menjalinkan kerjasama dengan rakan sejawat kita di negara berkenaan dan saya yakin kita akan dapat mengesan modus operandi sindiket itu. “Polis juga kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tindakan susulan bagi melumpuhkan sindiket tersebut,” katanyaISU RIBA DAN MEMINJAM Ah long diculik, dibelasah peminjamOleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR pengarang@utusan.com.my JOHOR BAHRU 29 Julai - Kisah ceti haram atau ah long memukul dan bertindak ganas terhadap peminjam sering dilaporkan di akhbar-akhbar sebelum ini. Bagaimanapun lain pula berlaku di sini, apabila si peminjam pula menculik dan menuntut wang tebusan RM30,000 daripada keluarga dua ah long. Dalam kejadian pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu, kedua-duanya diculik di kawasan Danga Bay di sini, sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut tebusan. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bimbang dengan keselamatan mangsa, keluarga mereka membayar RM5,000 melalui akaun bank manakala baki RM25,000 secara tunai. "Kedua-dua mangsa kemudian dibebaskan. Ketika ditemui mereka mengalami kecederaan hampir di seluruh bahagian badan dipercayai akibat dipukul. "Kenderaan kepunyaan mangsa juga turut dilarikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. Mohd. Mokhtar berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun di Kota Tinggi, pada 15 hingga 17 Julai lalu. Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM6,500 dan sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan. Sehubungan itu, pihaknya juga kini sedang memburu dua lagi individu iaitu Al Annaz Wahid, 18, yang beralamat di 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing. Katanya, seorang lagi ialah Mohd. Hadi Hamdan, 29, yang beralamat di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing, bagi membantu siasatan kes itu. Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kulaijaya di sini, hari ini, lima individu daripada tujuh yang ditahan dituduh menculik Lew Wei Your, 19, dan Leow Own Keong, 30, untuk mendapatkan wang tebusan RM30,000 setiap mangsa. Tertuduh ialah Mohamad Awan A. Bakar, 23; Wan Karmizi Muhamad, 28; Ismail Jaafar, 39; Rasman Ahmad, 42, dan Aida Jamhalie Samson. Aida Jamhalie merupakan warga Filipina. Kesemua tertuduh lelaki bekerja sebagai penarik kereta serta wanita itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Majistret Siti Aishah Ab. Rashid kemudian memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tanpa menetapkan sebarang tarikhISU PELACURAN..BERGAUL BEBAS..BUKA AURAT...ARAK Tidak serik walaupun telah 10 kali diserbu
PULAU PINANG 29 Julai - Walaupun telah diserbu sebanyak 10 kali dan kali terakhir pada Isnin lalu, sebuah pusat hiburan di Lorong Madras berhampiran Jalan Macalister di sini tidak pernah serik menjalankan kegiatannya. Buktinya, apabila diserbu kali ke-11 kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, polis menahan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia sedang berpelukan dengan pelanggan masing-masing. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua wanita terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam 'Ops Noda' yang dijalankan oleh anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Menurutnya, selain menahan kesemua GRO itu, pihaknya turut menahan pekerja premis berkenaan. "Serbuan dilakukan selepas polis membuat risikan selama tiga hari selain menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan di premis ini melibatkan pekerja warga asing. "Hasil pemeriksaan, kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya di sini hari ini. Menurut Kong Meng, kesemua GRO yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahguna visa pelancong. Katanya, pemilik premis yang mengendalikan pusat hiburan itu pula disiasat mengikut Seksyen 55b (1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit. Isnin lalu, polis menahan seramai 28 GRO dan seorang pekerja yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun di pusat hiburan tersebutISU RANCANGAN TV DAN RADIO...MASALAH AURAT...BERGAULAN BEBAS...DALAM SIRI DRAMA MELAYU...ADA TAK...IA MENYUMBANG KERUNTUHAN MORAL REMAJA DAN UMAT ISLAM Intisari Rancangan TV3Jumaat 30 Julai 2010 6.00 999 6.30 Malaysia Hari Ini 7.00 Buletin Pagi 7.15 Sambungan Malaysia Hari Ini 9.00 Berita Terkini 9.05 Toon Disney: Donald Duck Presents 9.30 TV3 Kids News 9.32 Nickelodeon: Avatar - The Last Airbender 10.00 Berita Terkini 10.02 Haiwan Teladan 10.30 The Mummy 11.00 Bizworld 11.02 Majalah 3 12.00 Berita Terkini 12.02 Wanita Hari Ini 12.58 My TV3 Capsule 1.00 Al-Hidayah 1.30 Cerekapilihan: Dosa Semalam 3.30 Naluri: Jalan Taqwa - Gigolo 4.00 Berita Terkini 4.02 Sambungan Naluri 4.28 My TV3 Capsule 4.30 Kisah Kaisara: Rupa Atau Sikap 5.00 Al-Kuliyyah 6.00 Bizworld 6.05 Jula Juli 7.00 TV3 Kids: Naruto Shippuden 7.28 Jurnal Protege 7.30 Marchen Awaken Romance 8.00 Buletin Utama 9.00 Zehra: Janji Kekasih 10.00 Mega Movie: The Game Plan 11.58 My TV3 Capsule 12.00 Nightline 12.30 Kapten Kit 1.30 Upik, Abu & Laura 2.30 Spa Q 3.30 Apa Apa Aje 4.30 Cinta Tsunami 5.00 Chef Jo ISU HUKUM BEKERJA SEBAGAI ARTIS..DAN MENYANYI Dengarnya: Tak berduit, tapi hidup mewah KADANG-kadang Cik Normah hairan melihat kehidupan mewah segelintir artis kita, terutama artis wanita. Berlakon tak seberapa, tapi boleh hidup senang lenang. Bukan setakat itu, tapi mewah, ada yang kereta besar menjalar dua tiga buah depan rumah.Kalau dikira-kira balik drama lakonan atau kerja nyanyian, tidaklah lebat sangat. Tapi kehidupan bukan main lagi. Cik Normah keliru. Mereka ini buat kerja apa sampai boleh hidup kaya raya. Bergaya dengan kereta mewah dan barang-barang berjenama. Jika diselidiki latar belakang keluarga mereka, tidaklah seberapa. Yang peliknya, keluarga mereka tak siasat atau bertanyakah dari mana mereka dapat sumber kewangan Kalau sumber halal tak apa. Apabila menyentuh mengenai cerita ini, teringat Cik Normah mengenai kisah seorang peserta sebuah program realiti. Mengikut cerita teman Cik Normah, artis itu ada mengadu kepada rakannya yang dia kini tak ada kerja. Tetapi yang buat kawan Cik Normah pelik, kalau tak ada kerja, maknanya tak adalah duit. Tapi macam mana boleh menyewa kondominium seorang diri. Dari mana dia dapat duit untuk bayar sewa rumahnya? Lagi satu, artis realiti itu ada beritahu yang dia memerlukan RM2,000 seminggu untuk kegunaan harian. Amboi! Kata tak ada duit? Kalau sudah tak ada duit, kenapa nak hidup dengan gaya mewah. Hiduplah macam biasa, tak payahlah nak berlagak. Dengan dengan undangan lakonan yang tak seberapa dan tawaran nyanyian yang entah ada entahkan tidak itu, orang pasti tahu bagaimana kehidupannya. Jadi tak perlulah nak berlagak. Apa yang menimbulkan kemusykilan, dari mana artis itu dapat sumber kewangan? Tak mengapalah mungkin dia ingat boleh terlepas sekarang, tapi ingat akhirat ada. Tak takutkah dengan hukuman Allah? DAN BANYAK ISU LAGI MELIBATKAN HUKUM...MUFTI KENA JELASKAN HUKUM2 DALAM ISLAM... JANGAN SELINDUNG DEMI KEPENTINGAN AWAM BAGAIMANA KEPENTINGAN ISLAM DAN UMAT...ADAKAH NAK BUAT BODOH AJE... ISU RASUAH DAN PENYALAHAN GUNA KUASA Bekas pengarah JPAM dijel2010/07/30 ALOR SETAR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM21,200 selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan memperakukan dokumen berhubung bekalan makanan mengandungi butiran palsu, lima tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Abdullah, 50, kerana didapati melakukan kesalahan itu di Pejabat JPAM Kedah, Tingkat 6, Wisma Persekutuan di sini, pada 26 Jun dan 28 Julai 2005.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 199 NEGARA
Liong Sik didakwa tipu kerajaanPUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan dan mantan Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang. Liong Sik, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003 didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin. Mahkamah juga menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup manakala Liong Sik diwakili peguam Datuk R.R. Sethu. Para wartawan dan jurugambar yang menanti sejak pagi selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa hanya mengetahui identiti tertuduh apabila Liong Sik tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 4.36 petang bersama isterinya, Toh Puan Ena Ling. Beliau yang berbaju biru belang masuk ke dalam mahkamah pada pukul 4.43 petang dan terus duduk di kandang tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, Liong Sik didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Beliau dituduh memperdaya Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah: Luas tanah ialah 999.5 ekar (399.8 hektar) atau 43,538,200 kaki persegi (3,918,438 meter persegi). Kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456. Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah bayaran tertangguh selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600) dan dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut. Dengan demikian, beliau telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri. Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan. Liong Sik merupakan individu kelima berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Akhir tahun lepas, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsuISU KEGANASAN RUMAH TANGGA/NIKAH CERAI/POLIGAMI/MUNAKAHAT Penumbuk jawab pertanyaan isteriOleh Hadzlihady Hassan 2010/07/30 AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu. Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat. Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini. “Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan. “Selepas puas membelasah, lelaki itu menghantar isteri dan anaknya pulang sebelum dia beredar meninggalkan rumah,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian itu. ISU BUNUH MEMBUNUH Bekas peninju ke tali gantungOleh Iskandar Shah Mohamed 2010/07/30 SEREMBAN: Seorang bekas peninju remaja Negeri Sembilan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sekitar Senawang, di sini, tiga tahun lalu. BERSALAH ...Mohamad Azli dibawa keluar oleh polis dari mahkamah, semalam. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, antara jam 8 hingga 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Desa Anggerik, Taman Desa Anggerik, Senawang, di sini. Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azli turut melakukan kesalahan sama terhadap Aniza Ayob, 24, di lokasi, waktu dan tarikh sama. Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, tertuduh memberitahu dua rakannya dia membunuh pasangan suami isteri terbabit menggunakan senjata tajam. Pemeriksaan mendapati kesan kecederaan teruk dialami kedua-dua si mati iaitu kesan tetakan ditemui pada tubuh Syed Herie manakala isterinya yang juga kakitangan kerajaan mempunyai kesan tikaman pada leher. Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan membuktikan kes prima facie berikutan semua bukti menunjukkan tertuduh membunuh pasangan yang baru lapan bulan bergelar suami isteri itu. “Selepas kejadian, kamu (tertuduh) didapati membuat pengakuan kepada dua rakan bahawa sudah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai ‘Along Santan’ dan Aniza. “Selain itu, fakta bahawa kamu menggunakan sebilah pisau untuk menikam sehingga menyebabkan kecederaan pada organ si mati membuktikan bahawa kamu berniat untuk membunuh. “Mahkamah turut menolak hujah pihak pembelaan iaitu berlaku pertengkaran antara pasangan itu ketika kejadian sebelum mereka menetak sesama sendiri,” katanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Mohd Azli. Sementara itu, ibu Syed Herie berusia lewat 40-an yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan berakhir sebegitu. ISU PERMAINAN GAME....PERTANDINGAN2 BERBENTUK JUDI DI TV2 DLL...HIBURAN YANG MELALAIKAN SERTA BERCAMPUR GAUL BEBAS...DAN BUKA AURAT Vietnam haram permainan online2010/07/30 HANOI: Vietnam mengharamkan sebarang iklan mengenai permainan video secara online serta mengawal capaiannya selepas beberapa remaja melakukan pembunuhan atau rompakan semata-mata untuk membiayai ketagihan kepada aktiviti itu. Keputusan Kementerian Penerangan dan Komunikasi itu dibuat selepas orang ramai mendesak kerajaan bertindak bagi mengekang pengaruh negatif daripada permainan video berkenaan. - APISU JUDI DNA BUANG ANAK Shahrizat cadang Pemandu kaji kaedah terbaik tangani masalah buang bayi2010/07/30 KUALA LUMPUR: Berikutan masalah pembuangan bayi yang semakin serius kebelakangan ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bercadang untuk meminta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian menyeluruh mengenai kaedah terbaik menangani isu berkenaan sebelum ia menjadi semakin parah. Menurutnya, jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat setiap hari meskipun kerajaan melancarkan pelbagai kempen dan aktiviti untuk menyedarkan masyarakat.“Saya akan membawa isu ini sekali lagi ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan jemaah menteri termasuk mengemukakan cadangan agar Pemandu menubuhkan makmal untuk merangka pelan penyelesaian yang sesuai,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Isu Pembuangan Bayi di ibu pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, semalam
DAN BANYAK LAGI ISU AGAMA YANG PERLU DITANGANI WAHAI TUAN2 MUFTI...ALLAH AKAN TANYA DI AKHIRAT NANTI...KITA KHUATIR UMAT ISLAM JADI ROSAK DAN SESAT ATAS TINDAK TANDUK KITA...JANGAN KITA TEROPONG SALAH ORANG...TEROPONG JUGA SALAH DIRI SENDIRI....ADAKAH KITA MAKSUM DAN DIJAMIN MASUK SYURGA...BEGITU USTAZ HEBAT2...HIDUP PENUH KEMEWAHAN...YANG SELALU KELUAR DIKACA TV...ADA TAK...MEREKA NI MEPERJUANGKAN ISLAM SECARA SYUMUL... |
SEKARANG PENJENAYAH LEBIH BERANI...DAN TAK TAKUT HUKUMAN YANG ADA
NEGARA
Pelajar diculik depan sekolah
berita@kosmo.com.my
BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.
Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.
Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.
Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.
Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.
Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.
Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.
Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.
Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa pengsan serta mengalami cedera parah di kepala dan leher.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Polis yang melancarkan operasi tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian dan mendapati kedua-dua suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta.
"Hasil maklumat orang ramai, polis kemudian telah menyerbu sebuah rumah dan mendapati kedua-dua suspek yang cedera parah itu sedang bersembunyi di dalamnya," katanya pada sidang akhbar di sini semalamBapa syukur anak terselamat daripada dirogol | ||
|
Menurut Roslan, doktor memberitahunya bahawa anaknya, Nurmuni Ainun Izzati, 15, tidak dirogol biarpun pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemui dengan seluar dalamnya terlondeh.
"Saya langsung tidak menyangka kejadian itu akan menimpa anak saya, dia telah diculik dan hampir dirogol ketika pulang dari kelas tambahan semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu hari ini.
Nurmuni kini dirawat di HUSM kerana mengalami keretakan pada bahagian kepala serta beberapa kecederaan parah di badan akibat kemalangan tersebut bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Mengimbas kejadian itu katanya beliau hanya menyedari anaknya diculik apabila seorang guru dari sekolah berkenaan datang ke rumahnya memberitahu anak keenam daripada 12 orang adik beradik itu dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari kira-kira pukul 4.30 petang.
"Pada mulanya, anak keempat saya yang merupakan abang kepada Nurmuni, Mohd. Yusri, 19, yang pergi menjemput adiknya di sekolah, sampai sejam lebih awal menyebabkan Yusri mengambil keputusan pulang dulu ke rumah.
"Sejam selepas itu iaitu kira-kira pukul 4.30 petang isteri saya, Hamidah Musa, 40, pula bercadang untuk keluar menjemput Nurmuni di sekolah, tetapi ketika sedang bersiap-siap, kami didatangi guru berkenaan yang membawa berita buruk itu," katanya.
Mohd. Roslan berkata, terkejut dengan berita itu beliau dan guru berkenaan kemudian bergegas ke Balai Polis Kampung Raja, Besut untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di balai berkenaan, seorang anggota polis memaklumkan terdapat sebuah kenderaan jenis yang sama berwarna biru terbabas berhampiran rumahnya di Kampung Limbongan.
"Pada mulanya saya kurang berminat dengan apa yang diberitahu polis itu cuma terfikir sejenak kerana kereta itu sama jenis dengan kereta penculik anak saya yang diberitahu guru itu.
"Beberapa minit selepas itu saya menerima panggilan telefon dari salah seorang adik saya memaklumkan anak saya ada ditemui di dalam kenderaan itu dengan keadaannya cedera parah," katanya.
Menurutnya beliau kemudian segera ke tempat kejadian sebelum bergegas membawa anaknya ke Hospital Besut.
"Kemungkinaan anak saya berhadapan cubaan rogol menyebabkan dia melawan sehingga berlaku pergelutan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas," katanya.
Mohd. Roslan berkata beliau difahamkan ada penduduk kampung yang melihat kenderaan itu terjunam ke dalam parit sebelum ternampak dua lelaki bergegas keluar dan melarikan diri dari kenderaan itu.
Beliau bagaimanapun berkata kedua-dua lelaki itu berjaya ditahan polis dan penduduk kampung yang melakukan operasi segera untuk mengesan mereka.
--Bernama
Khamis, 29 Julai 2010
YANG BENAR TETAP BENAR...TERIMALAH...KALAU SALAH SEDARLAH SALAH...KALAU BENAR...TAHNIAHLAH...SEMUA KERJA KITA DIDUNIA AKAN DITANYA DAN DIHISAB ALLAH
Abdul Aziz Mustafa | |||||||||||||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kejatuhan pelaburan langsung luar (FDI) ke negara ini adalah tidak bertanggungjawab dan menghina pemikiran rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mustapa mendakwa, FDI ke negara ini merudum begitu teruk ke tahap terburuk sehingga 81 peratus kerana Malaysia berada pada tahap pembangunan yang berbeza dengan jiran-jirannya. "Mustapa enggan mengakui kegagalan kerajaan khususnya Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencipta peluang-peluang pelaburan di negara ini dengan berdalihkan ketiadaan pembangunan infrastruktur di negara ini seolah-olah negara ini maju sangat berbanding India atau Vietnam. "Kalau Malaysia hebat sangat dari segi infrastruktur dan berada pada tahap pembangunan berbeza berbanding jiran-jirannya seperti Vietnam dan Indonesia, mengapa pembinaan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar menjadi fokus Rancangan Malaysia Ke-10?" Mahfuz mempersoalkan. Mahfuz juga menolak dakwaan Mustapa yang cuba mengaitkan kejatuhan terburuk FDI itu kerana kerajaan tidak berminat menarik pelaburan kategori rendah seperti pemprosesan dan pemasangan. "Kerajaan yang tak berminat atau pelabur yang sebenarnya tidak berminat untuk melabur di negara ini yang terkenal dengan budaya rasuah parti pemerintahnya? "Tidak cukup dengan kegagalan dan ketiadaan kebolehan menjalankan tugas, cakap berlagak pula untuk mewajarkan kegagalan. Inilah akibat dari sindrom DBS Umno - dah bodoh, sombong. "Sebab itulah saya sifatkan jawapan Mustapa bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menghina pemikiran rakyat kerana nampak sangat beliau cuba memperbodohkan rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sepatutnya, kata beliau, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya mengakui kelemahan mereka untuk menarik kemasukan FDI ke negara ini dan memohon maaf dari rakyat kerana tidak berkebolehan menjalankan tugas mereka. "Reaksi menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya tak ubah seperti yang disebutkan pepatah Melayu, diri sendiri tak tahu menari, salahkan tanah tinggi rendah - mereka menyalahkan segala-galanya termasuk blog kecuali diri mereka sendiri," katanya. Sepatutnya lagi, kata Mahfuz lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya meletakkan jawatan kerana kegagalan yang amat memalukan itu. Perangai enggan mengaku kelemahan diri sendiri yang sudah sebati dengan Umno itu, katanya lagi. akan menghancurkan negara. Mahfuz mengaitkan sikap itu dengan keyakinan bahawa mereka tidak akan dibuang. "Tidak hairan kalau tidak ada accountability dan responsibility langsung di pihak menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya kerana mereka yakin sangat mereka tidak akan dibuang kerja. "Tambahan pula Najib sering dikaitkan dengan sikap yang lebih mengutamakan ‘tukang kipas’ daripada kepandaian dan kerajinan membuat kerja. "Beliau juga dikatakan membuat perlantikan untuk mengambil hati dan menutup mulut pengkritik yang ditakutinya. "Dan, lebih dari semua itu, kegagalan mereka adalah kegagalan Najib sendiri, takkan Najib nak membuang mereka dan dirinya sendiri," kata Mahfuz. Kerat subsidi rakyat, bayar kroni RM222.58 juta
|