Jumaat, 18 Jun 2010

TU SEBAB HUKUMNYA BERAT...REJAM ATAU 100 KALI ROTAN_INGATLAH ALLAH LAH YANG MENCIPTA LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA NAFSU_TENTULAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Aktres lucah dedah ada anak Woods


DEVON JAMES


MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Hasrat Tiger Woods untuk melupakan skandal seksnya sekali gus membina hidup baru tidak kesampaian apabila seorang aktres porno, Devon James tampil mendakwa bintang golf No. 1 dunia itu adalah bapa kepada anak lelakinya yang berusia sembilan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Baru-baru ini, Devon James, perempuan simpanan terakhir yang dikaitkan dengan bintang golf itu menyatakan, dia menjadi kekasih gelap Woods semasa berusia 19 tahun.

Pelacur tersebut yang kini berusia 29 tahun dan telah menjadi seorang bintang filem lucah, memberi nama budak itu Austin T dan bertegas bahawa singkatan tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada Woods.

Menurutnya, dia pernah memberitahu Woods, 34, mengenai anaknya enam tahun selepas dilahirkan semasa dia ditempah oleh bintang golf itu untuk perkhidmatan seks dengan bayaran AS$2,000 (RM6,535) semalam.

Namun, James kecewa kerana Woods memberitahu bahawa dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya itu.

Aktres lucah tersebut bagaimanapun, tidak pernah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaannya.

James adalah wanita kedua yang dilaporkan mempunyai zuriat dengan Woods setelah satu dokumentari rangkaian televisyen Channel 4 di AS mendakwa seorang wanita berusia 47 tahun, Theresa Rogers melahirkan anaknya pada 2004.

Bintang golf itu yang sebelum ini memohon maaf kepada isterinya, Elin Nodegren 30, berhubung skandal seksnya kini giat melakukan persiapan bagi menyertai kejohanan Terbuka AS di Pebble Beach, negeri California pada minggu ini. - Agensi

Tiada ulasan: